Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS IPOH

NAMA : RANCHANITHEVE A/P RAJENDERAN

ANGKA GILIRAN :2009242310246

NO.K.P :910205-02-5766

UNIT : J 13

KOD DAN MATA PELAJARAN: (PN 3311D1) PENGHANTAR PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: PN MARIAH bt. KAMARUDDIN

TARIKH SERAHAN: 23 OGOS 2010


PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan setinggi-tinggi terima

kasih serta kesyukuran kepadaTuhan kerana telah memberikan saya kesihatan yang

sihat walafiat sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini.

Selain itu,saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah iaitu Pn.Mariah bt.Kamaruddin kerana telah memberikan saya tunjuk

ajar yang betul untuk menghabiskan tugasan ini .

Seterusnya tidak ketinggalan juga ibu bapa saya yang telah berusaha keras untuk

membelikan saya sebuah komputer riba secepat mungkin untuk saya menghabiskan

projek ini dan begitu juga adik-beradik saya yang telah memberikan kami semangat

yang berterusan dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata ,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan sekuliah

kerana mereka telah membantu saya mencari bahan –bahan untuk membuat tugasan

ini bersama-sama serta kepada semua pihak yang telah membantu kami secara

langsung dan tidak langsung.

SEKIAN TERIMA KASIH.


FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

MAKSUD FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah

memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek,rohani ,emosi dan jasmani .Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia ,bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan

negara.”

Seperti yang terkandung dalam petikan di atas pada amnya Falsafah Pendidikan

Kebangsaan merupakan akar ataupun tunjang kepada semua insan demi melahirkan

rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan dalam hidup masing-masing

serta memberikan sumbangan kepada keluarga ,masyarakat mahupun negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah menjadi satu panduan atau hala tuju kepada

segala usaha pendidikan sama ada di institusi pendidikan atau di luar institusi

pendidikan . Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan warga negara yang


mempunyai sahsiah diri yang baik,seimbang dan bersepadu dari segi JERIS iaitu

jasmani ,emosi ,rohani,intelek dan sosial . Percaya dan patuh kepada Tuhan

berdasarkan Rukun Negara menjadikan manusia berilmu pengetahuan dan berfikiran

kreatif, rasional, berakhlak mulia, berketrampilan serta berkeupayaan memberi

sumbangan kearah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara untuk duduk

sama rendah ,berdiri sama tinggi setanding dengan negara maju yang lain di dunia

yang terbentang luas ini . Perpaduan diantara kaum dapat dipupuk apabila srtiap insan

setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra

sesama manusia.Falsafah Pendidikan Kebangsaan melihat individu itu dalam

beberapa dalam beberapa aspek . Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk

kesejahteraan diri sendiri, malah ia juga membantu untuk pembangunan dan

kesejahteraan setiap individu. Akhir sekali,berdasarkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan , jelaslah bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya sekadar untuk

memperoleh segulung ijazah , tetapi untuk pembangunan diri manusia secara

menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang manusia yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti untuk negara yang tercinta ini.
FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU

MAKSUD FALSAFAH PENDIDIKAN

GURU

“Guru yang berpekerti mulia ,berpandangan progresif dan saintifik ,bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu

padu demokratik ,progresif dan berdisiplin.”

Seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan guru matlamatnya ialah untuk

membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu,berpengalaman, kreatif dan berdaya

tahan yang boleh mendidik generasi akan datang dengan cekap dan berkesan.Selain

itu melalui falsafah ini guru yang berkualiti dari segi peribadi ,profesional ,sosial dan

nilai tingkah laku yang baik serta nilai-nilai keguruan dapat dicapai dengan itu negara

kita berupaya untuk mencapai kecemerlangan pendidikan untuk memenuhi Wawasan

Pendidikan pada abad ke-21. Nilai-Nilai keguruan perlu diamalkan dan dihayati setiap

masa kerana guru akan mencerminkan amalan keguruannya setiap hari dalam

mengajar anak muridnya dengan penuh dedikasi. Nilai-nilai yang akan tercermin

dalam amalan-amalan sehariannya.Model Konseptual Pendidikan Guru dirangka

berdasarkan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan.


Terdapat 3 dimensi utama yang merangkumi akauntabiliti guru dalam model ini.

Antaranya ialah dari segi dimensi ketuhanan ,kemasyarakatan,dan juga kendiri. Dari

segi dimensi ketuhanan guru harus dapat meningkatan pendidikan murid serta dapat

membentuk murid yang patuh,setia , dan taat kepada pegangan agama masing-

masing. Selain itu aspek kemasyarakatan pula menekankan para guru haruslah

meyedari bahawa sebagai seorang guru dia boleh mendidik dan memimpin anak

muridnya untuk berjaya dalam hidup. Daripada aspek kendiri, para guru perlu

memupuk dan mendedahkan para pelajar tentang betapa pentingnya ilmu

pengetahuan, pembentukan sahsiah serta daya ketahanan dalam diri setiap murid.

Tambahan pula ,di bawah 3 dimensi utama pula terdapat 3 aspek asas dari segi

pengetahuan ,kemahiran ,dan juga nilai.Sebagai seorang guru yang berijazah ,mereka

haruslah mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan dan kepentingan

pendidikan dalam kehidupan seharian . Kemahiran haruslah digunakan dengan

sepenuhnya iaitu kemahiran yang merangkumi penggunaan bahan-bahan pelajaran

dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas.Nilai –nilai murni seperti penyayang ,berbudi pekerti mulia ,kreatif dan

inovatif haruslah diterapkan dalam diri setiap guru .


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.Terdapat 6 faktor yang utama yang mempengaruhi pembentukan falsafah

ini .Antaranya ialah faktor agama, sosial,politik ,ekonomi ,individu dan sejagat.

Pertama ialah faktor agama .Negara kita mempunyai pelbagai lapisan

masyarakat yang menganuti agama masing-masing .Agama Islam pula menjadi agama

rasmi di Malaysia dan menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan

“...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”.

Kedua ialah faktor sosial yang meliputi segala struktur masyarakat di

Malaysia.Masyarakat di Malaysia hidup dengan aman dan damai,dengan mengamalkan

nilai murni bertolak ansur ,bekerjasama ,tolong menolong dan hormat

menghormati.Tujuan ini jelas terpancar “...memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara…”

Faktor yang seterusnya ialah faktor politik. Faktor politik yang menentukan

ideologi negara lantas mempengaruhi dasar pendidikan. Matlamat pencapaian

perpaduan kaum menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

berlandaskan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan.
Keempat, ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan serta

kemajuan negara kita. Rakyat Malaysia memang mahir dalam setiap bidang yang

diceburinya . Kenyataan ini dijelaskan secara langsung kerana setiap insan

memberikan sumbangannya ke arah perkembangan negara supaya negara kita duduk

sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara –negara maju yang lain di Malaysia

iaitu “...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”.

Kelima, ialah faktor individu .Setiap individu haruslah mengimbangkan diri

dengan mengamalkan JERIS iaitu dari segi jasmani ,emosi ,rohani , intelek dan juga

sosial untuk berjaya dalam hidup.

Keenam, ialah faktor sejagat yang menitikberatkan pandangan serta tujuan

semua rakyat dalam mengambil berat tentang pendidikan untuk kanak-kanak. Semua

pihak tidak kira kaya ataupun miskin pada zaman ini masing-masing mementingkan

pendidikan sebagai harta mereka supaya dapat berjaya dfalam hidup.Selain itu

pendidikan merupakan sumber penting dalam setiap kehidupan manusia.

Keenam-enam faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah

menjadi disiplin ke arah pembentukan peraturan asas yang menjadi panduan hidup

setiap insan yang berpelajaran.


HURAIKAN UNSUR “MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERUPAYA
MENCAPAI KESEJAHTERAAN DAN BERUPAYA MEMBERI SUMBANGAN
UNTUK KELUARGA ,MASYARAKAT DAN NEGARA ”

Falsafah Pendidikan Guru menyatakan “Pendidikan di Malaysia adalah satu

usaha berterusan kearah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek,rohani ,emosi dan jasmani .Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia ,bertanggungjawab, berketrampilan dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”

Dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan , setiap insan

haruslah memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung demi mencapai

kesejahteraan keluarga ,masyarakat dan juga negara.Kesejahteraan sendiri membawa

maksud memberikan kejayaan serta keyakinan kepada diri sendiri .

Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu keluarga , bangsa dan negara.

Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan

zaman , maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam

melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Oleh itu


dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut , negara kita Malaysia juga tidak terlepas

untuk mengambil cabaran tersebut untuk melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Sebagai bakal guru , saya harus melibatkan diri dalam membantu

melaksanakan Falsafah Pendidikan Guru iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang

berupaya mencapai kesejahteraan dan berupaya memberikan sumbangan untuk

keluarga,masyarakat dan juga negara. Saya sebagai guru bilik darjah harus

memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk keseimbangan murid-murid

di sekolah mengikut JERIS iaitu jasmani ,emosi,rohani ,intelek dan juga sosial.

Tugas saya bukan sahaja untuk mendidik para pelajar semata-mata namun

saya telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di

sekolah. Saya berperanan dan bertindak menggantikan ibu bapa ketika murid-murid

berada di sekolah.

Setiap masalah pelajar harungi sebagai guru saya harus mengetahuinya dari

semasa ke semasa supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran serta emosi para

pelajar. Saya harus mengambil berat tentang kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari

dan menanyakan sebab jika tidak dapat hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku

di dalam kelas sebagai guru kelas saya harus menyelesaikannya supaya pelajar minat

untuk hadir di sekolah.

Saya sebagai guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas

masing-masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah.


Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh saya

sebagai guru darjah. Kelas akan nampak ceria dan menarik supaya dapat menarik

minat murid-murid untuk datang ke sekolah setiap hari.

Langkah –langkah yang boleh diambil untuk membantu untuk merealisasikan

Falsafah Pendidikan Guru ialah sebagai guru bilik darjah saya harus dan perlu

membimbing murid-murid cara belajar yang baik. Sebagai contohnya, saya perlu

memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada anak murid saya supaya

mereka rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Saya sebagai guru bilik darjah yang baik serta bertanggungjawab saya harus

mendisiplinkan murid-murid di dalam kelas saya .Sebagai contohnya saya harus

memberikan nasihat dan dorongan dengan menyemaikan nilai-nilai murni dalam diri

pelajar supaya mereka menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Kata-kata

nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar

dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.

Selain itu ,sebagai bakal guru Bahasa Tamil saya haruslah memberikan

banyak aktiviti yang dapat merangsang para pelajar untuk lebih aktif melibatkan diri

dalam aktiviti kelas..Contoh aktiviti yang boleh dibuat dalam kelas ialah latihan dalam

kumpulan .Saya harus membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan

memilih seorang ketua dalam setiap kumpulan supaya dapat menyemaikan sikap

kepimpinan dalam diri pelajar .

Aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengadakan ialah aktiviti menyanyikan lagu

semangat . Melalui aktiviti seperti ini pelajar saya dapat membina semangat dalam diri
serta melibatkan diri dalam aktiviti ini secara menyeluruh. Objektif mengadakan aktiviti

ini ialah untuk membina semangat , keyakinan dan juga berani dalam diri para pelajar.

Tambahan pula ,pertandingan kuiz mengenai Hari Kebangsaan boleh diadakan

di dalam kelas .Saya sebagai guru harus mengarahkan setiap pelajar untuk mengambil

bahagian dalam aktiviti tersebut supaya nilai patriotisme dalam diri pelajar dapat

ditingkatkan lagi.

Selain itu ,sebagai guru pendidikan jasmani pula saya juga haruslah mengajar

pelajar dengan bersungguh-sungguh tentang kepentingan senaman kepada badan

manusia.Saya harus mengajar para pelajar untuk membuat senaman badan melalui

permainan ,sukan ,kembara halangan ,dan juga riadah supaya badan pelajar

senantiasa aktif dan dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diadakan.Dengan

ini badan anak murid saya akan sentiasa aktif seperti kata pepatah otak yang cerdas

terletak pada badan yang cergas.

Seterusnya , saya juga boleh menganjurkan aktiviti melawat ke rumah

orang –orang tua sebagai satu aktiviti yang murni.Aktiviti seperti ini pula akan membina

akhlak yang tinggi dalam diri pelajar. Selain itu , pelajar saya akan mempunyai kesucian

dalam pemikiran serta berminat menghasilkan sesuatu yang berfaedah kepada

masyarakat.Dengan aktiviti seperti ini ,pelajar saya akan mempunyai nilai yang boleh

membantu ornag lain ,bertanggungjawab dan berguna ,menghormati orang-orang

yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan ,keturunan dan juga agama.

Intihannya pendidikan ialah satu proses dan aktiviti yang bertujuan membawa

perubahan tingkahlaku kepada seseorang supaya ia dapat berfungsi secara berkesan


dalam masyarakat.Pendidikan menjadi satu agen yang dapat mengekalkan nilai-nilai

masyarakat yang baik dan juga membawa pembaharuan dalam pengetahuan dan

kemahiran kepada masyarakat.Dengan ini matalamat JERIS iaitu membina insan yang

seimbang dari segi jasmani ,emosi ,rohani,intelek dan juga sosial dapat direalisasikan

jika semua orang mengembleng tenaga .

Anda mungkin juga menyukai