Anda di halaman 1dari 2

Impianku

“Mira, kamu tau tak ayah kamu sakit sekarang ni? Kamu tak nak melawat dia ke?”
Mak Lijah bertanya kepadaku. Petang itu rupanya ada tetamu dirumahku ketika aku balik
dari sekolah iaitu Mak Lijah dan Mak Piah. Melihat aku berdiam diri, ibu segera menjawab
pertanyaan itu, “Mau ke nenek dia ni tengok dia pergi melawat ayah dia? Kan nenek dia tak
suka kami anak beranak”. “Nenek Mira tu yang minta kami bagi tau dia ni tentang ayah dia,
si Razali tu makin tenat sekarang ni. Baik kamu pergi jenguk dia,” kata Mak Piah pula.

Kehidupan aku tidak seperti orang lain. Sejak kecil aku tidak merasa kasih sayang
ayah kandungku. Ibu memberitahu bahawa ayah meninggalkan kami setelah aku baru
berusia tiga hari. Ketika itu ayah menerima sepucuk surat dari nenek yang ditulis dalam
Bahasa Inggeris dan ibu tidak memahami butiran surat itu kerana ibu tidak pernah
bersekolah. Mungkin sebab perbezaan darjat maka ibu tidak diterima dalam keluarga ayah.
Tambahan pula ibu asalnya hanya penjaga kepada adik ayah yang masih kecil ketika itu.

Kadang-kadang aku cemburu melihat sepupu-sepupuku bermanja mesra dengan


ayah mereka. Aku merasa tersisih, kenapa aku tidak seperti itu? Namun aku bersyukur
kerana aku mendapat perhatian lebih dari keluarga ibuku. Nenek, datuk, mak cik dan pak
cik sebelah ibuku amat menyayangi diriku walaupun aku sedar itu tidak mampu mengisi
kekosongan tempat ayahku. Walaupun ibu sudah berkahwin lagi, aku tetap merasa
kekosongan. Malahan aku merasakan semakin jauh dari ibu, walaupun ibu ada bersamaku.

“Mira, Mira pergilah melawat ayah Mira. Nanti apa pula orang kata. Tapi jangan
lama-lama kat rumah nenek kamu tu. Mak takut dia guna-gunakan kamu,” suatu petang ibu
menyuruh aku melawat ayahku. Lalu aku pun pergi ke rumah nenekku. “Eh…Mira, kamu
buat apa datang sini?” rupanya ada Mak Piah di rumah nenekku. “Sudah gaharu cendana
pula,”marahku dalam hati. Aku memang menyampah kalau orang buat-buat tak tahu. “Kan
hari tu mereka ni juga yang minta aku melawat ayah,” getusku di dalam hati.

“Sapa tu Mak Piah? Jemputlah naik,” rupanya ayah tidak kenal siapa diriku. Ayah
tidaklah tenat seperti yang dikatakan, ayah masih kelihatan seperti orang yang sihat. Terasa
hangat air mata mengalir di pipiku. Ayahku tidak kenal akan anaknya sendiri. Hatiku
menangis sedih dan air mata sedih itu mengalir keluar dari mataku yang kuyu ini. Aku tidak
tahu bagaiamana mahu memanggil ayahku kerana aku memang tidak memanggil sesiapa
sebagai ayah walaupun ayah tiriku. Aku kekok berhadapan dengan ayah kandungku.
Lama aku menghabiskan masa petang itu di rumah nenek. Nenek dan ayah
menyambut baik kedatanganku petang itu. Mereka menyatakan bahawa keluarga ibu yang
tidak merestui hubungan ibu dan ayah. Tetapi sebaliknya cerita yang aku dengar dari
keluarga ibu. Hakikatnya aku merasakan bahawa mereka semua ego dan masing-masing
ingin menegakkan benang yang basah. Aku cukup terkilan dengan sikap mereka kerana aku
yang menanggung semua itu. Kadang-kadang aku merasakan bahawa kehadiran aku tidak
membawa sebarang makna kepada mereka.

Setelah agak lama di rumah nenek, aku meminta izin balik kerana bimbang ibu risau.
Aku bercerita tentang apa yang aku buat dirumah nenek dengan ibu. “Mungkin tak lama lagi
ayah akan sembuh. Bolehlah aku merasa kasih sayang ayahku”, monolong ku sendirian di
kala aku ingin tidur pada malam itu. Aku mula memasang angan-angan tentang impianku
untuk mengadu dan bercerita dengan ayah seperti yang sepupuku selalu buat. Aku tertidur
dan dibuai mimpi indah tentang angan-anganku itu.

Beberapa hari kemudian…

“Mira, ayah kamu masih kat bilik mayat? Bila jenazah dia akan dibawa balik?”
terkedu seketika aku mendengar pertanyaan Mak Piah sebaik saja aku dengan ibu turun dari
bas. Dunia seakan terasa sunyi sepi dan aku seolah-olah berada di dunia lain. Hanya air
mataku yang deras mencurah-curah ke pipiku. “Apa yang jadi Mak Piah? Apa Mak Piah
cakap ni?” ibu bertanya kepada Mak Piah. “Ehhh…kamu tak tau ke yang ayah Mira dah
meninggal pagi tadi?” Mak Piah menyatakan bahawa ayah sudah meninggal. Baru pagi tadi
aku melawat ayah. Ayah ‘pergi’ mungkin selepas aku melawat dia. Aku melihat ayah dalam
kesakitan ketika itu. Jururawat dan doktor meminta aku keluar dengan alas an waktu itu
bukan waktu melawat. Tidak ku sangka bahawa itu kali terakhir aku melihat ayah. Ayah
pergi sehari sebelum hari lahirku. Dahulu ayah pergi selepas hari lahirku dan kini ayah pergi
lagi sebelum hari lahirku. Impianku hanya tinggal impian yang tidak mungkin akan menjadi
kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai