Anda di halaman 1dari 11

Mengurangkan Masalah Murid Tidak Menghantar Dan Menyiapkan

Kerja Rumah Dikalangan Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan


Chebong Melalui Bantuan Rakan Sebaya

Oleh
SUMIYAH BINTI YAHAYA

Sekolah Kebangsaan Chebong


Jerantut, Pahang Darul Makmur

ABSTRAK

Latihan atau kerja rumah sering diberikan kepada murid-murid untuk mengukur
tahap pemahaman murid terhadap sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan, selain itu latihan atau kerja rumah juga adalah sebagai salah satu
pengukuhan dan pengayaan kepada murid. Namun apa yang menyedihkan, terdapat
sebilangan murid tidak menyiapkan dan seterusnya menghantar kerja rumah yang
diberi kepada guru pada masa yang dijanjikan. Ini bukan saja telah mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran, tapi secara tidak langsung masalah ini akan
membuatkan guru menjadi bosan dan menganggap dan melabel murid tersebut
sebagai murid malas. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti
punca masalah ini berlaku tanpa sewenang- wenangnya menuding jari kepada mana-
mana pihak sama ada guru, murid ataupun ibu bapa dan meninjau keberkesanan
bantuan rakan sebaya dalam mengatasi masalah ini. Kajian ini dijalankan terhadap
38 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada murid yang lemah,sederhana dan
cemerlang dalam satu kelas bercampur di SK Chebong. Data dan maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini diperoleh dengan mengadakan beberapa soal selidik dan
pemerhatian. Keputusannya mendapati bahawa rakan sebaya membawa pengaruh
yang kuat dalam kehidupan murid-murid di sekolah. Secara keseluruhannya dapatlah
dirumuskan bahawa bantuan rakan sebaya amat berkesan untuk mengurangkan
masalah murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah kerana murid yang
terlibat mempunyai pembimbing yang lebih rapat dengan mereka selain daripada
guru. Selain itu, bantuan rakan sebaya ini juga telah meningkatkan lagi kerjasama
antara rakan sekelas dan berjaya membina suasana pembelajaran yang efektif.

ISU KAJIAN

Kerja rumah atau tugasan selalunya diberikan kepada murid oleh guru untuk menilai tahap kefahaman
dan dapatan seseorang murid. Secara tidak langsung kerja rumah dapat menilai tahap keberkesanan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Namun masalah murid tidak menghantar kerja rumah
sering kali menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terganggu.

186
REFLEKSI ISU

Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap kebolehan murid yang
berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya memberi satu masalah yang besar kepada
guru-guru dalam memastikan segala isi pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid
yang ramai dalam satu masa serentak. Ini kerana, guru tidak dapat memfokuskan pengajaran kepada
setiap peringkat kebolehan murid. Justeru itu, salah satu langkah yang biasanya diambil oleh para guru
ialah dengan memberikan kerja rumah untuk memastikan murid memperoleh sesuatu pembelajaran
daripada satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan serta secara tidak langsung ianya
memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan murid.

Di SK Chebong, saya menghadapi masalah murid yang ramai dalam satu kelas dan mempunyai tahap
kebolehan yang berbeza. Salah satu cara yang saya lakukan untuk menilai dapatan murid-murid
ialah dengan memberi kerja rumah. Namun apa yang menyedihkan ialah melalui tinjauan awal yang
dilakukan terhadap 38 orang murid Tahun 5 SK Chebong, hanya 65% sahaja murid yang menyiapkan
dan menghantar kerja rumah setiap kali diberi. 35% murid selebihnya pula tidak menyiapkan dan
menghantar kerja rumah yang diberi.

Melalui soal selidik secara lisan di kalangan guru-guru (rujuk lampiran 4) dan pemerhatian saya,
dapat dihuraikan bahawa kebanyakan murid yang tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah
adalah disebabkan faktor-faktor seperti tidak memahami isi pengajaran maka tidak dapat membuat
latihan yang diberikan dan tidak dapat menguasai 3M dengan baik maka secara tidak langsung tidak
dapat membuat latihan yang diberikan.

Berdasarkan tinjauan awal iaitu melalui pemantauan buku oleh Pihak Pentadbir pada minggu ke 6
persekolahan (Febuari 2005), terdapat sejumlah 35% dari murid tidak menghantar buku latihan kerana
tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula satu
soal selidik (rujuk lampiran 1) ditadbirkan kepada murid-murid untuk menentukan apakah langkah
yang boleh dijalankan untuk mengurangkan masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah. Seramai
19 orang murid yang terlibat. Jadual 1 menunjukkan keputusan soal-selidik tersebut.

Jadual 1: Keputusan Soal Selidik

BIL SOALAN RESPONS

1 Adakah anda suka membuat kerja Ya Tidak Tidak pasti


rumah atau latihan yang diberikan
oleh guru ? 100% 0% 0%

2 Anda suka menyiapkan kerja rumah Seorang diri Dengan rakan Dengan ibu
yang diberikan oleh guru? sebaya bapa
0% 75% 25%

3 Apakah sebab utama anda tidak Latihan sukar Malas Tidak Pasti
menyiapkan kerja rumah yang
diberikan oleh guru? 50% 50% 0%

4 Jika diberi pilihan, anda suka Kawan Guru Mak dan


membuat kerja rumah bersama ayah
siapa? 65% 25% 10%

5 Adakah
Adakahrakan sebaya anda
rakan membantu
sebaya anda Ya Tidak Tidak Pasti
anda dalam menyiapkan
membantu anda dalam kerja rumah
menyiapkan
kerjadiberikan
yang rumah oleh
yangguru?
diberikan oleh 100% 0% 0%

187
Berdasarkan analisis soal selidik yang dijalankan, didapati 100% orang responden suka membuat
latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru dan didapati bahawa 75% daripada responden suka
menyiapkan kerja rumah bersama rakan dan selebihnya memilih untuk berbuat demikian bersama
ibu bapa yang dikasihi. Namun begitu, apabila latihan atau kerja rumah diberikan, masih terdapat
sebahagian murid yang tidak menghantar tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Setelah kajian
dan tindakan yang dijalankan, dapatan daripada soal selidik amatlah menakjubkan di mana 100%
responden mengatakan bahawa rakan sebaya adalah orang yang selalu membantu dan menghulurkan
bantuan dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Maka dengan ini, didapati bahawa
bantuan rakan sebaya adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan masalah murid tidak
menghantar dan menyiapkan kerja rumah.

Oleh itu, fokus utama kajian ini ialah untuk mengurangkan jumlah pelajar tidak menyiapkan kerja
rumah melalui Bantuan Rakan Sebaya .

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk :-

1. mengurangkan jumlah murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah.


2. menilai keberkesanan bantuan rakan sebaya dalam mengurangkan jumlah murid
tidak menyiapkan kerja rumah.

KUMPULAN SASARAN /RESPONDEN

Kedudukan sekolah yang agak jauh dari bandar menyebabkan ibu bapa menghantar anak mereka ke
sekolah yang berhampiran dengan rumah masing-masing. Di SK Chebong, bilangan murid adalah
seramai 205 orang murid. Setiap darjah hanya diletakkan dalam satu kelas sahaja. Ini kerana, bilangan
murid dalam setiap darjah adalah kurang daripada 44 orang murid untuk membolehkan mereka
dipecahkan kepada 2 kelas.

Dalam kajian yang telah saya jalankan, kumpulan sasaran ialah 38 orang murid Tahun 5 SK Chebong
yang berada dalam satu kelas yang sama tetapi mempunyai tahap kebolehan yang berbeza (kelas
bercampur). Sebab utama saya memilih kelas ini ialah kerana kelas ini mempunyai bilangan murid
yang paling ramai dan sukar bagi saya untuk memberi perhatian yang khusus kepada setiap orang
murid dalam satu tempoh pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

INSTRUMEN KAJIAN

Sepanjang kajian dijalankan, terdapat beberapa instrumen yang telah digunakan. Sebelum tindakan
dijalankan, saya mengumpul data penghantaran buku daripada borang pemantauan buku latihan murid
oleh pentadbir (rujuk lampiran 6), maklumat murid Tahun 5 (rujuk lampiran 2) dan menjalankan
soal selidik secara lisan di kalangan guru-guru SK Chebong (rujuk lampiran 4), dan satu soal selidik
terhadap murid terlibat (rujuk lampiran1).

Setelah memperoleh data tersebut, murid-murid dibahagikan kepada kumpulan pembimbing rakan
sebaya (rujuk lampiran 3). Setelah tindakan dijalankan, instrumen yang digunakan ialah borang
semakan buku latihan murid oleh guru.

188
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Perlaksanaan Tindakan :-

Awal tindakan :
1. Guru mengenal pasti kebolehan murid (cemerlang, sederhana, lemah).
2. Guru kemudian membahagikan murid-murid kepada kumpulan–kumpulan kecil
yang terdiri daripada 3-4 orang. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada murid
cemerlang, sederhana dan lemah.
3. Guru kemudian melantik seorang ketua (murid cemerlang) bagi setiap kumpulan.

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran :


1. Guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
2. Guru memberikan latihan kepada murid dan memperuntukkan masa yang tertentu.
3. Pada akhir sesi pengajaran (5-10 minit) murid akan berada dalam kumpulan. Murid
cemerlang akan memastikan murid lemah dapat memahami dan membuat latihan
yang diberi.
4. Seandainya rakan sebaya (ahli kumpulan) tidak dapat membantu, maka masalah itu
akan dirujuk kepada guru.

Pada akhir sesi proses pengajaran dan pembelajaran :


Ketua kumpulan (murid Cemerlang) hendaklah memastikan setiap ahli kumpulan menyiapkan
latihan atau kerja rumah yang diberi dengan apa cara sekalipun dan mengumpul buku dan
menghantar kerja rumah yang diberi.

PENGUMPULAN DATA

Setelah menjalankan tindakan, berikut adalah data yang diperoleh. Jadual di bawah menunjukkan
peratus penghantaran buku latihan di kalangan murid-murid terlibat sebelum dan selepas tindakan
dijalankan.

Hasil daripada pemantauan tersebut, dapatlah dirumuskan peratus murid yang menghantar buku
setelah tindakan ini dijalankan semakin meningkat dimana hanya 65% murid yang menyiapkan dan
menghantar kerja rumah telah meningkat kepada 70% pada bulan April dan 85% pada bulan Mei.

REFLEKSI TERHADAP DAPATAN

Kelas bercampur dan bilangan murid yang ramai dalam sebuah kelas merupakan salah satu masalah
yang kini dihadapi di sekolah-sekolah luar bandar khususnya. Bilangan murid yang terlalu ramai dalam
sesuatu kelas adalah antara beberapa faktor mengapa guru tidak dapat memberikan perhatian khusus
terhadap seseorang murid. Selain itu, guru juga sukar untuk memastikan segala apa yang disampaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diterima oleh setiap murid.

189
Jadual 2 : Borang Pemantauan murid menyiapkan dan menghantar kerja rumah

Sebelum Selepas
Tindakan Tindakan

Bil Nama Mac April Mei


1 2 3 4 5 Jum 1 2 3 4 Jum 1 2 3 4 Jum
1 NOR AFIQAH / / / / / 5 / / / / 4 / / / / 5
2 AIDA SHAHIRA / / / / 5 / / / / 4 / / / / 5
3 NOR FARHANA / / / 2 / / 2 / / / 2
4 NURZULAIKHA / / / / / 5 / / / / 4 / / / / 5
5 NORFARHANA / / / / 5 / / / / 4 / / / / 5
6 QUSHAIRIE FITR / / / / / 4 / / / / 4 / / / / 4
7 FATIHAH / / / / 4 / / / / 4 / / / / 4
8 NORAZIZUL / / / 3 / / / 3 / / / / 3
9 NORSHAHIRA / / 3 / / / 3 / / / / 3
10 SITI NORLIANA / / / / / 4 / / / / 4 / / / / 4
11 WAN AHMAD / / 2 / / / 3 / / / 2
12 FARID HELMI / / / 3 / / / 3 / / / / 3
13 MOHD IZUAN / / / 3 / / / 3 / / / 3
14 MOHD HANIS / / 2 / / 2 / / / 2
15 MASYITAH / / / 4 / / / / 4 / / / / 4
16 NORAFAZIRA / / / / 3 / / / 3 / / / 3
17 MOHD AMIROL / / / 3 / / / 3 / / / / 3
18 ZARINI / / / 3 / / / 3 / / / 3
19 NORHAYATI / / 2 / / / 3 / / / 2
20 MOHD AZRUL / / / 3 / / / 3 / / / / 3
21 MUHD.HAFIS / / 3 / / / 3 / / / 3
22 NUR ANIS ERNA / / / 3 / / / 3 / / / 3
23 NORHASLIZA / / / 2 / / / 3 / / / / 2
24 MOHD SABRI / / / 3 / / 3 / / / 3
25 WAN AHMAD I / 2 / / 2 / / / 2
26 SHAHABUDIN / / / 2 / / 2 / / 2
27 MOHD SHARUL / / 3 / / / 3 / / / 3
28 NORATIKAH / / 2 / / / 3 / / / 2
29 NORSAZWANI / / / 2 / / / 3 / / / / 2
30 MOHD KHAIRUL / / 2 / / / 3 / / / / 2
31 MOHD SHARUL / / 2 / / / 3 / / / 2
32 ZULFANHAIRIE / / 2 / / / 3 / / / 2
33 MOHD SAUFI / 1 / / 2 / / / 1
34 MOHD SYAZWAN / 1 / / / 3 / / / 1
35 WAN ARIES / / 2 / / / 3 / / / 2
36 NURHAMIRA / / 2 / / 2 / / / 2
37 FAZREEME / / 2 / 2 / / / 2
38 MOHD.SAHAHRIL / / 3 / / / 3 / / / 3
Peratus 65% 70% 65%

190
Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah bantuan rakan sebaya secara
tidak langsung telah mengurangkan bilangan murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah
yang diberikan oleh guru. Ini kerana melalui bantuan rakan sebaya, responden dapat merujuk masalah
yang mereka hadapi dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Selain itu, melalui bantuan rakan
sebaya juga, murid dapat saling ingat mengingati dan saling bantu membantu dalam membuat kerja
rumah.

Ini dapat dibuktikan melalui beberapa dapatan soal selidik yang telah dijalankan mengenai impak kajian
terhadap responden. Berikut adalah antara hasil soal selidik dan pemerhatian yang telah diperolehi.
Melalui soal selidik yang telah dijalankan terhadap responden, 65% daripadanya suka menyiapkan
kerja rumah bersama rakan dan 100% responden menyatakan bahawa rakan sebaya adalah individu
utama yang banyak membantu mereka dalam menyiapkan kerja rumah.

Selain itu, jika diteliti daripada jadual semakan penghantaran buku murid oleh guru dan pentadbir
(rujuk lampiran 6) juga telah menunjukkan peningkatan jumlah murid yang menghantar buku. Ini
dapat dibuktikan dengan membandingkan jumlah responden yang menghantar buku latihan dari
tinjauan yang dibuat pada bulan April hingga Mei 2005(rujuk lampiran 5).

Kaedah yang dijalankan ini dapat membantu mengurangkan masalah murid tidak menyiapkan kerja
rumah. Namun begitu, kaedah ini masih memerlukan kombinasi dengan kaedah kaedah lain untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dan keputusan yang optima.

PENUTUP

Maka dengan ini, dapatlah dirumuskan bahawa Bantuan Rakan Sebaya memberikan kesan yang
mendalam terhadap peningkatan penghantaran buku latihan murid. Selain dari itu, bantuan rakan
sebaya juga telah berjaya menerapkan nilai-nilai murni dikalangan responden yang kini saling bantu-
membantu antara satu sama lain, bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. “Bulat
air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat”.

191
LAMPIRAN 1
Borang Soal Selidik Murid

NAMA:________________________ KELAS:TAHUN 5

1. Adakah anda suka membuat kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh guru ?

A. Ya B. Tidak C.Tidak pasti

2. Anda suka menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru ?

A.seorang diri B .dengan rakan sebaya C .dengan ibu bapa.

3. Apakah sebab utama anda tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru?

A. Latihan yang sukar B .Malas C.Tidak Pasti

4. Jika diberi pilihan , anda suka membuat kerja rumah bersama siapa?

A. Kawan B. Guru C . Mak dan Ayah

5. Adakah rakan sebaya anda membantu anda dalam menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru?

A.Ya B. Tidak C.Tidak Pasti

192
LAMPIRAN 2
Maklumat Murid

Kategori murid :

Cemerlang

NOR AFIQAH FARHANA


AIDA SHAHIRA
NOR FARHANA
SITI NURZULAIKHA
NORFARHANA AKILA Potensi Lulus
MOHD QUSHAIRIE FITRI
NORHASLIZA
FATIHAH
MOHD SABRI
WAN NORAZIZUL
WAN AHMAD IDHAM
NORSHAHIRA AZILA
MOHD SHAHABUDIN
SITI NORLIANA NAJWA
MOHD SHARUL HAFIZ
NORATIKAH
NORSAZWANI
Sederhana MOHD KHAIRUL AZWAN
MOHD SHARUL NIZAM
WAN AHMAD SYAZWAN
ZULFANHAIRIE
NOR FARID HELMI
MOHD SAUFI
MOHD IZUAN HAFIZ
MOHD SYAZWAN ASRAF
MOHD HANIS
WAN ARIES AL HAFIZ
MASYITAH
NURHAMIRA
NORAFAZIRA
FAZREEME
MOHD AMIROL SYAFIQ
MOHD. SAHAHRIL
ZARINI
WAN NORHAYATI
MOHD AZRUL FAZLI
MUHD.HAFIS
NUR ANIS ERNA

193
LAMPIRAN 3
Senarai Kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya

KUMPULAN CEMERLANG SEDERHANA POTENSI LULUS JUMLAH

1 Norafikah M. Amirul Shafiq Fazreeme 4


M.Azrul Fazli

2 Aida Shahira W. Ahmad Syazwan M. Shahrul Hafis 3

3 Nor Farhana Wan Norhayati 3


M. Hanis

4 Siti Zulaikha Masyitah Zulfanhairi 4


M. Saufi

5 Nor Farhana Norhamira 3


M. Aries Al Hafis

6 Qusyairi Fitri Norfazira Norhasliza 3

7 Fatihah Shahrul Nizam 3


M. Shahabudin

8 Nor Azizul Mohd Hafis Mohd Sabri 3

9 Nor Shahira Nor Farid Helmi Nur Anis Erna 3

10 Siti Norliana Noratikah 3


M. Khairul Azwan

11 Moud Izuan Norsazwani 3


W. Ahmad Adham

12 Zarini Mohd Saharil 3


Hasniza

194
LAMPIRAN 4
Soalan Lisan Bersama Guru-Guru Sk Chebong
– Sebelum tindakan

1. Berapa kerapkan cikgu memberi latihan atau kerja rumah kepada murid?

A. 1 kali seminggu B.2-3 kali seminggu C.4 kali dan lebih seminggu

2. Berapakah peratus murid yang menyiapkan Kerja rumah atau latihan setiap kali ia
diberikan?

A.10-30 peratus B.31-60 peratus C. 61-100 Peratus

3. Siapakah murid yang selalu tidak menghantar kerja rumah ?

A. Murid cemerlang B. Murid Sederhana C . Murid lemah

4. Adakah kedudukan murid cemerlang , sederhana dan lemah diletakkan dalam satu kumpulan
yang sama didalam kelas?

A. Ya B. Tidak C.Tidak pasti

5. Apakah langkah yang dirasakan dapat memastikan murid menyiapkan dan menghantar kerja
rumah yang diberikan oleh cikgu ?

A. Hukuman rotan B. Denda C.Bantuan Rakan Sebaya

195
LAMPIRAN 5
Semakan Penghantaran Buku Latihan Murid

Kelas : Tahun 5
Matapelajaran : Bahasa Inggeris

Sebelum Selepas

Tinjauan Bulan Bulan


Kadar Menyiapkan Awal April Mei
Kerja Rumah

65 % 65 % 65 %

LAMPIRAN 6
Borang Pemerhatian Bantuan Rakan Sebaya
Pengkaji Semasa Tindakan Dijalankan

Kelas : Tahun 5
Matapelajaran : Bahasa Inggeris

Tarikh Pemerhatian : 10 Mei 2005 (Selasa)

Jawapan
Soalan
Bil Ya Tidak Tidak Pasti

1 Adakah semua murid /


terlibat dalam aktiviti P&P

2 Adakah murid cemerlang /


membantu murid lemah
Adakah Kerjasama wujud
dalam kumpulan rakan
sebaya

3 Adakah pembimbing rakan /


sebaya membantu
menyelesaikan masalah
yang dihadapi

4 Adakah rakan sebaya /


gembira bekerja dalam
kumpulan rakan sebaya

196

Anda mungkin juga menyukai