Anda di halaman 1dari 11

MASNIEZA SHERIENA MUSTAPAH

2007244806

OMT 114 / PLK PART 5

ASSIGNMENT

OMT 360

PREPARED FOR:

DR. HJ.ABD. HAKIM HJ.ABD. GHANI


PENGENALAN

Kesalahan bahasa merupakan selewengan disebabkan faktor


perlaksanaan,penampilan,prestasi seperti ingatan yang terhad,kesalahan dalam urutan
sistem kata,sebutan dan ejaan,keletihan,pengaruh emosi,dan sebagainya.

Kesilapan merupakan selewengan disebabkan faktor kecekapan. Kesilapan terjadi


secara konsisten, oleh itu kesilapan bersifat sistematik.

Kesilapan bersifat kekal jika tidak diperbaiki. Kesilapan biasanya dilakukan oleh orang-
orang yang tidak menguasai sepenuhnya struktur tatabahasa.

ASPEK – ASPEK KESALAHAN MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan
kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu
ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan
kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

I. Perbendaharaan Kata
perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti kesalahan
penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian
dengan maksud sesuatu ujaran.  Kata-kata yang mempunyai konotasi yang
tertentu.

Contoh :-
1. Apakah awak sudah kenyang? ( SALAH )
Adakah awak sudah kenyang? ( BETUL )
2. Pada satu masa dahulu, British pernah menjajah negara kita. ( SALAH )
Pada suatu masa dahulu, British pernah menjajah negara kita. ( BETUL )

3. Ali menjemput kami ke majlis hari lahirnya ( SALAH )


Ali mengundang kami ke majlis hari lahirnya. ( BETUL )

II. Penggunaan Imbuhan

Penggunaan imbuhan yang tidak sesuai merupakan kesalahan yang kerap kita
temukan dalam tulisan. Oleh itu anda hendaklah mengenal pasti kesalahan
imbuhan dan membetulkannya. 

Contoh :-
1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuh penyerang pasukan lawan
dalam kawasan penalti. ( SALAH )
Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan
dalam kawasan penalti. ( BETUL )

2. Lelaki itu telah mendua isterinya dengan berkahwin lagi. ( SALAH )


Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi. ( BETUL )

3. Ahmad melontar basikal ke dalam kolam. ( SALAH )


Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam. ( BETUL )

III. Kata Jamak

Kata jamak dapat dinyatakan melalui:


(a)        pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan,
dan sebagainya.
(b)        penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua
buah kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.
(c)        Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi,
dan sebagainya.
(d)        pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.

Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.


Contoh :-
1. Petani itu membela beratus ekor lembu. ( SALAH )
Petani itu membela beratus-ratus ekor lembu. ( BETUL )

2. Mereka-mereka suka membuli saya ( SALAH )


Mereka suka membuli saya. ( BETUL )

3. Empat orang abang-abang saya telah berumah tangga. ( SALAH )


Empat orang abang saya telah berumah tangga. ( BETUL)

IV. Kata Bilangan


Kata yang digunakan dengan kata bilangan (seperti “se”, “satu”, “tiga”, dan
sebagainya) untuk menunjukkan bilangan kata nama konkrit (seperti manusia,
haiwan, benda atau tempat)
Contoh :-
1. Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
( SALAH )
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu
Penyayang”. ( BETUL )
2. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. ( SALAH )
Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan. ( BETUL )

3. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. ( SALAH )


Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. ( BETUL )

V. Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh
bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Contoh :-
1. Setiap orang pelajar dikehendaki memakai tanda nama. ( SALAH )
Setiap pelajar dikehendaki memakai tanda nama. ( BETUL )

2. Seluruh buah kampung digemparkan dengan berita kematian tok kesidang.


( SALAH )
Seluruh kampung digemparkan dengan berita kematian tok kesidang.
( BETUL )

3. Para orang guru dinasihatkan agar memantau kehadiran pelajar-pelajarnya.


( SALAH )
Para guru dinasihatkan agar memantau kehadiran pelajar-pelajarnya.
( BETUL )

VI. Kata Penguat


Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata
adjektif.    Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh :-
1. Buah langsat ini sangat manis sekali. ( SALAH )
Buah langsat ini manis sekali. ( BETUL )

2. Budak itulah yang paling nakal sekali. ( SALAH )


Budak itulah yang paling nakal. ( BETUL )

3. Sungguh indah nian pemandangan di situ. ( SALAH )


Sungguh indah pemandangan di situ. ( BETUL )

VII. Kata Sendi Nama


Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk
menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat. Sebagai
kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak
transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan.
Contoh :-
1. Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. ( SALAH )
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. ( BETUL )

2. Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. ( SALAH )


Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. ( BETUL )

3. Ayah awak bekerja dimana ? ( SALAH )


Ayah awak bekerja di mana ? ( BETUL )

VIII. Kata Ganti Nama


Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama
Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan
Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan
kata nama orang
Contoh :-
1. Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( SALAH )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( BETUL )

2. Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( SALAH )

Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( BETUL )

3. Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( SALAH )

Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( BETUL )

IX. Kata Pemeri

Kata pemeri ialah kata yang yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa
utama dalam predikat dengan frasa subjek. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu
ialah dan adalah. Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.

Contoh :-
1. Tujuan projek ialah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta. (SALAH)
Tujuan projek adalah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta. (BETUL)

2. Peningkatan kos ini adalah akibat kenaikan harga bahan binaan. (SALAH)
Peningkatan kos ini ialah akibat kenaikan harga bahan binaan. (BETUL)

3. Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia ialah


menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat. (SALAH)
Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia adalah
untuk menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat. (BETUL)
X. Kata Hubung
Ada 3 jenis kata hubung iaitu:

 Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
 Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
 Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan
saja….tetapi juga dan sebaginya.

Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara
menggunakan kata-kata hubung tersebut.
Contoh :-
1. Midah termenung bila menerima berita itu. (SALAH)
Midah termenung apabila menerima berita itu. (BETUL)

2. Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan. (SALAH)


Nazrul bangun lalu memberikan jawapan. (BETUL)

3. Budak itu cantik kecuali sombong. (SALAH)


Budak itu cantik tetapi sombong. (BETUL)

XI. Kata Tanya


Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-
ayat tanya.
Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
Contoh :-
1. Kamu berasal dari manakah ? (SALAH)
Kamu berasal dari mana ? (BETUL)
2. Bila ayah akan pulang ? (SALAH)
Bilakah ayah akan pulang ? (BETUL)

3. Binatang peliharaan awak bernama siapa ? (SALAH)


Binatang peliharaan awak bernama apa ? (BETUL)
BIBLIOGRAFI

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac
1942) adalah antara ahli linguistik yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah Profesor
Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak,
Malaysia, sejak 2001.

Ali Mahmood. Dr (2008). HMBL2103 Pembelajaran morfo sintaksis Bahasa Melayu.


Seri Kembangan : Open University Malaysia.

Awang Sariyan. Isu-isu Bahasa Malaysia, m.s. 263. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(1984).

Salmah Othman. 1995. Bahasa Malaysia PMR. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn
Bhd.
RUMUSAN / ANALISIS

MORFOLOGI

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses


penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam
kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya


sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan sktruktur ayat
kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.

Kesalahan dari segi ejaan juga paling kerap berlaku. Sistem ejaan dalam bahasa
Melayu berpandukan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu terbitan DBP.

Kesalahan ini melibatkan sistem keselarasan vocal,ejaan kata


pinjaman,penggunaan tanda sempang,penulisan imbuhan pinjaman,rangkaian kata,
kata majmuk dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai