Anda di halaman 1dari 2

Dr Mashitah bertanya khabar kepada En Soo Thou Khim 84, dari Kg Kuala Pekan semasa Majlis

Makan Malam Tahun Baru Cina Bersama Masyarakat Tionghua Baling Sabtu lalu.

Dr Mashitah bertanya sesuatu kepada Puan Yong Kan Yit, 85 tahun, yang turut hadir di Majlis Malam
Tahun Baru Cina Bersama Masyarakat Tionghua Baling Sabtu lalu.
KEBEBASAN BERAGAMA…Sebanyak RM30 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk
membina dan membaik pulih 1,360 buah rumah ibadat bukan Islam sejak 10 tahun lalu, kata
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Kini terdapat 4,200 tempat beribadat untuk penganut bukan Islam di Semenanjung Malaysia,
termasuk 2,117 tokong Cina dan wat Buddha Siam, 1,466 kuil Hindu, 524 gereja Kristian, 78 gudwara
Sikh dan 59 rumah ibadat untuk penganut agama lain.

“Ini adalah bukti kukuh kebebasan beragama di Malaysia bukan omong kosong, tapi realiti yang
menjadi sebahagian cara hidup kita dalam negara berbilang kaum dan agama dan dijamin di bawah
Perlembagaan,” kata beliau semasa berucap di Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Bersama
Masyarakat Tionghua di Kg Kupang, Baling Sabtu lalu.

Di majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu itu, beliau menyampaikan sumbangan RM60,000
kepada tiga tokong dan 57 persatuan dan badan sukarela seluruh daerah Baling. Turut serta dalam
majlis tersebut ialah Ketua MCA Baling Boon Chin Fatt, pemimpin masyarakat dan wakil sekolah-
sekolah daerah Baling.

Habis

Anda mungkin juga menyukai