Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

Permohonan Mengadakan Lawatan


Akademik ke Pelabuhan Tanjung Pelepas
dan Nusajaya, Johor

TARIKH PROGRAM

4 MAC 2011

ANJURAN

PELAJAR SEMESTER 2
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
(J3BM1112A)
PEGAWAI PENGIRING
CIK NOR FAZLIN BT. UTEH
PUAN ZULIANA BINTI ZOOLKEFLI

JAWATANKUASA PROGRAM

PENGARAH
MUHAMMAD RIDZUAN BIN AHMAD KHAIR

PENOLONG PENGARAH
ARINA MAHIRAH BT. MASLANI

SETIAUSAHA
WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HASSAN

NAIB SETIAUSAHA
SITI ZUNNURAIN ZULAIKHA BT. KAMIZON

BENDAHARI
MOHAMAD AFIQ BIN MOHD ROSLY

NAIB BENDAHARI
NURUL AMIRA BT. IBRAHIM

AHLI JAWATANKUASA

PENGANGKUTAN
MUHAMMAD AZRI BIN AZIZ
MOHD HAFIZ SAIFUL NIZAM BIN M. ROSLI
NOORMUSKIAH BT. MUSTAFFA KAMAL

TUGAS KHAS
MOHAMAD NOR HAFIZ BIN RAHMAT
AIZUL IZAM BIN MOHAMED ZAHARIN
NADHRAH BT. MANAS
SITI HAJAR BT. ABU TALIB
NOR FATHEEN AMIERA BT. MARZUKI

MAKANAN
MUHAMMAD HAZIQ AL-HAFIZ BIN MAT YUSOF
MUHAMMAD EZRAN BIN MOHTAR
RAIZATUL AMIZAH BT. RIBIN @ RAIPIN
NURUL AMIRAH BT. MAHADI

KAWALAN DISIPLIN
SYAHIR BIN ABDUL RAHMAN
SYAHMI BIN ABDUL RAHMAN
MOHD ARIFF HAFIZAL BIN MUHD FADZLI
SITI NOR SABIHAH BT. ISHAK

PROTOKOL
CONNIE CATROLIND ANAK PANAU
MOHD SAFIZ BIN YUSOF

PERALATAN
MUHAMAD SHUHAIL AZMIN BIN MOHD SHAHARIN
ABDUL JAMIZUDDIN BIN ABDUL JAMIL

CENDERAHATI
NADILLAH FITRI BT. REDZUAN TAN
NABILAH ZULAIKHA BT. MOHAMMAD

KEBERSIHAN
HAZIRAH BT. HAMDAN
NUR ATIQAH BT. SHAHRIZAMAN
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pelajar-pelajar Semester 2, kursus MKT243 – Fundamentals of Marketing di bawah


seliaan Cik Nor Fazlin bt. Uteh merancang untuk mengadakan aktiviti lawatan akademik
dalam negeri ke Gelang Patah dan Nusajaya, Johor pada semester ini. Tujuan aktiviti
lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai gambaran
yang lebih jelas tentang perjalanan pengurusan sesebuah organisasi perniagaan. Malah
aktiviti lawatan ini juga akan memberi peluang kepada para peserta untuk berfikir secara
meluas serta dapat membentuk mahasiswa yang profesional dan berketerampilan. Peserta-
peserta aktiviti lawatan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar BM111 – Diploma
Pengajian Perniagaan. Aktiviti lawatan akademik yang dirancang ini akan mengambil
masa selama ½ hari sahaja. Lokasi lawatan akademik yang dipilih dan telah dipersetujui
oleh para peserta dan pegawai-pegawai pengiring ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas di
Gelang Patah dan Nusajaya, Johor. Sepanjang aktiviti lawatan akademik ini peserta akan
didedahkan dengan proses pemasaran dan pengurusan sesebuah organisasi serta dapat
mempelajari cara-cara mengurus dan mentadbir sesuatu perniagaan. Setelah berakhirnya
lawatan, peserta akan menyediakan dan membentang sebuah laporan berkenaan dengan
pemasaran dalam perniagaan sebagai output aktiviti lawatan akademik yang telah
dijalankan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membolehkan peserta bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap


tanggungjawab yang diberikan.
2.2 Membolehkan peserta membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan
bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
2.3 Membolehkan peserta menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran
autonomi.
2.4 Membolehkan peserta mengenal pasti peluang pekerjaan.
2.5 Membolehkan peserta merangka perancangan perniagaan.
2.6 Membolehkan peserta memimpin projek.
3.0 PEMILIHAN LOKASI LAWATAN

3.1 Hasil mesyuarah antara para peserta dan pegawai-pegawai pengiring, kami memutuskan
untuk mengadakan lawatan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Nusajaya. Keputusan ini
bersandarkan kesesuaian lokasi ini yang mampu memenuhi semua objektif lawatan
akademik ini. Kami sangat yakin projek ini amat bermanfaat dan sangat membantu kami
dalam proses pembelajaran kursus ini.

3.2 Selain itu, lokasi lawatan yang telah dipilih amat sesuai dan memenuhi objektif lawatan
serta input yang diharapkan dalam aktiviti yang akan dijalankan ini.

4.0 TARIKH LAWATAN

4.1 Setelah perbincangan yang teliti dan mengambil kira semua aspek, tarikh lawatan ini
telah ditetapkan pada 4 Mac 2011.
4.2 Lawatan ini mengambil masa selama ½ hari.

5.0 TENTATIF PROGRAM LAWATAN


- 4 MAC 2011 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI
2.30 petang Berkumpul dan bertolak ke Pelabuhan Tanjung
Pelepas
3.00 petang Tiba di Pelabuhan Tanjung Pelepas
3.10 petang Taklimat tentang Pelabuhan Tanjung Pelepas
5.00 petang Solat Asar / Juadah petang
Bertolak ke Nusajaya
5.30 petang Tiba di Nusajaya dan lawatan sekitar
6.30 petang Makan Malam
Bertolak pulang ke UiTM Kampus Bandaraya
7.00 petang Tiba di UiTM Kampus Bandaraya

6.0 BAJET

Bil Perbelanjaan Kuantiti RM/ RM Jumlah


Kuantiti Jumlah Keseluruhan
(RM)
1 Air Mineral UiTM – 2 kotak 48 HEP HEP HEP
2 Sijil AJK/Peserta 30 HEP HEP HEP
3 Cenderamata 1 30.00 30.00 30.00
- PTP
Jumlah 30.00
4 Makanan
Petang 32 3.00 96.00 96.00

Malam 32 6.00 192.00 192.00

JUMLAH KESELURUHAN 318.00


7.0 KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN

7.1 Kami berharap pihak tuan dapat menyediakan sebuah bas sebagai pengangkutan kami ke
destinasi yang telah ditetapkan untuk memudahkan perjalanan kami dan mengikut jadual.

8.0 RUMUSAN

8.1 Kami berharap agar pihak tuan/puan akan meluluskan permohonan aktiviti ini serta dapat
memberikan sokongan dan bantuan dalam menjayakan program lawatan akademik ini.
Semestinya aktiviti lawatan yang telah direncanakan ini akan dapat memberikan banyak
faedah kepada peserta untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka untuk kursus MKT
243 – Fundamentals of Marketing. Malah, para peserta juga akan mendapat pendedahan
terhadap dunia perniagaan dan pemasaran yang sebenar agar mereka dapat bersedia pada
masa hadapan dan menjadi graduat UiTM yang berjaya dalam kerjaya.

Disediakan Oleh ,

...........................................
(WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HASSAN)
Setiausaha Program Lawatan,
Diploma Pengajian Perniagaan,
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Disemak Oleh,

.........................................
(MUHAMMAD RIDZUAN BIN AHMAD KHAIR)
Pengerusi Program Lawatan,
Diploma Pengajian Perniagaan,
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru
CIK NOR FAZLIN BT. UTEH
Pensyarah MKT 243
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Melalui,

Ketua Program Diploma Pengajian Perniagaan,


UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Kepada,
Yg. Berbahagia Prof.Madya Zaiton bt. Endot ,
Koordinator UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Tuan / Puan
MEMOHON KELULUSAN PROGRAM BESERTA BAJET DAN PENGANGKUTAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelajar semester 2, BM111 – Diploma Pengajian Perniagaan ingin memohon kerjasama dan
bantuan daripada pihak tuan/puan untuk meluluskan permohonan mereka mengadakan aktiviti
lawatan akademik berserta bantuan bajet dan pengangkutan yang diperlukan.

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, aktiviti lawatan akademik yang dirancang ini adalah untuk
kursus MKT243 – Fundamentals of Marketing yang sedang diambil oleh pelajar-pelajar semester 2
program BM111. Aktiviti lawatan akademik yang direncanakan ini adalah amat bersesuaian dan
bertepatan dengan kursus ini.

4. Tujuan aktiviti lawatan akademik ini diadakan adalah untuk mendedahkan tentang aktiviti
pemasaran sesebuah organisasi dengan lebih jelas dan lebih realistik. Lawatan yang direncanakan ini
juga akan memberikan mereka gambaran yang lebih mudah mengenai kursus ini. Aktiviti lawatan
akademik ini juga boleh dijadikan sebagai titik pemula kepada semua peserta untuk mengamalkan
semua input pembelajaran yang telah dipelajari.

5. Saya amat berharap pihak tuan/puan akan meluluskan permohonan bajet yang diperlukan untuk
aktiviti lawatan akademik ini. Berserta ini saya lampirkan penyata bajet yang diperlukan:-

Bil Perbelanjaan Kuantiti RM/ RM Jumlah


Kuantiti Jumlah Keseluruhan
(RM)
1 Air Mineral UiTM – 2 kotak 48 HEP HEP HEP
2 Sijil AJK/Peserta 30 HEP HEP HEP
3 Cenderamata 1 30.00 30.00 30.00
- PTP
Jumlah 30.00
4 Makanan
Petang 32 3.00 96.00 96.00

Malam 32 6.00 192.00 192.00

JUMLAH KESELURUHAN 318.00


5. Peserta aktiviti lawatan akademik ini adalah terdiri daripada 30 orang pelajar BM111 kumpulan
J3BM1112A dan akan ditemani oleh 2 orang pegawai pengiring. Butir-butir lawatan adalah seperti
berikut :

TARIKH / HARI 4 MAC ( JUMAAT)


LOKASI PTP / NUSAJAYA
WAKTU BERTOLAK 2.30 PETANG

Sehubungan dengan ini, saya berharap pihak tuan/puan akan mempertimbangkan permohonan aktiviti
ini. Matlamat kami adalah sejajar dan bertepatan dengan misi dan visi UiTM untuk melahirkan
graduan yang berjaya dan mampu bersaing dalam era globalisasi ini dengan sebaik-baiknya.
Kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar,

............................................
(NOR FAZLIN BT. UTEH)
Pensyarah
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

S.k. MUHAMMAD RIDZUAN AHMAD KHAIR


PENGARAH PROJEK

Anda mungkin juga menyukai