Anda di halaman 1dari 14

APA ITU KOMPUTER ::

Komputer ialah alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan


untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan
matematik, logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses
secara bersistem. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi
MAKLUMAT. Ringkasan prosesan oleh komputer adalah seperti beberapa definasi
dibawah :

input kepada komputer di dalam bentuk-bentuk seperti nombor,


Data
huruf-huruf, perkataan dan sebagainya.
data yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk
Maklumat
membuat sesuatu keputusan.
Input data yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem untuk diproses.
sesuatu maklumat yang dihasilkan hasil daripada prosesan di
Output
dalam sesuatu sistem
aktiviti seperti (isih dan analisa) yang dilakukan ke atas data
Proses
untuk menghasilkan maklumat.
Fail himpunan sesuatu data dan maklumat.

SISTEM KOMPUTER ::

Sistem komputer di bina dari beberapa sub-komponen sistem, yang berkebolehan untuk
melakukan proses atau aktiviti pengiraan dan tugasan yang kompleks. Antara contoh
tugasan yang boleh dilakukan oleh sesuatu sistem komputer adalah melaksanakan Sistem
Gaji, Sistem Personel dan Sistem Kawalan seperti permotoran kereta. Ianya terdapat di
dalam berbagai saiz, kos dan juga keupayaan. Biasanya ia adalah berkait rapat dengan
tugasan yang akan dilakukan oleh sesuatu sistem komputer tersebut.

Lebih kompleks dan berat tugasan sesuatu aktiviti itu maka sistem komputer itu akan
tinggi dari segi kos dan keupayaannya dan kadangkala saiz.

Contoh umum sesebuah sistem komputer :

Antara komponennya adalah :

- Antara kandungan Unit Asas adalah Papan Utama


(Motherboard) yang padanya terdapat Ingatan utama
(RAM/ROM) dan juga Unit Pemprosesan Pusat (CPU).

- RAM selalunya mengandungi aturcara (program) dan data. Unit


ukuran RAM adalah Megabyte (MB), yang mana 1MB boleh
menyimpan sebanyak 1 Juta aksara. Minimun saiz ingatan
Base Unit (Unit
sesebuah sistem komputer sekarang adalah 32 MB.
Asas )
- CPU adalah merupakan alatan yang melaksanakan semua
arahan program dan memproses data. Ia menyerupai sebuah enjin
di dalam kereta yang membuatkan sesebuah kereta bergerak.

- Terdapat juga storan utama (hard disk) dan pemacu samada


disket atau / dan CD.
Monitor - Biasanya digunakan untuk memaparkan sesuatu informasi
kepada pengguna. Ianya boleh merupakan samada didalam
bentuk teks atau grafik.
- Mempunyai berbagai saiz antaranya 14in, 15in dan 17in. Saiz
sesuatu monitor berkait dengan harganya. Lebih besar saiznya
maka lebih tinggilah harganya.

- Antara ciri-ciri penting sesebuah monitor adalah resolusi


paparannya. Ia terdapat di dalam 3 mod resolusi iaitu 640X480,
800X600 dan 1024X768 pixel. Pixel (picture element) adalah
unit ukuran resolusi. Lebih tinggi resolusi maka monitor yang
diperlukan adalah lebih besar saiznya dan juga mempunyai
keupayaan refresh yang tinggi.
- Biasanya digunakan oleh pengguna untuk memasukkan data
Keyboard
dan arahan ke dalam sistem komputer.
- Digunakan untuk mengarahkan kepada sesuatu pilihan. Ianya
digerakkan oleh pergerakan tangan yang membawanya kepada
sesuatu icon dan posisinya akan dipaparkan pada skrin.
Mouse
- Butang yang terdapat pada sesuatu mouse terdiri dari 2 atau 3.
Ianya digunakan untuk aktiviti melaksana dan memilih

PERKAKASAN KOMPUTER ::

- Perkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal sesuatu sistem komputer. Ia


merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk sebuah komputer yang lengkap.
Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti(device). Komponen-komponen utama
di dalam sesebuah sistem komputer adalah :

1. Unit Pemprosesan Pusat


2. Komponen Input
3. Komponen Output
4. Komponen Storan

>> Unit Pemprosesan Pusat


Unit Pemprosesan Pusat (CPU ) ialah pusat sistem komputer. Ia adalah bahagian
komputer yang paling rumit dan berkuasa. Biasanya ia digelar sebagai otak sistem
komputer. Di antara fungsi-fungsi CPU ialah :

- Bertindak sebagai pengawal dalam melakukan segala operasi komputer.


- Memproses data di dalam sistem komputer.
- Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data yang tersimpan di dalam Ingatan.
- Menterjemahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan boleh
digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain.

Komponen Di dalam Unit Pemprosesan


- Mengawal dan mengkordinasikan operasi-
operasi seluruh sistem komputer.

- Mentafsirkan semua langkah-langkah program.


UNIT KAWALAN
(Control Unit) - Mengeluarkan arahan-arahan kepada unit-unit
lain.

- Mengawal aliran-aliran data semasa


pemprosesan.
UNIT ARITHMETIK/LOGIK - Melaksanakan pengiraan arithmetik (campur,
(Arithmetic Logic Unit) tolak, bahagi dan darab).

>> Komponen Input

Membenarkan pengguna untuk memasukkan data/ maklumat ke dalam komputer untuk


tujuan penyimpanan dan pemprosesan. Ia juga alat bagi pengguna memberikan arahan-
arahan komputer. Antara alatannya adalah :
- Keyboard biasanya digunakan untuk
memasukkan maklumat/data ke dalam komputer
ataupun memasukkan arahan komputer.

- Pengguna mestilah menekan sesuatu kekunci


untuk menghasilkan kod-kod yang mewakili
sesuatu aksara.

- Kod-kod tersebut adalah di dalam bentuk ASCII


Keyboard (Papan Kekunci)
dan EBCDIC.

- ASCII (American Standard Code for


Information Interchange). Menggunakan 7 bit
kod, ini bermakna aksara yang dihasilkan adalah
128 kekunci aksara.

- EBCDIC (Extended Binary Coded Decimal


Interchange Code) yang digunakan oleh IBM.
Mouse (Tetikus) - Ianya digunakan untuk memilih sesuatu item
daripada menu atau mengklik keatas sesuatu
objek grafik pada skrin komputer yang mana
ianya nanti akan menghantar satu isyarat arahan
kepada komputer untuk melaksanakannya.

- Ia biasanya dipegang ditangan kanan dan


digerakkan diatas satu permukaan yang rata.
Apabila digerakkan, setiap pergerakan akan
diterjemahkan kepada kordinat X dan Y yang
mana ianya menunjukkan posisi mouse tersebut
pada sesuatu masa.

- Biasanya tetikus mempunyai 2 butang. Amnya


fungsi butang-butang tersebut adalah:
1) Butang Kiri untuk arahan melaksanakan
(execute).
2) Butang Kanan untuk arahan
tambahan(attributes /options) seperti
mengeluarkan maklumat tambahan dan juga menu
ataupun lain-lain pilihan.

- Walaupun begitu konfigurasi tetikus boleh


ditukar dengan menggunakan arahan di dalam
Windows95/98.

- Operasi pada mouse adalah seperti berikut :


i) Single Click ( Sekali Klik) pada butang kiri.
Selalunya digunakan untuk memilih(select)
sesuatu item pada skrin.
ii) Single Click ( Sekali Klik) pada butang
kanan. Selalunya digunakan untuk mengeluarkan
arahan tambahan pada item/ icon.
iii) Double Click (Dua kali Klik) pada butang
kiri. Selalunya digunakan untuk melaksanakan
arahan /program apabila aktiviti memlilih telah
dilakukan.
iv) Drag (Heret). Selalunya digunakan untuk
mengalih atau menempatkan sesuatu item pada
satu tempat. Cara yang digunakan adalah tekan
butang Kiri atas sesuatu item tanpa lepaskannya
dan alihkan Mouse ketempat yang dikehendaki.
- Adalah merupakan alat yang digunakan untuk
mengimbas dokumen yang mengandungi teks atau
grafik dan menukarkan mereka kepada bitmap
(picture image) atau teks.

- Imej yang di masukkan adalah di dalam bentuk


hitam/putih, greyscale atau berwarna, bergantung
kepada ciri di dalam sesuatu scanner.

Scanner (Pengimbas) - Scanner juga digunakan bersama-sama dengan


perisian OCR (Optical Character Recognition)
untuk mengimbas dokumen berbentuk teks dan
menukarkannya kedalam bentuk komputer teks
semula.

- Terdapat di dalam 3 bentuk :


1) Hand-held scanner.
2) FlatBed scanner (seperti di dalam gambar).
3) Sheet Feed scanner.
Digital Camera - Merupakan sebuah kamera yang berkeupayaan
untuk menangkap photo secara terus ke dalam
imej yang berbentuk digital dan menyimpannya di
dalam kamera tersebut untuk tujuan pindah-turun
kemudian.

- Jumlah simpanan photo dan resolusinya adalah


bergantung kepada sesebuah kamera.

- Gambar yang dihasilkan tidak perlu dicuci,


ianya boleh dicetak dengan menggunakan
pencetak yang berkeupayaan mencetak photo.

- Biasanya setiap kamera digital disertakan


dengan perisian untuk tujuan pindah-turun gambar
dan juga kemaskinian atau suntingan.
- Digunakan untuk memasukkan maklumat yang
memerlukan sesuatu kordinasi.

- Biasanya digunakan di dalam bidang CAD


(Computer Aided Draughting) di dalam
menghasilkan pelan sesebuah bangunan, peta dan
Digitizer (Pendigit) peralatan kejuruteraan.

- Input yang dimasukkan adalah merupakan siri


titik-titik yang menggambarkan sesuatu objek.
Hasil daripada kesemua titik-titik akan
terbentuklah sesuatu objek dan kemudiannya di
kemaskinikan oleh perisian yang khusus.

>> Komponen Output

Antara alatannya adalah :

- Biasa disebut sebagai terminal/ monitor/ skrin .

- Ia memaparkan output hasil daripada proses


sesuatu aplikasi dan juga maklumat atau arahan
yang di taipkan.

Unit Paparan - Terdapat di dalam berbagai saiz, biasanya di


(Visual Display Unit) dalam ukuran 14in, 15in dan 17in (diukur di
dalam cara melintang-bucu atau diagonal) .

- Resolusi paparan boleh diubah di dalam 3 saiz


iaitu 640X480, 800X600 dan 1024X768. Unit
ukuran resolusi diukur di dalam unit pixel iaitu
picture elements.
Pencetak Ada 3 jenis :
(Printer)
1) Pencetak yang menggunakan tekanan
(impact printer).
- Cara mencetak serupa dengan mesin taip.
- Terbahagi kepada 2 jenis :
i) Pencetak dot matrik.
ii) Pencetak daisy wheel.

2) Pencetak yang tidak menggunakan tekanan


(laser printer).
- Boleh mencetak dengan pantas dan berkualiti
Contoh : Pencetak laser 20,000 baris seminit.
- Mengeluar dan memindahkan imej, aksara pada
kertas output.
- Terbahagi kepada 2 jenis :
i) Pencetak ink jet / deskjet.
ii) Pencetak laser.
- Boleh mencetak grafik berwarna (seperti peta)
dengan baik.
Contoh : Digital plotter.

3) Pencetak yang menggunakan haba (thermal


printer).
- Biasanya digunakan pada mesin fax dan
pencetak mudahalih.
- Ia menggunakan teknik haba iaitu dengan
membakar satu kawasan kecil pada kertas untuk
membentuk aksara. Ia menggunakan sejenis
kertas khas yang boleh mengeluarkan aksara
apabila dipanaskan.
- Antara kegunaannya adalah mencetak kod bar

>> Komponen Storan

Digunakan untuk menyimpan data, perisian aplikasi dan perisian sistem pengoperasian.
Diantara media storan adalah seperti di bawah :

- Menggunakan kod magnet.

- Terdapat 3 jenis :
1. Gelungan pita magnet (magnetic tape)
Pita Magnet
2. Kaset
(Magnetic Tape)
3. Katrij

- Menggunakan pemacu pita magnet (magnetic


tape drive).
Cakera Liut - Digunakan dengan meluas kerana murah dan
(Magnetic Disc) mudah dibawa.

- Berbentuk bulat dan nipis seperti piring hitam.


Biasanya diletakkan di dalam bekas.

- Permukaan cakera disaduri dengan bahan oksida


magnet dan fleksi.

- Ianya juga dipanggil Disket atau Floppy Disk


dan terdapat di dalam 3 saiz :
1) 3.5 inci.
2) 5 1/4 inci.
3) 8 inci ukuran lebar.

- Saiz muatan biasanya adalah 1.44 MB. Ianya


perlu menggunakan pemacu disket di dalam
urusan penyimpanan data.
- Ianya dibuat daripada aluminium ataupun
daripada bahan ceramicyang kemudianya disaluti
oleh bahan magnetik (magnetic particles).

- Ianya berputar dengan kelajuan minimum 3600


pusingan seminit di atas paksinya.

- Biasanya beberapa kepingan diletakkan sekali di


dalam satu bekas dengan suatu jarak. Dan
diantaranya pula akan terdapat satu alat pembaca
(read/write head).

Cakera Keras - Saiz sesuatu hard-disk diukur pada keupayaan


(Hard Disc) menyimpannya. Unit ukurannya adalah di dalam
unit Megabyte/Gigabyte. Biasanya terdapat di
dalam saiz di antara 3.1 GB sehingga 10 GB.

- Lebih besar saiz sesuatu hard-disk bermakna


lebih banyak data akan dapat dimuatkan.
Perbandingannya adalah seperti berikut ;

(1 Gigabyte = 1 ribu Megabyte) dan ;


(1 Megabyte = 1 juta aksara).

(Nota perbandingan: 1 Byte = 1 aksara dan


1 Byte = 8 bit, (bit adalah unit terkecil) )
Cakera Optik - Menggunakan teknologi laser dan menggunakan
(Compact Disc/ Digital Video Data) bahan yang dipanggil amorphous crystal yang di
salut pada permukaannya.

- Biasanye berupaya untuk menyimpan data


sehingga 700MB data.

- Mempunyai masa capaian selaju 300ms. Kurang


sedikit
daripada masa capaian data di dalam disket.
Namun begitu banyak R&D telah dilakukan
terhadap masa capaiannya.

- Capaian masanya juga diukur di dalam ukuran


24x, 32x dan 48x. Dan sekarang ini di dalam
kelajuan 56x.

- Proses capaian datanya dibuat oleh pancaran


laser. Data disimpan di dalam susunan bersiri
yang dipanggil lands (satu permukaan rata) dan
pits (satu lubang atau lekok). Pancaran cahaya
laser tersebut akan melaluinya dan seterusnya
menghasilkan data binary '0' dan '1'.

- Data binary ini nanti akan diterjemahkan kepada


teks ataupun imej oleh perisian.

>> Komponen Ingatan

Ingatan komputer terbahagi kepada 2 jenis iaitu ROM (Read Only Memory) dan RAM
(Random Access Memory). Kedua-duanya mempunyai fungsi yang agak sama iaitu
mengandungi data atau arahan yang akan digunakan oleh pemproses untuk melaksanakan
tugasan. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu :

- Lokasi alamat (address location) - tempat / ruang bagi prosesor menyimpan arahan dan
data.
- Ruapan (volatility) - samada ingatannya kekal atau tidak apabila bekalan eletrik
dimatikan.
- Capaian masa (access time) - masa yang diambil oleh prosesor untuk membaca dan
menulis arahan

ROM (Read Only Memory) - Storan Semikonduktor.

- Ingatan yang tidak ruap (non-volatile).

- Hanya boleh membaca arahan dari ingatan yang


telah tersedia.

- Program/ data pada tidak terpadam apabila


hilangnya kuasa letrik.
- Program/ data di dalam ROM tidak boleh
dipinda.
- Storan Semikonduktor.

- Ingatan ruap (volatile).

- Ingatan sementara.

RAM (Random Access Memory) - Data dan maklumat akan terhapus apabila
bekalan eletrik terputus.

- Data dan maklumat yang boleh dipinda.

- Ingatan yang boleh dibaca dan tulis pada setiap


masa. (read/write memory).
:: PERISIAN KOMPUTER ::

- Perisian komputer merupakan satu set program dan prosidur yang berkait rapat dengan
operasi sesebuah komputer.

- Program ialah satu susunan arahan-arahan yang ditulis dengan tepat untuk
menyelesaikan sesuatu tugas.

- 3 kategori utama perisian komputer ialah :


1) Perisian Sistem
2) Perisian Pemprograman
3) Perisian Aplikasi

>> Perisian Sistem

- Boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :

i) Sistem Pengoperasian - Ialah satu set program yang dapat mengoptimakan


penggunaan sistem komputer.

- Sebagai supervisor ia berfungsi untuk :


i) mengawal operasi komputer.
ii) menjadual dan menyelaras operasi komputer.
iii) menjadi media perantaraan antara perkakasan
komputer dengan pengguna.

- Pemprograman Pelbagai (Multi-tasking) ialah


keupayaan satu-satu komputer melaksanakan arahan-
arahan ,dari beberapa program/ aplikasi secara serentak
pada satu masa.

- Pemprosesan Pelbagai melibatkan penyambungan


beberapa unit pemprosesan pusat bagi tujuan operasi
pemprosesan data.

- Antara contoh sistem pengoperasian adalah Microsoft


Windows 95/98/NT, Unix (Solaris, AIX) dan Linux.
- Biasanya meliputi program-program yang melakukan
kerja atau tugasan yang sama dan berulang.

- Biasanya dibekalkan berserta dengan perisian/


peralatan yang dibeli.

- Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan adalah


seperti operasi :
ii) Utiliti
i) Mengisih (Sorting)
- Digunakan untuk menyusun data-data mengikut
susunan yang diperlukan.
ii) Mencantum (Merging)
- Mengabungkan beberapa fail ke dalam satu fail sahaja.
iii) Salin (Copy)
- Digunakan untuk memindahkan satu set data/fail
daripada satu media kepada media output yang lain.

>> Perisian Pemprograman

- Set program-program yang membolehkan seseorang berkomunikasi dengan komputer.

- Bahasa yang digunakan meliputi simbol-simbol, aksara dan peraturan-peraturan


sintaksis (syntax).

- Terdapat dalam 2 kategori utama :

1) Bahasa-bahasa Pemprograman
i) Bahasa Peringkat Rendah a) Bahasa Mesin
- Menggunakan kod-kod sistem binari yang boleh
difahami oleh setiap komputer.
- Masalah ialah sukar ditulis dan difahami.

b) Bahasa Penghimpun
- Menggunakan bentuk simbolik.
- Ianya lebih mudah difahami tetapi memerlukan
penterjemah.
- Ialah bahasa yang lebih ringkas dan lebih mirip kepada
bahasa Inggeris.
ii) Bahasa Peringkat Tinggi
- Contohnya: COBOL, FORTRAN, VISUAL BASIC dan
C++.

2) Penterjemah
i) Assembler - Membaca dan menterjemah arahan-arahan yang bertulis
ke dalam bahasa mesin.
- Membaca program sumber yang ditulis di dalam
ii) Compiler bahasa-bahasa peringkat tinggi dan menukarkan arahan-
arahan ke dalam bahasa mesin (program objek).
- Menterjemah dan melaksanakan arahan dalam program
iii) Interpreter
secara baris demi baris.

>> Perisian Aplikasi

- Program-program yang direkabentuk khas untuk komputer bagi melaksanakan sesuatu


tugasan, masalah, ataupun kerja-kerja otomasi bagi memenuhi keperluan pengguna.

- Contoh-contoh Sistem Aplikasi :


~ Sistem Kewangan UPP (SKUPP) = mengendalikan urusan kewangan.
~Sistem Inventori = mengendalikan urusan keluar-masuk peralatan / perkakasan.
~Sistem Pengurusan Personel (SISPEN) = mengendalikan maklumat kakitangan.

- Terbahagi kepada 3 kategori :

- Program yang disediakan dan diuji mengikut keperluan


1) User Coded
pengguna.
2) Pakej - Program-programnya telah tersedia dipasaran.

- Boleh didapati dengan cepat dan mudah.


- Boleh digunakan terus oleh pengguna apabila dipasang
(install). Contohnya :
- Spreadsheet (lembaran kerja) : MS-Excel
- Database (pangkalan data) : MS-Access
- Word Processing : MS-Words

- Masalah aplikasi pakej :


~ Kadang kala tidak sesuai dengan sesuatu komputer
~ Tidak berapa sesuai dengan keperluan pengguna
~ Tidak boleh dibuat pindaan ke atas pakej.
3) Customized - Campuran di antara kriteria kedua-dua jenis aplikasi di atas.