Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU KALI KE-1 2011

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUSSAADAH


TITI BESI KEPALA BATAS, 06200 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh : 13 Januari 2011 (Isnin).


Masa : 2.30 petang.
Tempat : Bilik Peperiksaan.

Kehadiran :

Hadir :

1. En. Jilani b. Ismail 8. En. Abdul Naim b. Ismail


2. En. Adnan b. Isa 9. Pn. Malihah bt. Wan Mohamad
3. Pn. Asmeda bt. Abdullah 10. En. Mohamed Latip b. Japlawi
4. Pn. Atifah bt. Musa 11. En. Mohamad Shahrizal b.Husain
5. En. Mohd Ashraf b. Mohsin 12. Pn. Rohaya bt. Shafie
6. Pn Nor Aqilah bt. Ramli 13. Pn. Yuhana bt. Hamzah
7. Pn. Raihan bt. Omar
Tidak hadir :

1. Pn. Mahfuzah bt. Mohamad (Bersebab)


2. En. Mardzuq b. Idris (Bersebab)

Turut hadir : En Abdul Rashid b. Othman (Pengetua)


En. Ahmad Mukhtar b. Abdullah (PK Pentadbiran)
En. Ishak b. Zulkifli (PK KoKurikulum)

Agenda :

1. Alu-aluan Pengerusi
2. Membincangkan Perancangan Unit Penilaian dan Peperiksaan SMAD 2011
3. Hal-hal lain
4. Penutup

1.0 Alu-aluan Pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kelapangan masa AJK menghadiri
mesyuarat.
2. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah dan mesyuarat diteruskan
dengan harapan perancangan yang bakal dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
3. Pengerusi memaklumkan bahawa peningkatan prestasi pelajar PMR amat membanggakan
di mana empat mata pelajaran mendapat 100% dan terdapat 1mata pelajaran jatuh.
4. Pengerusi juga berharap apa yang dirancang pada tahun 2011 dapat ditambah dan
ditingkat dengan sebaik yang mungkin demi kecemerlangan pelajar SMA Darussaadah,
secara tidak langsung dapat menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi .

2.0 Membincangkan Perancangan Unit Penilaian dan Peperiksaan tahun 2011

5. Pn. Aqilah membentangkan analisis keputusan PMR 2010.

[1]
6. En. Jilani memaklumkan bahawa bilangan yang lulus semua subjek PMR 2010 ialah 90
orang iaitu 90% meningkat berbanding tahun 2009 bilangan lulus semua subjek hanya 50
orang iaitu 34.2%.
3.0 Hal-hal lain/Perkara-perkara baru

7. En. Jilani memaklumkan bahawa unit penialaian dan peperiksaan menghadapi masalah
pada tahun 2010 antara masalah-masalah yang berlaku adalah seperti berikut :
- Bilik peperiksaan tidak berkunci
- Guru yang mengawas peperiksaan tidak menyemak terlebih dahulu
adakah soalan sudah dibawa atau belum ke dewan peperiksaan
- Tidak meletakkan soalan di bilik peperiksaan sehari sebelum peperiksaan
8. En. Jilani mencadangkan supaya diadakan taklimat khas peperiksaan untuk guru-guru.
9. En. Jilani menyarankan guru panitia dan guru kanan bidang menyemak dengan teliti
soalan yang dibuat oleh guru.
10. PK KOKU mencadangkan sistem persaingan(competition),menubuhkan kelas elit,setiap
ujian bulanan perlu dipantau dan mesti diberi ganjaran kepada yang berjaya.
11. Pn. Atifah kurang setuju diwujudkan sistem tersebut kerana kurang sesuai.
12. Pn. Aqilah mencadangkan supaya ada satu jabatan yang menguruskan sistem tersebut.
13. PK KOKU memberitahu bahawa terdapat guru yang menyuruh murid menanda kertas
14. PK KOKU memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa ketika ujian
bulanan diadakan tetapi ditangguhkan apabila peperiksaan penggal diadakan.
15. PK KOKU memaklumkan bahawa soalan SMRA/SMRAM dibuat oleh majlis pengetua
SABK dan Maktab Mahmud.
16. PK KOKU memperingatkan supaya S.U peperiksaan peka dengan masa dan menyusun
semula masa supaya peperiksaan bermula pada pukul 8.00 pagi.
17. En. Jilani mengingatkan tentang peranan penyelia tingkatan dan guru tingkatan terhadap
bilik-bilik peperiksaan dan jadual pengawasan peperiksaan
18. Pn. Aqilah mencadangkan supaya announce lebih awal tentang guru-guru yang menjadi
pengawas peperiksaan PMR kerana sistem SABK berbeza dengan sekolah-sekolah lain.
19. En. Jilani mencadangkan supaya diadakan gempur bilik peperiksaan.
20. En. Jilani mengingatkan supaya semua S.U bilik ambil perhatian tentang keceriaan.
21. Pengetua mencadangkan supaya unit peperiksaan menyediakan bank soalan bagi semua
mata pelajaran.
22. Pengetua mengarahkan supaya ujian bulan februari dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan.
23. Pn Asmeda mengingatkan tentang senarai semak pemarkahan TOV dimaklumkan kepada
semua guru subjek.

4.0 Penutup

24. Mesyuarat ditamatkan pada jam 4.30 petang dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-
Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan,

(EN. ABDUL NAIM BIN ISMAIL) (EN. JILANI B. ISMAIL) (EN. AHMAD MUKHTAR B. ABDULLAH)
Pencatat Penyelaras Penolong Kanan Pentadbiran
Unit Penilaian & Peperiksaan Unit Penilaian & Peperiksaan SMA Darussaadah
SMA Darussaadah. SMA Darussaadah

[2]

Anda mungkin juga menyukai