P. 1
Perspektif & Teori Sosiologi

Perspektif & Teori Sosiologi

|Views: 641|Likes:
Dipublikasikan oleh Akhi Muhammad Aiyas
Nota Pembentangan Sosiologi : Perspektif & Teori Sosiologi dari PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 di IPG KDRI
Nota Pembentangan Sosiologi : Perspektif & Teori Sosiologi dari PISMP Kajian Sosial Sem 1/2011 di IPG KDRI

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Mar 10, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/11/2013

pdf

text

original

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

Ahli sosiologi melihat masyarakat dari perspektif yang berbeza. Pendekatan berbeza digunakan dalam mengkaji dari aspek sosiologi. Perspektif sosiologi melihat masyarakat dari kaca mata baru. Elemen penting dalam sosiologi adalah teori.

Robert K. Marton

Teori sosiologi ialah himpunan andaian yang saling kait-mengait secara logik dan daripadanya keseragaman empirik dapat dirumuskan

Teori yang menerangkan satu aspek realiti atau permasalahan kecil.

Teori yang menerangkan satu masalah masyarakat yang besar dan kompleks.

FUNGSI (Functionalist)
3 PERSPEKT IF TEORI

KONFLIK (Conflict)

INTERAKSI (Interactionist)

DEFINISI FUNGSI
Tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain.

RohanaYusof

Kamus Dewan Edisi Keempat
Yang mempunyai ataupun diberi tugas-tugas tertentu

MENERANGKAN BAHAWA MASYARAKAT TERDIRI DARI GABUNGAN KOMPONEN TERTENTU. MANUSIA DIANGGAP SATU ORGANISMA HIDUP YANG BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN. SETIAP LAPISAN MASYARAKAT MEMPUNYAI FUNGSI KHUSUS & UNTUK MELICINKAN PERJALANAN SISTEM SOSIAL. TEORI INI JUGA DIKENALI SEBAGAI STRUCTURALFUNCTIONAL ATAUPUN SOCIAL SYSTEM THEORY. HERBERT SPENCER MENGATAKAN ADANYA PERSAMAAN ANTARA ORGANISMA DAN MANUSIA KERANA FUNGSI DAN STRUKTURNYA.

FUNGSI SETIAP INDIVIDU ADALAH UNTUK MEMASTIKAN KEHARMONIAN FUNGSI MASYARAKAT. FUNGSIONAL IALAH SISTEM SOSIAL YANG SENTIASA BERSIFAT INTEGRASI/KESEPADUAN.

FUNGSI ROBERT K. MERTON DISFUNGSI LATENT

FUNGSI
BERMAKSUD TUGAS/KEADAAN YANG MENYEBABKAN PROSES PENGADAPTASIAN DAN PENYELARASAN KEPADA SESUATU SISTEM BERLAKU. CONTOH : GURU MENDIDIK

DISFUNGSI
KEADAAN YANG MENGURANGKAN PROSES ADAPTASI DAN PENYESUAIAN KEPADA SATU SISTEM. CONTOH : KEMISKINAN

LATENT
BERMAKSUD AKIBAT YANG TIDAK DIKEHENDAKI ATAUPUN KESAN SAMPINGAN YANG KADANG-KADANG TIDAK DIKENALI APAKAH PUNCANYA. CONTOH : MENGINTIP

KEBAIKAN
MELIHAT MASYARAKAT DARI PERSPEKTIF KESELURUHAN DAN MENGENALPASTI STRUKTUR, FUNGSI BAGI SESUATU LAPISAN MASYARAKAT DAN GELAGATNYA.

KEBURUKAN
MELIHAT MASYARAKAT SECARA STATIK PADA MASA DAN KETIKA ITU SAHAJA. HANYA MENGAMBIL KIRA PROSES INTEGRASI & KESTABILAN DAN TIDAK MENGAMBIL KIRA KONFLIK & PERPECAHAN. SUATU MASYARAKAT MENEKANKAN TENTANG TRADISI KELAS DALAM MASYARAKAT UNTUK KEKALKAN KESTABILAN.

RUMUSAN
FUNGSIONAL BERERTI MASYARAKAT ADALAH SISTEM YANG STABIL, BERINTEGRASI & TERSUSUN DAN ANGGOTANYA BERSETUJU DENGAN NILAI ASAS YANG DIPEGANG BERSAMA. MASYARAKAT AKAN TERUS BERGERAK KE ARAH KESEIMBANGAN HASIL DARI PENYESUAIAN DIRI. SISTEM SOSIAL MASYARAKAT AKAN STABIL SETELAH BERLAKUNYA PENYESUAIAN DENGAN PERUBAHAN. MASYARAKAT AKAN BERUBAH KE ARAH KESEIMBANGAN SECARA PERLAHAN-LAHAN. WUJUDNYA MASYARAKAT BERGANTUNG KEPADA IDEOLOGI ANGGOTANYA SEPERTI NORMA & NILAI

Karl Marx

Menekankan satu aspek penting dalam susunan sosial sesuatu masyarakat iaitu dominasi satu kelompok individu ke atas kelompok lain. Masyarakat ialah gelanggang berlakunya pergelutan antara kelas sosial yang berlainan bagi mendapatkan sumber-sumber ekonomi. Perbezaan struktur adalah sumber bagi konflik dan perubahan sosial berlaku hanya melalui konflik ini.

Thomas Hobbes - manusia bergaduh untuk hidup atau survival .

Karl Marx - terdapat dua kumpulan yang sentiasa bersaing.

George Simmel - konflik adalah sebagai sesuatu yang semula jadi dalam kehidupan sosial yang bermasyarakat. .

Lewis Coser konflik mempercepat proses kesetiaan dan keharmonian sesama anggota dan bertindak sebagai alat yang menyatukan anggota dalam kelompok. Dahrendorf konflik mempunyai dua fungsi iaitu positif dan negatif iaitu memberi sumbangan kepada integrasi sistem sosial dan membawa perubahan.

Randall Collins memandang konflik dari sudut mikro. Keseluruhan struktur masyarakat boleh difahami akibat daripada kelompok yang berkonflik.

Masyarakat merupakan gelanggang berlakunya pergelutan antara kelas sosial yang berlainan bagi mendapatkan sumber-sumber ekonomi. Konflik yang dimaksudkan membawa erti ketegangan, permusuhan, persaingan, dan perihal tidak bersetuju tentang matlamat dan nilai. Konflik ialah proses terus menerus dan merupakan hakikat yang tidak dapat dielakkan. Kuasa yang berada pada satu kelompok akan dikenakan pada kelompok lain. Perspektif konflik bukan menyatakan bahawa konflik sosial merosakkan masyarakat tetapi membawa akibat positif. Perubahan tidak berlaku jika tiada konflik.

Max Weber

Pentingnya memahami dunia sosial (masyarakat) dari sudut pandangan individu yang bertindak atau berinteraksi di dalam dunia sosial tersebut.

Teori interaksionisme tidak menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang berstruktur besar seperti negara, ekonomi atau kelas sosial sebaliknya yang dipentingkan ialah interaksi sosial pada setiap hari dan yang biasa berlaku di dalam kehidupan manusia setiap hari.

Proses seseorang itu bertindak atau memberi gerak balas kepada orang lain dinamakan interaksi sosial .

Ahli-ahli teori melihat simbol ini sebagai suatu yang penting dalam interaksi dan dikenali sebagai symbolic interactionisme

TEORI INTERAKSIONISM E

Dalam interaksi manusia antara manusia, mereka menggunakan simbol seperti bahasa, alat atau benda tertentu.

Jadi andaian teori ini ialah melihat bagaimana individu memberi gerak balas terhadap tafsiran kehidupan soisal mereka.

Golongan interaksionis menganggap masyarakat ialah satu sistem yang longgar, dan tidak berintegrasi iaitu saling bantu membantu disebabkan latar belakang yang berbeza. Interaksi simbolik ialah interaksi yang berlaku antara manusia melalui simbol seperti tanda isyarat, gerak geri, peraturan dan yang paling penting ialah dengan cara tulisan dan bahasa lisan. Manusia telah meletakkan makna sosial kepada simbol dan kemudian bertindak balas terhadap makna yang telah diberikan itu. contohnya siulan sang teruna kepada si dara, ini tiada makna secara tersendiri tetapi manusia telah mempelajari dan meletakkan makna pada simbolik ini dan kehidupan telah diaturkan berdasarkan makna ini. Kehidupan sosial manusia melibatkan suatu proses terus menerus dengan meletakkan makna untuk tindakan sendiri dan membezakannya daripada tindakan orang lain.

1. RohanaYusof. Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. 2. Donald Light Jr. Sociology Second Edition. 3. Kamus Dewan Edisi Keempat

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->