Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal : Ke-2

Minggu Praktikum : 2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 14-18 Febuari 2011

Tajuk Jurnal : Pengajaran Yang Tidak Teratur

Pada minggu yang kedua, tidak ada banyak perubahan yang terdapat dalam aktiviti
P&P. Saya masih mengekalkan rentak yang baik pada minggu ini. Semangat dan motivasi untuk
mengajar semakin menebal dalam diriku. Pada minggu ini saya telah mula mengajar mengikut
masa yang tertera di dalam jadual.Sepanjang saya mengajar pada minggu ini,masalah utama
yang berlaku ialah masalah sistem pengawalan kelas yang lemah.

Murid-murid dapat memberi penumpuan ketika sesi pengajaran di dalam bilik


darjah.Tetapi,saya mendapati bahawa mereka suka mempermainkan guru mereka kerana saya
merupakan guru baru di sini.Mungkin saya perlu lebih tegas selepas ini.Selain itu, pengajaran
yang dijalankan juga kurang teratur dan sistematik. Saya tidak dapat berpandukan segala-
galanya pada rancangan pengajaran yang telah dirancang kerana ada masanya saya perlu
mengubah sesi pelajaran pada hari tersebut bergantung kepada tumpuan dan kecekapan murid
pada hari tersebut.Ini bermakna saya perlu menambahkan lagi bilangan aktiviti yang ada kerana
selalunya mereka akan menyiapkan tugasan mereka dengan cepat.

Selain itu,terdapat juga segelintir murid yang begitu aktif di dalam kelas saya sehingga
membuatkan saya terpaksa memilih murid tersebut sebagai model saya apabila ingin mencuba
dan membina kemahiran murid-murid.Segelintir lagi kelihatan bosan tetapi masih lagi
mengikuti rancangan pengajaran saya pada hari tersebut.Di dalam kelas saya terdapat
beberapa orang murid yang suka bermain dan sentiasa tidak mengendahkan apa yang saya
ajarkan.Mereka akan sentiasa bermain di belakang.Selepas ditegur,mereka masih juga dengan
sikap mereka.

Di dalam kelas saya juga terdapat seorang murid yang tidak cekap berbahasa Melayu
walaupun murid itu berbangsa Melayu dan beragama Islam.Tetapi saya sukakannya kerana dia
rajin bertanya sekiranya terdapat apa-apa permasalahan.Masalahnya di sini,setiap kali dia
bertanya,dia akan menggunakan Bahasa Inggeris.Saya ada bertanya kepada guru pembimbing
bagaimana untuk mengajarkan murid yang seperti ini.Guru itu berpendapat bahawa saya perlu
berkeras dengan murid itu supaya dia akan cuba berbahasa melayu apabila berada di dalam
kelas Bahasa Melayu.
Pada minggu ini juga ,saya telah mula mengikuti aktiviti kokorikulum yang telah dijalankan
oleh pihak sekolah iaitu pada tiap-tiap hari Jumaat bermula dari pukul 11.45 sehingga pkul
12.45 tengahari.

1. Analisis

Hal ini timbul mungkin kerana saya masih baru di sekolah ini dan masih belum mampu
untuk mengetahui sejauh mana kemampuan murid-murid di dalam kelas ini.

2. Cadangan Tindakan Susulan


a. Saya perlu lebih kerap melihat bagaimana teknik, cara dan pendekatan guru
pembimbing mengawal kelas semasa sesi pengajaran.\ Saya akan meminta bimbingan
daripada guru pembimbing untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan serta sesuai
untuk dijalankan dikelas.
b. Saya akan bertanyakan tentang petua, tips atau panduan daripada guru-guru yang
berpengalaman di sekolah.
c. Saya perlu membawa perwatakan yang lebih tegas supaya masalah ini dapat diatasi.
d. Saya akan membaca pelbagai bahan bacaan yang menarik untuk menarik minat murid-
murid dan memasukkan pelbagai unsur dalam pengajaran seperti unsur kecindan dan
sebagainya supaya pengajaran lebih berkesan.
e. Saya akan memastikan setiap arahan yang diberikan oleh guru adalah ringkas, padat dan
mudah difahami serta mengikut tahap murid-murid.
f. Saya akan mendapatkan nasihat dan bimbingan samada dari guru pembimbing,
pensyarah pembimbing serta rakan guru pelatih.

3. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba sedaya-upaya bagi mengatasi masalah ini dalam tempoh masa yang
terdekat tetapi perkara yang paling ialah saya memerlukan lebih bayak latihan dan ulang kaji.
Selain itu saya juga perlu mencuba pelbagai cara untuk menarik minat murid-murid ini dengan
lebih cepat.
Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai