Anda di halaman 1dari 32

KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA

Jane Laura Joe


Melcorra Anne Judeh
Mohd. Hanafi Kamaruzaman
Mohamad Rafi Mut @ Asli
Mohd. Firdaus Nawawi

JABATAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (UPSI)


FAKULTI TEKNIK DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
20 OKTOBER 2010

1
ABSTRAK

Taman Asuhan Kanak-kanak dikenali sebagai TASKA merupakan mana-mana

premis yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur

empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan

upah. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar

dan pinggir bandar bagi golongan yang berpendapatan rendah dan miskin. TASKA

menggunapakai kurikulum permata dalam melaksanakan program pendidikan awal

kanak-kanak. Tujuan TASKA adalah untuk mendidik kanak-kanak agar mereka

mampu bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan

kawan-kawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya. Kurikulum Permata

(KP) merupakan satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan

kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya

dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini. KP telah dirancang dengan mengambil

kira semua aspek perkembangan dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan

kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. TASKA dan Kurikulum Permata

mempunyai konsep yang tersendiri dalam pendidikan awal kanak-kanak.

1.0 PENGENALAN TASKA.

TASKA atau Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan tempat untuk menjaga kanak-

kanak di antara umur 0 hingga 4 tahun. TASKA menggunapakai kurikulum

bersepadu dalam melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Bagi cara

pengajaran, TASKA telah menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikan

2
“belajar melalui bermain” (learning through play) bagi merangsang perkembangan

personaliti dan minda kanak-kanak.

TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu untuk

bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawan-

kawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi.

TASKA juga ingin melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kearah

membina generasi cemerlang di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal

insan yang berkualiti.

2.0 PENGENALAN KURIKULUM PERMATA (KP).

Kurikulum permata merupakan sesuatu program pendidikan termasuk kurikulum dan

kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan

sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

(Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) Pendidikan

1997).

KP telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan dan

ianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah

umur 5 tahun.

KP merupakan satu panduan bagi pihak-pihak yang menguruskan taska atau

Pusat Anak Perdana Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan awal kanak

yang terbaik dalam meningkat potensi kecemerlangan kanak-kanak. Aspek yang

dititikberatkan dalam KP ialah interaksi dengan kanak-kanak, kaedah pengasuhan

3
secara holistik, dan juga panduan dalam merancang sebarang aktiviti bagi tujuan

menguji perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar

dengan ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya.

3.0 DEFINISI TASKA

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat, Taman Asuhan Kanak-kanak atau dikenali

sebagai TASKA adalah mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau

lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah

diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Program ini memberi perkhidmatan

kepada masyarakat luar Bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan

berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah

Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat

Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya adalah

untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi

meningkatkan taraf hidup keluarga

4.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA

Kurikulum Permata telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanak-

Kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai

kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah melawat

dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan, dan mengadakan rundingan

dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi

menyediakan kurikulum ini. Di antara program pendidikan awal kanak-kanak yang

didapati paling sesuai dirujuk ialah Program ‘Surestart ‘ dari Pen Green Centre,

Corby, United Kingdom.

4
Antara elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green

ialah rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah

sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery)

dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara

aktif. Kitaran ini dipanggil “Pen Green Loop” atau singkatannya “PG Loop”.

Selain itu, rekabentuk kurikulum dalam Model Pen Green ini menggalakkan

penglibatan ibu bapa selaras dengan hasil kajian yang secara terang menunjukkan

bahawa ibu bapa adalah guru pertama dan pendidik paling efektif untuk kanak-

kanak. Kajian Brofenbrenner (1998) yang telah menghasilkan Ecological Systems

Theory mendapati pembelajaran seseorang kanak-kanak boleh dimaksimumkan

sekiranya ada kolaborasi dan kesinambungan di antara rumah dan taska atau pusat

didikan dan asuhan kanak-kanak tersebut.

Rekabentuk Kurikulum Permata telah mengambil kira peranan ibu bapa yang

tidak dapat meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam perkembangan anak

mereka. Para pendidik masih boleh menggunakan The PG Loop dengan mengganti

cara berkomunikasi. Kehadiran ibu bapa di pusat didikan setiap minggu boleh diganti

dengan komunikasi menggunakan multimedia atau melalui perbincangan-

perbincangan ringkas semasa mengambil dan menghantar anak berkenaan.

Walaubagaimanapun, cara ini tidaklah sebaik kehadiran ibu bapa selama sejam

setiap minggu.

Model asas kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu,

manakala Kurikulum Permata telah diperkayakan dengan tema-tema berciri

kebudayaan Malaysia. Kurikulum Permata mempunyai enam bidang pembelajaran

iaitu:

5
I. Perkembangan emosi, rohani dan sosial

II. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal

III. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik

IV. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran

V. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri

VI. Perkembangan daya kreativiti dan estetika

Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang

pembelajaran ini. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai

keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi atau pembelajaran

lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum Permata melihat

perkembangan kognitif (intelek) sebagai perkembangan deria dan pengetahuan

tentang dunia (knowledge and understanding of the world), bukan sebagai

penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum Permata

menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya

setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.

Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum Permata ini adalah unik dan

tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Ini

bermaksud, tidak ada kaedah (dalam pengetahuan kami) yang menggunakannya

kecuali di Pen Green Corby. Isi kandungan Kurikulum Permata adalah sama seperti

yang digunakan di Pen Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa

asas teori yang lain seperti:

6
I. Konsep ‘Involvement’ – oleh Leavar’s (1997)

II. Konsep ‘Well-Being’ – oleh Laevar’s (1997)

III. Konsep ‘Attachment’ – oleh Bowlby (1969)

IV. Konsep ‘Holding and containment’ – oleh Winnicot (1965) and Bion

(1962).

Berasaskan model Pen Green ini, Kurikulum Permata digubal dan diuji rintis

di lima buah Pusat Anak Permata Negara dalam Fasa I dan di enam buah Pusat

Anak Permata Negara dalam Fasa II. Dapatan dari penilaian yang telah dibuat

selepas satu tahun pelaksanaannya menunjukkan Kurikulum Permata berjaya dan

sangat berkesan dalam meningkatkan kebolehan dan potensi kanak-kanak yang

maksimum.

Oleh kerana rangka teori Kurikulum Permata ini berasaskan prinsip

perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal dan sahsiah kanak-kanak yang terbaik

daripada semua kurikulum yang telah dikaji, maka ia seharusnya boleh digunapakai

oleh semua kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak yang sudah sedia

ada di Malaysia mahupun yang dibawa masuk dari luar negara. Ini adalah kerana

semua kanak-kanak akan melalui proses perkembangan yang serupa disebabkan

proses perkembangan manusia adalah mengikut genetic blueprint yang sama.

Sifat rangka teori Kurikulum Permata yang boleh diselitkan ke dalam mana-

mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak menjadikannya satu faktor kompromi

untuk pengamal-pengamal kaedah lain seperti Kaedah Montessori dan Reggio

Emilia yang telah lama diperakui kualiti program tersebut di peringkat antarabangsa.

7
Secara ringkasnya, Kurikulum Permata menggunakan hasil penyelidikan yang

terkini dan terbukti boleh diaplikasikan dalam suasana sebenar. Ianya berasaskan

proses perkembangan kanak-kanak yang universal yang menjadi sebab utama ianya

boleh digunapakai oleh mana-mana kaedah atau program pendidikan awal kanak-

kanak. Kami mengesyorkan agar kurikulum ini boleh digunakan sepenuhnya atau

dimasukkan ke dalam program yang sedia ada dengan tujuan untuk

memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran walau apa jenis program

yang beroperasi di negara ini.

5.0 PERBANDINGAN KONSEP TASKA DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Dalam Negara

1. PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan

dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama, inilah merupakan

peringkat paling utama dan baik menerusi perkembangan kanak-kanak untuk

menerima perkembangan kognitif berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap

umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan

psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan

intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga 4 tahun manakala satu pertiga

yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun . kajian

yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80-85% perkembangan otak

manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan

peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal

dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa

8
ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak

merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

2. DR. MAHANI RAZALI

Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar kanak-kanak

yang dikategorikan dalam “ Pendidikan Awal Kanak-Kanak ” atau “ Early

Childhood Education ”. Beliau cuba menjawab persoalan ini dengan memetik sedikit

penulisan berhubung dengan perkara dalam tesis PhD beliau. Berikut adalah petikan

yang dapat kita kongsi bersama: “There is some variation across countries in the

ages of children considered to be in early childhood education. According to

Swiniarski, Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of early childhood care and

education differ around the world. The more industrialized nations consider early

childhood to be the period from birth through to age 8 (Essa, 1999; Wortham, 2000),

while developing nations focus on birth through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua, 2001;

UNICEF, 2002). Graves et al (1996) stress that regardless of such determinations

the increased interest in early childhood education around the world reflects

respective nations' and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In

the United States and Canada, children start school at age 6. Nursery schools

generally cater for children aged 3–5 years old, and kindergartens cater for children

aged 4–5 years old. In England, Scotland, and Wales, children in nursery schools

are normally aged between 3 and 5 years, and in Northern Ireland, between 2 and 4

years. In England and Wales, some schools have classes called “reception” classes

for children who have not yet reached the compulsory school age (5 years old).

Sweden has pre-schools for children aged 0–5 (förskola) and another pre-school for

6-year-olds (föreskoleklass) (Mahani, 2006).

9
Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Luar Negara

1. JEAN PIAGET

Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka

yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan

sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan

perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif

itu berlaku dengan berperingkat peringkatdan peringkat yang lebih awal adalah

mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana

peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat

yang berikutnya.

2. ERIC ERIKSON

Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan

manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke

tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu.

Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja , awal

dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan

seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan

individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini

jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan

ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung

Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya.

Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum,

perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup.

Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di

10
sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran

yang tidak memberangsangkannya. Pendapat ini bercanggah dengan pendapat

Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai

perkembangan tertentu.

Secara keseluruhannya pandangan dan pendapat tokoh atau pakar di

Malaysia dan luar negara mengenai perkembangan awal kanak- kanak adalah

berbeza-beza. Konsep TASKA di Malaysia, menurut Prof Madya Dr. Mastura badzis

menyatakan pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang

dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat

umur 6 tahun pertama, inilah merupakan peringkat paling utama dan laju

perkembangan kanak-kanak untuk menerima perkembangan kognitif berbanding

dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan

seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat

bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia

kanak-kanak 0 hingga 4 tahun, manakala satu pertiga yang lain sempurna

perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh

pakar neurologi mendapati bahawa 80- 85% perkembangan otak manusia berlaku

dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat

perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh

enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti

pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada

keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Di luar negara, Jean Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai

corak perkembangan mereka yang tersendiri . Oleh sebab itu, kanak-kanak yang

dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi

11
juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat

bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan

peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat

yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi

perkembangan peringkat yang berikutnya.

Di samping itu juga, seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson

berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial

yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri

berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak- kanak,

zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang

akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian

Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia

mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah

kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah

kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau

orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti

mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh

harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat

mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba

melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Pendapat Ini

bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak

pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu.

12
6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM DAN LUAR NEGARA

1. Program Permata

ZAILANI ZAKARIA

Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat

semasa awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka. Atas

dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA

ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang

holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep

‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak

PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan

pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.

Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut

acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya

berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi penekanan

kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak

Malaysia. PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu

merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti Ini

adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,.

bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang

cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala

sosial apabila mereka dewasa.

13
Buat masa ini, belum ada satu kurikulum kebangsaan yang digubal untuk

mengintegrasikan asuhan dan didikan awal kanak-kanak dibawah umur 4 tahun di

Malaysia. Walaupun kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) diwajibkan kepada

semua pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta asuhan Kanak-Kanak, namun

demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan kepada asuhan dan keselamatan

kanak-kanak. Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal

kanak-kanak secara menyeluruh amat penting dan ianya akan meneruskan

kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak

yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan.

Program Permata telah pun menggubal kurikulumnya tersendiri serta dinilai

melalui ujian kajian pemakaiannya dikalangan kanak-kanak di pusat-pusat permata.

Hasilnya adalah memberangsangkan dalam pembangunan awal kanak-kanak

secara holistik, meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. Oleh itu,

kurikulum PERMATA telah dipersetujui dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum

Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak kebangsaan (PERMATA Negara, 2009).

Sehingga kini 17,565 kanak-kanak dipusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara

mendapat manfaat daripada program ini di mana modul Pembelajaran, teknik

pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kajian UPSI dan pusat penyelidikan perkembangan kanak-kanak kebangsaan

(NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di permata Negara mencapai

perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil,

ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih

istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 % daripadanya

14
mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul,

pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan.

Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI

adalah seperti berikut:-

• Perkembangan emosi :

- 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik

berbanding 42% kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA

didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan

terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri;

• Perkembangan bahasa dan Komunikasi :

- 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul

berbanding 51% kanak-kanak Bukan PERMATA;

• Kemahiran berkomunikasi :

- 72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan

bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

• Perkembangan sosial :

- 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan,

berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-

kanak Bukan PERMATA;

• Pengurusan Diri :

- 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding

60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

15
• Perkembangan intelek :

- 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding

50% kanak-kanak Bukan PERMATA; dan

• Perkembangan rohani :

- kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding

kanak-kanak Bukan PERMATA.

2.Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan

Kurikulum yang Integratif

Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan

Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib

Presiden HELWA)

pengenalan

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma

dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan

insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya,

pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu

kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang

praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu

melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan

kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak,

pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak

dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja

yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan

16
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan

sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupan di masa akan

datang (Department of education and Science, 1990)

Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran

Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia

hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi

ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi

maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu

dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini

kerana kanak-kanak merupakan aset penting negara bagi pembinaan sesuatu

bangsa dan ketinggian maruah bangsa.

Pernyataan dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah

saentorio dunia, dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak

adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada

visi wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya

menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal

kanak-kanak yang berkualiti tinggi dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada

dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan

masyarakat di negara tersebut

Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat

ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu

bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang

penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun

bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu

17
membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik

mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan

kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal.

Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan

menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus

lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap

potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal

perkembangan.

Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak

Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah

sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti,

peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan

juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-

kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu

yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi

segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah

atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National

Children Beaureu, United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanak-

kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah

merangkumi perkara-perkara berikut:

• Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk

kanak-kanak

18
• Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau

tidak , samada digalakkan atau ditegah.

• Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak

disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau

kanak-kanak itu sendiri.

Bruce dan Meggit (2005) menyifatkan Kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang

dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana akan menjadi satu

tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran

yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada

pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan

keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya ( Department for

Education and Science, 1990)

Binaan Kurikulum Integrattif

Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh

memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara

menyeluruh dan bersepadu kearah melahirkan insan yang baik berdasarkan

kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada tuhan. Kurikulum integratif juga

boleh membawa maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu

pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu

dalam sesuatu subjek yang diajar.

Pengkaji membuat kajian terhadap binaan kurikulum yang integratif dengan

menghuraikannya kepada tiga aspek iaitu yang pertama adalah dari segi

kesepaduan maklumat yang disampaikan oleh kanak-kanak. Dalam erti kata yang

19
lain pengetahuan dan pengalaman pembelajaran perlu didedahkan kepada kanak-

kanak diperingkat awal usianya perlulah sesuatu yang komprehensif dan tidak

terpecah-pecah mengikut subjek supaya kanak-kanak tidak keliru. Kedua, integratif

dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi akan digarap

diperingkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran seorang kanak-kanak

diperingkat awal kanak-kanak mampu memberikan kesan positif atau negatif kepada

perkembangannya dimasa hadapan dari segi kognitif, emosi, sosial dan aspek-

aspek perkembangan yang lain. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang

hanya menumpu kepada perkembangan akademik atau satu aspek semata-mata

maka pincanglah aspek perkembangan diri kanak-kanak yang lain .

Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat

dengan pendekatan islam dalam mendidik anak-anak. Mengambil yang baik dari

barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan

pendekatan mereka mendidik anak-anak dan menyepadukan dengan pendekatan

islam yang kaya dengan teori dan khazanah. Sesuatu program pendidikan awal

kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif

dan bersepadu gabungan islam, barat dan timur.

Dibarat misalnya, modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dalam

pelbagai bentuk kurikulum seperti ‘ montesorri’, `Reggio Emilio’, ‘Early Learning

Goals’, ‘High Scope’, dan sebagainya. Manakala di Timur Jepun misalnya,

penekanan kurikulum kepada aspek Hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat

manakala di New Zealand sebagai contoh, ‘ Te Wariki’, menekankan kepada

pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan

masyarakat Maori.

20
Sebagai kesimpulan perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut

sebagai al-tifl ( ‫لطفل‬١ ) yang berasal dari perkataan tafula ( ‫ ) طفل‬yang membawa

maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut

ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan

dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang

mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan

yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat

perlu diberikan perhatian.

7.0 ULASAN UMUM KURIKULUM PERMATA

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada

perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma. 1985).

Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat kepada tahap

perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-kanak di Malaysia

telah berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi, institusi,

dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya impian Y.A.

Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia untuk

melahirkan modal insan Negara yang hollistik dan produktif bermula dari peringkat

awal kanak-kanak lagi. Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya

menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang akan membawa

pulangan ekonomi yang baik kepada Negara (Aminah Ayob et.al. 2008).

Oleh itu, Projek perintis “Setiap anak PERMATA Negara” telah dilaksanakan

setelah dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat

peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai

berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh hal demikian, Permata

21
Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan

pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan

keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada

RM1,500 sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa

perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu untuk bersama

dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari

untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan

awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan

kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi,

komunikasi dan fizikal. Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan

kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana

modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak

kepada pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara

mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang,

stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih

istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus

daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan

penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah

mengikut arahan.

Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata

Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-

22
kurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka

dalam beberapa perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan

kemahiran berkomunikasi.

Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-

kanak dan satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan

dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak iaitu Permata

Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni.

Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan

Kebudayaan, Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap

kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan

oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns

Hopkins, Amerika Syarikat, Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya

memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan

dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12

tahun, Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan

membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat

dalam gejala sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna

kepada masyarakat dan negara (Bernama. 2009).

Pada tahun 1960, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara

umum untuk mendapatkan pendidikan selepas merdeka . Pada tahun 1969, satu

revolusi telah berlaku iaitu Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam

bentuk kewangan kepada ‘Worker Society of Malaysia’ untuk membangunkan

institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika

Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada

23
keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. (Bernard

Van Lee 2009).

Pada tahun 1970, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan

kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat

(KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA),

Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan

Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan

Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan

Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak

(TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat

hingga enam tahun.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi

Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A),

Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran) pada 1972.

Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan

Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan

Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah,

menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang

khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009).

Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih

banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK)

mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal

kanak-kanak pada tahun 1972 sehingga 1976. Usaha MPIK ini mendapatkan

sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab

24
Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab

Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu

(MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).

Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius

pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut

bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal menyebabkan

tertubuhnya ‘Children Centre Act’ atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi

memenuhi tuntutan tersebut.

Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan.

Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Garis

Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan

digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan

Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi

Pendidikan awal kanak-kanak. Usaha ini turut disokong oleh Y.B Menteri

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Y.B Menteri Pelajaran.

“Saya yakin bahawa Pusat Anak Permata Negara akan mencapai matlamatnya

dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak yang berakhlak mulia serta

mempunyai kekuatan dalaman yang membolehkan mereka menghadapi cabaran

dan masalah dengan tenang dan baik. Anak-anak yang mempunyai nilai-nilai seperti

ini akan membangun sebagai modal insan berminda kelas pertama.”

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

25
Malah, mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Permata bermaksud :

“....suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum

yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan

dan kepercayaan untuk membantu memperkembangan seseorang murid dengan

sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

[ Akta Pendidikan 1996 : Peraturan-peraturan 9Kurikulum Kebangsaan Pendidikan

1997]

Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara,

setiap anak amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara. Malah,

pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif

dan komunikasi mereka. Malah, fokus permata adalah kepada pengasuhan dan

pendidikan awal kanak-kanak yang memenuhi kriteria seperti berumur antara satu

hingga lima tahun, menetap di pinggir atau luar bandar, datangnya daripada

keluarga berpendapatan rendah serta berbilang kaum dan agama.

Rasional permata diwujudkan antaranya disebabkan kajian telah

membuktikan neurosains menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat

penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Oleh itu, kita perlu menyediakan

pengalaman pembelajaran yang positif supaya otak kanak-kanak akan berkembang

dengan baik. Malah, hubungan emosi dan sosial yang dibina penting ke arah

pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Oleh itu,

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) diberi tanggungjawab untuk menyediakan

modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak

kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara (Mazlah. 2009).

26
Struktur Kurikulum Permata

Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak

secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi,

berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah

a) Kasih sayang dan belaian

b) Interaksi dan komunikasi

c) Pemikiran dan bacaan

d) Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran

secara bebas

e) Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak

f) Belajar melalui bermain

g) Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan

Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti motor kasar dan

halus, estetika dan kreativiti, sensori dan pemahaman dunia persekitaran, Sosio-

emosi dan kerohanian, bahasa dan literasi awal, pra-matematik dan logik. Bagi

menyesuaikan kurikulum dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan

umur mereka ia dipecahkan dalam lima modul iaitu Modul 1 : 0 – 6 Bulan, Modul 2 :

6 – 12 Bulan, Modul 3 : 1 – 2 Tahun, Modul 4 : 2 – 3 Tahun dan Modul 5 : 3 – 5

Tahun

27
Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda kanak-kanak

dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan.

Kaedah ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan

menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kurikulum permata menerapkan sikap suka

berkawan dan bersosial kanak-kanak kecil, kanak-kanak suka meneroka,

mengeksperimen, bertanya, mencipta dan merekabentuk, membina minat membaca

dan berfikir sejak dari awal dan merangsang kemahiran matematik dan pemikiran

secara logik.

Keistimewaan program Permata

Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu (integrated) dengan

penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai

perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Malah, program

PERMATA bertujuan melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang,

mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir

berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bijak bergaul dan sihat

jasmani; dan Suci rohani. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam Program

PERMATA.

Satu jam seminggu atau empat jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak

PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah

berbincang dan menilai perkembangan kanak-kanak, memberi makan, memandikan,

membaca, bercerita dan memasak dengan kanak-kanak, menyertai lawatan sambil

belajar bersama kanak-kanak, menyertai program kesihatan dan kaunseling dan

memastikan kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA semasa di rumah.

28
Hasil pembelajaran permata adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang

mempunyai sosio-emosi yang kukuh, self-esteem yang tinggi, berkeyakinan diri, dan

budi pekerti yang mulia. Seterusnya, ia dapat menggalakkan kanak-kanak

berkomunikasi dan seterusnya memahirkannya, memudahkan mereka berinteraksi

dan menguasai kebolehan berfikir logik dan pra-matematik. Malah, kanak-kanak

yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, mampu untuk bergaul dalam

masyarakat pelbagai budaya, meningkatkan minat kanak-kanak untuk ingin tahu,

suka menyiasat dan meneroka, mengeksperimen dan menyelesaikan masalah, serta

menumpukan perhatian dalam menerokai sesuatu pembelajaran. Kanak-kanak

dapat mengenali potensi serta kebolehan diri sendiri dan bebas membuat keputusan

berdasarkan potensi/kebolehan dirinya. Malah, kanak-kanak yang sihat dari segi

fizikal dan mental serta berdipslin dalam menyusun atur kehidupannya, menghayati

pentingnya kebersihan diri, dan mengurus diri sendiri dengan baik.

Pusat anak permata negara terawal diwujudkan di PERMATA Mempaga,

PERMATA Chini, PERMATA Putrajaya, PERMATA Kepala Batas dan PERMATA

Subang Jaya. Selain dari 5 Pusat ini, 7 lagi Pusat Anak PERMATA Negara telah

beroperasi di Pasir Mas diKelantan, Batu Pahat di Johor, Bukit Peringgit di Melaka,

Tambun Tulang di Perlis, Dungun di Terengganu, Tuaran di Sabah dan Kota

Samarahan di Sarawak. Pusat Anak PERMATA Negara di Chembong, Negeri

Sembilan dijangka beroperasi pada akhir bulan Februari 2008. Batu Pahat, Johor

Bukit Peringgit, Melaka, Dungun, Terengganu Pasir Mas, Kelantan Tambun Tulang,

Chembong, Negeri Sembilan Tuaran, Sabah Samarahan, Sarawak Kuala Ketil,

Kedah, Bercham, Perak Bangunan baru akan dibinaoleh Kerajaan Negeri.

Seteruanya, Pusat Anak PERMATA Negara Bercham, Perak dan Kuala Ketil, Kedah

dijangka akan beroperasi sebelum April 2008.

29
Program ini masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam. Penghasilan

program yang efektif kepada kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai

adalah kolaborasi antara semua. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika

semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai

matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan

ketidakupayaan kanak-kanak autistik dalam sepanjang perjalanan kolaborasi.

Tambahan pula, “pendidikan untuk semua’’ yang telah diperkenalkan perlu sentiasa

diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan

khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanakkanak autistik. Ini adalah

supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata

terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

Kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik, boleh

menggunakan ayat penuh dan betul. Malah boleh menggunakan bahasa ekspresi

dan bercerita serta bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan,

mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.

Dari segi pengurusan diri pula, kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri

sendiri berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.

8.0 RUJUKAN

Amabile, Teresa. 1989. Growing up creative: nurturing a lifetime of creativity.

New York: The Creative Education Foundation

Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder &

30
Stoughton.

Buzan, Tony. 2001. The power of creative Intellingence. London: Thorsons

Cropley. J. A. 2001. Creativity in Education & Learning. London: Kogan Page

De Bono, Edward. 1996. Serious creativity. London: Harper Collins Business

Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). http://www.jkm.gov.my

(7 September 2010)

Department of Education and Sciences (DES) (1990) Starting with Quality,

London, HMSO.

Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-

kanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun.

Perak: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah.

Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.

Program permata . Diperolehi pada 7 september 2010 daripada

http://cikguani.blogspot.com/search/label/Program%20PERMATA

Pendidikan Anak-anak diperingkat Awal Umur Berasaskan binaan kurikulum yang

31
integritif. [online] diperolehi pada 3 september 2010 daripada

http://fiqhsemasa.Blogspot.com/2010/03/pendidikan-anak-anak-di-peringkat-

awal.html

Taman asuhan kanak-kanak mnegikut Akta 308 (Akta Taman Asuhan Kanak

kanak1984)

http://www.kemas.gov.my/20# , (10 Ogos 2009, 4.18 p.m)

http://www.kemas.gov.my/7# (10 Ogos 2009, 4.40 p.m)

http://www.permata.jpm.my/ (10 Ogos 2009, 5.00 p.m)

32