Anda di halaman 1dari 16

PENGARUH LEKSIKAL BAHASA ARAB DALAM DIALEK MELAYU

PATANI : KAJIAN PENDUDUK KAMPUNG SERONG II

A. Pendahuluan

Blomfieid memberikan definisi bahawa bahasa adalah alat komunikasi


manusia dalam mengadakan interaksi dengan sesama anggoto masyarakat
sehingga bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari.
Selanjutnya keraf mengatakan bahawa manusia sebagai makhluk individu dan
sosial memerlukan sarana yang efektif untuk memenuhi taraf dan keinginannya
sehingga bahasa merupakan sarana yang paling efektif untuk berhubungan dan
berkerjasama. Bahasa sebagai sarana komunikasi bagi manusia, bahasa memiliki
beberapa fungsi dalam kehidupan manusia.

Pengaruh bahasa asing yang tersebar ke atas bahasa selepas bahasa Sanskrit
ialah bahasa Arab. Bahasa telah wujud hubungan antara orang timur tengah
dengan penduduk di Nusantara sebelum kelahiran agama Islam lagi (Ismail
Hamid 1983 dan Abdul Rahman Haji Abdullah 1990). Mereka bersinggah di
kawasan ini untuk membuat perniagaan di negeri China dan mereka terus
menetap di kawasan ini. Islam mula bertapak melalui pengislaman raja Melayu di
Nusantara, dan dapat dilihat kesannya sehingga hari ini. Pengaruh Islam di
Nusantara memangnya seluruh, terutamanya di tanah Melayu. Pengaruh bahasa
Arab bukan sahaja sistem tulisan Arab diterima dan disesuaikan dengan sistem
fonologi bahasa Melayu tetapi seluruh bahasa Melayu telah dipengaruhi dengan
perbendaharaan kata, unsur tatabahasa dan gaya pengungkapan dalam bahsa
Arab. Abdul Rahman Haji Abdullah (1990) mengatakan bahawa sesungguhnya
sumbangan agama Islam dalam pembentukan dan perkembangan bahasa dan
kesusasteraan Melayu amat besar iaitu dengan meningkatkan tarafnya sebagai
alat intelektual dan juga sebagai bahasa Lingua Franca yang digunakan oleh
penduduk di Nusantara.

1
Bahasa Arab merupakan rumpun dari bahasa Semit (Abdul Mu’in, 2004 :
viii). Bahasa ini telah berkembang dengan pesat setelah Islam datang dan bahasa
ini juga sebagai bahasa kitab suci Al-Quran. Bahasa Arab telah berkembang di
alam Melayu bersama dengan kedatangan Islam dan orang Melayu telah berusaha
dan menguasai sebutan bahasa Arab semasa mempelajari Al-Quran.

Dalam proses perkembangan sesuatu bahasa akan menerima berbagai-


bagai pengaruh dari unsur luar atau asing. Penerimaan pengaruh dari unsur luar
merupakan syarat yang penting untuk sesuatu bahasa terus berkembang dan hidup
diantara pengaruh asing yang paling ketara danpaling mudah diselidiki adalah
pada peringkat perbendaharaan kata yang dapat pengaruh dalam dialek Melayu
Patani.

Demikian juga dialek Melayu Patani (DMP ) adalah salah satu dialek yang
tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Dialek Melayu Patani juga sebagai
bahasa ibunda, mendapati bahawa dialek Melayu Patani mempunyai ciri yang
telah mengengkari ciri aslinya sebagai bahasa Austronesia (Ruslan uthai, 2005).
Dalam dialek Melayu Patani terdapat beberapa perbendaharaan kata yang
dituturkan oleh penduduk di kawasan ini.

Ini telah membuktikan dalam pengaruh bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani.
Sebagai ringkasan, kata-kata dibahagi kepada enambidang utama :

i. Bidang agama seperti Islam, iman, iktikad, rukun, sah, batal, halal, haram,
sunat, makruh, Malaikat, Allah, Rasul, Nabi dan sebagainya.

ii. Bidang ilmiah seperti ilmu, nahu, saraf, hisab, darab, jumlah, baki, tarikh,
nujum, khat, kitab, majalah, surat, huruf, hukum, hakim dan sebagainya.

iii. Bidang pemikiran seperti fikir, akal, syak, waham, faham, yakin, nafsu,
makna, umum, ikhlas dan sebagainya.

2
B. Pernyataan Masalah

Berasarkan pengertian yang awal pengkaji menyedari bahawa penduduk di


kawasan Patani, Yala dan Narathiwat menyebut bahasa Arab dalam pertuturan
mereka. Masalah pertuturan mereka telah menjadi salah satu yang agak rumit dan
penting dalam penggunaan seharian mereka. Supaya mereka dapat mengetahui
bahawa bahasa yang ditutur adalah bahasa Arab yang diserapkan dalam ialek
Melayu Patani ( DMP ).

Mengikut sejarah Patani adalah tempat singgahan bagi kapal-kal perniagaan


dari negeri Arab yang berlayar ke negeri China (Hall, 1985:35 dan Bougas,
1994 : 4) DMP sangat terpengaruh oleh bahasa Arab pada masa kedatangan
agama Islam sejak kira-kira 700 tahun yang lalu (Awang Mohama, 1993 : 19).
Maka banyak kata-kata yang berkaitan dengan agama Islam memasuki DMP
(lihat Assaming Kaseng dalam Ruslan, 2005:15). Dalam hal ini, A Teew dan
D.K. Wyaat (1970)berhujah dalam “Hikayat Patani” bahawa kemasukan agama
Islam ke Patani sangat kabur. Mengikut catatan D’ Eredia pada tahun 1974 pula
Islam memasuki Patani dan Pahang sebelum Malaka. Yang jelas sekali ialah
Islam memasuki Terangganu, paling lewat ialah sekitar tahun 1384-1387 dan
dijangka semasa itu jugalah Patani menerima Islam (Assamng Kaseng, 2001 : 2
dalam Ruslan, 2005 : 15).

Mengikut penjelasan Manij Chumsai (1974) dalam “sejarah Melayu Patani”


kawasan Patani pada asalnya di bawah kuasa empayar Sriwijaya yang beragama
Bhudda Mahayana. Mereka mulai memeluk agama Islam kira-kira pada abad ke-
14, bersama zaman awal Ayudthaya.

C. Rumusan Masalah

Perumusan masalah dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti tentang
pengaruh leksikal bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani dalam bentuk soalan.
Supaya kajian ini dapat dirumuskan beberapa masalah iaitu:

3
Bagaimanakah pengaruh leksikal bahasa Arab dalam dialek Melayu
Patani bagi Penduduk Kampung Serong II ?

D. Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini ialah mengetahui, bagaimanakah pengaruh leksikal bahasa Arab
dalam dialek Melayu Patani bagi penduduk di kampung Serong II.

Berdasarkan kepada tujuan kajian tersebut, pengkaji akan mengetahui


mengenal pasti punca serta sebab-sebab terserab bahasa Arab dalam dialek
Melayu Patani di kalangan penduduk tiga wilayah Selatan Thai. Akhirnya dapat
menentukan dan memberi caangan untuk mencari pendekatan dan teknik yang
terbaik dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para penduduk
yang sedang mengguna istilah bahasa Arab dalam pertuturan mereka. Sehingga
mereka dapat menguasai dan mengetahui bahawa bahasa yang ditutur oleh
mereka adalah kata-kata bahasa Arab yang diserapkan dalam dialek Melayu
Patani. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh leksikal
bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani. Bahawa bahasa Melayu daif dari segi
kosa kata, jika bahasa Melayu daif dari segi perbendaharaan kata manakah
mungkin bahasa Melayu menjadi Lingua Franca di Nusantara suatu ketika
dahulu. Dari segi kosa kata, semua bahasa meminjam perkataan daripada bahasa-
bahasa lain. Hal ini merupakan kelaziman dalam semua bahasa termasuk bahasa
Arab alam dialek Melayu Patani. Pengaruh ini juga mungkin akan mempengaruhi
pemupusan bahasa ibunda atau jati diri anak bangsa Melayu. Dapat pengkaji
menganalisis seperti berikut:

Mengenal pasti dengan tepat tentang pengaruh leksikal bahasa Arab


menyerap ke dalam dialek Melayu Patani bagi penduduk Kampung Serong II.

Berdasarkan kepada tujuan kajian tersebut, pengkaji akan mengetahui punca


berlaku dan cara penyelesaian pengaruh leksikal bahasa Arab yang amat ketara
dalam penggunaan pertuturan mereka.

4
E. Manfaat Kajian

Kajian ini diharapkan akan memberi faedah dan manfaat yang sangat berharga
kepada semua yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
khususnya penduduk kampung Serong II. Adapun faedah dan manfaat pengkaji
seperti berikut :

Bermanfaat untuk mengetahui bagaimanakah bahasa Arab terserap dalam


dialek Melayu Patani bagi penduduk Kampung Serong II.

F. Skop Kajian

Skop kajian ini lebih menumpukan kepada pengaruh leksikal bahasa Arab dalam
dialek Melayu Patani.

1. Pengkaji akan menumpukan terhadap pengaruh leksikal atau perbendaharaan


kata bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani.

2. Pengkaji akan menumpukan informan dari penduduk kampong Serong II.

3. Pengkaji akan mengkaji dengan secara langsung dan secara tidak langsung
terhadap peminjaman bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani.

G. Kajian Lepas

Berbagai kajian merupakan sinkronik dan diakronik telah diusahakan mengenai


pengaruh leksikal bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani. Bagi bahasa Melayu
(BM) ramai sarjana dan pakar bahasa telah menunjukkan minat mereka terhadap
peminjaman kata asing dalam bahasa tersebut. Antara Muhammad Abdul Jabbar
Beg (1977, 1981, 1982), Carmel Heah Lee Hsia (1989), Mahsudi Kader dan
Yeong Ah Lok (1989), Aishah Mahdi (1991) dan Mohd Feroz Abu Bakar (1994).
Berdasarkan penelitian, kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji di atas
terbahagi kepada kajian kualitatif dan kuantitatif. Dari segi jenis kata pinjaman
bahasa asing dalam BM pula, Carmel Heah Lee Hsia (1989) dan Aishah Mahdi
(1991) telah meninjau kata pinjaman bahasa Inggeris ke dalam BM. Manakala

5
Mashudi Kader dan Yeong Ah Lok (1989) pula mengkaji kata pinjaman bahasa
Cina ke dalam BM. Seterusnya Muhammad Abdul Jabbar Beg (1977, 1981, 1982)
meneliti kata pinjaman dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Arab, Indo-
Sanskrit, Parsi dan Turki ke dalam BM. Manakala Mohd Feroz Abu Bakar (1994)
pula meninjau kata pinjaman bahasa Portugis ke dalam BM.

Secara umum Carmel Heah Lee Hsia (1989) telah menggolongkan kata
pinjaman bahasa Inggeris mengikut proses kemasukannya ke dalam BM. Terdapat
tiga proses utama dalam analisis yang dilakukan, iaitu pengimportan
(importation), penggantian (substitution) dan pembentukan kata asli (native
creation). Melalui ketiga-tiga proses ini, kata pinjaman dibahagi kepada kata
pinjaman tulen (pure loanwords), kata pinjaman kacukan (loanblends), kata
pinjaman tukaran (loanshifts), kata pinjaman gantian (apt aguivalent substitutes)
dan kata pinjaman rekaan asli (native creation). Sebenarnya penjenisan ini
berlandasan gagasan dan teori Haugen (1956: 50) yang juga menggolongkan kata
pinjaman kapada kata pinjaman tulen, kata pinjaman kacukan dan kata pinjam
terjemah. Walaupun tumpuan utama kajian Carmel Heah Lee Hsia adalah
terhadap proses kemasukan kata pinjaman bahasa Inggeris ke dalam BM, namun
beliau turut meneliti sejarah dan latar belakang BM, faktor pengaruh bahasa
Inggeris ke atas BM, peringkat pembakuan, pemodenan BM dan sebagainya.
Secara ringkas, kajian Carmel Heah Lee Hsia adalah kajian yang menyeluruh
mengenai pengaruh bahasa Inggeris terhadap peluasan leksikal BM dari segi
fonologi, morfologi,semantik, dan juga sosiolinguistik.

Seterusnya kajian Muhammad Addul Jabbar Beg (1977, 1981, 1982) pula
telah mengkaji jenis bahasa sumber bagi kata pinjaman asing dalam BM, iaitu
bahasa Arab, Indo-Sanskrit, Parsi dan Turki. Daripada ketiga-tiga buah buku
beliau, iaitu “Arabic Loanwords in Malay”, “Indo-Sanskrit Loanwords in Malay”,
“Persian and Turkish Loanword in Malay”, Muhammad Abdul Jabbar Beg
menunjukkan terdapat tiga sumber pinjaman yang asas daripada bahasa Asia
dalam BM, iaitu bahasa Arab, Sanskrit dan Parsi-Turki. Antara bahasa Asia yang
menjadi sumber pinjaman BM, sumbangan bahasa Arab adalah yang paling

6
ketara, diikuti bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi-Turki (Abdul Jabbar Beg, 1977).
Menurut Muhammad Abdul Jabbar Beg (1977), terdapat 2,000 patah kata
pinjaman bahasa Arab dalam BM dengan 1,100 kata digunakan secara meluas.
Manakala jumlah kata pinjaman bahasa daripada Sanskrit dalam BM pula tidak
lebih daripada 200 patah kata (Muhammad Abdul Jabbar Beg, 1977). Secara
perbandingan, BM mempunyai kata pinjaman bahasa Sanskrit yang kurang
daripada bahasa Indonesia. Di samping itu, dikatakan terdapat kira-kira 100 kata
pinjaman bahasa Parsi dalam BM. Kajian Muhammad Abdul Jabbar Beg yang
mengutamakan kewujudan bilangan kata bahasa asing dalam BM ini merupakan
kajian kata pinjaman yang paling umum.

Selain penjenisan kata pinjaman mengikut sumber bahasa asing,


penyelidikan kata pinjaman boleh dilihat dari segi integrasi atau pengubahsuaian
berdasarkan beberapa aspek, antaranya fonologi, morfologi, semantik dan
tatabahasa. Kajian sebegini boleh bersifat kajian umum atau khusus. Kajian
khusus adalah kajian yang menerapkan kaedah tertentu, manakala kajian umum
tidak mengandungi penerapan sedemikian. Antara kajian yang bersifat khusus
adalah kajian yang telah dilakukan oleh Mashudi Kader dan Yeong Ah Lok
(1989), Aishah Mahdi (1991) dan Mohd Feroz Abu Bakar (1994). Walaupun
kajian Mashudi Kader dan Yeong Ah Lok ialah kajian mengenai kata pinjaman
bahasa Cina dalam BM yang dilihat dari segi integrasi kata pinjaman, tetapi
tumpuan mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Mashudi Kader dan Yeong
Ah Lok mementingkan aspek fonologi, morfologi dan semantik.

Kajian yang dilakukan oleh Aishah Mahdi (1991) merupakan penelitian


terhadap kata pinjaman tulen bahasa Inggeris dalam BM. Manakala kajian Mohd
Feroz Abu Bakar (1994) adalah mengenai kata pinjaman bahasa Portugis dalam
BM dan kajian Keok pula mengenai kata pinjaman bahasa Cina dalam BM.
Pengkaji-pengkaji ini telah menerapkan kaedah analisis komponen makna dalam
kajian mereka untuk menentukan sama ada kata-kata pinjaman itu mengalami
pengekalan makna atau perubahan makna. Aishah Mahdi mengkaji pengekalan
dan perubahan makna kata pinjaman tulen bahasa Inggeris dalam BM secara

7
kuantitatif dan kualitatif. Menurut beliau, pengekalan makna yang dilihat secara
kuantitatif dan kualitatif tidak pernah dibincangkan secara terperinci sebelum
kajian ini. Perubahan makna kuantitatif melibatkan pengurangan atau penambahan
jumlah makna. Perubahan makna kualitatif pula dibahagikan kepada dua proses
utama, iaitu pembatasan makna dan pelusan makna. Pembatasan makna
dibahagikan pula kepada dua jenis utama, iaitu penyempitan makna dan
pengkhusus makna. Pengitlakan makna dan pengenalan makna baru adalah
kategori perubahan makna yang dibincangkan dalam peluasan makna.

Seterusnya penjenisan kata pinjaman dalam kajian Aishah Mahdi juga turut
berlandaskan kerangka Haugen (1956: 50). Kata pinjaman tulen (pure loanwords)
yang dikaji oleh Aishah Mahdi merupakan kata pinjaman yang tidak mengalami
sebarang penggantian morfemik seperti perkataan akaun, aktif, filem dan
sebagainya (Aishah Mahdi, 1991: 199). Manakala kata pinjaman kacukan
(loanblends) pula ialah kata pinjaman tulen yang telah mengalami penggantian
morfemik seperti berlakunya pengimbuhan dan pemajmukan. Walau
bagaimanapun dalam kajian ini, Aishah Mahdi mementingkan aspek semantik
kata pinjaman bahasa Inggeris dalam BM lebih daripada aspek fonologi dan
marfologi.

Begitu juga kajian tentang kaedah penggunaan BM di Thailand telah


dilakukan oleh Worawit Baru dan Ahmad Idris (1990). Beliau telah meneliti
pengaruh bahasa Thai (BTh) ke atas DMP. Dalam kajian ini, beliau menyorot
kepada beberapa aspek kebahasaan yang mempengaruhi DMP, terutamanya gejala
kata pinjaman daripada BTh. Beliau mendapati bahawa selain dari keperluan
dalam mengungkapkan istilah-istilah baharu dalam penggunaan seharian yang
mendesak berlakunya peminjaman, terdapat juga rasa megah yang menunjukkan
taraf pendidikan seseorang sebagai faktor yang turut mendorong berlakunya
peminjaman secara berleluasa. Di samping kajian di atas, Worawit Baru juga telah
mengkaji kesan dasar kerajaan terhadap BM di Thailand (1999) sebagai disertasi
untuk ijazah Doktor Falsafah. Menurut beliau, dasar-dasar yang telah dijalankan
oleh kerajaan seperti dasar penggunaan istilah ‘Thai Muslim’ untuk orang

8
Melayu, dasar penggunaan nama keluarga, dasar pengurusan pendidikan dan dasar
penguatkuasaan akta pendidikan wajib ialah dasar asimilasi kerajaan pusat dalam
menyempit dan menghapuskan identiti orang Melayu di Thailand. Beliau
mendapati bahawa BTh sedang menyerap dan mengambil tempat dalam
masyarakat Melayu yang menyebabkan penggunaan BM semakin merosot.

Seterusnya kajian tentang kata pinjaman bahasa asing dalam BTh pula
dikaji oleh Suthiwong Pongpaibul (1969) dan wijitra Saengponlasit (1981),
mereka mengatakan salah satu bahasa asing yang turut memberi sumbangan
terhadap peningkatan khazanah kata-kata BTh ialah BM. Pengkaji-pengkaji
berkenaan cuba mengumpulkan kata-kata pinjaman dan membahagikan mengikut
senarai kelompok tertentu tanpa menghuraikan secara terperinci tentang proses
kata pinjaman, perubahan bunyi, pembentukan kata dan perubahan makna. Kajian
juga turut dilakukan terhadap kata pinjaman DMP dalam BTh dialek Selatan di
wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Kajian ini telah dilakukan oleh Supha
Wacharasukhum (1991) dan beliau telah menghuraikan proses kata pinjaman
tersebut dari aspek linguistik, tetapi kajian beliau merupakan kajian satu hala
sahaja, iaitu dari sudut kata pinjaman BM dalam BTh. Walau bagaimanapun,
menurut Supha tidak mencukupi untuk melihat proses peminjaman yang hanya
satu hala sahaja, maka kajian mengenai penyerapan BAr dalam BM ini diharap
akan menampung kekurangan tersebut. Oleh itu kajian mengenai penyerapan BAr
dalam BM peminjaman pada hala yang bertentangan.

Menurut Wilkinson, Winstedt, Marsden, Za’ba dan lain-lain telah


menunjukkan minat dalam kata-kata pengaruh Arab dan telah menghasilkan bahan-
bahan kajian yang menjadi catatan sejarah dalam perkembangan bahasa Melayu.

Menurut Prof. Drewes kajian Van Ronkel merupakan yang pertama di dalam
sejarah perkembangan bahasa Melayu (1977: 6). Von Ronkel dalam pengkajiannya
mengenai Tatakalimat Arab terhadap Tatakalimat Melayu telah menyentuhkan
keintiman pengaruh Arab sehingga telah menimbulkan gejala yang aneh dalam
susunan ayat bahasa Melayu. Beliau juga mengkaji selanjutnya dalam bi9dang

9
tersebut. Walaupun pengkajian ini tidak mendapati perhatian yang lebih wajar
ketika itu. Demikian juga usaha dan dijalankan dalam pengkajian pengaruh bahasa
Arab dalam bahasa Melayu dari semasa ke semasa.

Dari pernyataan di atas, tidak banyak kajian yang dibuat mengenai janis-
janis dan proses-proses kata pinjaman BAr dalam BM di Thailand. Melalui kajian
seperti ini, seseorang boleh mengenal pasti perubahan bunyi, urutan kata dan
makna yang berlaku dalam kata pinjaman tersebut. Oleh itu kajian ini bertujuan
untuk melihat proses pinjaman BAr dalam dialek Melayu Patani yang merupakan
kawasan dwibahasa dan dwibudaya.

H. Kerangka Teori

Teori merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu kajian, dengan teori inilah
dapat membuktikan pengaruh leksikal bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani di
bidang solat. Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan pemorolehan bahasa
untuk kajian berikut.

H.1. Teori Pemorolehan bahasa

Untuk mengetahui proses pengaruh leksikal bahasa Arab dalam dialek


Melayu Patani. Dengan hal ini pengkaji akan menggunakan teori pemorolehan
bahasa seperti berikut:

Menurut Noam Chomsky, pertelingkahan besar yang berhubung dengan


pengajaran bahasa timbul daripada dua pendapat yang berbeza, iaitu diantara ahli-
ahli empiris dengan ahli-ahli rasionalis. Kedua-dua kumpulan ini membincangkan
teori-teori pembelajaran di bawah dua teori besar yang berlainan, iaitu teori
behaviurisme atau teori mekanis dan teori koda kognitif atau teori mentalis.

H.1.1. Teori Behaviurisme ( Teori Mekanis)

Di antara ahli-ahli psikologi, golongan behaviurismelah yang lebih


mengfokuskan kajian tentang bahasa secara dekat. Mereka cuba menghuraikan
tentang pertalian psikologi dan bahasa dengan menggunakan pendekatan yang

10
dapat dialami dengan secara langsung dan sacara tidak langsung. Mereka
berpendapat bahawa otak manusia merupakan satu kotak hitam serta gelap dan
apa-apa yang terjadi di dalamnya tidak diketahui. Pada pendapat mereka, apa yang
ada dalam otak tidak berkaitan dengan penyelidikan linguisik. Aspek yang
berkaitan hanyalah penyelidikan bahasa dalam bentuk ayat-ayat sebagai kebiasaan
yang secara langsung dapat diamati dan diselidiki.

H.1.2. Teori Koda Kognitif ( Teori Mentalis )

Teori psikologi koda kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behayiurisme.


Ahli rasionalis yang berpegang kepada teori ini memandang pembelajaran bahasa
sebagai satu proses mental. Kanak-kanak sejak lahir lagi telah mempunyai satu
alat dalam otak mereka yang dikenali sebagai alat pemorolehan bahasa atau LAD
( Language Acquisition Device ), yang membolehkan kanak-kanak itu memperolehi dan
menguasai bahasa yang didengar dengan mudah.

H.2. Teori Pinjaman Bahasa ( Linguistik Browing)

Untuk mengetahui prosese penyerapan leksikal bahasa Arab dalam dialek Melayu
Patani. Dengan ini pengkaji akan menggunakan teori peminjaman bahasa dalam
kajian seperti berikut :

Menurut Abdullah ( 1974: 216-217 ), pertembungan bahasa disebabkan oleh


proses pinjaman bahasa. Noriah ( 1998: 8 ) menjelaskan bahawa bahasa boleh
bertembung walaupun penutur tidak dapat bertembung. Apabila terdapat bahasa
yang berfungsi luas seperti bahasa Inggeris yang tersebar melalui media
elektronik tidak perlu oleh penuturnya. Ajid ( 1980 : 40-41 ) menyatakan sesuatu
keadaan pelbagai bahasa yang dituturkan oleh golongan etnik tertentu yang
menduduki sesuatu kawasan politik pasti terpengaruh dengan bahasa tersebut.
Keadaan bahasa atau pengaruh bahasa disebut sebagai dwibahasa ( Bilingualsme)
keadaan ini akan berlaku apabila individu menggunakan dua bahasa dalam
sesuatu masyarakat.

11
Menurut Nik Safiah ( 1988 : 46-47 ) pertembungan bahasa menimbulkan
pengalihan kod dan campur kod. Alih kod iaitu gejala perubahan dalam
penggunaan bahasa jenis bahasa yang diketahui oleh seseorang individu mengikut
keadaan tertentu. Adapun campur kod iaitu penutur yang mencampurkan dua atau
lebih daripada kelainan bahasa dalam sesuatu situasi penggunaan bahasa.

I. Definisi Operasional

1. Pengaruh

Pengertia pengaruh menurut kamus Besar bahasa Indonesia(2001:849)


iaitu“Pengaruh adalah daya yang ada atau timbul dari sesuatu (ornag, benda)yang
ikut membentuk watak, kepercayaan atau perbuatan seseorang”.

Dari pengertian yang telah dikemukakan sebelumnya dapat disimpulkan,


bahawa pengaruh merupakan satu daya yang dapat membentuk atau mengubah
sesuatu yang lain. Sehubungan dengan adanya pengkajian yang dilakukan oleh
penulis, pengaruh merupakan bentuk hubungan sebab akibat antara variable.

2. Leksikal

Leksikal adalah bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina leksikon.
Maka leksikon adalah leksem, iaitu satu bentuk bahasa yang mempunyai makna.
Demikian juga dikenali dengan kosa kata atau perbendaharaan kata.

3. Bahasa Arab

Pengertian bahasa Arab adalah bangsa yang berasal dari semenanjung besar barat
daya Asia. Bahasa ini telah berkembang dengan pesat setelah Islam datang dan
bahasa ini juga sebagai bahasa kitab suci Al-Quran.

4.Dialek Melayu Patani

Dialek Melayu Patani adalah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat
Melayu Patani yang tinggal di beberapa buah wilayah di Patani, Narathiwat, Yala

12
dan Songkhla, atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa Standard,
longhat, dan dialek juga adalah variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu
kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa tertentu.

J. Metodelogi Kajian

Metodologi merupakan aspek yang sangat penting dalam pengkajian, untuk


memperolehi data objektif dan sampel pada menganalisis data. Metode
merupakan alat prosedur, dan teknik dalam pengumpulan data(Fatimah,1993 : 3 )

Beberapa hal yang akan dilakukan dalam metode pengkajian ini, pada
hakikatnya mengenai objek pengkajian, populasi, sampel, teknik dalam
pengumpulan data dan analisis data seperti berikut ;

1. Objek Pengkajian

Dalam pengkajian ini yang dimaksudkan dengan objek adalah seluruh


leksikal bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani, yang dilakukan
perbandingan antara bahasa Arab dengan dialek Melayu Patani dari segi
persamaan dan perbezaan makana dan fonologi.

2. Populasi

Populasi adalah keseluruhan anggota yang mempunyai sifat yang sama dan
sumber pengambilan sampel dalam pengkajian (Hadi,1997: 221). Populasi
dalam kajian ini adalah leksikal atau perbendaharaan kata antara bahasa
Arab dengan dialek Melayu Patani bagi Penduduk Kampung Serong II.

3. Sampel

Sampel adalah sebahagian dari pada populasi yang dijadikan objek


pengkajian lapangan ( Subroto, 1992:32 ). Adapun sampel dalam pengkajian
ini sebanyak sepuluh kata bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani bagi
Penduduk Kampung Serong II.

13
4. Teknik Pengambilan sampel

Menurut Sutrisno Hadi (1980: 75) sampling adalah cara yang digunakan
untuk mengambil sampel. Teknik pemilihan sampel berdasarkan leksikal
yang terdapat dalam pemerhatian yang sesuai dengan tujuan kajian. Jumlah
yang akan diteliti lima puluh perkataan.

5. Teknik Pengumpulan Data

Dalam pengumpulan data pengkaji menggunakan teknik mencatat. Teknik


mencatat iaitu mencatat kata-kata yang terdapat dalam perhatian . Data dalam
pengkajian ini berupa lisan. Teknik Analisis Data Kajian ini memberi perhatian
kepada data daripada kajian peminjaman bahasa secara umum dan memberi
tumpuan kepada data daripada kajian peminjaman Bahasa Arab dalam dialek
Melayu Patani yang telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Selain itu,
tumpuan kajian termasuklah kajian terhadap perkaitan dan persamaan antara
bahasa Arab dan bahasa Melayu Patani terutamanya persamaan dari segi
peminjaman.

6. Teknik Analisis Data

Setelah data dikumpul melalui pencatatan, Kesemua perkataan pinjaman


yang ditrankripsikan dikaji dan dikategorikan mengikut pengkelasan dan
penjenisan kata pinjaman yang dikemukakan oleh Haugen (1950).
Seterusnya perkataan tersebut juga dianalisis berdasarkan teknik deskriptif
kualitatif untuk melihat perkataan bahasa Arab yang terserap dalam dialek
Melayu Patani bagi penduduk Kampung Serong II.

K. Sistematika Penulisan

Untuk memperoleh gambaran skripsi ini, secara garis besar terdiri daripada
beberapa bab.

Bab I, Pendahuluan yang berisi ; latar belakang masalah, penyataan


masalah, perumusan masalah, kajian lampau, tujuan kajian, manfaat kajian, skop
kajian, metode pengkajian, dan sistematika penulisan.

14
Bab II, Landasan teori yang berisi ; Teori pemorolehan bahasa, Teori
Behaviurisme (Teori mekanis), Teori kognitif, Teori mentalis, Teori pinjaman
bahasa ( Linguistik Browing ).

Bab III, Analisis data yang berisi ; pemaknaan leksikal bahasa Arab dalam
dialek Melayu Patani, keterkaitan leksikal bahsa Arab dengan dialek Melayu
Patani, dan persamaan dan perbezaan leksikal bahasa Arab dengan dialek Melayu
Patani.

Bab IV, Dapatan Kajian yang berisi ; mengenal pasti tentang pengaruh
leksikal bahasa Arab dalam dialek Melayu Patani, mengenal pasti persamaan dan
perbezaan makna bahasa Arab dengan dialek Melayu Patani, mengenal pasti
persamaan dan perbezaan fonologi antara bahasa Arab dengan dialek Melayu
Patani.

Bab V, Penutup berisi ; kesimpulan dan saran-saran.

15
BIBLIOGRAFI

A.Samad, Ahmad. 1958. Sejarah kesusasteraan Melayu III. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdul, Mu’in. 2004. Analisis Kontrastif Bahasa Arab dan Bahasa Indonesia.
Jakarta : Pustaka Al Husna Baru.
Hamdan, Abdulrahman. 1999. Panduan Menulis dan mengeja Jawi. Kuala
Lumpur : Dewan Bhasa Dan Pustaka.
Hasim, Musa. 2006. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ishak, Mohd.Rejab. 1987. Kursus Bahasa Arab Buku I. Kuala Lumpur : Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Ishak, Mohd.Rejab. 1989. Kursus Bahasa Arab buku II. Kuala Lumpur : Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Hadi, Sutrisno dalam Ku-Ares Tawandorloh. 2002. Tinjauan Preposisi Bahasa
Indonesia Dengan Bahasa Thailand(Studi Komparasi). Universitas
Muhammadiyah Surakarta.
Kamarudin, Hj.Husin. 1995. Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur :
Season Sdn.Bhd.
Hajah Noresah bt. Baharom. 2007. Kamus Dewan (edisi keempat). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
M.Alkalali, Asad. 1992. Kamus Melayu-Arab. Selangor, Malaysia : Thinker’s
Library Sdn.Bhd.
Ruslan Uthai. 2005. Ciri-ciri Istimewa Dialek Melayu Patani: Satu Tinjauan.

Subrorto, Edi dalam Ku-Ares Tawandorloh. 2002. Tinjauan Preposisi Bahasa


Indonesia Denga Bahasa Thailand(Studi Komparasi). Universitas
Muhammadiyah Surakarta.
Za’ba. 1949. Senarai Ejaan Jawi. Kuala Lumpur : Jabatan Karang Mengarang
Persekutuan Tanah Melayu.

16

Anda mungkin juga menyukai