Anda di halaman 1dari 8

Kurikulum Pendidikan Negara perlu berorientasikan masa depan

517 views | Filed Under Keratan Akhbar, Kurikulum · Tagged: Bernama, Kurikulum, Masa depan, Negara 
KUALA LUMPUR 30 Mac – Kurikulum Pendidikan Negara perlu berorientasikan Kurikulum Masa Depan agar
apa yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara mempunyai matlamat yang jelas bagi membentuk
generasi masa depan yang lebih baik serta dapat mengelakkan pembaziran kos, tenaga dan sumber, kata
seorang sarjana hari ini.
Prof. Saedah Siraj dari Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
(UM) berkata, adalah penting bagi penggubal kurikulum pendidikan mengenal pasti perkara besar yang
kemungkinan akan berlaku pada masa depan terutamanya yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia.
“Analisis serta pemerhatian masa depan secara saintifik perlu dilakukan terhadap arah aliran nasional dan
global pada masa depan yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia, sosio-ekonomi, politik, sumber
manusia dan sumber tenaga, pertanian serta pertahanan,” katanya dalam buku bertajuk Kurikukum Masa
Depan terbitan Universiti Malaya.
Beliau berkata dengan adanya data Kurikulum Masa Depan, ia akan dapat membantu sesebuah institusi atau
negara membuat pelbagai persediaan termasuk kewangan, infrastruktur dan sumber manusia untuk
mencapai matlamat masing-masing.
Prof. Saedah berkata, kajian Kurikulum Masa Depan boleh dijadikan pengimbang untuk menolak mana-mana
dasar ataupun pelaksanaan kurikulum yang boleh merosakkan atau merugikan generasi masa depan dan
negara.
Katanya, data daripada kajian itu juga dapat menyediakan satu kurikulum yang berupaya menangani
keperluan mendadak dalam masyarakat kini dan masa depan di samping menjadikan generasi muda
sekarang sebagai individu berpendidikan serta berpandangan luas untuk kehidupan yang lebih selesa.
Beliau berkata, apabila para perancang dan penggubal kurikulum mempunyai latar belakang Kurikulum Masa
Depan, mereka akan dapat merancang konsep kurikulum yang berteraskan kepada budaya bangsa dan
negara serta dapat diterima akal dan berakhlak.
“Ini kerana mereka bukan sahaja telah mengetahui dengan mendalam, malahan dapat menganalisis asas-
asas falsafah negara, keperluan generasi muda masa kini dan juga penyelesaian permasalahan,” katanya.
Prof. Saedah berkata, dengan menggunakan pendekatan futuristik, termasuk mengenal pasti arah aliran
semasa dan membuat jangkaan perubahan pada masa depan, maka para perancang dan penggubal
kurikulum tidak akan menghadapi sebarang krisis untuk memilih dasar dan matlamat pendidikan untuk masa
depan.
“Sebaliknya kepincangan pendidikan akan terlihat apabila dasar kurikulum tidak menjangkau jauh ke
hadapan menerusi pendekatan futuristik,” tegas beliau.
Dalam buku setelah 200 muka surat itu, Saedah juga menyentuh disiplin pelajar pada masa depan yang
menurutnya semakin mencabar ekoran perkembangan sains dan teknologi yang menyebabkan mereka
mudah terpengaruh dengan hiburan yang melalaikan. – Bernama

Kurikulum
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Di dalam pendidikan formal, satu kurikulum adalah merupakan satu set kursus, dan isi
kandungannya, yang ditawarkan di sebuah sekolah atau universiti. Sebagai satu idea,
kurikulum berasal dari perkataan Latin word bermaksud kursus perlumbaan, yang
merujuk kepada kursus-kursus deeds dan pengalaman experiences bagaimana kanak-
kanak membesar dan baligh menjadi dewasa.

[sunting] Makna Kurikulum


Kurikulum merupakan skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi
pendidikan seperti sekolah dan universiti. Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam
menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya.

http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=1257
Luar Negara : Wanita Merokok - Antara Faktor Dan Punca Ianya Berlaku
Dihantar oleh johaidah81 on 2006/7/3 19:17:31 (2908 bacaan)

ISU mengenai peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik perbualan apabila
kajian mendapati bilangan wanita yang merokok di negara ini telah meningkat 100 peratus
pada 2003 berbanding pada tahun 1996.

Isu merokok kini merupakan masalah global yang boleh memudaratkan sistem kesihatan
seluruh tubuh badan, menjejaskan produktiviti dan ekonomi negara.

Di mana sahaja kita pergi ada sahaja wanita yang tidak segan silu merokok di khalayak
ramai dan mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bagi yang
Melayu, ke mana hilangnya adat ketimuran mereka kerana langsung tidak ada sedikit
segan atau malu apabila perlakuan mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.

Mereka yang merokok bukan sahaja terdiri wanita dewasa sahaja, tetapi kini, pelajar
sekolah pun sudah berani berjinak-jinak dengan perbuatan tersebut yang mengundang
pelbagai risiko dan juga akibat.

Habis waktu sekolah mereka berkumpul di tempat yang agak tersembunyi dan juga sama-
sama merokok. Ada juga yang pada mulanya tidak tahu bagaimana melakukan perkara ini,
tetapi apabila mereka menjejakkan diri di institusi pengajian tinggi, mereka mula
terpengaruh dengan hasutan rakan sekeliling yang lebih berpengalaman.

Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini
merokok. Salah satu faktor kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut
dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan
juga persekitaran.

Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara
ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat
mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.

Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat
membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada
menambah berat badan.
Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka
dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh
mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh
menjejaskan kulit mereka.

Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej,
ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari
orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.

Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh
dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini
merokok.

Ia sudah menjadi trend golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf
itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan
wanita percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka,
jika wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu
kebanggaan.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan
wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk
dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus
lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.

Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang mengandungi 4,000 bahan
kimia berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang
merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit
kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.

Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk
mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah
takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan
mereka hadapi untuk jangka masa panjang.

Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10
hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan
mereka yang tidak merokok.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari
akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan
terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek
umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.

Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa
wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu
dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.

Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh
Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita
yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih
tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.
Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau
mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko
yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula
menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.

Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok
telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok
sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel
manusia.

Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam
asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia,
dioksin dan furan.

Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit


dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan
darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih
rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian
pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu
ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya
merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu
merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita
Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum
lelaki.

SEJARAH ROKOK DAN TEMBAKAU

Apabila menyebut rokok, maka ianya tidak lepas dari perbincangan tentang
tembakau. Berdasarkan kepada maklumat, tembakau ini tidak dikenali melainkan
pada
awal kurun ke 11 hijrah. Ekoran dari itu, ulama-ulama di zaman sebelum itu
tidak memperkatakan hukum rokok.

Mengikut dakwaan sesetengah pihak, amalan merokok ini berasal dari amerika
dan merebak ke eropah dalam kurun ke 16.

 Pada awalnya, amalan merokok ini dianggap sebagai salah satu amalan untuk
perubatan. Pada kurun ke 19, amalan merokok ini sudah tersebar di seluruh
dunia,
termasuk dunia umat Islam ketika itu

Setelah amalan merokok ini tersebar, didapati ianya banyak memberi kerosakan
dan menjejaskan kepada kesihatan, terutama kepada kesihatan otak, jantung,
penglihatan mata dan sebagainya.
Apa yang lebih teruk dari itu adalah, terjejasnya kesihatan itu bukan
sekadar dikalangan perokok sahaja, tetapi ianya merebak kepada mereka-mereka
yang
tidak merokok juga.

Perkara ini telah diakui oleh sebilangan besar Doktor-doktor di dunia,


sehinggakan kemudharatan merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu
yang "ijmak"
dikalangan para Doktor. Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi kesan
buruk kepada manusia, maka ulama-ulama mula berijtihad dalam menyatakan
hukum rokok.

HUKUM ROKOK ADALAH HARAM

 Telah dinyatakan di atas, boleh dikatakan seluruh para doctor dunia telah
"berijmak" bahawa merokok adalah sesuatu yang boleh memudharatkan kepada
kesihatan.

Maka dengan itu, Islam telah menetapkan hukum bahawa, merokok itu adalah
haram dengan beberapa alasan.

Antara sebab pengharaman Rokok adalah seperti berikut;

  1.  ada kaitan dengan arak.

Berdasarkan kepada satu kajian, sebelum rokok di buat, tembakau akan di


peram dengan perahan anggur atau perahan epal. Dalam keadaan ini, perahan
anggur
dan apel ini sebenarnya merupakan antara cirri-ciri arak.

Dalam keadaan inilah, dapat dikatakan rokok ini sebenarnya berasal dari
tembakau yang telah diperam bersama perahan arak yang telah di haramkan oleh
Allah
SWT.

Firman Allah.

yang berMaksud;

          "Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan


judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak
panah,
adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"

(Surah Al-Maidah : 90)

2. Rokok membunuh.

Sememangnya diketahui, rokok merupakan antara alat untuk membunuh manusia


secara perlahan. Semuanya berpunca dari kemudharatan disebalik merokok.

Memudharatkan diri sendiri merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah.

Firman Allah.

yang bermaksud;
          "dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya
Segala
usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
Yang berusaha memperbaiki amalannya"

(Surah Al-Baqarah : 195)

Begitujuga, rokok tidak sekadar memberi mudharat kepada diri perokok sahaja,
bahkan rokok dapat memberi mudharat kepada orang tidak merokok juga.

Keadaan ini adalah haram di sisi Islam dengan firman Allah;

yang bermaksud;

 "janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah


sentiasa Mengasihani kamu"

(Surah An-Nisa' : 29)

Dan sabda Nabi SAW;

 yang bermaksud;

          "Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh memudharatkan kepada


orang lain"

3. Rokok adalah perkara yang buruk.

 Firman Allah;

yang bermaksud;

           "Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi


Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di
Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan
perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang
baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk"

(Surah Al-'Araf : 157)

Firman Allah ini dengan jelas Allah menyatakan bahawa, Allah menghalalkan
kepada manusia segala perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang buruk
(tidak
baik).

Imam Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini mendatangkan maksud "tayyibat"
dan "Khabisat" dengan beberapa pendapat ulama dengan katanya;

yang bermaksud;

 "Setiap yang Allah halalkan daripada makanan, maka ia adalah baik dan
memberi manfaat kepada badan dan agama. Dan setiap perkara yang Allah
haramkan,
maka ia adalah perkara yang buruk, memberi mudharat kepada badan dan
 agamam."
Rokok sememangnya tidak memberi manfaat kepada agama dan badan, tetapi
hakikatnya adalah, rokok dapat memberi keburukan dan mudharat kepada badan
dan agama.
Ekoran dari itu, dari firman Allah ini jelas kepada kita bahawa rokok adalah
haram.

4. Merokok adalah pembaziran.

Dengan menghisap rokok, tiada kebaikan yang didapati melainkan keseronokkan


yang tidak memberi faedah kepada diri disamping memberi kesan mudharat
kepada
kesihatan. Ekoran dari itu, dengan menghisap rokok akan menyebabkan perokok
akan melakukan pembaziran yang diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

yang bermaksud;

          "Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara


Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada
Tuhannya"

(surah Al-Isra' : 27)

Keharaman membazir ini tidak dikhususkan kepada sesiapa pun, samada dia kaya
atau miskin.

Ibnu Masuud dan Ibnu Abbas mendefinisikan membazir adalah ;

yang bermaksud;

          "Membazir adalah menginfaqkan pada yang tidak dijalan kebenaran"

Mujahid pula menyatakan;

yang bermaksud;

 "kalau insane menafkahkan semua hartanya pada kebenaran, itu tidak


dinamakan sebagai membazir. Dan kalau dia menafkahkan satu cupak pada bukan
jalan kebenaran, maka itu sudah dikira sebagai membazir"

Adapun Qatadah pula menyatakan;

yang bermaksud;

 "Membazir adalah nafkah pada maksiat kepada Allah dan tidak diatas jalan
kebenaran disamping untuk melakukan kerosakan."

Dari ketiga-tiga definisi ini, didapati semuanya bersesuaian dengan merokok.


Ekoran dari itu, dengan ini jelas bahawa rokok adalah haram.

5. Rokok menghasilkan bau busuk

 Jika bawang dilarang dari memakannya oleh Rasulullah SAW sehingga ulama
menyatakan atas makruh memakannya disebabkan baunya yang busuk. Iaitu dengan
hadis;

yang bermaksud;
          "Daripada Ibni Omar, sesungguhnya Nabi SAW berkata dalam
peperangan khaibar, barangsiapa yang makan daripada ini - iaitu bawang
putih - maka
dia dilarang menghampiri masjid kami."

Dalam hadis ini, nabi SAW melarang makan bawang kerana baunya. Maka
berdasarkan kepada qiyas awla, terlebih melaranglah oleh nabi SAW dari
menghisap rokok
yang baunya lebih busuk dari bau bawang.

PENUTUP

Dari perbahasan ini jelas kepada kita bawah rokok adalah sesuatu yang haram,
terutama rokok-rokok tersebut adalah rokok yang banyak memberi sokongan
ekonomi
kepada Israel yang sedang menyerang islam.

Melihat kepada kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang menyamakan
antara perokok dengan haiwan. Dengan ini dapat di akui kebenaran dakwaan
itu.
Ianya adalah kerana, jika dilihat kepada kotak-kotak rokok, tertulis padanya
pesanan tentang bahaya merokok, tetapi manusia tetap juga menghisap rokok.

Dengan keadaan ini, tulisan ini sebagai menyeru umat Islam yang merokok agar
berhenti dari merokok. Ianya adalah kerana perbuatan itu merupakan amalan
yang melibatkan diri dengan dosa kepada Allah SWT.

Sekian

http://groups.google.com.my/group/sinarislam/msg/053943865dcbd097

Anda mungkin juga menyukai