Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Kami bersepakat menjalankan kajian kami di Kawasan Bandar Baru Uda. Untuk
mendapat hasil kajian yang memuaskan, kami telah melihat beberapa perkara dan aspek
untuk melihat sejauhmana perhubungan etnik yang berlaku di kawasan ini. Di kawasan
kajian ini terdiri daripada pelbagai etnik dan berbilang kaum iaitu etnik Melayu, Cina,
India dan lain-lain.
Daripada kajian yang kami lakukan, perkara pertama yang kami lihat ialah dari
aspek atai konsep etnisiti. Etnisiti ialah gabungan pelbagai sifat dan komponen yang
kebiasaannnya dimiliki oleh kumpulan etnik. Ia adalah lebih kepada kepercayaan, norma,
nilai, keutamaan dalam kumpulan, ketaatan dan menyenangi kelompoknya sendiri.
Dalam konteks penduduk di di kawasan ini, mereka yang berlainan bangsa serta
mempunyai anutan agama masing-masing semestinya amat percaya dan berpegang teguh
pada agama mereka sendiri. Mereka bebas melakukan amalan atau upacara keagamaan
mereka tanpa ada gangguan atau halangan daripada bangsa dan penganut agama lain.
Walaupun terdapat individu atau etnik yang begitu taat kepada agama mereka serta
menyenangi kelompoknya sendiri namun perkara tidak menghalang perpaduan yang
berlaku di kalangan penduduk. Hal ini adalah kerana walaupun mereka masih berpegang
teguh dan lebih taksub dengan bangsa dan agama mereka numun tidak wujud masalah
cuba memperkecilkan dan mempermainkan agama dan bangsa lain. Mereka amat
menghormati hak kebebasan beragama masing-masing.

Dalam konteks etnosentrisme pula, tiada kaum di Bandar Baru Uda ini yang
menganggap bahawa kaumnya adalah yang terbaik berbanding dengan kaum lain. Dari
segi jarak sosial pula, kajian menunujukkan sesungguhnya penduduk di kawasan ini tidak
menunjukkan masalah jarak sosial. Hal ini kerana tidak wujud sikap negative terhadap
kelompok atau bangsa lain. Interaksi yang dilakukan amat baik walaupun masing-masing
sibuk dengan tugas dan pekerjaan masing-masing. Begtitu juga dari segi integrasi di
kawasan taman perumahan ini walaupun terdiri daripada kelompok dan etnik yang
berbeza namun masing-masing tinggal di bawah system pemerintahan yang sama. Setiap
kelompok dan etnik yang berlainan hidup bersama secara aman dan damai.

Terdapat juga proses pergabungan kebuadayaan masyarakat antara 2 etnik di


kawasan perumahan ini. Proses penggabungan ini atau disebut sebagai asimilasi terhasil
daripada perkahwinan campur oleh penduduk setempat. Sepanjang kajian dilakukan,,
kami dapati terdapat beberapa pasangan yang mengamalkan proses asimilasi ini dengan
perkahwinan campur.

Jika berlakunya sedikit salah faham, mereka akan mengamalkan konsep


akomodasi iaitu mengamalkan situasi “win-win”. Mereka juga mengamalkan konsep
akulturasi iaitu proses penerimaan unsure budaya daripada satu kelompok kepada satu
kelompok yang lain dan bukan stereotaip terhadap sesuatu kaum.

Tiada unsure diskriminasi dan prasangka antara kaum di dalam kawasan kajian
kami. Mereka hidup secara aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai