Anda di halaman 1dari 18

10 prinsip islam hadhari

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah

i. Keimanan yang mantap

ii. Ketaqwaan yang menyeluruh

iii. Pegangan agama yang teguh

iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni

v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara

2. Kerajaan adil dan beramanah

i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat

ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab

iii. Kebajikan rakyat terpelihara

iv. Berjimat cermat elak pembaziran

3. Rakyat berjiwa merdeka

i. Semangat jati diri

ii. Berfikiran terbuka

iii. Kreatif dan inovatif

iv. Mampu bersaing

v. Berdaya maju

vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah

vii. Berdikari

viii. Berusaha menerima perubahan


4. Penguasaan ilmu pengetahuan

i. Umat yang cintakan ilmu

ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu

iii. Mendalami ilmu fardhu ain

iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah

v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat

5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif

i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah

ii. Umat yang maju dibidang ekonomi

iii. Negara yang maju dan barakah

iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi

v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan

vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal

vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar

viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta

ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat

6. Kehidupan berkualiti

i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti

ii. Tempat tinggal yang selesa

iii. Persekitaran yang selamat

iv. Kehidupan yang sihat


v. Keluarga yang harmoni

vi. Pemakanan yang berkualiti

vii. Masyarakat yang penyayang

viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna

7. Pembelaan hak minoriti dan wanita

i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor

ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita

iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal

iv. Member perhatian kepada OKU

8. Keutuhan budaya dan moral

i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama

ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni

iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat

9. Pemeliharaan alam sekitar

i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah

ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan

iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan

iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan

v. Mengelak pembaziran sumber alam

vi. Mengekalkan keindahan alam

vii. Memelihara sumber air dan udara


viii. Melindungi habitat kehidupan fauna

10. Kekuatan pertahanan

i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)

ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara

iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani

iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi


Objektif

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan


supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20
tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah
bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial,
kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Strategi Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan
menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang


pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.
Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan
paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha
telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah
dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya
kepada sektor yang lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan
luarbandar dan antara wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.


viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat


Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia
akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera
sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan
kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang
ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun
1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam
stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan
kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan
menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham
Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh.
Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah
dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan
sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap,
tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.
Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada
Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap
sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu
kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara
Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan
kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa
yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas
kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau
saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali
dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50
tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British
sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu
yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak
menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan
konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan
Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini.
Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu
bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan.
Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai
oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963
hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan
berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat
kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai
isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti
tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang
asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman,
dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara
agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada
tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu.
Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini,
dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai
identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula,
dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.
Sejarah Proton

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan
idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981.
Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat
Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan
Mitsubishi.

[sunting]

Pertelingkahan dalam Proton

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005, tidak lama
selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta
tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu
menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai
berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk
membina kilang Proton di Tanjong Malim.

Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel, kedengaran ura-
ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana aset Proton termasuk harta
tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih
daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.

Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton Capital Sdn Bhd telah
menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta yang telah dibeli pada 2004 dengan
harga € 1 (RM4.50). Pembelian MV Agusta dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mempunyai
hutang sebanyak € 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun. Penjualan itu menimbulkan reaksi balas
daripada Tun Dr Mahathir Mohammad dan bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel
Tengku Ariff yang mempersoalkan samada ia dijual secara terbuka yang memungkinkan harga yang
lebih mahal didapati.

Selain itu Proton turut dilapurkan mengalami kerugian akibat menjual kereta pada harga potongan
yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan 54,000 buah kereta selama 3 bulan X potongan
RM2,000 sebuah), yang disifatkan oleh Tengku Mahaleel sebagai kesilapan strategi Proton.

[sunting]
Produk

Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:

Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan
Australia).

Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan
merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.

Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.

Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.

Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model
terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk
hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.

Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.

Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.

Proton Pert: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution. Model yang terkini
dipasang seperti Evolution VII dan bertanding dalam kelas produksi di Kejuaraan Rali Dunia.

Proton Putra: Sedan sport 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.

Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan
buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah
dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008
dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

Proton Satria: Sedan 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.

Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi
sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut
yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.

Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan
sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.

Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan
didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran
jualan kereta Proton sebanyak 40%.

Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc,
model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-
otomatik dari Renault.
Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari
1996 hingga 2000.

Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama
direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi
(melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya
model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer
model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada
tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras
Campro CPS.

Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah
diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit
diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

(1981 – 2003)

Born on 20 December 1925 in Alor Setar, the capital of the State of Kedah, Tun Dr. Mahathir did his
early and secondary education in his home town. In 1947, he gained admission into the King Edward
VII College of Medicine in Singapore.

Upon graduation, he joined the Malaysian government service as a Medical Officer. He left in 1957
to set up his own practice in Alor Setar.

Tun Dr. Mahathir has been active in politics since 1945. He has been a member of the United Malays
National Organisation (UMNO) since its inception in 1946.

He was first elected as a Member of Parliament following the General Elections in 1964. However, he
lost his seat in the subsequent General Election in 1969. Owing to his keen interest in the country's
education, he was appointed Chairman of the first Higher Education Council in 1968, Member of the
Higher Education Advisory Council in 1972, Member of the University Court and University of Malaya
Council, and Chairman of the National University Council in 1974.

In 1973, Tun Dr. Mahathir was appointed a Senator. He relinquished this post in order to contest in
the 1974 General Elections where he was returned unopposed. Following the elections, Tun Dr.
Mahathir was appointed the Minister of Education.

In 1976, Tun Dr. Mahathir was made Deputy Prime Minister in addition to his Education portfolio. In
a Cabinet reshuffle two years later, he relinquished the Education portfolio for that of Trade and
Industry. As Minister of Trade and Industry, he led several investment promotion missions overseas.
Tun Dr. Mahathir was elected as one of the three Vice Presidents of UMNO in 1975. In 1978, he won
the Deputy President seat and in 1981, he was appointed President of the party. He was returned
unopposed as President in 1984.

In the 1987 party elections, Tun Dr. Mahathir defeated his challenger to retain the Presidency and in
1990 and 1993, he was again returned unopposed as party President. Under his leadership, the
ruling party Barisan Nasional (National Front) won landslide victories in the 1982, 1986, 1990, 1995
and 1999 General Elections.

Tun Dr. Mahathir is married to a doctor, Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali, and they have seven
children Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura and Mazhar.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad became the fourth Prime Minister of Malaysia on 16 July 1981 and
stepped down as Prime Minister on October 31st 2003.

Writing is one of Tun Dr. Mahathir Mohamad's passions. He started writing while in school. In the
1940s and '50s, under the pen name "Che Det", he actively wrote articles on Malay politics and
economic issues, which were published in The Sunday Times. He continued writing throughout his
career, and one of his most famous treatises, The Malay Dilemma (1970), influenced policy and
policy makers in the aftermath of the 1969 racial riots.

Tun Dr. Mahathir is also an avid horse rider and enjoys reading fiction. "I read a lot of novels, stories
written by well-known authors like Wilbur Smith and Ken Follet. It's a way of avoiding heavy books".

Pendidikan

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan
Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18,
Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau
merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam
persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau
melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai
Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada
tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah
ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII
College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat
tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah
Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan,
Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di
Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai
Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah
memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkahwinan

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti
Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene
berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin
semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri
pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini
Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz),
Maizura dan Mazhar.

Kerjaya

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan
kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan
Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain
daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan
aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi
dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday
Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari
minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah,
Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul
Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej
perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui
penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku
"Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan
berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan
profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu
sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus
pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun
1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan
Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Politik

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an
disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan
komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan
sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat dalam bidang
politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.
Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan
seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari
sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas
memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen.
Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan


beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis
Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of
Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir
dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya
bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.
Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri
Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara
supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan
keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka.
Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu
melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa
kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan.
Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi
pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung
UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan
politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien
Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri
yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke
Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi
Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan
pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah
membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti Dr. Mahathir digelar
"Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk memartabatkan
Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan
sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.

Pencapaian dan Sumbangan

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang
paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan
oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada
dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya
negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal
kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang
mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan
International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang
berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia.
Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam
mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia
adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah
sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah
negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri
Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama
seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-
kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang


pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap
bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an,
harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai
matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr.
Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia
diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa
agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya
Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam.
Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di
antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan
industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang
terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan
saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam
porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau
adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar
penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan
walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung
tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi
perkhidmatan yang lebih baik.

Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi
kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk
memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta
nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia
[Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri
pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa
depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau
antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil,
Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan
Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran
dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan
negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah
membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan
fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas
dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di
rantau ini telah diiktiraf dunia.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman

Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,beliau banyak memberi
sumbangan kepada bangsa dan negara.Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba
menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan
menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup
menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan
menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih
teraju kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa
keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan dan perpaduan.Beliau sanggup
menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun
1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri
Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini
gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian.

Tunku Abdul Rahman akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling
berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai kemerdekaan bagi Tanah
Melayu.Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan
masalah politik negara.Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya
dalam sejarah politik negara.

Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan agama


Islam.Beliau banyak melibatkan diri dengan usaha-usaha mengasas pertandingan menbaca al-
Quran.Beliau pernah menjadi Presiden PertubuhanKebajikan Islam Malaysia(PERKIM) apabila
persatuan itu ditubuhkan pada 20 Ogos 1960.Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya,beliau berjaya
meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka yang dan dihormati oleh semua
negara Islam.Beliau talah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara islam di
Jeddah yang pertama pada 9 Jun 1970.Di bawah pimpinan beliau,pertubuhan ini berjaya menark
lebih 41 buah negara Islam menyertainya.Selepas bersara,beliau masih aktif dalam menyumbangkan
tenaga demi perkembangan islam.Pada 18 januari 1980,Beliau telah dilantik menjadi Presiden
Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pacific(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di
persidangan Negara-Negara Islam.

Segala jasa dan sumbangan yang beliau curahkan akhirnya membolehkan beliau mendapat
penghargaan dari negara Pakistan dengan Anugerah hadiah Hijrah padabulan MAC 1983,dan
Anugerah AL-Malik Faisal dari negara Arab Saudi pada tahun yang sama.
Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang islam yang sangat berjaya.Taraf beliau selaku
tunggak atau teraju utama sudah mampu membuktikan betapa berat tugas dan
tanggungjawabnya.Dari sini,beliau telah banyak membawa manfaat pada perkembangan Islam.

Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau juga seorang
putera yang berjiwa rakyat.Ini terbukti apabila beliau sanggup menghantar misi pendamai dan
keamanan ke Congo,Afrika yang dilanda peperangan saudara pada tahun 1961.Sebagai pemimpin
PERKIM,beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia
melalui kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,beliau
menempatkan seramai 4,5000 orang pelarian di Pangkalan Chepa dan Cherating.Beliau telah
membenarkan PERKIM cawangan kedah Darul Aman untuk menggunakan tanah kepunyaannya bagi
mendirikan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.Bangunan ini kemudian diberi namaDarul
Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra.

Tunku Abdul Rahman memang terkenal sebagai dermawan bukan sahaja di tanah airnya
malah di kalangan negara-negara yang lain.Jelas terbukti bahawa beliau adalah seorang insan yang
humanis.Beliau senantiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira
bangsa,agama,dan negara.Jasa dan usaha beliau yang tidak kenal putus asa akan senantiasa
dikenang oleh semua rakyat Malaysia selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai