Anda di halaman 1dari 19

Topik 1X Pengenalan 

kepada Ujian, 
Pengukuran 
dan Penilaian 
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan definisi dan konsep ujian, pengukuran dan penilaian;
2. Menghuraikan sejarah pendidikan jasmani di Malaysia;
3. Menyatakan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian;
4. Menjelaskan tiga bidang utama ujian, pengukuran dan penilaian;
5. Menjelaskan kepentingan ujian, pengukuran dan penilaian dalam
pendidikan jasmani;
6. Merumuskan keperluan pengukuran dalam proses penilaian; dan
7. Mengenal pasti prinsip-prinsip ujian dan pengukuran dalam penilaian.

X PENGENALAN
Cikgu Borhan sedang menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) di sekolah
beliau bagi menguji tahap kecergasan murid Tahun 6. Bagi menjalankan penilaian
ini, beliau menggunakan beberapa ujian untuk mengukur tahap kelembutan,
daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid beliau.
Untuk membolehkan Cikgu Borhan menjalankan ujian di atas, beliau perlulah
2 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

mempunyai pengetahuan khusus di dalam bidang ujian, pengukuran dan


penilaian dalam pendidikan jasmani. Mengapakah beliau memerlukan
pengetahuan tentang ujian, pengukuran dan penilaian ini? Sebelum kita
membincangkan dengan lebih lanjut berhubung situasi ini, terlebih dahulu kita
perlulah jelas akan maksud ujian, pengenalan dan penilaian dalam pendidikan
jasmani.

Rajah 1.1: Pendidikan jasmani di sekolah

Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk


memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi
membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Rajah 1.1 memberi
gambaran pendidikan jasmani di sekolah kepada kita. Pengajaran dalam
pendidikan jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini
bukan saja dapat menberi maklum balas terhadap pembelajaran murid tetapi ia
juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru pendidikan jasmani. Di
dalam topik ini, perbincangan kita akan merangkumi tentang konsep asas kepada
ujian, pengukuran dan penilaian dengan melihat pelbagai definisi yang
dikemukakan. Selanjutnya, kita akan memberi tumpuan kepada latar belakang
ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani di Malaysia. Kita juga
akan melihat sejarah dalam ujian, pengukuran dan penilaian dan menjelaskan
bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan jasmani di negara kita.
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 3

1.1 DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.2: Ujian di peringkat sekolah

Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan
untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia
boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi
tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod
anekdotel. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2.

Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan


pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan
peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap
ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif
sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk
mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi
ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik
menggunakan timbal balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi
untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar.
Dalam erti kata lain, penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian
mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah.
Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara
pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan
susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran
guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas
kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
4 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Tujuan penilaian ialah untuk:

(a) Memfokus kepada setiap orang murid


Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang
kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat
mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani menbangun untuk
meningkatkan lagi prestasi murid.

(b) Menentukan status semasa murid


Menurut Kirkendal, Grubel dan Johnson (1987), penentuan status
merangkumi:
(i) pemberian gred;
(ii) mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti;
(iii) memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi;
(iv) menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu; dan
(v) menentukan aktiviti tertentu.

(c) Memilih wakil sekolah


Hasil penilaian juga boleh digunakan untuk memberi maklumat bagi tujuan
memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu
menbolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

(d) Memotivasi murid


Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat
memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya, jika keputusan
penilaian disalahgunakan, maka kesan negatif akan timbul dan ini akan
menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

(e) Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani


Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program
pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada
program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak
pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif
yang diharap tercapai.

(f) Membekal maklumat untuk kajian lain


Penilaian membolehkan maklumat yang dihasilkan dapat digunakan untuk
kajian di masa hadapan.
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 5

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah keperluan pengukuran dalam proses penilaian?

1.2 LATAR BELAKANG UJIAN, PENGUKURAN


DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
JASMANI
Dalam subtopik ini, kita akan melihat sejarah dan latar belakang Pendidikan
Jasmani dan juga bidang ujian, pengukuran dan penilaian. Kita juga akan melihat
bidang-bidang yang dicakupi dan juga keperluannya.

1.2.1 Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia


Sejarah Pendidikan Jasmani di negara kita bermula dua abad yang lalu.
Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada empat masa. Ia
dibahagikan kepada Zaman Pra-British (Sebelum 1786), Zaman Pemerintahan
British (1781-1941), Zaman Sebelum Kemerdekaan dan Zaman Selepas
Kemerdekaan. Sebelum ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan dalam sistem
Pendidikan Malaysia. Jadual 1.1 yang seterusnya menerangkan tentang sejarah
dalam Pendidikan Jasmani di Malaysia.

Jadual 1.1: Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia

Zaman Keterangan
Zaman Pra-British • Pada zaman ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan.
(Sebelum 1786) Pendidikan agama adalah mata pelajaran tidak rasmi yang
menjadi begitu popular pada ketika ini. Status untuk
Pendidikan Jasmani adalah tidak jelas.
Zaman • Pendidikan rasmi dimulakan dan banyak dipengaruhi
Pemerintahan oleh Kerajaan British ketika itu. Banyak sekolah pada
British (1781-1941) ketika itu dibuka oleh syarikat-syarikat British dan Cina.
• Di Sekolah Melayu (pertengahan abad ke-19), latihan
fizikal diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan
(untuk Tahun 1-4). Selepas itu, mata pelajaran Pendidikan
Jasmani terus diajar dalam ÂKelas Khas MelayuÊ selepas
Tahun 4.
6 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

• Pada tahun 1856, Pendidkan Jasmani telah diajar di dua


buah sekolah di Singapura. Bagaimanapun, tiada
kurikulum rasmi wjud untuk Pendidikan Jasmani.
• Di Sekolah Jenis Cina di Melaka, Pendidikan Jasmani telah
diajar sebagai mata pelajaran pada tahun 1851.
• Ketika tahun 1923-1925, mata pelajaran Pendidikan
Jasmani telah diajar di Sekolah Menengah Rendah di
Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar (Johor).
• Pada tahun 1930, Pendidikan Jasmani diajar di Sekolah
Menengah Atas di Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang,
dan beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Ipoh. Di
Melaka dan Pulau Pinang (1861), Sekolah Inggeris telah
dibina dengan bantuan daripada Christian Missionaries
(Catholic) dan Pendidikan Jasmani telah diajar di sekolah
tersebut.
Zaman Sebelum • Sejak tahun 1930, pelbagai usaha telah dibuat bagi mata
Kemerdekaan pelajaran Pendidkan Jasmani. Mata pelajaran tersebut di
buat berdasarkan mata pelajaran latihan fizikal untuk
sekolah di England.
• Pada tahun 1946, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah
diwujudkan di Kolej Latihan Perguruan Sulatan Idris, di
Tanjung Malim, Perak.
• Sejak tahun 1952, ramai guru tempatan telah dihantar ke
England untuk latihan. Mereka mempelajari Pendidikan
Jasmani sebagai mata pelajaran utama di Kirby, England.
Secara tidak langsung, guru-guru tersebut telah
mempelajari Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brinsford.
Zaman Selepas • Pada tahun 1950, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah
Kemerdekaan digunakan, dengan beberapa perubahan dilaksanakan.
• Pada tahun 1966, mata pelajaran untuk murid-murid lelaki
dan perempuan telah diwujudkan sebagai merujuk kepada
perubahan yang dilakukan pada ketika itu.
• Pendidikan Jasmani telah diberi keutamaan pada tahun
1960 apabila Kolej Latihan Pakar Perguruan memulakan-
nya untuk tambahan latihan setahun bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani untuk lelaki dan perempuan (1961).
• Pada tahun 1971, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekali
lagi telah mengalami perubahan apabila ia diwujudkan
dalam dua bahasa, iaitu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu.
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 7

1.2.2 Sejarah Ujian, Pengukuran dan Penilaian


Untuk makluman anda, penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari
semasa ke semasa, di sekolah, untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penilaian telah dijalankan untuk semua
mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987.
Pada tahun 1989, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
penilaian formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertama kalinya, markah atau gred Pendidikan
Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar. Salah satu aspek yang
ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui
Ujian Daya Tenaga Asas.

Mari kita kaji tentang latar belakang ujian daya tenaga asas:

(a) Latar Belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA)


Ujian Daya Tenaga Asas telah dijalankan buat pertama kali di sekolah pada
awal tahun 70an. Ujian Daya Tenaga Asas pada masa itu mengandungi 6
aktiviti iaitu:
(i) Ujian Kelembutan
(ii) Baling bola sofbol
(iii) Lompat Sargent
(iv) Mendagu
(v) Lari ulang-alik
(vi) 600 ela lari/jalan
8 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Rujuk Rajah 1.3 untuk melihat ujian daya tenaga asas dengan lebih jelas.

Rajah 1.3: Ujian Daya Tenaga Asas

Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah,
telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana telah didapati
bahawa ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak bermasalah.
Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan dengan
kerjasama sekolah-sekolah di negeri. Ia telah memutuskan bahawa ujian baru
hanya akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan sahaja.
Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang di anggapkan lebih bermakna,
mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa
ini ialah Ujian Daya Tenaga Asas yang sedang dijalankan di sekolah telah
diperolehi. Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu:
(i) Bangkit Tubi
(ii) Tekan Tubi
(iii) Jangkauan Melunjur
(iv) Larian 1500m

Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah,


Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat
Pekeliling Ikhtisa Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling iktisas Bil
3/79 kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah. Kandungan penting
Surat Pekeliling Iktisas Bil 2/88 adalah seperti berikut:
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 9

„Peruntukan perkara 5, Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/79 dengan ini dipinda menjadi
sebagaimana berikut:
5. Ujian Daya Tenaga Asas
5.1 Ujian-ujian yang terkandung dalam risalah baru Ujian Daya Tenaga
Asas Keluaran Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian
Sekolah, Kementerian Pendidikan hendaklah dijalankan dua kali
setahun di semua sekolah menengah sahaja.
5.2 Ujian ini hendaklah dilakukan dalam jangka masa satu waktu
Pendidikan Jasmani bagi satu kumpulan.
5.3 Keputusan-keputusan ujian hendaklah direkodkan dan digunakan
oleh guru-guru Pendidikan Jasmani untuk:
• Mengkaji kesan pengajaran-pembelajaran dalam pembinaan
kecergasan asas;
• Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kecergasan atau
daya tenaga asas dari segi kesihatan keseluruhannya;
• Menilai dan menentukan kelenturan, kekuatan dan daya tahan
seseorang pelajar supaya rencangan pengajaran boleh
diubahsuaikan.

Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut
perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan, dan untuk
mengemaskini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu
seminar penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober di Port
Dickson. Sewaktu ini, Penyelia Pendidikan Jasmani negeri dan wakil bahagian-
bahagian di Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput menghadiri seminar ini.

Di seminar ini, beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan persetujuan


telah diperolehi untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil bagi mengkaji
cadangan seminar dengan lebih mendalam. Jawatankuasa kecil yang dilantik
telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Setakat ini,
jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan
pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan.
10 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.2.3 Bidang–bidang Ujian, Pengukuran dan Penilaian


Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terdapat tiga bidang utama dalam
ujian, pengukuran dan penilaian. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
digambarkan dalam Rajah 1.4 di bawah.

Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti


berikut:

(a) Ujian Psikomotor


Untuk ujian psikomotor, anda dikehendaki untuk menilai kebolehan dan
kecekapan fizikal murid anda yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil
(bermain piano) dan otot-otot besar (lompat jauh). Jansma (1988)
menerangkan dalam penyelidikan beliau, terdapat empat bahagian asas
dalam ujian psikomotor. Ini digambarkan dalam Rajah 1.5.
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 11

Rajah 1.5: Bahagian asas ujian psikomotor

Penerangan empat bahagian asas dalam ujian psikomotor adalah seperti


berikut:
(i) Fizikal: Bagi ujian fizikal ini, anda akan melakukan penilaian
berhubung kait dengan anatomi seseorang individu. Sebagai contoh,
anda akan menilai berat jisim badan, peratus kandungan lemak dan
kekuatan otot badan murid anda.
(ii) Motor: Bagi ujian bahagian motor pula, anda akan membuat penilaian
berkait rapat dengan kualiti cara pergerakan dan perlakuan individu.
Sebagai contoh, anda akan menilai pergerakan motor yang dibuat oleh
otot-otot kecil di jari semasa bermain piano.
(iii) Kecergasan: Bagi ujian kecergasan pula, anda akan membuat penilaian
merujuk kepada komponen asas kesihatan secara menyeluruh yang
meliputi keupayaan kardiovaskular, kekuatan dan ketahanan otot
serta kekuatan mental. Sebagai contoh, ketika anda berlari dalam
pertandingan marathon, anda akan menggunakan keseluruhan
komponen kecergasan anda.
(iv) Permainan: Bagi bahagian permainan pula, anda akan
memperlihatkan kemuncak kemajuan di dalam psikomotor anda.
Untuk anda menjadi seorang pemain yang baik, anda memerlukan
tahap kekuatan fizikal, kemahiran motor dan kecergasan yang baik.
Sebagai contoh, semasa anda belajar bermain golf, kemajuan
permainan anda akan menjadi bertambah baik dengan latihan yang
kerap. Latihan yang kerap ini akan memperbaiki pergerakan
psikomotor otot-otot anda.
12 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Terdapat pelbagai ujian untuk mengukur komponen dalam psikomotor.


Jadual 1.2 menunjukkan komponen kecergasan fizikal yang boleh
digunakan berpandukan kepada senarai ujian yang disediakan oleh pusat
perkembangan kurikulum 1999.

Jadual 1.2: Penilaian kecergasan fizikal yang di sediakan


oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan


Komponen
Ujian Kumpulan sasaran
kecergasan

1. Daya tahan Cooper


Tahun 1 hingga Tingkatan 5
kardiovaskular ( Larian/berjalan 12 minit)
2. Kekuatan otot Bangkit tubi berperingkat Tingkatan 3 hingga 5
(a) Mendagu (lelaki)
3. Daya tahan otot (b) Mendagu dalam kedudukan Tahun 4 hingga Tingkatan 5
condong (prempuan)
4. Kelenturan Duduk jangkau Tahun 1 hingga Tingkatan 5
5. Komposisi tubuh
Ukuran lilitan badan Tahun 1 ă Tingkatan 5
badan
Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor
(a) Lari pecut 30 meter Tahun 3 hingga 6
6. Kelajuan
(b) Lari pecut 50 meter Tingkatan 1 hingga 5
7. Imbangan Dirian bangau (Strok Stand) Tahun 4 hingga Tingkatan 5
(a) Lompat kuadron Tahun 1 hingga Tingkatan 5
8. Ketangkasan
(b) Illinois Tahun 1 hingga Tingkatan 5
(a) Lompat jauh berdiri
Tahun 1 hingga Tingkatan 5
9. Kuasa (b) Lontaran bolabaling
Tahun 1 hingga Tingkatan 5
/keranjang aras dada
Nelson Choice-Response-
10. Masa tindak balas Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Movement
(a) Mengelecek bola dengan
tangan Tahun 1 hingga Tingkat 5
11. Kordinasi
(b) Mengelecek bola dengan Tahun 1 hingga Tingkat 5
kaki
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 13

(b) Ujian Kognitif


Seperti yang boleh anda lihat dalam jadual di atas, ujian kognitif adalah
untuk mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. Dalam ujian kognitif,
anda akan dapati 6 peringkat cara berfikir dalam Taxonomy Cognitive
Bloom iaitu:
(i) Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota,
nama negara).
(ii) Pemahaman iaitu kebolehan memahami (contohnya: membuat
kesimpulan).
(iii) Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan
suatu pengetahuan yang diperolehnya untuk menyelesaikan masalah).
(iv) Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas
dibahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil (contohnya:
menganalisis pengertian suatu puisi).
(v) Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat
menjadi suatu kesimpulan (contohnya: mengenalpasti jenis kategori
binatang).
(vi) Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik
dan sifat yang buruk.

(c) Ujian Afektif


Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan
emosi individu. Untuk makluman anda, ujian ini adalah berbentuk subjektif.
Ujian ini dilakukan melalui pengawasan dan interaksi secara langsung
dengan murid anda. Penilaian afektif dibahagi kepada ujian secara umum
(menilai tingkah laku) dan penilaian afektif berbentuk akademik
(peperiksaan).
Kebanyakan guru pendidikan jasmani merasakan ujian ini tidak begitu
sesuai digunakan kerana penilaiannya yang tidak jelas. Mereka lebih
cenderong kepada ujian psikomotor dan kognitif. Tetapi ada juga yang
berpendapat sebaliknya bagi ujian ini. Berpandukan kepada kenyataan di
atas, sesetengah guru pendidikan jasmani merasakan yang ujian afektif ini
tidak sesuai digunakan kerana:
(i) Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan
dan kemahiran boleh berubah dalam masa yang singkat, tetapi sikap
dan nilai-nilai memerlukan masa yang panjang untuk berubah.
14 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(ii) Sukar untuk mengenalpasti penilaian yang dibuat terhadap minat,


sikap, dan nilai. Secara umum, tidak terdapat satu garis panduan atau
kaedah yang jelas untuk menilai faktor-faktor ini.
(iii) Hasil daripada penyelidikan yang dibuat menunjukkan guru
pendidikan jasmani mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian
fizikal, kemahiran pengetahuan dan afektif murid secara serentak dan
kerap (Philips dan Hornak 1979; Mood 1982). Kekangan ini
membataskan ketepatan penilaian yang dibuat.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Apakah bidang-bidang dalam ujian, pengukuran dan penilaian?


2. Terangkan 3 ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.
3. Huraikan 4 jenis ujian psikomotor di dalam pendidikan jasmani.

1.2.4 Keperluan Pengukuran dalam Proses Penilaian


Setelah kita membincangkan definisi dan sejarah ujian, pengukuran dan
penilaian, seterusnya kita akan melihat keperluan pengukuran dalam proses
penilaian. Keperluan pengukuran ini adalah pelbagai dan meliputi beberapa
aspek. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam
Rajah 1.6 berikut.

Rajah 1.6: Keperluan pengukuran dalam proses penilaian


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 15

Di bawah adalah penerangan lanjut tentang aspek-aspek keperluan pengukuran


dalam proses penilaian:
(a) Motivasi
Pengukuran boleh meningkatkan motivasi individu. Dalam ujian, murid
lazimnya belajar mengikut silibus yang telah disediakan. Ini akan
mendorong murid tersebut untuk belajar bagi mendapatkan markah
tertinggi. Markah yang dicapai akan mengambarkan prestasi murid
berbanding murid lain. Penilaian yang dibuat ini akan meningkatkan
motivasi murid untuk mencapai prestasi terbaik.

(b) Diagnosis (pengenalpastian)


Pengukuran akan menilai kelemahan dan kekuatan terhadap kumpulan
atau individu. Pengukuran sebelum mengajar kemahiran sukan, kecergasan
fizikal, atau lain-lain acara yang diajar, akan menyebabkan kita menukar
atau meningkatkan lagi penyampaian apa yang hendak diajar. Contohnya
ialah sebelum mengajar kelas permainan bola sepak, kita hendaklah
mengajar bagaimana untuk menyepak bola secara betul. Kita juga mungkin
boleh mengenal pasti sesetengah individu yang memerlukan lebih perhatian
atau kurang perhatian daripada individu lain. Mengenal pasti pelajar yang
boleh menyepak bola secara betul dan bagus akan membolehkan anda
memberi perhatian lebih masa kepada pelajar yang kurang bagus. Anda
mungkin boleh menilai kelemahan dan kekuatan sesuatu program melalui
pengukuran diagnosis.

(c) Klasifikasi
Pelajar akan merasakan lebih selesa apabila melakukan persembahan dalam
kumpulan yang mempunyai kemahiran yang sama. Pembahagian
kumpulan tahap yang sama penting dalam kelas aerobik dan kecergasan
supaya individu yang kurang cergas tidak mengikut tahap yang sama
dengan individu yang cergas.

(d) Pencapaian
Tujuan pengukuran dan penilaian adalah untuk mengenal pasti tahap
pencapaian objektif program dan individu. Kebanyakan individu lebih suka
mengetahui bagaimana perkembangan dalam masa yang diberikan.
Pencapaian juga selalu digunakan untuk memberi gred dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani. Jika digunakan dengan betul, ujian
persembahan dan pengetahuan adalah sesuai untuk gred. Mereka akan
mengurangkan keperluan subjektif gred terhadap pelajar. Ramai guru
Pendidikan Jasmani menyalahgunakan ujian untuk mengenal pasti gred.
16 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(e) Penilaian pengajaran dan program


Sebagai guru, keberkesanan terhadap arahan atau program adalah
tanggungjawab yang amat penting kepada murid. Borang kepiawaian
adalah penting dalam sesuatu program untuk mengenal pasti keberkesanan
terhadap apa yang disampaikan. Anda hendaklah mengukur dan menilai
penyampaian dan program. Penilaian terhadap kemahiran murid di
peringkat permulaan aktiviti akan menolong anda untuk mengenal pasti
keberkesanan dalam memberi penyampaian program. Jika murid tidak tahu
peraturan asas dan tidak boleh melakukan apa-apa kemahiran aktiviti,
adalah amat penting untuk anda mengajar peraturan asas sebelum tahap
aktiviti yang lebih tinggi.

(f) Ramalan
Pengukuran dalam menilai persembahan yang akan datang telah meningkat
dan popular sekarang, tetapi jenis ujian penilaian selalunya memerlukan
kepakaran dan kemahiran dalam latihan fisiologi dan psikologi. Maksimum
pengambilan oksigen, otot biopsi dan tahap kebimbangan adalah contoh
ujian yang digunakan untuk membuat ramalan dalam persembahan dalam
sukan yang akan datang.

(g) Penyelidikan
Penyelidikan digunakan untuk mencari penyelesaian masalah dan sebagai
alat untuk mengembangkan pengetahuan. Ia amat penting bagi penilaian
program, penilaian pengajar dan peningkatan dalam persembahan dan lain-
lain program yang mempunyai persamaan dalam pendidikan jasmani.

1.3 PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN


PENGUKURAN DALAM PENILAIAN
Terdapat tiga prinsip ujian dan pergerakan dalam penilaian, iaitu:
(i) sebagai alat untuk mengukur keberkesanan program;
(ii) untuk memenuhi objektif dan keperluan; dan
(iii) untuk menentukan kaedah penilaian.
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 17

1.3.1 Sebagai Alat untuk Mengukur Keberkesanan


Program
Apabila prinsip-prinsip ujian dan pengukuran digunakan dalam penilaian, ia
boleh mengenalpasti keberkesanan sesuatu program, sama ada ianya berjaya atau
tidak. Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk
masa hadapan sebagai bahan rujukan. Jika didapati ia tidak berkesan,
penggubahsuaian terpaksa dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan
yang terdapat dalam sesuatu program. Ia mestilah berdasarkan pelbagai jenis
prosedur (soalan pilihan objektif, soalan subjektif, essei, projek, teknik
pemerhatian dan teknik laporan kendiri).

1.3.2 Memenuhi Objektif dan Keperluan


Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan
program pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada
program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk
mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang dirangkakan
tercapai. Keperluan sesetengah pihak juga harus dipertimbangkan bagi
menjayakan sesuatu program. Ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya bias.

1.3.3 Menentukan Kaedah Penilaian


Penilaian dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara.
Segala prosedur penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang akan diukur
(prosedur yang betul, objektif, ketepatan dan menyakinkan). Ia juga mestilah
berdasarkan persekitaran dan keluasan pembelajaran dan pembangunan
seseorang pelajar.

• Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian, iaitu: kesahan,
kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma.
• Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila
melakukan penilaian dalam ujian.
• Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai
dalam ujian.
18 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

• Terdapat dua aspek yang biasa digunakan untuk menguji kesahan dan
kebolehpercayaan, iaitu: ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan norma-
norma dan ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan kriteria,
• Terdapat tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma, iaitu: isi
kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan dan bentuk kesahan.
• Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam
menentukan kelakuan objektif.
• Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi sesuatu ujian.
• Terdapat empat kaedah untuk menganggarkan kebolehpercayaan terhadap
ujian berkaitan norma, iaitu: kaedah ujian-semula, bentuk selari, pembahagian
setengah dan Kuder-Richardson Formula 21.
• Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten,
atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau
tidak mahir.
• Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan, iaitu:
kaedah pemarkahan, kumpulan yang pelbagai, tempoh masa ujian dan
kaedah prosedur yang digunakan.
• Objektiviti tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh menentukan
melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan ujian)
melalui prosedur yang berkaitan.
• Terdapat dua faktor yang mempengaruhi objektiviti, iaitu: kejelasan system
pemarkahan dan kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat.
• Norma-norma adalah nilai yang berhubung kait dengan keputusan seseorang
dalam masyarakat umum. Keputusan tersebut boleh digunakan untuk
membuat tafsiran di antara peserta lain.
• Terdapat lima kriteria penting untuk memilih ujian dalam penilaian, iaitu:
mudah ditadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia dan peralatan,
memenuhi objektif serta mencabar dan bermakna.
• Terdapat tiga faktor dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian,
iaitu persediaan pra-ujian, semasa perlaksanaan ujian dan selepas ujian itu
diberikan (penilaian dan pelaporan).
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN W 19

Diagnosis Pengukuran
Fizikal Penilaian
Kecergasan Penilaian pengajaran dan program
Klasifikasi Ujian
Motivasi Ujian afektif
Motor Ujian daya tenaga asas
Pencapaian Ujian kognitif
Pendidikan Jasmani Ujian psikomotor

James, P,W. (2000). Modern Eduational Measurement: Practical Guidelines For


Educational Leaders. USA: A Pearson Education, Co.
Miller, D,K. (2006). Measurement by the Physical Educator:Why and How.
University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International
Edition.

Anda mungkin juga menyukai