Anda di halaman 1dari 3

PELAPORAN AKTIVITI

SMK IJ CONVENT JOHOR BAHRU


2011

KEBITARAAN : BAHASA INGGERIS

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Tajuk Aktiviti Penyertaan Pelajar Dalam Astar Scrabble


Challenge International (ASCI) 2010/2011

2. Objektif Aktiviti 2.1 Menyediakan ruang untuk pelajar


melibatkan diri dalam pertandingan di
peringkat yang lebih tinggi serta
sebagai satu usaha meningkatkan
bidang kebitaraan sekolah (Bahasa
Inggeris) ke peringkat antarabangsa.

2.2 Mengambil peluang menyertai


pertandingan peringkat antarabangsa
yang dianjurkan di dalam negara.

2.3 Menggalakkan pelajar untuk


meningkatkan kemahiran dalam
permainan scrabble dan menyemai
keberanian mereka dalam menyertai
pertandingan di peringkat yang lebih
tinggi.

4.
Tarikh Aktiviti 12 – 13 Februari 2011

5.
Tempat Aktiviti Dewan Tunku Canselor
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

6. Penyertaan 2 orang guru


30 orang pelajar (SMK IJ Convent )
238 orang pelajar keseluruhan bagi kategori
sekolah (termasuk penyertaan antarabangsa)

7. Perbelanjaan (Kos) RM 5380 (lima ribu tiga ratus lapan puluh


ringgit)

1
8. Impak Aktiviti i. Pelajar menunjukkan daya saing yang
i. Kekuatan sangat menggalakkan dengan sikap
ii. Kelemahan positif dalam meneruskan pertandingan
iii. Penambahbaikan walaupun dengan pengalaman yang
begitu sedikit berbanding dengan
kebanyakan peserta yang lain. Pelajar
juga mendapat pengalaman
menyesuaikan diri dengan keadaan yang
di luar jangkaan seperti lokasi
penginapan yang kurang selesa pada
hari pertama tiba di tempat pertandingan.

ii. Penganjuran yang kurang kemas telah


menimbulkan masalah kepada peserta
seperti lokasi penginapan, penyediaan
makanan dan ketepatan masa
pertandingan. Masa rehat antara
permainan juga terlalu singkat dan
menyebabkan masa permainan bagi hari
pertama berlanjutan hingga jam 9 malam.
Pelajar juga kurang bersedia dari segi
mental dan fizikal untuk menghadapi sesi
permainan yang intensif dalam satu
jangka masa yang panjang.

iii. Sesi latihan yang lebih intensif perlu


diadakan untuk pelajar sebagai
persediaan sebelum pertandingan.
Pertandingan peringkat sekolah juga
perlu diadakan lebih kerap agar pelajar
lebih bersedia dan mantap dari segi
strategi permainan. Satu kursus
pemantapan strategi permainan juga
boleh diadakan bagi meningkatkan
kemahiran pelajar yang berminat dalam
permainan scrabble ini.

12. Rumusan Aktiviti Penyertaan dalam pertandingan ini dilihat


sebagai satu ruang pendedahan yang
mencabar kepada pelajar dari segi mental,
fizikal serta pembentukan sikap dan
perwatakan yang positif dalam menangani
masalah – masalah di luar jangkaan.

2
13. Gambar – Gambar Aktiviti

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................................... ...................................................................

Nama : Nama :

Jawatan: Jawatan:

Tarikh : 28 Februari 2011 3 Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai