Anda di halaman 1dari 19

RANCANGAN PERNIAGAAN

KEDAI RUNCIT NONAMA


(Perniagaan Milikan Tunggal)

Logo Perniagaan

NAMA USAHAWAN : NONAMA BINTI ABDULLAH


ALAMAT PERNIAGAAN : A-123, TMN PERUMAHAN WAKAF TENGAH,
21030 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU
TARIKH : 1 JULAI 2008

Muka Hadapan

1. PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kedai Runcit Nonama merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal. Operasi


utama perniagaan ialah membekalkan barangan makanan basah dan kering
serta barang-barang keperluan harian secara runcit kepada penduduk-penduduk
sekitar kawasan perumahan Wakaf Tengah di bandaraya Kuala Terengganu.
Perniagaan akan mula beroperasi pada 1 September 2008. Faktor pemilihan
perniagaan kedai runcit di kawasan yang dipilih adalah kerana satu-satunya
perniagaan kedai runcit yang terhampir dengan kawasan perumahan Wakaf
Tengah adalah terletak kira-kira 3 kilometer jauhnya. Dengan populasi penduduk
lebih daripada 10000 orang adalah penting untuk sebuah kedai runcit didirikan
bagi memudahkah urusan pembelian barangan keperluan harian. Pemilik
perniagaan berharap akan dapat memperolehi keuntungan atas perniagaan di
samping memudahkan urusan penduduk-penduduk sekitar berbelanja dengan
harga yang berpatutan di samping menyediakan peluang kerja kepada penduduk
sekitar.

1
1.2 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan ini disediakan untuk:

 Memohon pembiayaan kewangan dari Bank Rakyat sebanyak


RM100,000.00,
 merancang perlaksanaan perniagaan,
 dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan dan untuk
 menilai daya maju perniagaan.

1.3 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

a. Nama Perniagaan: KEDAI RUNCIT NONAMA


b. Alamat Perniagaan: A-123, Tmn Perumahan Wakaf Tengah,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu
c. Nombor Telefon: 09-2673313

d. Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal

e. Aktiviti utama Membekalkan barangan makanan basah dan


perniagaan: kering serta barang-barang keperluan harian
secara runcit kepada seisi rumah.

f. Tarikh memulakan 1 September 2008 (Jangkaan)


perniagaan:

g. Tarikh perniagaan 1 Ogos 2008


didaftarkan:

h. Nombor pendaftaran 01234567 - T


perniagaan:
i. Nama bank Bank Islam Malaysia Berhad
perniagaan:
j. Nombor akaun bank: 06019020011705
k. Modal perniagaan: RM133,930.00

2
2. LATAR BELAKANG PEMILIK

a. Nama Penuh: NONAMA BINTI ABDULLAH


b. No. Kad Pengenalan: 770201-11-5014
c. Alamat Tetap: 98 Taman Ria,
25150 Kuala Terengganu,
Terengganu
d. Nombor Telefon: 019-33367654
e. Tarikh Lahir: 1 Februari 1977
f. Umur: 31 tahun
g. Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjanamuda Pengurusan
Perniagaan
h. Kursus yang Dihadiri 1) Kursus Keusahawanan anjuran
Kementerian Pembangunan
Usahawan (2007)
2) Kursus Kenegaraan anjuran Biro
Tatanegara (2005)
3) Kursus Peningkatan Keyakinan
Diri anjuran Motivation Consulting
Firm (2005)
i. Kemahiran: 1) Menaip 35 psm / 96% ketepatan
2) Mahir menggunakan perisian
perakaunan UBS Accounting
j. Pengalaman: 1) Pegawai Pemasaran – The Store
(2000-2004)
2) Pengurus Jualan – Guardian
Pharmacy (2005-2008)

3
2. RANCANGAN PEMASARAN

2.1 Pengenalan terhadap barang/perkhidmatan

Kedai Runcit Nonama menjalankan perniagaan membekalkan barang-barang


makanan basah dan kering serta barang-barang keperluan harian secara runcit
kepada seisi rumah. Pemilik menjangka akan dapat menarik minat sebahagian
besar penduduk sekitar untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian
yang dijual di kedai ini. Ini kerana lokasi kedai yang berhampiran dengan
kediaman mereka di samping barang-barang dijual dengan harga yang
berpatutan serta perkhidmatan penghantaran barang-barang yang dibeli ke
rumah masing-masing jika diperlukan secara percuma.

2.2 Sasaran pasaran

Fokus utama Kedai Runcit Nonama adalah tertumpu kepada pelanggan


yang berada di kawasan Kuala Terengganu, iaitu:
Taman Perumahan Wakaf Tengah 1 & 2,
Taman Bersatu,
Taman Tun Teja,
Kampong Melayu Batu 16 dan
Kampong Kenanga.
Lokasi kedai berada di kawasan komersial Taman Perumahan Wakaf
Tengah yang berhampiran dengan pusat-pusat perniagaan seperti klinik, bengkel
kereta dan kedai perabot akan memberikan peluang yang besar untuk
mendapatkan perhatian pelanggan.
Pelangan-pelangan yang disasarkan adalah semua peringkat umur dan
jantina terutama surirumah, wanita bekerja dan remaja serta kanak-kanak

2.3 Saiz pasaran

Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti


berikut:-

Kawasan/Taman Bilangan (^) Bilangan (*) Anggaran


Rumah Pelanggan Perbelanjaan
Sasaran

1. Taman Perumahan 2000 unit 6000 orang RM30000


Wakaf Tengah 1 &
2
2. Taman Bersatu 1000 unit 3000 orang RM15000
3. Taman Tun teja 600 unit 1800 orang RM9000
4. Kg. Melayu Batu 16 200 unit 600 orang RM3000

4
5. Kg. Kenanga 200 unit 600 orang RM3000
12000 orang RM60000
Jumlah

Nota:
(^) Dianggarkan setiap unit rumah terdapat 3 orang ahli keluarga
(*) Dianggarkan seorang pelanggan sasaran akan berbelanja sebanyak RM5.00
sebulan.

2.4 Persaingan

Nama dan Alamat Kekuatan Kelemahan


Pesaing
Pasar Mini Mesra 1. Telah beroperasi lebih 1. Tidak ada
B-456 Tmn Sg Isap daripada 5 tahun. perkhidmatan
23456 Kuala Terengganu 2. Mempunyai pelanggan penghantaran barang-
tetap yang setia. barang ke rumah.
Kedai Runcit Maju 1. Kedai berhawa dingin 1. Harga barang mahal.
Lot 3 Rumah Kedai Tmn 2. Lokasi agak jauh
Jaya, 23467 Kuala daripada Taman
Terengganu Perumahan Wakaf
Tengah iaitu lebih 5
kilometer.

2.5 Syer pasaran

Dengan populasi penduduk 12000 orang Kedai Runcit Nonama


dianggarkan akan mendapat syer pasaran sebanyak 50%. Pasar Mini Mesra
30% dan Kedai Runcit maju 20%.

2.6 Ramalan jualan

Ramalan Hasil (RM)


1 10,000
2 15,000
3 20,000
4 20,000
5 25,000
6 30,000
7 30,000
8 35,000
9 35,000
10 35,000
11 40,000
12 40,000

5
Jumlah 335,000
2.7 Strategi pemasaran

Diantara strategi-strategi adalah seperti berikut :


i. Menyediakan kedai dengan ruang niaga yang tersusun,
teratur dan selesa.
ii. Menyewa kedai yang terletak di kawasan yang mudah untuk
pelanggan-pelanggan meletak kenderaan.
iii. Barangan dijual dengan harga yang lebih rendah daripada
pesaing.
iv. Menyediakan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah
dalam masa yang singkat.
v. Diskaun tunai RM2 untuk setiap pembelian melebihi RM100.

vi. Layanan mesra untuk setiap pelanggan bagi mendapat


kesetiaan pelanggan.
Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti diatas, Kedai
Runcit Nonama dijangka akan dapat berkembang dengan baik dan dapat
menarik minat ramai pelanggan.

2.8 Perbelanjaan rancangan pemasaran

PERBELANJAAN RANCANGAN PEMASARAN


Butiran Aset Bulanan Lain-lain Jumlah

Aset Bukan Semasa


Van Penghantaran 60,000 60,000
Perbelanjaan (bulanan)
Promosi 200
Petrol dan belanja 500 700
kenderaan

Perbelanjaan lain
Insurans dan cukai jalan 2,500 2,500
van
Jumlah 60,000 700 2,500 63,200

6
3. RANCANGAN OPERASI

3.1 Carta aliran proses

Proses Aktiviti

Pelanggan Memilih barang untuk dibeli

Memeriksa kualiti barang

Membuat pembayaran

Pembungkusan oleh jurujual

Penyimpanan sementara menunggu


penghantaran

Pelanggan Penghantaran ke rumah


membawa pulang
barangan yang
dibeli

3.2 Keperluan Bahan

Stok barang niaga dibekalkan oleh beberapa pembekal yang berwibawa di


sekitar Bandar Kuala Terengganu. Pembekal dipilih daripada kalangan yang
dapat membekalkan barangan pada harga yang berpatutan. Berikut adalah
anggaran belian stok barang dalam sebulan:

7
Jenis barang Kuantiti Harga seunit Jumlah belian
Ikan 20 kilogram RM2.00 RM40.00
Sayur-sayuran 10 kilogram RM1.00 RM10.00
Barang Makanan 500 RM5.00 RM2500.00
Barang Keperluan 200 RM7.00 RM1400.00
Harian
Perkakasan 100 RM8.00 RM800.00
rumah
Jumlah belian stok barang sebulan RM4750.00

3.3 Senarai pekerja

Berikut adalah senarai tenaga buruh langsung yang diperlukan di kedai beserta
dengan upah bulanan:

Jawatan Bil. Gaji/Upah KWSP PERKESO Jumlah


Pekerja Bulanan (13%) (2%)
Juruwang 1 RM1000.00 RM130.00 RM20.00 RM1150.00
Pembantu 2 RM800.00 RM104.00 RM16.00 RM1840.00
Kedai
Jumlah RM2990.00

3.4 Senarai mesin dan peralatan

Berikut adalah senarai mesin dan peralatan yang diperlukan di kedai:

Jenis Bilangan Harga seunit Jumlah


Mesin Tunai 1 RM1600.00 RM1600.00
Rak Barang 27 RM500.00 RM13500.00
Meja 4 RM200.00 RM800.00
Kerusi 4 RM50.00 RM200.00
Peti Sejuk 4 RM2000.00 RM8000.00
Kipas 6 RM150.00 RM900.00
Jumlah RM25000.00

8
3.5 Susun atur ruang operasi

Berikut adalah pelan grafik susun atur ruang operasi:


Tandas

Bilik Stor Rak Barang


Rehat/ Makanan Pejabat
Solat

Kaunter Bayaran Rak Barang Keperluan


Harian dan Perkakasan
Ruang Niaga Rumah
Rak Barang Basah

3.6 Lokasi

Premis perniagaan adalah disewa dengan sewa sebanyak RM1500.00 sebulan.


Deposit sewa yang dikeluarkan adalah sebanyak RM3750.00 dan kos ubahsuai
ruang kedai sebanyak RM2000.00. Berikut adalah pelan lokasi kedudukan
kedai :

Taman Perumahan
Dari Kuala Terengganu

Wakaf Tengah 1
Taman
Tengah
SK Wakaf

Bersatu
A-
123

Jalan Wakaf Tengah


Dari Kuantan

Taman Perumahan Taman Tun Teja


Wakaf Tengah 2

9
3.7 Overhed operasi

Elektrik RM200.00
Air RM 70.00
Jumlah RM270.00

3.8 Perbelanjaan rancangan operasi

PERBELANJAAN RANCANGAN OPERASI


Butiran Aset Bulanan Lain-lain Jumlah

Aset Bukan Semasa


Perabot dan dan Peralatan 25000 25000
Kedai
Perbelanjaan (bulanan)
Belian Barang Niaga 4750
Angkutan Masuk Barang 300
Niaga
Gaji Pekerja Kedai 2,990
Sewa Kedai 1,500
Kadar Kedai 270 9810

Perbelanjaan lain
Pelbagai belanja 500
Ubahsuai 2000 500
Deposit Sewa 3750
Jumlah 25000 9810 6250 41060

10
4. RANCANGAN ORGANISASI

4.1 Carta Organisasi

PENGURUS
BESAR

PENGURUS
KEDAI

JURUWANG PEMBANTU KERANI


KEDAI AKAUN

4.2 Senarai jawatan dan penerangan tugas

Bil. Jawatan Bilangan Tugas dan Tanggungjawab Utama


1. Pengurus Besar 1 Mengkoordinasi segala
bahagian/fungsi dalam syarikat ke
arah pencapaian matlamat
tahunan/bulanan syarikat
2. Pengurus Kedai 1 Mengurus segala hal ehwal kedai
3. Juruwang 1 Menerima pembayaran daripada
pelanggan dan membuat
pembungkusan barang yang dibeli
pelanggan
4. Pembantu Kedai 2 Melayan keperluan pelanggan,
membuat penghantaran barang ke
rumah dan mengurus stok barang
masuk.
5. Kerani Akaun 1 Mengurus akaun kedai

11
4.3 Gaji, upah dan caruman majikan

Jawatan Bil. Gaji/Upah KWSP PERKESO Jumlah


Pekerja Bulanan (13%) (2%)
Pengurus 1 RM3000.00 RM390.00 - RM3390.00
Besar
Pengurus 1 RM2500.00 RM325.00 RM50.00 RM2875.00
Kedai
Kerani 1 RM1500.00 RM195.00 RM30.00 RM1725.00
Akaun
Jumlah RM7990.00

4.4 Keperluan pejabat

Jenis Bilangan Harga seunit Jumlah


Set Perabot 1 RM10000.00 RM10000.00
Pejabat
Kabinet Fail 2 RM500.00 RM1000.00
Komputer 2 RM1500.00 RM3000.00
Pencetak 1 RM500.00 RM500.00
Mesin Faksimili 1 RM500.00 RM500.00
Penghawa Dingin 2 RM2500.00 RM5000.00
Jumlah RM20000.00

4.5 Perbelanjaan rancangan organisasi

PERBELANJAAN RANCANGAN ORGANISASI


Butiran Aset Bulanan Lain-lain Jumlah

Aset Bukan Semasa


Perabot dan Peralatan 20,000 20,000
Pejabat
Perbelanjaan (bulanan)
Gaji Pekerja Pejabat 7,990
Utiliti/Telefon 500 8,490

Perbelanjaan lain
Majlis pelancaran 1,000
Pendaftaran perniagaan 30
Lesen perniagaan 150 1,180
Jumlah 20,000 8,490 1,180 29,670

12
5. RANCANGAN KEWANGAN

5.1 Jadual kos pelaksanaan projek

KOS PELAKSANAAN PROJEK


Aset Bukan Semasa
Van penghantaran 60,000
Perabot dan dan 25,000
Peralatan Kedai
Perabot dan Peralatan 20,000
Pejabat _____ 105,000

Perbelanjaan (1 bulan)
Pemasaran 700
Operasi 9,810
Organisasi 8,490 19,000

Perbelanjaan lain
Pemasaran 2,500
Operasi 6,250
Organisasi 1,180

Jumlah 133,930

5.2 Jadual sumber pembiayaan projek

SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK


Modal pemilik 33,930
Pinjaman bank 100,000
Jumlah 133,930

13
5.3 Jadual susutnilai aset bukan semasa (aset tetap)

a. Van Penghantaran
Nama Aset: Van Penghantaran
Kos: RM60,000
Jangka hayat: 5 tahun
Kaedah susut nilai: Garis Lurus
Tahun Susut Nilai Susut Nilai Nilai Buku
Tahunan Terkumpul
0 60,000
1 12,000 12,000 48,000
2 12,000 24,000 36,000
3 12,000 36,000 24,000
4 12,000 48,000 12,000
5 12,000 60,000 -

b. Perabot dan dan Peralatan Kedai


Nama Aset: Perabot dan Peralatan Kedai
Kos: RM25,000
Jangka hayat: 5 tahun
Kaedah susut nilai: Garis Lurus
Tahun Susut Nilai Susut Nilai Nilai Buku
Tahunan Terkumpul
0 25,000
1 5,000 5,000 20,000
2 5,000 10,000 15,000
3 5,000 15,000 10,000
4 5,000 20,000 5,000
5 5,000 25,000 -

c. Perabot dan Peralatan Pejabat


Nama Aset: Perabot dan Peralatan Pejabat
Kos: RM20,000
Jangka hayat: 5 tahun
Kaedah susut nilai: Garis Lurus
Tahun Susut Nilai Susut Nilai Nilai Buku
Tahunan Terkumpul
0 20,000
1 4,000 4,000 16,000
2 4,000 8,000 12,000
3 4,000 12,000 8,000
4 4,000 16,000 4,000

14
5 4,000 20,000 -

5.4 Jadual bayaran balik pinjaman bank

JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK


Jumlah: RM100,000
Kadar Faedah: 5% setahun
Tempoh 5 tahun
Kaedah: Kadar Tetap
Tahun Pokok Faedah Jumlah Baki Pokok
0 100,000
1 20,000 5,000 25,000 80,000
2 20,000 5,000 25,000 60,000
3 20,000 5,000 25,000 40,000
4 20,000 5,000 25,000 20,000
5 20,000 5,000 25,000 -

15
16
5.5 Belanjawan tunai

Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan
  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah
PENERIMAAN
TUNAI                          
Modal pemilik 33,930 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 33,930
Pinjaman bank 100,000 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 100,000
Jualan 10,000 15,000 20,000 20,000 25,000 30,000 30,000 35,000 35,000 35,000 40,000 40,000 335,000
Jumlah
Penerimaan
Tunai 143,930 15,000 20,000 20,000 25,000 30,000 30,000 35,000 35,000 35,000 40,000 40,000 468,930
PEMBAYARAN
TUNAI                          
Aset bukan
semasa 105,000 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 105,000
Belanja
Pemasaran 700 700 700 700 700 700 700 700 700 700 700 700 8,400
Belanja Operasi 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 9,810 117,720
Belanja
Organisasi 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 8,490 101,880
Belanja Lain 9,930 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 9,930
Bayaran Balik
Pinjaman Bank                          
Pokok 1667 1667 1667 1667 1667 1667 1667 1667 1667 1667 1667 1667 20,000
Faedah 417 417 417 417 417 417 417 417 417 417 417 417 5,000
Jumlah
Pembayaran
Tunai 136,013 21,083 21,083 21,083 21,083 21,083 21,083 21,083 21,083 21,083 21,083 21,083 367,930
Lebihan/
(Kurangan) 7,917 -6,083 -1,083 -1,083 3,917 8,917 8,917 13,917 13,917 13,917 18,917 18,917 101,000
Baki Awal
Bulan 0 7,917 1,833 750 -333 3,583 12,500 21,417 35,333 49,250 63,167 82,083  
Baki Akhir
Bulan 7,917 1,833 750 -333 3,583 12,500 21,417 35,333 49,250 63,167 82,083 101,000  

17
5.6 Penyata pendapatan

PRO FORMA PENYATA PENDAPATAN


BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS. 2007
RM RM
Jualan 335,000

Tolak:Perbelanjaan
Belanja pemasaran 8,400
Belanja operasi 117,720
Belanja organisasi 101,880
Faedah pinjaman bank 5,000
Perbelanjaan lain 9,930
Belanja susut nilai 21,000 263,930
Untung bersih 71,070
======

18
5.7 Kunci kira-kira

PRO FORMA KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DIS. 2007


RM RM
Aset Bukan Semasa
Van Penghantaran 60,000
Tolak: Peruntukan susut 12,000 48,000
nilai

Perabot dan Peralatan 25,000


Kedai
Tolak: Peruntukan susut 5,000 20,000
nilai

Perabot dan Peralatan 20,000


Pejabat
Tolak: Peruntukan susut 4,000 16,000
nilai

Aset Semasa
Tunai 101,000
185,000
======
Ekuiti Pemilik
Modal permulaan 33,930
Tambah: Untung bersih 71,070
105,000
Liabiliti Bukan Semasa
Pinjaman bank 80,000
_______
Jumlah Ekuiti dan 185,000
Liabiliti ======

5.8 Kesimpulan

Kedai Runcit Nonama dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM335,000.00 pada
tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM27,917.00 sebulan adalah bersesuaian
dengan perniagaan kedai yang masih baru. Perniagaan dijangka mencatat keuntungan
sebelum cukai sebanyak RM71,070.00 pada tahun pertama operasi. Ini memberikan
pulangan atas pelaburan yang amat menarik. Unjuran aliran wang tunai menjangkakan
perniagaan mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar faedah
serta pokok pinjaman. Oleh itu perniagaan sememangnya berkeupayaan untuk
membayar semua hutang semasanya dengan selesa. Oleh itu harapan daripada pemilik
agar perniagaan yang berdaya saing ini mendapat pertimbangan daripada pihak institusi
kewangan untuk diberi pinjaman.

19

Anda mungkin juga menyukai