Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH, MISI DAN VISI

Penyataan Falsafah
 SKM komited memajukan koperasi melalui persekitaran yang
kondusif bagi membangunkan koperasi yang berdaya saing dan
menyumbang kepada pembangunan negara
 SKM memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui
penambahbaikan proses kerja yang dinamik untuk membantu
mencapai dasar-dasar pembangunan koperasi
 Anggota kerja SKM diberi latihan dan diterapkan dengan nilai-
nilai murni serta jaminan kemajuan kerjaya supaya mereka
berkhidmat dengan kompeten, ikhlas, berintegriti dan penuh
komitmen
 SKM memastikan koperasi dikawal selia secara berterusan dan
profesional berlandaskan Akta dan Peraturan bagi meningkatkan
keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi.
Visi
 Peneraju Kecemerlangan Koperasi Bagi Menjadikannya
Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara

Misi
 Koperasi yang kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing,
progresif dan berintegriti
 Peningkatan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi
 Modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan
PIAGAM PELANGGAN
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam piagamnya telah
menekankan masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu
perkhidmatan sebagai asas pengukuran. Sekiranya SKM tidak
dapat menepati janji-janjinya, cara-cara pemulihan adalah
seperti berikut:
 Pendaftar-pendaftar Negeri sendiri akan dipertanggungjawabkan
untuk memastikan tindakan-tindakan susulan sewajarnya diambil
 Setiap aduan yang diterima akan dilayan dan tindakan
sewajarnya bagi menyelesaikan aduan tersebut akan diambil
dalam tempoh 5 hari dari tarikh aduan diterima oleh pejabat.
 Menambah waktu di Kaunter Perkhidmatan selama 1 jam selepas
waktu pejabat.
 Semasa memproses permohonan-permohonan bagi pendaftaran,
pinjaman/ pelaburan dan Pandangan Ketua Pendaftar yang
dikeluarkan oleh SKM, sekiranya maklumat-maklumat tidak
lengkap, pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum
tarikh keluaran yang dijanjikan.
 Tarikh baru akan diberitahu kepada pelanggan selepas maklumat-
maklumat lengkap diterima oleh SKM.
CARA-CARA MENUBUHKAN
KOPERASI
Pendaftaran Koperasi
 Mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993 dan
Peraturan-peraturan Koperasi 1995, SKM akan mendaftarkan
koperasi (seksyen 7 dan peraturan 3) dalam tempoh 30 hari
(bekerja), apabila diterima dokumen-dokumen dengan lengkap.

Pendaftaran Pindaan Undang-undang Kecil


 Mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993 dan
Peraturan-peraturan Koperasi 1995, SKM akan mendaftarkan
Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi berdaftar (seksyen 18
dan peraturan 6) dalam tempoh 45 hari (bekerja), apabila
diterima dokumen-dokumen dengan lengkap.
Audit dan Akaun
 Ketua Pendaftar akan memberi pandangannya seperti mana
kehendak subseksyen 59(2) Akta Koperasi 1993, dalam tempoh
45 hari (bekerja) ke atas akaun-akaun koperasi yang telah
disempurnakan untuk membolehkan pandangan tersebut
dibentang dalam mesyuarat agung tahunan (seksyen 39).

Pinjaman dan Pelaburan


 Semua permohonan pinjaman dan pelaburan yang lengkap dan
sempurna yang diterima oleh pejabat ini bagi memohon kelulusan
di bawah seksyen 51 dan 54 Akta Koperasi 1993 akan diberi
pertimbangan dan keputusan dalam tempoh 30 hari (bekerja).

Anda mungkin juga menyukai