Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MATLAMAT KITA
Untuk menghasilkan pelajar yang dinamik yang akan mempelopori perubahan social dengan
memperolehi ilmu dan kebijaksanaan, serta mengamalkan kemahiran berfikir dengan persepsi
dan komunikasi yang meyakinkan dan efektif.
KAEDAH KITA
Untuk mencapai matlamat tersebut, program ini menawarkan peluang yang berharga kepada para
pelajar untuk mempertingkatkan komitmen, menambah ilmu, dan membina kemahiran berfikir
dan berkomunikasi. Selanjutnya program ini bertujuan mempertingkatkan keupayaan mental
dan mengasuh mentaliti positif dalam menjana keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam
initipatinya, program ini cuba menghasilkan generasi yang berfikiran terbuka, positif, yang
menjadi sebahagian dari penyelesaian, bukannya sebahagian dari masalah.
A. ABSTRAK ARTIKEL YANG DIGUBAH SENDIRI (TIDAK LEBIH DARI 200
PERKATAAN)
E. NYATAKAN BAGAIMANA CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENULIS BOLEH DI GUNAKAN DALAM
MENYELESAIKAN MASALAH ANDA SENDIRI DARI SEGI SOSIAL, PERSONAL, ATAU AKADEMIK.
P
EPERIKSAAN AKHIR SEMESTER = 40%
TUGASAN (ASSIGNMENT)
1. Artikel yang dikemukakan untuk perbincangan bolehlah diambil dari sumber
yang ditulis samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
3. Tugasan boleh dibuat secara berkumpulan dan tidak lebih dari TIGA orang
dalam satu kumpulan.
7. Tugasan mistilah sampai kepada IDEAL atau Pensyarah Kursus, selewat-
lewatnya pada minggu ke sebelas semester.
Serdang 43400
Unit ini bertujuan untuk memapar dan membincangkan topik-topik berkaitan dengan
definisi dan konsep Kemahiran Berfikir. Anda akan didedahkan dengan konsep-konsep berkaitan seperti
penggunaan Taksonomi Soalan (Taksonomi COGAFF, dari Bloom (1956) dan Krathwohl (1964)); elemen-
elemen seperti kognitif, afektif, metakognitif, dan reflektif dan kaitannya dengan pembelajaran; konsep
berhubung dengan Kecerdasan mental (IQ) dan Kecerdasan Emosi (EQ) dan implikasinya terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya konsep berhubung dengan kebolehan melahirkan idea dan
berkomunikasi dalam konteks penggunaan dakwaan dan hujah juga akan disentuh dalam unit ini.
Kandungan Unit 1 secara khusus adalah seperti berikut:
1.1 Konsep
1.3 Definisi
1.6 Metakognitif
1.7 Reflektif
4. Kemahiran berfikir dari perspektif komunikasi: penyataan idea dan pendapat.
PENGENALAN
Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini
mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk
lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurnialan akal. Akal fikiranlah
yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda
adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan
melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal). Akal adalah tempat
bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan Allah
S.W.T. yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh membuat
pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami
(comprehend) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat ‘hikmah’ (wisdom), seseorang perlulah
menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan akal.
Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ atau hati
manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham, taufiq
dan hidayah (bisikan hati dan suara qalbu). Pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang
kerana bersihnya hati yang dimiliki. Hati mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya
faham seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan
yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu, yang
betul dari yang salah,
kebaikan dari keburukan. Untuk memperolehi pengetahuan bersumberkan hati, seseorang
itu perlu mempunyai hati yang suci dan ini dapat dicapai melalui latihan penyucian hati
(purification of the heart). Sekiranya manusia dapat menggunakan akal dan hatinyanya
dalam mengeluarkan buah fikiran, maka ia dikira sebagai telah menggunakan akalnya
dengan bijak. Kemahiran mengggunakan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang
bakal mengangkat darjat “keinsanan manusia berbanding haiwan”. Sejarah membuktikan
bahawa manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus
de dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat daripada itu.
Keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia ada kaitan
dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu membawa natijah positif
kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan yang berhikmah dan bijaksana.
Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri, orang lain dan alam sekelilingnya,
keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak berhikmah.
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh
tahun”. Manakala di dalam kitab suci Al-Quran perkataan yang merujuk kepada kata akar
aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah SubhanahuWataala (S.W.T) juga menempelak
manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila Allah S.W.T memberitahu manusia, “Lihatlah
bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan”. Menyedari kebesaran Allah
Taala melalui ciptaanya seperti bumi, bulan, bintang dan matahari adalah tanda seseorang
itu sebenarnya menggunakan akalnya untuk berfikir. Justeru itu, berfikir adalah sesuatu
yang menjadi tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan
tindak tanduk yang dilakukan. Namun bagitu, tidak ramai antara kita yang memahami
pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya.
1.2 KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH
Zaman Socrates
Ada baiknya kita soroti sedikit kemahiran berfikir dari perspektif sejarah dan kesannya
kepada kefahaman tentang konsep KB itu sendiri. Berfikir yang juga dikenali pada mulanya
sebagai pemikiran kritis yang juga merangkumi pemikiran kreatif telah mula diberi
perhatian istimewa oleh tamadun manusia semenjak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu
lagi. Dalam menitikberatkan pemikiran kritis dalam kehidupan manusia, Socrates telah
berjaya menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan
kebolehan seseorang menjana dan memberikan buah fikiran. Socrates telah menyatakan
bahawa buah fikiran yang bernas tidak semestinya dihasilkan oleh seseorang yang
mempunyai kuasa atau authoriti sahaja. Beliau telah membuktikan bahawa seseorang
yang mempunyai kuasa dan kedudukan, kadang-kadang boleh melakukan tindakan yang
membingungkan dan tidak diterima akal. Beliau menyarankan betapa pentingnya soalan-
soalan aras tinggi yang beliau sebut sebagai ‘deep questions’ diajukan untuk
menggalakkan seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan
layak diterima pakai.
Dia juga menyatakan betapa pentingnya seseorang berupaya melahirkan hujah yang
kukuh sebelum buah fikirannya dapat diterima. Keupayaan ini merangkumi kebolehan
melihat secara objektif, mentaakul dan membuat saranan, menganalisa konsep-konsep
asas, dan juga menyoroti implikasi bukan sahaja terhadap apa yang dinyatakan tetapi juga
apa yang telah dilakukan dengan perbuatan. Metod penyoalan Socrates yang dikenali
sebagai “Socratic questioning” atau “Penyoalan Socratic” masih di anggap sebagai satu
cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak
diamalakan hingga ke hari ini.
Socrates telah memulakan agenda berfikir dengan menggunakan soalan sebagai
alat penjanaan idea dan buah fikiran yang mantap. Soalan telah digunakan bila
mempertikaikan kepercayaan dan penerangan yang lazimnya diterima oleh masyarakat
tanpa usul periksa. Beliau telah dengan cermatnya mengenalpasti satu-satu kepercayaan
itu dari perspektif logik dan diterima akal berbanding dari hanya melihat secara lihiriah dan
nampak elok atau secocok dengan perasaan ego yang serasi dengan cita-cita tersembunyi
seseorang. Sesuatu yang berupaya atau dilihat sebagai berpotensi untuk memberi
keselesaan dan keseronokan – sekiranya tidak didasarkan kepada hujah, bukti atau asas
keyakinan yang kukuh adalah tidak boleh diterima pakai.
Idea Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato
(murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle
(seorang lagi ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan
betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu kerana realiti sesuatu itu
mungkin berbeza dari keadaan lahiriahnya – cuma minda yang terlatih (trained mind)
sahaja yang dapat membezakannya apa yang dilihat oleh mata kasar (delusive
appearances) dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kulit luarannya (the deeper
realities of life). Bertitik tolak dari saranan tradisi Greek ini, lahir keperluan bagi manusia
untuk mencari kebenaran tersembunyi (deeper realities), berfikir secara sistematik,
menyoroti implikasi secara meluas dan mendalam – kerana cuma dengan berfikir secara
komprehensif, ‘well-reasoned’, dan bersifat responsif terhadap tentangan dan kejanggalan
sahaja yang membolehkan manusia berfikir secara mendalam dari cuma menghayati apa
yang terpapar pada sifat lahiriah sahaja. Tradisi ini adalah selari dengan apa yang
disarankan oleh Islam supaya manusia meneliti kebesaran dan kehebatan Pencipta alam
ini disebalik keindahan ciptaanNya yang berupa bintang-bintang, gunung ganang, matahari
dan bulan yang sentiasa menakjubkan mereka yang ingin berfikir. Keyakinan yang
didasarkan kepada Al-Quran, hadith dan sunnah, ijmak dan ulamak adalah mutlak dan
tidak boleh dipersoalkan. Berfikir dalam Islam adalah dalam lingkungan yang dibenarkan
oleh syara’ dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.
Zaman moden
Dalam abad dua puluhan, ramai ahli pendidik, falsafah dan ahli fikir yang lain telah
dilahirkan. Kita berterima kasih dengan tokoh-tokoh seperti Guilford, Dewey, Meyers,
Beyer, Bloom dan ramai lagi yang telah mendalami dan memberi sumbangan yang besar
terhadap perkembangan KB ini. Tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom bersama rakan-
rakannya yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan soalan
seperti yang disarankan oleh Socrates dalam menjana KB dengan berlandaskan domain
kognitif. Bloom adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan istilah
‘aras pemikian’ atau ‘levels of thought processes’. Bloom menyatakan bahawa pemikiran
aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh digembelingkan dengan
penggunaan soalan atau objektif pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan
bahawa keghairahan guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah
melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif atau kritis. Ini berlaku kerana guru tidak
sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinngi bagai
menjana pemikran kritis di kalangan pelajar.
Krathwohl dalam usaha lain telah menghasilkan satu taksonomi yang memberi
pemberatan kepada unsur atau domain afektif dalam proses berfikir. Konsep tentang
kepentingan domain afektif dalam kejayaan kehidupan seseorang telah dikhususi pula oleh
penyelidik mutakir seperti Daniel Goleman yang menyarankan konsep yang dikenali
sebagai ‘EQ’ atau ‘Emotional Intelligence’ (Kecerdasan Emosi) yang menurutnya
memainkan peranan yang lebih penting dalam menjana satu-satu kejayaan. Menurutnya
“80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukan IQnya” (Goleman,
1998). Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankannya keatas beribu-ribu
orang ahli professional berjaya dalam lapangan masing-masing. Konsep EQ yang
diperkenalkan oleh Goleman mempunyai keselarian dari segi konsep dan penekananan
dengan domain afektif seperti yang diutarakan oleh Krathwohl dalam taksonomi domain
afektifnya.
Apakah elemen atau domain kognitif dan afektif ini boleh berdiri dengan sendiri
atau sebaliknya?.
Bertolak dari kesedaran ini, lahirlah Taksonomi COGAFF yang menggabung dan
memberatkan kepada kepentingan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam
penjanaan Kemahiran Berfikir. Usaha ini dipelopori dan dibincangkan oleh Ghazali
Mustapha (1998) dalam kajian Kedoktorannya yang bertajuk ‘The use of Questions and
Tasks in the Teaching of Critical Thinking Skills In Malaysia”. Konsep penggunaan soalan
dalam menjana pemikiran aras tinggi seperti yang diketengahkan dalam kajian ini sesuai
dengan apa yang disarankan oleh Socrates bersabit dengan penggunaan ‘deep
questioning’ 2500 tahun dahulu. Taksonomi COGAFF menggabungkan idea Bloom dan
Krathwohl dalam penggunaan soalan dalam menjana pemikiran kritis dan kreatif. Tajuk ini
akan dibincangkan secara mendalam di bawah tajuk khusus bersabit dengan pengajaran
dan pembelajaran KB.
1.3 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)
Bertolak dari konsep KB seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli fikir dan falsafah
seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan sejarah KB dan pemikiran
kritis yang telah kita bincangkan di atas, maka Kemahiran berfikir yang juga ditafsiran
sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, dalam kertas ini dapatlah ditafsirkan
sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing),
aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan
melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi – sebagai
landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa
yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada ‘The Center for
Critical Thinking’, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis
di Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun elok juga kita lihat KB dari perspektif KBKK (Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Kreatif) saperti yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen
yang penting iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara
kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang
dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah
fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab
musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis
termasuklah; membanding dan membeza (compare and contrast), membuat ketegori
(categorization), menerangkan sebab akibat (cause and effect), meniliti bahagian dan
hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan
dan inferensi. Sementara kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan
sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru,
kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam
penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk idea yang nyata ataupun abstrak.
Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta
idea yang baru, mencipta analogi dan metaphora. Harus diingat bahawa kedua-dua
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah bertujuan untuk menolong atau
membantu seseorang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Mari kita lihat satu lagi perspektif penting yang ada kaitan dengan berfikir. Dengan
mengambil kira kepentingan EQ (kecerdasan emosi) seperti yang diperkenalkan oleh
Daniel Goleman maka KB juga menegaskan kepentingan peranan hati atau ‘qalbu’ sebelum
satu-satu tindakan dibuat atau diyakini. Pemikiran yang didasarkan kepada domain kognitif
(IQ) tanpa mengambil kira kepentingan domain afektif (EQ) belum tentu boleh
menjanjikan satu-satu kejayaan yang sempurna dalam hidup seseorang. Ini selari dengan
apa yang disarankan oleh Goleman (1998) “bahawa 80% kejayaan seseorang adalah
bergantung kepada EQ dan bukannya IQ”. Konsep berhubung dengan EQ akan dijelaskan
dengan mendalam dalam topik berkaitan dalam kertas ini.
Malahan sekiranya dilihat dalam konteks yang lebih syumul, peranan hati ‘qalbu’ yang
berkait rapat dengan ‘afektif’ atau ‘EQ’ dan perananya dalam kejayaan hidup telah
tekankan dengan tegas dalam satu hadis Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam, lebih
1400 tahun dahulu:
Dalam badan manusia itu ada seketul daging.
Sekiranya daging itu baik, maka baiklah badan itu,
Sekiranya daging itu tidak baik atau busuk,
Maka tidak baik atau busuklah badan itu;
Daging itu adalah hati.
Peranan hati dalam mewarnakan perwatakan, personaliti, kejayaan dan kegagalan
hidup seseorang (di dunia dan akhirat) banyak dikupas dalam kitab suci Al-Quran dan
hadis-hadis Rasullullah dan tulisan-tulisan ilmuan Islam yang bagitu banyak terdapat
seperti Imam-Imam Al Ghazali, Hanafi, Shafiei, Hambali, Maliki dan lain-lain tokoh terkenal
dalam Islam. Penulis adalah terlalu kerdil dan dhaif untuk membincangkan isu yang
berkaitan dengan hati ini secara meluas dan lebih mendalam. Moga mendapat keampunan
Allah atas kelemahan ini. Pada mereka yang berminat untuk mendalaminya, antara banyak
kitab yang lain, bacalah kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazali saperti ‘Ihya Ulumuddin’
dan ‘Minhajul Abidin’: Wasiat Imam Ghazali - yang banyak diterjemahkan ke dalam Bahasa
Malaysia dewasa ini.
Dalam mentakrifkan KB, penulis menegaskan bahawa
“KB adalah berkait rapat dengan kebolehan seseorang insan menggunakan
kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha untuk mendapatkan atau
memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Dalam
lain perkataan, KB adalah kemahiran seseorang menggunakan otak (domain
cognitif/aqal) dan hati (domain afektif/qalbu) nya sebagai landasan kepada
keyakinan (belief) atau tindakan (actions)”.
Pemikiran kritis dapat dilihat dari dua komponen penting:
1. satu kumpulan kemahiran yang digunakan untuk memperoses atau melahirkan
informasi dan kepercayaan (keyakinan), dan
2. satu kebiasaan, yang terbentuk berlandaskan komitmen intelektual, dalam
menggunakan kemahiran tersebut untuk menjadi landasan kepada perilaku manusia
Anda dapati bahawa konsep di atas adalah berlawanan dengan:
1. Bahawa berfikir adalan proses yang berkaitan dengan pencarian dan penyimpanan
informasi sahaja (sebab ia melibatkan cara-cara tertentu dalam mendapatkan dan
meladeni informasi,)
2. Berfikir cuma dikaitan dengan keupayaan melakukan berbagai kebolehan, (sebab ia
melibatkan penggunaan berterusan kebolehan tersebut,) dan
3. Berfikir cuma dikaitkan dengan penggunaan kebolehan sahaja tanpa mengambil kira
penerimaan hasil pemikiran tersebut.
Ini bermakna kebolehan mengeluarkan buah fikiran belum boleh dianggap lengkap
sekiranya hasil dari buah fikiran tersebut belum atau tidak diambil kira kesahihannya.
Anda harus peka bahawa kemahiran berfikir juga mempunyai definisi yang berbagai sesuai
dengan konsep terbuka yang digalakkan dalam proses berfikir itu sendiri. Seterusnya kita
bincangkan beberapa definisi KB yang telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji dan ahli
fikir:
1. Menurut Beyer (1984), berfikir adalah kebolehan manusia untuk membentuk
konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
2. Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan semula pengalaman
dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
3. Meyer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang
bertujuan untuk menyelesaikan masaalah.
4. KB “adalah manifestasi pemikiran reflektif – ia termasuklah penangguhan penilaian,
mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan mengamalkan pemikiran terbuka”.
(Dewey, 1910)
5. KB adalah “sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia membolehkan
penyelesaian masalah yang berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang
berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima”.
(Guilford, 1959)
6. Moore dan Parker (1986) pula menyatakan bahawa KB “…adalah keyakinan
berlandaskan tindakan yang cermat dan disengajakan samada dalam menerima,
menolak, atau menagguhkan satu-satu keputusan berhubung dengan satu-satu
dakwaan (claims).
7. Sementara Meyer (1987) mentakrifkan KB sebagai “kebolehan membuat
generalisasi, mengandaikan dan mengendalikan kemungkinan yang berbagai, dan
juga menangguhkan keputusan”.
Satelah kita bincangkan tentang konsep dan definisi KB, elok juga kita ketahui
tentang ciri-ciri pemikir yang bijak.
Seorang pemikir yang bijak mempunyai cirri-ciri berikut:
1. Cekal 7. Mengambil risiko
2. Fleksibel 8. Mahir menyoal dan memapar
3. Bekerjasama masalah
4. Kebolehan mendengan dengan aktif 9. Memindah konsep dan kemahiran
5. Tidak impulsive 10. Ingin tahu
6. Refleksif 11. Keaslian ciptaan dan idea
1.4 DOMAIN KOGNITIF
Bertolak dari definisi KB yang telah ditegaskan oleh penulis yang menyatakan bahawa
KB adalah berkait rapat dengan kebolehan seseorang insan menggunakan kedua-dua
domain kognitif dan afektif dalam usaha untuk mendapatkan atau memberikan
informasi, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Dalam lain perkataan, KB
adalah kemahiran seseorang menggunakan otak (domain kognitif/aqal) dan hati
(domain afektif/qalbu) sebagai landasan kepada keyakinan (belief) atau tindakan
(actions). Dari definisi tersebut dapatlah difahamkan bahawa domain kognitif adalah
kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan menggunakan otak. Bloom mengkategorikan
domain kognitif kepada enam aras. Aras-aras tersebut terdiri dari; pengetahuan (literal),
kefahaman (comprehension), aplikasi (application), analisis (analysis), sintaksis (synthesis)
dan penilaian (evaluation).
Aras pemikiran (levels of thought processes) yang diketengahkan oleh Bloom boleh
dibahagikan kepada dua kategori penting: aras rendah (low-order or convergent) dan aras
tinggi (higher-order or divergent). Pemikiran aras rendah adalah terdiri dari aras
‘pengetahuan’ dan ‘kefahaman’. Sementara pemikiran aras tinggi, menurut Bloom adalah
bermula dari aras ‘aplikasi’ membawa kepada ‘penilaian’. Pemikiran aras rendah adalah
dikatakan tidak bagitu baik untuk menaja pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Bloom,
pemikiran kritis dan kreatif hanya boleh diperbaiki melalui latihan berfikir yang melibatkan
aras tinggi iaitu aras ‘aplikasi’ sehingga ‘penilaian’. Bloom dalam kajiannya berhubung
dengan objektif pengajaran yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa guru-
guru amat gemar menggunakan soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pengajaran beraras
rendah. Jika tendensi ini tidak diubah, besar kemungkinan pelajar-pelajar akan menjadi
pasif dan tidak kritikal atau kreatif. Perbincangan mendalam tentang aras pemikiran dalam
domain kognitif ini akan dibuat apabila kita membincangkan tajuk ‘COGAFF Taxonomy’
nanti.
Menurut Beyer dalam model berfikirnya yang dikenali sebagai ‘Functional Thinking’,
domain kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri daripada, membuat
keputusan (decision-making), menyelesaikan masalah (problem-solving) dan
menjana konsep (conceptualizing) sebagai aras yang tertinggi. Ini diikuti oleh
pemikiran kritis (critical thinking), dan pemikiran kreatif (creative thinking) pada tahap
sedikit rendah dari yang pertama. Tahap seterusnya adalah terdiri dari kebolehan
memproses (processing) dan pentakulan (reasoning) dan tahap yang terendah sekali
adalah terdiri dari kebolehan mengingat (recalling) dan menyimpan fakta (recording).
Model ‘Functional Thinking’ oleh Beyer digambarkan dalam rajah 1 di bawah ini:
Rajah 1 Model ‘Functional Thinking’ oleh Beyer (1992:23)
References
Beyer, B.K. (1992). Practical Strategies for the Teaching of Thinking. London: Allyn and
Bacon, Inc.
1.5 DOMAIN AFEKTIF
Satelah anda didedahkan dengan konsep, definisi dan domain kognitif dalam KB, kita
akan membincangkan pula satu lagi domain penting yang telahpun disebut di atas, iaitu
domain afektif.
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali
menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain
penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di
samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh
Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkatigorikan domain afektif
sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai
(valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu
mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).
Morgan dan Saxton (1991) mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai
‘questions of feelings’ (soalan berasaskan perasaan). Pendapat ini adalah serasi dengan
apa yang dinyatakan oleh Bolton (1973) ‘learning needs to be felt for it to be effective…’
(pembelajaran melalui perasaan sahaja yang akan lebih efektif). Domain ini amat penting
dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pertaliannya yang cukup kuat dengan domain
kognitif dalam proses KB. Kepentingan domain afektif ini akan dibincangkan dengan lebih
mendalam dalam tajuk yang menyentuh ‘COGAFF Taxonomy’ nanti.
Dengan kelahiran istilah Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence atau EQ) seperti
yang diketengahkan oleh Daniel Goleman dan menjadi bagitu popular dewasa ini
menjadikan konsep EQ dan ‘domain afektif’ bagitu penting. Domain ‘afektif’ dan ‘emosi’
adalah dua istilah yang berbeza tapi sama dari segi makna dan penekanan. Kedua-dua
istilah adalah menegaskan tentang kepentingan elemen perasaan, system nilai system
kepercayaan, keyakinan dalam proses membuat keputusan, memberikan pendapat,
pembentukkan personality dan pegangan hidup seseorang. Perbincangan tentang tajuk
yang berhubung dengan domain afektif dan EQ ini dan kepentingannya kepada kehidupan
akan dibuat dengan lebih mendalam dalam tajuk-tajuk yang menyentuh tentang ‘COGAFF
Taxonomy’ dan kecerdasan emosi atau ‘Emotional Intelligence’ nanti.
References
Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., and Masia, B.B., (1964). Taxonomy of Educational
Objectives: The classification of Educational Goals. Handbook II: Afective Domain. New
York: David McKay.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. New York:
Bantam Books.
1.6 METAKOGNITIF
Seperti yang anda lihat dalam Rajah 1 – Model ‘Functional Thinking’ oleh
Beyer; dua unsur penting yang ada kaitan secara lansung atau tidak dengan proses
berfikir menjadi elemen penting kepada model tersebut. Kita dapati bahawa elemen
tersebut terdiri dari ‘cognition’ yang menjadi teras nodel dan punya kaitan secara
lansung dengan proses berfikir itu sendiri. Sementara satu elemen penting yang
dinyatakan oleh Beyer, yang membantu proses berfikir secara tidak lansung ialah apa
yang dikenali sebagai ‘metacognition’ yang melingkari proses ‘cognition’ itu sendiri.
‘Metacognition’ dapatlah ditafsirkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan
rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang dilakukan semasa berfikir.
Menurut Brown (1980) ‘metacognition’ adalah merupkan ilmu pengetahuan atau
kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya, sebagai pelajar,
mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya. Gardner
(1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh
umur dan pengalaman seseorang. Seseorang pelajar yang lebih tua dari segi umur
dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, memgawal dan mengamalkan
strategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang
muda dan rendah tahap persekolahannya.
Beyer dalam model ‘Functional Thinking’nya (sila lihat rajah 1) menyatakan
dengan lebih jelas bahawa ‘metacognition’ adalah merangkumi kebolehan seseorang,
merancang (planning), memantau (monitoring), dan menilai (assessing) satu satu
keputusan atau idea yang hendak diutarakan. Beyer menjelaskan bahawa
‘metacognition’ terletak diluar kebolehan berfikir (‘cognition’) itu sendiri. Menurutnya
‘metacognitive operations are applied to the strategies and skills used to produce
meaning rather than directly to data and experience. Metacognition seeks to control
these meaning-making operations – to guide, to correct, to adjust and direct the
selecting, sequencing, and executing of the cognitive operations by which one seeks
to make meaning’.
Dengan ini ‘metacognition’, dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan
seseorang dalam mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses melahirkan idea
tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikir itu
sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa
mengalami proses merancang, memantau dan menilai keputusan yang akan dibuat.
Proses merancang, memantau dan menilai ini tidak ada kaitan lansung dengan
keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelesaian masalah tersebut.
1.7 PEMIKIRAN REFLEKTIF (PR)
Konsep pemikiran reflektif (reflective thinking) mula diperkenalkan oleh John
Dewey pada tahun 1911 dalam bukunya yang ditulis khas untuk guru-guru yang
bertajuk ‘How we think’. Dewey beranggapan bahawa pembelajaran atau ilmu akan
bertambah hanya apabila seseorang telah melalui peruses pemikiran reflektif atau
‘reflection’. Pemikiran reflektif adalah menjadi premis asas kepada penambahan ilmu.
Perkataan ‘reflective thinking’ atau pemikiran reflektif yang pada mulanya digunakan
oleh Dewey adalah sama ertinya dengan ‘pemikiran kritis’, ‘penyelesaian masalah’ dan
‘pemikiran aras tinggi’ (Samuel Shermis, 1999).
Dewey mendefinisikan PR sebagai “active, persistent, and careful
consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds
that support it and the further conclusion to which it tends ” (Dewey, 1933) . Menurut
Dewey, PR dapatlah ditakrifkan sebagai “mengambilkira atau pengiktirafan kepada
satu-satu kepercayaan atau apa yang dianggap sebagai ilmu pengetahuan dalam
lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang
boleh diandaikan darinya.
Sehubungan dengan konsep PR, Lambright menyatakan, “The purpose of
Socratic seminars (thinking) is to enlarge understanding of ideas, issues, and values.
The intent is to create dialogue that gives voice to rigorous thinking about possible
meaning… seminars are structured to take the student from the unclear to the clear,
from the unreasoned to reasoned…from the unexamined to the examined”
(Lambright, 1995). “Pemikiran Socratis adalah bertujuan untuk memperluaskan
kefahaman tentang satu-satu idea, isu, dan sistem nilai. Ia berharap agar dapat
mempergunakan dialog sebagai alat untuk menyuarakan pemikiran yang aktif
yang menjanakan satu maksud… seminar adalah bertujuan membawa atau
memimpin pelajar dari kekaburan kepada jelas, dari yang diterima tanpa pentakulan
kepada sesuatu yang difikir secara mendalam…dari yang tidak diusul kepada sesuatau
yang diusul dengan teliti”.
Pemikiran reflektif sama seperti pemikiran kritis memberi penekanan kepada
tujuan atau maksud idea atau buah fikiran yang ingin disampaikan. Ia mempunyai
kaitan rapat dengan apa yang diketengahkan oleh Bloom berhubung dengan aras
pemikiran. Pengetahuan aras rendah yang memerlukan ‘pengingatan’ atau
‘memorization’ yang dikatkan dengan aras ‘literal’ atau ‘pengetahuan’ dalam
Taksonomi Bloom, walau pun tidak dinafikan kepentingannya, tidak menjana
pemikiran reflektif. Lambright menyatakan “if you want to teach reflective thinking…,
we suggest that you devise an exercise that requires students to practise critical
thinking and simultaneously demonstrate their progress in achieving that complex
skill. appropriate evaluation must go beyond acquiring facts and learning theories”.
Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea,
mengaplikasikan prinsip, menganalisis, membuat sintaksis dan kebolehan
menilai. Menurut Samuel Shermis (1999), ‘PR dan pengajarannya melibatkan semua
domain yang diperkenalkan oleh Bloom dalam Taksonomi Kognitifnya’. Dapatlah
disimpulkan bahawa PR samalah seperti pemikiran Kritis berdasarkan domain kognitif
seperti yang diketengahkan oleh Bloom dan Beyer dan tidak memberi penekanan
kepada perkembangan domain afektif secara khusus.
Weast (1996) menyenaraikan kebolehan yang terdapat dalam PR:
Mengenal pasti kesimpulan (Identifying the author’s conclusion);
Mengenal pasti sebab dan bukti (Identifying the reasons and the evidence)
Mengenal pasti bahasa yang kabur dan melampau (Identifying vague and
ambitious language)
Mengenal pasti nilai yang di ramal dan konflik nilai (Identifying value
assumptions and value conflicts)
Menilai pentakulan berdasarkan statistik (Evaluating statistical reasoning)
Menilai persampelan dan pengukuran (Evaluating sampling and
measurements)
Menilai pentakulan secara logik (Evaluating logical reasoning )
Mengenal pasti informasi yang tertinggal atau tersingkir (Identifying omitted
information)
Kebolehan menyuarakan pendapat dan nilai peribadi melalui cara yang
terbaik dan berhemah (Articulating one’s own values in thoughtful, fair-
minded way).
Kebolehan-kebolehan ini telah dan masih digunakan dalam pengajaran KB di
sekolah-sekolah hingga ke hari ini.
References
Dewey, J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to
the educative process. Boston: Houghton Mifflin Company.
Lambright, L. (1995). Creating a dialogue Socratic Seminars and educational reform.
Community College Journal, 65, 30-34.
Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively.
Bloomington, Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.
Weast, D. (1996). Alternative teaching strategies: The case for critical thinking.
Teaching Sociology, 24, 189-194.
2.0 KEMAHIRAN BERFIKIR DAN IMPLIKASINYA KEPADA PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Tajuk ini membincangkan tentang KB dan implikasinya kepada pengajaran
dan pembelajaran. Untuk keberkesanan yang lebih, marilah kita mengambil-kira
pendekatan pengajaran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) seperti
yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dari perspektif KBKK,
pengajaran KB adalah berfokuskan kepada empat elemen penting: soalan,
penggunaan, peta minda, pengurusan grafik dan penggunaan CoRT 1 yang
diperkenalkan oleh de Bono. Pendekatan ini akan digunakan dalam perbincangan
seterusnya di mana setiap elemen berfikir akan dibincangkan dalam perspektif untuk
melihat bagaimana KB dapat dimanfaatkan secara optimum dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.1. Penggunaan soalan – Taksonomi COGAFF (Gabungan Taksonomi
Bloom (1956) dan Krathwohl (1964))
Penggunaan soalan dalam proses yang membabitkan KB telah tidak dapat
dinafikan lagi kepentingannya. Socrates, ahli falsafah Greek, 2500 tahun dahulu telah
menegaskan betapa soalan adalah amat penting dalam berfikir secara kritis. Beliau
telah mencadangkan penggunaan ‘deep questioning’ untuk melihat kebenaran
sesebuah fikiran yang dilahirkan. Bloom juga telah menekankan tentang kepentingan
penggunaan soalan dalam mengembelingkan kebolehan otak berfikir mengikut aras-
aras (levels of thought processes) tertentu. Penegasan tentang kepentingan
penggunaan berbagai soalan dalam KB telah banyak juga disebut dan dicanangkan
oleh ahli-ahli fikir dan penyelidik-penyelidik seperti Dewey, Guilford, Beyer, Morgan
and Saxton, Kissock & Iyortsuun dan penulis-penulis kontemporari yang lain seperti
Kerry dan Trevor, Kropp, Stocker, Kagan dan lain-lain.
Adakah kesimpulan
yang dibuat oleh
kumpulan itu sejajar
dengan data yang
diperolehi dari kajian
tersebut?
5.0 Sintaksis Soalan pada aras ini Cipta, Mencipta idea divergen
melihat tentang baru
kreativiti pelajar dalam Bina,
melahirkan idea-idea
yang tulin atau ciptaan Reka,
yang baru.
Dengan menggunakan
cadangan yang
diutarakan oleh penulis
dalam teks tersebut,
cuba selesaikan
masalah berikut.
2.0 Kefahaman Soalan pada aras ini Nyatakan, Kefahaman ‘convergent’
memerlukan pelajar
menunjukan kemampuan
dalam menggunakan idea. Beri definisi,
Mereka menggunakan
idea sepertimana yang
Beri maksud
terdapat dalam teks atau
sumber asal idea tersebut.
Kesimpulan
Banyak kajian tentang dimensi EQ telah dijalankan dengan mengukur konsep-
konsep yang berkaitan dengan EQ, seperti kebolehan bersosial (social skills),
kecemerlangan perhubungan inter-personal (interpersonal competence), kematangan
psikologi (psychological maturity) dan kesedaran emosi (emotional awareness) – lama
sebelum konsep kecerdasan emosi atau emotional intelligence diperkenalkan. Kajian-
kajian ini mendapati bahawa penekanan tentang unsur-unsur yang ada kena
mengena dengan EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi
sosial mereka berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak didedahkan dengan
konsep EQ ini. Kajian juga telah melihat bagaimana kaitan positif antara EQ dengan
sifat kepimpinan, pencapaian secara kumpulan, pencapaian individu, perhubungan
social, perubahan dalam pengurusan, di samping menyidiakan alat pengukur kepada
kejayaan tersebut. Menurut Goleman (1995: 160). “Emotional intelligence, the skills
that help people harmonize, should become increasingly valued as a workplace asset
in the years to come.”
5.0 KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF KOMUNIKASI:
Tajuk ini membincangkan tentang betapa pentingnya rasa yakin dan proses
meyakinkan (convinced and be convinced) seseorang dan kaitannya dengan
kemahiran berfikir. Frasa seperti “anda sepatutnya buat kerja ini”, “anda sepatutnya
datang lebih awal”, “anda sepatutnya mengambil kursus ini”, “Kursus ini lebih baik
dari kursus itu” dan berbagai-bagai kata-kata yang ditujukan kepada anda dalam
konteks yang ada kaitan dengan proses untuk meyakinkan anda. Kita kadang-kadang
rasa jemu ditipu atau terpaksa menurut kemahuan orang lain dalam membuat
sesuatu keputusan, membuat keputusan yang silap, diperbodohkan, atau dikelirukan.
Kemahiran berfikir adalah perisai yang menjadi pelindung diri dari ledakan
informasi yang tidak terkawal, dan dari satu keadaan di mana terlalu ramai orang
yang cuba meyakinkan kita terhadap sesuatu. Kebolehan kita berfikir akan
menyelamatkan kita dari jadi mangsa kepada keadaan-keadaan seperti yang
dinyatakan di atas. Kebolehan berfikir membezakan kita dari haiwan yang lain:
mereka lebih kuat, boleh melihat dan mendengar dengan dengan lebih baik – tetapi
mereka tidak punya kebolehan untuk merancang, berfikir, atau berbincang dengan
harapan untuk melihat sesuatu dari perspektif yang lebih baik. Perbincangan
seterusnya berkisar pada elemen-elemen penting dalam proses ‘convincing’ iaitu
meyakinkan atau diyakini dalam konteks penggunaan ‘claims’ (dakwaan) dan
‘arguments’ (hujah) dan topik-topik berkaitan.
5.1 Penyataan dakwaan (claims)
Mari kita bincangkan proses yang ada hubungan dengan yakin dan
meyakinkan ini dengan lebih mendalam lagi. Proses meyakinkan terdiri daripada
seorang yang cuba meyakinkan dan seorang diyakini. Proses yakin dan meyakini ini
bergantung kepada satu elemen penting dalam pernyataan hujah (arguments) yang
dikenali sebagai ‘dakwaan’ (claims). Dakwaan mistilah terdiri dari ayat-ayat deklaratif
seperti di bawah ini :
Kursus ini menarik.
Penulis buku ini adalah penulis yang baik.
Ada manusia yang percaya ada kehidupan di Mars.
Setiap orang misti memberus gigi sekurang-kurangnya sekali
sehari.
Tiada siapa yang tahu tentang pengalaman saya yang lepas.
Kenyataan tidak dianggap sebagai dakwaan apabila ia dinyatakan dalam bentuk yang
bukan menggunakan ayat deklaratif seperti yang terdapat pada contoh-contoh
berikut:
Tutup pintu itu! (arahan)
Berapa kali misti saya beritahu awak supaya menanggalkan kasut sebelum
masuk kebilik ini? (arahan atau soalan)
Ya, Tuhan, jadikanlah saya seorang jutawan daripada seorang pelajar yang
miskin. (doa atau prayers)
Tidakkan Melayu hilang di dunia! (quotation)
Tidakkah anda rasa berdosa dengan perbuatan itu? (soalan)
claims yang boleh dianggap dakwaan atau ‘claims’ juga misti mempunyai
‘truth-value’ atau ‘nilai-benar’. Ayat deklaratif yang tidak mempunyai ’truth-value’
tidak boleh dianggap sebagai dakwaan. Nilai-benar (truth-value) menggambarkan
samada satau-satu kenyataan itu mempunyai elemen ‘benar’ atau ‘tidak benar’. Satu-
satu kenyataan yang mempunyai ‘truth-value’ sahaja yang boleh dianggap sebagai
satu ‘claims’ atau dakwaan.
‘truth-value’ (nilai-benar). ‘Truth-value’ adalah sifat yang menyatakan samada satu-satu ayat itu
‘benar’ atau ‘tidak benar’, dan tidak kedua-duanya.
Ini tidaklah bermaksud, satu kenyataan itu boleh dianggap sebagai ‘claim’
hanya apabila kita bersetuju atau tidak bersetuju tentang kebenaran atau
ketidakbenaran kenyataan tersebut. Ia tetap dianggap sebagai ‘claim’ apabila kita
dapat menerimanya sebagai mempunyai ‘truth-value’, walaupun kita tidak pasti yang
mana satu antara dua. Untuk menguji kefahaman anda tentang ‘claim’ atau dakwaan
ini, sila buat latihan berikut:
Nyatakan samada kenyataan berikut adalah ‘claims’ (dakwaan) ataupun
bukan.
Contoh 1: Guru yang mengajar kursus ini adalah seorang lelaki.
Analisis – Kenyataan di atas adalah ‘claim’ (dakwaan) kerana kenyataan tersebut
boleh diterima sebagai benar atau tidak benar.
Contoh 2: Kawan anda pendek
Analisis- Adakah kenyataan ini boleh dianggap sebagai ‘claim’ atau dakwaan? Mungkin
bukan, sebab perkataan ‘pendek’ adalah tidak jelas maksudnya (vague). Pendek
macam mana? Masalah berhubung dengan ‘vague’ atau kabur ini akan dibincangkan
dalam topik berkaitan.
Contoh 3: Kucing adalah nakal
Analisis- Apabila ada kemungkinan yang anda tidak bersetuju dengan kenyataan
tersebut – ini bermakna bahawa ‘kucing adalah nakal’ boleh diterima sebagai ‘calaim’
atau dakwaan kerana ia punya ‘truth-value’.
Contoh 4: 2+2=4
Analisis – Ini adalah satu dakwaan – walaupun tiada siapa yang tidak bersetuju
dengan kenyataan tersebut.
Contoh 5: Saya berharap agar saya sembuh dengan segera dari penyakit ini.
Analisis – Ini bukan ‘claim’. Ia lebih merupakan satu doa atau harapan. ‘Claim’ hanya
boleh dibuat melalui ayat deklaratif yang bukan dalam bentuk doa atau arahan.
Contoh 6: Bagaimana anda bagitu bodoh menganggap kucing boleh berfikir?
Analisis – Ini bukan ‘claim’. Ia adalah soalan dan soalan tidak boleh dianggap sebagai
‘claim’ atau dakwaan.
Contoh 7: ‘Cada cachoro pode latir’.
Analisis - Adakah kenyataan di atas boleh dianggap sebagai ‘claim’ ?. Sekiranya anda
tidak faham bahasa yang digunakan dalam kenyataan tersebut, jangan sekali-kali
menganggapnya sebagai ‘claim’ atau dakwaan. Kenyataan yang tidak difahami tidak
boleh dianggap sebagai ‘claim’ atau dakwaan.
Contoh 8: “Tidak Melayu hilang di dunia.”
Analisis – Ini bukan ‘claim’ atau dakwaan. Ini adalah satu sedutan (quotation) dari
kata-kata Laksamana Hang Tuah. Sedutan dari kata-kata orang lain adalah
bermaksud untuk memberi penekanan kepada satu-satu maksud. Kita tidak
diharapkan untuk mempercayai samada kata-kata tersebut benar atau sebaliknya.
5.2 Penyataan hujah (arguments)
Hujah atau ‘argument’ dikatakan sebagai cubaan untuk
meyakinkan seseorang dengan menggunakan dakwaan atau ‘claim’ yang diutarakan
melalui bahasa.
Satu ‘argument’ (hujah) adalah terdiri dari beberapa ‘claims’ atau dakwaan. Satu darinya
dipanggil kesimpulan (conclusion) yang cuba dibenarkan kesahihannya (kebenarannya) oleh
hujah yang diutarakan ; lain-lain kenyataan didalam hujah tersebut dikenali sebagai premis
(premises), yang berfungsi sebagai menghala kepada, atau memberi sokongan kepada kebenaran
‘conclusion’ atau kesimpulan yang diutarakan dalam hujah tersebut.
Adalah penting diingatkan disaat ini – Pengutaraan hujah atau ‘argument’ adalah
bertujuan untuk meyakinkan bahawa satu dakwaan (claim) itu – termasuk
kesimpulannya – adalah benar. Kesimpulan (conclusion) juga dikenali sebagai “the
point of argument” (titik hujah atau persoalan) atau isu yang diperdebatkan.
Pemikiran kritis pula adalah merojok kepada kebolehan seseorang
membuat penilaian samada kita patut yakin yang sesuatu claim atau
dakwaan, hujah-hujah (arguments) yang diutarakan adalah baik dan
benar. Kemahiran berfikir juga berkait rapat dengan kebolehan seseorang
membina hujah (argument) yang baik.
Untuk menguji kefahaman anda tentang hujah atau ‘arguments’ ini sila
perhati dan bincangkan contoh-contoh berikut.
Adakah kenyataan-kenyataan di bawah ini boleh dianggap hujah atau ‘arguments’.
Contoh 1:
Jururawat: Doktor, doctor, pesakit di bilik 47 sedang nazak (tenat).
Doktor: Dia tidakpun demikian bila saya periksa dia tadi.
Jururawat: Dia telah diserang sakit jantung..
Analisis – Jururawat itu sedang menyatakan satu hujah. Dia cuba meyakinkan doctor
itu yang pesakit di bilik 47 itu sedang tenat. Dia memberikan premis: “Dia telah
diserang sakit jantung”. Premis ini adalah dianggap meyakinkan (convincing).
Contoh 2:
Perbalahan berlaku di antara dua orang pemandu yang terlibat dalam satu
kemalangan.
Ali: Bukan salah saya!. Dia yang langgar saya dari belakang. Orang yang langgar
belakang adalah orang yang salah dari segi undang-undang.
Sami : ????!
Analisis - Di sini Ali cuba meyakinkan seorang pegawai polis yang memeriksa
kemalangan tersebut bahawa dia tidak bersalah. Dia menggunakan dua premis; ‘Dia
langgar saya dari belakang’ dan ‘Orang yang langgar belakang adalah patut
dipersalahkan’. Dengan itu kenyataan di atas bolehlah dianggap sebagai hujah atau
‘argument’.
Contoh 3:
Ikut arahan cara menggunakan ubat itu seperti yang diberi oleh doctor. Ubat ini boleh
dimakan semasa perut kosong atau selepas makan. Simpan ubat ini pada suhu bilik
(room temperature), jauh dari bahang dan cahaya matahari.
Analisis – Statemen di atas bukan satu hujah atau ‘argument’. Arahan, penerangan,
dan penjelasan, walaupun dinyatakan dengan ayat deklaratif – tidak boleh dianggap
sebagai hujah atau arguments. Ia bukan digunakan untuk meyakinkan anda. Anda
kena ikut samada anda yakin atau pun tidak.
Contoh 4: Dialog antara Mary dengan ibunya.
Ibu Mary: Kenapa tidak talifon ibu?
Apa yang tidak kena?
Kamu tidak sayang pada ibu?
Di mana silap ibu?
Analisis – Iby Mary cuba meyakinkan Mary, tetapi tidak terdapat ‘truth-value’ yang
boleh dianggap sebagai ‘claim’ atau dakwaan. Mungkin kita boleh tafsirkan apa yang
dinyatakan adalah satu statemen yang tidak punya apa-apa kesimpulan. Ini bukan
satu hujah yang baik.
Seterusnya, bincangkan soalan-soalan berikut
1. Cuba anda buat latihan di bawah untuk kefahaman yang lebih tentang ‘claims’ atau
dakwaan:
Soalan: Nyatakan samada penyataan di bawah ini boleh dianggap sebagai dakwaan
ataupun bukan:
a. Lassie adalah seekor anjing.
b. Dia seorang pemuda yang tinggi.
c. Beratnya ialah 50 Kg.
d. Ringan tangan berat perut.
e. Sampai hati awak tuduh saya bagitu.
f. Sila buka pintu bila saya balik.
g. Saya harap ia akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.
h. Saya berdoa agar ia berjaya dalam pelajarannya.
i. Ana anta anti antu!
j. 2+2=5
k. Saya rasa sejuk sekarang.
l. Jumlah bintang adalah ganjil.
m. Musa tinggal di Kampung Mertang.
2. Sila nyatakan beberapa statemen yang boleh kita anggap ‘claim’
atau dakwaan.
3. Apakah yang dikatakan premis?
4. Apakah tujuan satu-satu hujah atau ‘argument’?
5. Apakah yang dikatakan kesimpulan?
6. Nyatakan samada statemen berikut hujah ataupun bukan
a. Kambing memang binatang yang bodoh. Sekiranya seekor terjun masuk
gaung, yang lain pun akan ikut sama. Sekiranya mereka terbalik di atas
belakang, mereka susah hendak bangun semula.
Analisis;
i. Adakah ia satu hujah – Ya ia satu hujah
ii. Kesimpulan: Kambing adalah binatang yang bodoh.
iii. Premis: Sekiranya seekor kambing terjun masuk gaung, yang lain
akan ikut.
Sekiranya ia terbalik atas belakangnya, susah baginya untuk
membetulkan diri.
b. “Kenapa pergi tengok wayang dengan Sarah dan tidak dengan saya? Bukankah
saya yang membantu awak bila kereta awak rosak tempoh hari?.”
Analisis:
i. Adakah ia satu hujah: Tidak
ii. Kesimpulan: Awak sepatutnya pergi tengok wayang dengan saya.
iii. Premis: Saya yang Bantu awak baiki kereta awak tempoh hari
iv. Ia bukan hujah kerana apa yang dikemukakan adalah dalam bentuk
soalan – dan soalan buakan hujah. Dan apa kaitannya antara ‘bantu
baiki kereta’ dengan ‘pergi tengok wayang bersama’.
Buat latihan berikut untuk memberi kefahaman yang lebih tentang hujah atau
‘argument’
1.Awak suka filem itu? Awak memangnya dungu. Saya rasa awak tidak dapat
membezakan antara lakunan yang baik dari yang buruk. Gambarnya juga
tidak bagus. Dan penutupnya jua satu yang tidak masuk akal.