PENGENALAN
Bahasa Melayu Klasik dalam konteks ini adalah bahasa Melayu yang pernah digunakan pada
suatu masa dahulu. Berikutan sifat bahasa yang sentiasa berkembang ianya juga telah
berkembang mengikut peredaran masa dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Para
sarjana telah membuat pelbagai pengertian mengenai Bahasa Melayu Klasik ini, antaranya
ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), menyatakan bahawa bahasa abad ketiga belas dan ketujuh
Seperti apa yang diutarakan oleh beliau tadi, zaman peralihan daripada bahasa Melayu
Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik bermula pada sekitar abad ke 13 dan 14. Pada masa itu
banyak dijumpai prasasti yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah
terdapat pengaruh bahasa Arab. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ismail Hussin
(1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan 14. Beliau menyebutnya
sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan Islam. Bukti
konkrit tentang kedatangan Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperolehi pada tahun
1292M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera dan catatannya menganai pengislaman Pasai.
penting iaitu Zaman kerajaan Melaka, Zaman kerajaan Acheh dan Zaman kerajaan Johor-
Riau. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka bahasa Melayu menjadi medium dalam
telah terhasil pada zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Karya-karya seperti Hikayat
Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), Hikayat Hang Tuah dan
sebagainya begitu terkenal pada masa itu. Semua karya yang dihasilkan ditulis dalam tulisan
1
jawi. Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Banyak naskhah Melayu lama yang ditulis menggunakan bahasa Melayu sukar
diperolehi kerana beberapa faktor seperti adanya kecenderungan para orientalis Barat
mengumpul dan membawa pulang naskhah-naskhah asal ke negara mereka sehingga kita
Bahasa Melayu Klasik ini mempunyai pelbagai keistimewaan. Bahasa Melayu ini
digunakan oleh pengarang bagi menghasilkan sesebuah karya sama ada dalam bentuk
tentang budaya, politik, dan ekonomi sesebuah masyarakat. Para pengkaji Barat menganggap
bahawa teks Melayu lama ini serba lengkap mengenai struktur organisasi sesebuah kerajaan
Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu Klasik mengalami banyak
perubahan dan penggunaan bahasa Melayu Kuno mula diganti dengan bahasa ini. Bahasa
Melayu Klasik banyak mendapat pengaruh Arab. Perkembangannya bahasa Melayu Klasik
seiring dengan perkembangan kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu. Bahasa Melayu
telah mengalami perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara cirri-ciri
Bentuk struktur ayat dalam karya bahasa Melayu Klasik agak panjang iaitu
mengandungi beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-
kata hubung yang tertentu, terutamanya ‘dan’ dan ‘atau’ ataupun dengan
menggunakan tanda koma bertitik sahaja. Terdapat penggunaan ayat songsang dengan
2
pendepanan predikat kesan daripada tatabahasa Arab. Perkara ini amat berbeza
dengan konteks bahasa Melayu Moden yang mempunyai ayat yang lebih ringkas,
padat dan tepat sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan idea dan buah fikiran
yang abstrak dan kompleks.
Ayat pasif agak lumrah digunakan dalam sesebuah karya bahasa Melayu
Klasik. Ianya lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Perkara ini dapat kita
perhatikan dengan meneliti contoh-contoh di bawah:
a. Hatta datanglah kepada suatu hari maka hamzah dan Umar Umayyah
dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim.
b. Maka dilihatlah tanah negara bukit menjadi seperti warna emas.....
Bahasa Melayu Klasik sememangnya lebih bersifat bahasa Istana. Ini amat
ketara dengan penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Karya yang dihasilkan
pada masa dahulu banyak berkisar kepada keagungan raja atau kemahsyuran sesebuah
pemerintahan. Ianya telah menyebabkan tulisan yang dihasilkan lebih mirip kepada
penggunaan perkataan bahasa Istana dan struktur ayat juga berdasarkan pertuturan
Pengaruh kosa kata daripada ketiga-tiga bahasa ini disebabkan oleh bahasa
Sanskrit sudah terlebih dahulu bertapak di kepulauan Melayu dan penyebaran agama
Islam telah membawa bahasa Arab ke kepulauan ini. Justeru itu bahasa Melayu Klasik
banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini. Contoh yang jelas adalah
perkataan seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih), makhdum, mualim daulat, dosa, pahala dan lain-lain.
3
Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan perdu perkataan iaitu kata
pangkal ayat yang agak usang atau klise. Kata-kata seperti ini tidak lagi digunakan
pada masa kini. Kata-kata seperti ini bukan sahaja digunakan untuk memulakan
sesuatu perenggan, tetapi ia juga digunakan pada awal-awal ayat dalam perenggan.
Antaranya ialah perkataan sebermula, alkisah, hatta, adapun.
4
2.1 Sinopsis Sejarah Melayu
Sejarah Melayu merupakan sebuah karya yang tergolong di dalam jenis sastera
sejarah. Sejarah Melayu dibina di dalam bentuk kisah-kisah yang pendek. Kisah-kisah
itu disusun mengikut kronologi tetapi tidak diatur di dalam urutan plot yang nyata.
Kisah-kisah ini tidak bertumpu khusus kepada satu-satu watak ataupun tema, tetapi
sejarah yang dialami oleh raja-raja Melayu yang memerintah Melaka, dari awal abad
ke 15 hingga awal abad ke 17. Inti ceritanya ialah berkenaan raja-raja Melaka dan
Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. Selepas itu penulisannya dilanjutkan
lagi hingga ke zaman awal penubuhan raja-raja Melayu dari Melaka ke Johor.
sejarah ini juga dikenali dengan judul Arabnya ‘Sulalatu I’-Salatin’ yang bererti
Melayu merupakan hasil sastera tradisional Melayu yang terpenting sekali. Ia bukan
hanya terletak pada nilai kandungannya, tetapi pada kekerapan dan terlalu banyak kali
ia disalin dan diminati. Oleh yang demikian, Sejarah Melayu mengandungi naskah-
naskah salinan yang paling banyak sekali bilangannya dibandingkan dengan naskah-
5
3. Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London
Sebagai sebuah hasil sastera, sudah tentulah kita ingin tahu siapakah penulis atau
seorang yang mempunyai jiwa seni. Pengarang Sejarah Melayu ini adalah seorang
yang menetap di istana dan mempunyai pengetahuan yang luas. Pengarang Sejarah
Melayu ini juga pandai banyak bahasa dan menguasai serta boleh bertutur dengan
pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan Tamil.
Dr. T. Iskandar berpendapat bahawa sebenarnya Tun Sri Lanang adalah pengarang
Sejarah Melayu. Hal ini juga dipersetujui oleh Prof. Hsu Yun Tsiao. Perkara ini jelas
dalam pendahuluan buku Sejarah Melayu. “Bahawa beta minta perbuatkan hikayat
pada Bendahara, peri persatua dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan
istiadatnya sekali, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian
daripada kita ...... Maka fakir karanglah hikayat ini ....... supaya akan menyukakan
duli hadrat baginda. Maka fakir namai hikayat itu Sulalatu ‘I-Salatin, yakni
Bendahara yang dimaksudkan di sini ialah Tun Muhammad dan lebih dikenali
dengan nama timang-timangannya Tun Sri Lanang. Menurut Liaw Yock Fang, Tun
Ismail Hussein pula menyatakan bahawa Tun sri Lanang bukanlah pengarang
Sejarah Melayu tetapi penyalin naskah asli yang dibawa dari Goa. Penulis Sejarah
Melayu ialah orang Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi.
6
Apabila Tun Sri Lanang menyalin dan membangun semula Sejarah Melayu, beliau
Tun Sri Lanang seperti yang digambarkan Winsted ialah seorang yang
Bendahara Paduka Raja Melaka daripada keturunan Bendahara Melaka dan Johor.
Tun Sri Lanang hidup pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17 dan telah dapat
menyelesaikan Sejarah Melayu pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah. Tun Sri
Lanang seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni serta rapat dengan golongan
istana. Tun Sri Lanang juga sudah membaca buku-buku hikayat seperti Hikayat
Iskandar, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah serta banyak
Kalau dilihat daripada segi bahasa, Sejarah Melayu adalah naskhah yang
tertua kerana selain daripada ejaannya yang lebih kuno, terdapat perkataan-perkataan
dalam sebutan lamanya yang jarang didapati dalam kitab-kitab Melayu lama seperti
kata asti, sarhad, incit, netiasa dan banyak lagi (Abdul Rahman Ismail, 1998:17).
sumber bahasa yang penting. “Bahasa yang dipakai dalam Sejarah Melayu itu ialah
bahasa cerita yang sederhana, bahasa Melayu Kuno yang baik. Bangsa Eropah
sentiasa amat tertarik oleh cara kitab itu melukiskan sesuatu hal dengan cara yang
sederhana sekali dan oleh isi kitab itu yang sangat indah.”
Melayu itu sendiri. Jika kita tinjau daripada pelbagai sudut ia sememangnya telah
7
memberikan impak yang tinggi dalam kemajuan bahasa Melayu sehinggakan para
pengkaji barat begitu tertarik untuk mendalami atau mengkaji teks ini.
Jenis aksara yang digunakan dalam teks ini ialah tulisan jawi yang telah
disesuaikan bahasa Melayu ketika itu. Ada beberapa huruf baharu yang ditambah
seperti pa, nga, ga, nya dan ca. Teks ini menggunakan sistem ejaan lama, seperti
contoh, suroh berhadir (suruh hadir), membacha (membaca), dudok (duduk), sa orang
Sekiranya kita tinjau dari aspek fonetik dan fonologi, iaitu kajian berkaitan
ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukan
sebutan dan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa, banyak perkataan
yang telah diketengahkan. “Sejarah Melayu, cetera ketiga puluh dua: Tun Sri Lanang
menceritakan bahawa Tun Mai Ulat Bulu telah menyindir Makhdun Sadar Jahan
yang tidak dapat menyebut perkataan Melayu seperti kusying (kucing), kunit (kunyit)
Melalui aspek morfologi pula, kita dapat melihat keseluruhan buku ini ditulis
dalam bentuk prosa dan juga bentuk puisi yang menggunakan bahasa Melayu Klasik
yang cukup indah dan menarik. Ia telah menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan
per....an, meng....kan dan diper....kan. Kata pangkal ayat yang lazim digunakan dalam
teks Sejarah Melayu seperti hatta, sebermula, syahadan, arakian dan lain-lain lagi.
Contoh penggunaan kata pangkal ayat yang digunakan ialah seperti berikut:
terbit, maka bagindapun kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi...
kata lama yang dipengaruhi oleh bahasa asing, lebih-lebih lagi bahasa Arab. Selain
8
bahasa Arab, bahasa-bahasa lain seperti bahasa Parsi, Siam, Tamil dan Jawa turut
diselitkan dalam Sejarah Melayu ini. Bahasa Arab sangat banyak digunakan lebih-
Bismi’llahi-‘r-rahmanir-rahim
Selain bahasa Arab terdapat juga beberapa perkataan atau ayat-ayat Jawa yang
Majapahit, Misalnya:
Maka segala anak pariai itu pun melawan maka habis mati dibunuh orang, serta mati
seorang diberitahu pada Pateh Adam,’Pengeran, si anu sampun pejah’. Maka sahut
habis mati dibunuh orang, maka diberitahu Pateh Adam sekeliannya.’Kabeh sampun
pejah...kabeh insun putra dalam ikibala nanging puanara’. Ertinya, biarnyalah habis
Kata-kata Parsi yang terdapat dalam Sejarah Melayu, antara lainnya ialah, “Ar’ayat
juna bakhsanat sultan khasad” yang bermaksud rakyat itu umpama akar, yang raja itu
umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian
“...maka Raja Chulan pun berangkat mengeluari Raja Suran; rupa rakyat seperti laut
tatkala pasang penuh. Rupa gajah dan kuda seperti pulau. Rupa tunggul panji-panji
9
seperti hutan. Rupa senjata berlapis-lapis. Rupa cemara tombak seperti bunga
lalang...”
naskah Sejarah Melayu, diselitkan juga dengan bahasa berbentuk puisi. Bentuk puisi
yang lumrah dalam naskah Sejarah Melayu ialah pantun. Biasanya pantun ini
Pantun ini mengisahkan pembunuhan Tun Jana Katib di Singapura dengan perintah
raja sendiri. Setelah ditikam, badan Tun Jana Katib ghaib. Ada yang mengatakan
badannya dihantar ke Langkawi. Selain dari pantun Melayu terdapat juga pantun
Jawa. Selain pantun, terdapat juga bentuk puisi lain yang berupa nyanyian rakyat iaitu
Selain daripada bentuk-bentuk puisi yang disebutkan tadi, kita dapat melihat
bahawa rakyat Melaka juga mengetahui bentuk-bentuk puisi lain. Mereka telah
mengetahui syair, seloka, bait dan gurindam. Sejarah Melayu ada mengatakan
bahawa;
Maka bercaturlah Tun Bahara itu dengan orang Melaka; lawannya itu
berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang ke kanan, sambil ia bersyair dan
perkembangan bahasa Melayu pada zaman itu amat meluas dan teks Sejarah Melayu
telah menjadi bukti betapa kukuhnya penggunaan bahasa Melayu klasik pada masa
itu.
10
4. SUMBANGAN TEKS SEJARAH MELAYU DALAM PERADABAN BANGSA
MELAYU.
Aspek politik dan Ketatanegaraan merupakan suatu aspek yang penting untuk
akan hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman. Menurut apa yang telah
Melayu yang teguh dan stabil di bawah satu susunan politik tradisional yang
tersusun.
sultan di Melaka tidak mempunyai Majlis Negeri untuk menasihati baginda tetapi
orang Syahbandar dan seorang Penghulu Bendahari. Dalam Sejarah Melayu, raja
pertama yang dikatakan mengadakan sistem menteri-menteri ini ialah Raja Besar
Muda anak kepada Raja Iskandar Syah. Pemerintahan yang digunakan adalah
berpusat.
pembesar sangat rapat. Pembesar dinilaikan sebagai kayu dan raja sebagai api.
Tanpa kayu api tidak akan menyala. Hakikat ini pada amnya dapat kita lihat
daripada sebuah bidalan Parsi yang digunakan oleh pengarang Sejarah Melayu
11
diterjemahkan oleh Tun Sri Lanang sebagai ... rakyat itu umpama akar, yang raja
itu umpama pohon; jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri,
Naskah Sejarah Melayu ada menyatakan bahawa rakyat Melaka amat tunduk
dan taat kepada perintah raja. Ini disebabkan oleh dua konsep yang dipegang
teguh oleh mereka. Konsep-konsep itu ialah ‘daulat’ dan ‘durhaka’. Daulat
menyebabkan baginda tidak boleh ditegur atau dicela. Jika seseorang itu
dan pendatang.
Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan merupakan sifat sejarah yang
dapat ditinjau melalui karya Sejarah Melayu. Ekonomi Melaka yang begitu kukuh
Arab, benua Keling dan China datang ke Melaka. Orang-orang Arab menamakan
Melaka sebagai Malakat, iaitu perhubungan segala dagang. Antara saudagar yang
disebutkan dalam Sejarah Melayu termasuklah Raja Mendaliar, Ali Manu Nayan
12
Maka ada seorang biaperi di Melaka terlalu kaya, Ali Manu Nayan namanya;
apabila orang datang bermain ke rumahnya, maka diberinya kain atau emas,
atau barang benda yang gharib-gharib. Maka segala orang besar-besar dan
pribumi dan pendatang, pelbagai pihak telah mendapat manfaatnya. Golongan ini
seperti golongan hulubalang juga, tidak mungkin dapat membentuk sesuatu kelas
yang khusus dari segi profesionalisme kerana kegiatan perniagaan dan sektor
perniagaan dan perdagangan boleh dilibati dan dilakukan oleh sesiap sahaja, sama
ada oleh raja, pembesar mahupun rakyat, lelaki dan perempuan dalam masyarakat
tadi.
mengambil bahagian yang cergas dalam sektor ini sehinggakan baginda dikatakan
menjadi kaya-raya. Bukti ini tidak mungkin dapat menolak kenyataan bahawa
Tun Mutahir, yang kemudiannya menjadi Seri Maharaja dan Tun Isap. Sejarah
“Adapun Hang Isap itu ada berniaga dengan Saiyid hamba Allah. Pada kira-kira
Namun demikian, dalam banyak hal, orang asinglah yang nampaknya lebih
demikian, jumlah masyarakat Melaka yang terlibat dalam perniagaan juga adalah
13
besar. Dalam pada itu juga satu ketetapan undang-undang telah diwujudkan iaitu
Kemunculan Sejarah Melayu bukan hanya pada fakta sejarahnya, tetapi fungsi
yang bertumpu pada adat istiadat dan pola-pola normatif yang menjadi dasar
konsep taat rakyat kepada raja dan negaranya. Raja dianggap kudus dan
keturunan raja Melaka itu sendiri. Kelahirannya atau keturunan itu sendiri
diselaputi unsur-unsur magis dan mitos. Misalnya raja terdiri daripada buluh
betung dan buih. Dengan itu, secara tidak langsung bagi membatasi hubungan
secara terus antara raja dengan rakyat maka lahirlah konsep adat sebagai suatu
Selaras dengan definisi adat istiadat itu sendiri, secara idealnya adat istiadat di
14
peraturan itu sudah sememangnya mempunyai tujuan dan fungsi-fungsi tertentu
Golongan yang ditekankan dalam hal ini ialah golongan atasan dan
lebih mulia dan tinggi darjatnya dalam segala hal berbanding rakyat biasa.
Golongan rakyat biasa pula sentiasa mengekori, tunduk dan patuh kepada segala
Melaka dan Johor yang kaya dengan adat ketimuran dan penuh dengan nilai-nilai
adat istiadat dan upacara bercorak kehinduan masih menjadi anutan masyarakat
Melayu tradisional, walaupun ketika itu Islam telah berkembang dan menjadi
5. KESIMPULAN
Sejarah Melayu bukan sahaja telah merakamkan mengenai sejarah budaya dan keagungan
raja-raja Melaka tetapi secara tidak langsung ia telah mengangkat kerajaan Melayu Melaka ke
15
sebuah empayar besar yang teguh dan stabil di bawah satu sistem politik tradisional yang
peradaban aslinya. Harus kita akui bahawa peradaban Melayu bermula lebih awal daripada
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada masa itu banyak perubahan penting telah
berlaku. Kedatangan Islam telah membentuk semula peradaban bangsa Melayu. Kebiasaan-
kebiasaan yang lama telah ditinggalkan walaupun masih ada lagi sedikit pengaruh hindu.
masyarakat. Aspek kebudayaan yang ditonjolkan pada masa itu juga jelas dinyatakan. Antara
aspek kebudayaan dan masyarakat seperti yang diutarakan dalam naskah Sejarah Melayu
ialah pakaian diraja dan kelengkapannya, adat mengadap raja dan budaya di istana, cara
mengiringi raja, senjata dan kelengkapan perang, alat kebesaran dan perhiasan, adat
perkahwinan, perayaan dan adat Islam serta amalan hidup rakyat jelata. Semua aspek ini telah
16