Anda di halaman 1dari 3

Kerisauan pembaziran kerajaan semakin menjadi-jadi lantaran lambakan tindakan

kerajaan mengurus kewangan ke arah pembaziran. Walaupun keadaan ekonomi dunia


tidak menentu, sikap kerajaan masih kelihatan degil dengan rungutan rakyat bawahan
betapa dasar suntikan stimulus ekonominya untuk rakyat tidak dapat menutup seberapa
banyak pembaziran yang kian jelas hari ini.

 Perdana Menteri berkata, perkembangan positif ekonomi memperlihatkan kadar


pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar
pinjaman bank meningkat 10 peratus. Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan
akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta
perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada
ekonomi negara. (sumber daripada web 1 malaysia)

“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan
pelabur yang semakin meningkat”. Kata Perdana Menteri. Memang benar kadar
kehadiran pelabur meningkat (2008) berdasarkan peningkatan FDI ( Perlaburan
Langsung Asing) akibat liberalisasi ekonomi oleh Perdana Menteri. Namun tiada jaminan
mereka akan kekal dan ‘setia’ untuk menyuntik ekonomi Malaysia selamanya
berdasarkan kes 1998 di mana pelabur melarikan diri akibat ketidakstabilan polisi
kawalan modal serta peningkatan kadar upah buruh

Sebelum itu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata,
ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2
berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa
ekonomi dunia terus berlarutan. Suku kedua pula 2009 menyaksinya pengucupan
ekonomi negatif 3.9.

Kejatuhan upaya negara ditunjuk melalui penurunan Malaysia ke tangga 21 berbanding


19 pada tahun 2007 dalam Indes Pertumbuhan Daya Saing dan antara punca
kemerosotan ini pastilah budaya boros.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kini pertumbuhan ekonomi
negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.

Alasan beliau, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara
ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan
eksport negara sejak separuh kedua 2008. Bagaimana pula dengan status rizab emas
negara? Adakah ia juga disebabkan perdagangan antarabangsa yang memberi kesan
secara langsung?

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009
berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.
Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan
Bank Negara untuk hanya mengistiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai
matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk
kuantiti.

Kerajaan Malaysia telah menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan
jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Perubahan drastik
ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun
sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak
tempoh 20 tahun iaitu 12 tan. Sehingga ini, dikhabarkan tidak ada usaha dibuat oleh
kerajaan untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang
terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan
sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama
“gold swapped” atau emas yang ditukar. Jika benar rizab emas menyusut adalah
rentetan kempen anti pembangkang yang dijalankan oleh kerajaan sejak zaman
pentadbiran Dr Mahathir, jelas ia tersasar dari agenda ekonomi rakyat.

Budaya pembaziran dan salah laku wang rakyat telah menjadi resepi utama kepimpinan
yang sedia ada seperti kes salah guna peruntukan RM 2.5 juta untuk negeri Selangor
melibatkan ADUN Ijok, Bukit Melawati, Permatang dan Sungai Burong. Wang yang
sepatutnya diagihkan untuk kesenanagn rakyat sepanjang 12 bulan hanya dibazirkan
untuk kempen pilihanraya Mac 2008 yang lalu. (sumber Selcat)

Pembaziran dana rakyat kerajaan negeri juga berlaku di Melaka apabila Dto’ Seri Ali
Rustam menggunakan sebanyak RM 9.3 juta (bermula 2001 hingga 2009) peruntukan
negeri untuk membiayai penerbitan Melaka Hari ini yang menjadi propaganda BN
Melaka. Bahan bercetak ini mengalami kerugian sebanyak purata RM 500 000 bermula
2006 hingga 2008. Sepatutnya politikus memilki akhbar sendiri untuk menyebarkan
propaganda bukan menggunakan wang rakyat sebanyak itu yang sebenarnya mampu
membina 300 rumah rakyat miskin.

Tidak kesal dengan kemerosotan rizab emas negara yang kini hanya dipandang dari
sudut nilai bukannya fizikal emas lagi, kini pemimpin negara berserabut pula dengan
skandal PKFZ yang jelas menunjukkan ketirisan wang rakyat kepada segelintir kapitalis
politik yang merugikan lagi negara.

Kerugian akibat ketirisan wang rakyat cuba ditampung melalui harga minyak dan
memperkenalkan jenis minyak baru sekaligus meningkatkan harga minyak jenis yang
bukan RON95 juga (contohnya V power Shell). Menteri Perdagangan Dalam Negeri
berhujah bahawa minyak mentah dunia telah melepasi USD80 se-tong sedangkan tiada
bukti harga minyak dunia naik melepasi USD 80 se-tong.
Nisbah perlaburan langsung asing (FDI) kepada KDNK menunjukkan trend penurunan
sejak 10 tahun lalu. Dalam tempoh 1992-1997 nisbahnya adalah 7.3 %, menurun
kepada 4.2% pada tempoh 2002-2007(walaupun meningkat mendadak pada 2008).
Pertumbuhan ekonomi negara pula sejak 2000-2007 hanyalah 5.6% berbanding 8.1%
bagi 7 tahun sebelumnya.

Kemerosotan ekonomi perlu ditangani melalui perletakan individu bijak ekonomi dalam
kerajaan. Namun hal ini meleset (sebagai contohnya) apabila Dato Idris Jala bekas CEO
MAS yang gagal menyelesaikan kerugian MAS sebanayak RM 8 billion dilantik menjadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apabila kroni dan nepotisme menjadi ramuan, maka
kerosakan yang terjadi boleh dilupakan malah diberi peluang berkauasa dalam kerajaan.

Pemborosan melalui dana sukan RM 16 juta semata-mata memburu pingat emas Olimpik
London 2012 juga membawa petaka kepada rakyat. JIka dana sebesar itu ingin
digunakan untuk ‘membela’ segelintir atlet negara sepanjang 2009-2012, ia pelru
dijelaskan secara terperinci dan bagaimana kerajaan memastikan tiada ketirisan wang
ke dalam poket segelintir manusia yang menangguk di air yang keruh. Malaysia juga
belum menunjukkan rekod baik dalam usaha ‘mendidik’ atlet bekerja bukan sekadar
nama dan kemasyuran sebaliknya membenci rasuah dabn penyelewengan yang telah
lama membarah dalam sektor sukan negara kita.

Suntikan stimulus ekonomi Malaysia bukan sedikit. Sebanyak RM 7 billion dimulakan


oleh kerajaan dan disusuli dengan pakej kedua iaitu sebanyak RM 60 billion. Dicelahan
usaha menstabilkan kewangan negara, kerajaan mengisytihar pula usaha untuk
menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton
adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami
kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap
tahun inikan pula projek F1 1 malaysia pula akan dijalankan. Nampaknya jika apa-apa
berlaku kepada Naza, Proton dan Air Asia (syarikat-syarikat yang terlibat dengan F1),
kerajaan akan sedia menyelamatkan (bail out) semua syarikat berpengaruh tersebut dan
semestinya ia akan mengurangkan bajet untuk rakyat jelata.

Agenda ekonomi yang tidak pro rakyat, pasti akan memberi kesan jangka panjang yang
menjadikan iklim ekonomi negara kian tenat.

Muhammad Nuruddin Bashah


Setiausaha Teras Cawangan Negeri Perak

http://etopsmalaysia.blogspot.com/2009/10/rancangan-ekonomi-yang-tidak-mesra.html

Anda mungkin juga menyukai