Anda di halaman 1dari 40

PGT303 - PENGANTAR PENYELIDIKAN DAN

KAJIAN TINDAKAN

DR HASHIMAH MOHD YUNUS


hashimahm@yahoo.com
pw: pgt303sem2
KULIAH 1

KONSEP DAN JENIS PENYELIDIKAN


KONSEP PENYELIDIKAN

Apakah Penyelidikan?
KONSEP PENYELIDIKAN
Yang manakah boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?
[1] Encik Samad menyediakan kertas kerja “computer usage
in secondary schools” selepas membuat sorotan kajian
keatas subjek ini diperpustakaan universiti beliau dan
memanggilnya satu kajian
[2] Encik Muthu mengatakan beliau telah jalankan kajian dan
melengkapkan dokumen yang memberi maklumat
berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan
keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran
[3] Encik Lim menyertai bengkel berkaitan pembinaan
kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi
juruteknik banguna. Belaiu melakukan ni melalui sorotan
kajian mengenai subjek ini dan berbincamng dengan
peserta bengkel yang lain
KONSEP PENYELIDIKAN

•Tiada satu pun contoh diatas boleh


diklasifikasikan dibawah nama
penyelidikan.
MENGAPA ?
Anda akan tahu apabila anda faham
konsep “penyelidikan”
KONSEP PENYELIDIKAN
Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan:
• Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap
komplen yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta
yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi diatas dashboard
serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer
pemanduan
•Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk
kenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah
•Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan
(hypotheses).
•Beliau kemudian membina satu senarai semak dan mendapatkan
maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta
•Belaiu kemudian menganalisis data yang dikumpul, membuat
interpretasi daripada keputusan berdasarkan hipotesis dan
mencapaikesimpulan
KONSEP PENYELIDIKAN
• Perhatikan contoh diatas, penyelidik telah
melalui satu susunan langkah yang
tersusun maka ia sistematik.
• Kedua, penyelidik tidak terus membuat
kesimpulan, tetapi menggunakan metod
saintifik yang inkuiri untuk membuat
kesimpulan
• Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia
adalah sistematik dan keduanya ia
mengikut kaedah inkuiri saintifik
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Mencari fakta atau kebenaran
mengenai sesuatu perkara.
• Mengurus penyelidikan saintifik
untuk menyelesai masalah,
menguji hipotesis, membina atau
merekacipta produk baru
APAKAH PENYELIDIKAN?
Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu
yang logikal susunannya. Langkah ini ialah:

1. Memahami masalah yang hendak dikaji dan


mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan
2. Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang
lain telah mendekati atau menguruskan masalah
tersebut
3. Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya
dapat mencapai keputusan yang sah
4. Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji
5. Membuat kesimpulan dan generalisasi
PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI
• Ia berasaskan kerja orang lain.
• Ia boleh direplikasi (duplicated).
• Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain(other
settings).
• Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik
dan terikat dengan teori
• Ia boleh dilaksanakan!
• Ia menjana soalan baru atau dalam keadaan
“cyclical”
• Ia adalah “incremental”.
• Ia bukan aktiviti politik dan ia sepatutnya dilakukan
Maka, apakah penyelidikan
yang buruk?
• Disebalik daripada apa yang dibincang.
• Mencari sesuatu yang tiada untuk
dijumpai.
• Plagiat kerja orang lain
• Memalsukan data untuk membuktikan
sesuatu.
• Maklumat disalahkan dan membawa
pembaca kepada maklumat yang
disalahertikan.
Mengapa kita perlu lakukan penyelidikan?

• Untuk mendapat PhDs, Masters and Bachelors


degree
• untuk memberi penyelesaian kepada masalah
yang kompleks
• untuk menyiasat ‘laws of nature’
• untuk membuat dapatan baru
• untuk mendapat produk baru
• untuk menjimatkan kos
• untuk memperbaiki hidup kita
• Kehendak manusia
Mengapa belajar penyelidikan
pendidikan?
 Penyelidikan boleh jadi lebih menarik
daripada apa yang anda fikirkan.
 Dapat gunakan teknik yang akan anda
pelajari untuk menilai
perdebatan(arguments).
 Persoalannya ialah “evidence” Buang
perkataan proof daripada
perbendaharaan kata anda
Mengapa belajar penyelidikan
pendidikan? Samb…..
 Membantu anda memahami
perbincangan mengenai penyelidikan
yang anda dengar dan lihat di media
seperti televesyen, radio, di internet
atau di mesyuarat profesional
Mengapa belajar penyelidikan
pendidikan? Samb…..
 Anda akan belajar bahawa bukan
semua penyelidikan direka sebagai
sama(equal).
 Anda akan belajar cara menyoal soalan
yang betul mengenai penyelidikan.
Soalan yang perlu disoal.
 Adakah penyelidikan itu kajian eksperimen
atau bukan eksperimen?
 Adakah kumpulan kawalan dimasukkan
dalam reka bentuk kajian?
 Adakah penyelidik telah menentukan peserta
secara rawak kepada kumpulan
perbandingan yang berbeza?
 Bagaimana penyelidik mengawal pengaruh
pembolehubah extraneous?
Soalan yang perlu disoal. Samb..
 Bagimana peserta dalam kajian dipilih?
 Adakah penyelidik guna teknik yang
membantu mengurangkan kesan
human bias?
MAKA
 Memahami terminologi penyelidikan,
ciri-ciri jenis penyelidikan yang berbeza,
dan bagaimana penyelidikan boleh
direka bentuk untuk memberi bukti
yang kukuh membolehkan anda menilai
secara kritikal keputusan kajian dan
membuat informed decisions
berdasarkan sorotan kajian.
Sorotan kajian
(Literature Review)
 Sorotan kajian ialah satu set
penyelidikan yang telah diterbitkan atas
topik yang tertentu
(A literature review is the set of published
research studies on a particular topic.)
ABSTRAK
 Abstrak ialah satu rumusan ringkas
kepada perkara yang termasuk dalam
artikel.
 Abstrak amat membantu kerana ia
pendek dan memasukkan idea utama
penyelidikan
 Abstrak
 Tujuan penyelidikan
 Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena
 Apakah keputusan utama yang diperolehi
Jenis Penyelidikan Pendidikan
Penyelidikan asas dan gunaan
 Penyelidikan boleh ditempatkan dalam satu

kontinuum dengan perkataan penyelidikan asas


di satu hujung dan perkataan penyelidikan
gunaan dihujung satu lagi.
 Tempat utama untuk disebarluas maklumat bagi

penyelidikan asas dan gunaan ialah jurnal


akademik dan jurnal penyelidikan professional.
Penyelidikan asas dan penyelidikan
gunaan dibezakan daripada aspek
tujuan.
Tujuan primer penyelidikan asas ialah
pengetahuan lanjutan (knowledge
extension)
Tujuan penyelidikan gunaan ialah
penyelesaian praktikal yang segera.
Penyelidikan Asas
(basic research)
 Bertujuan untuk menjana pengetahuan
asas dan kefahaman teori mengenai
manusia dan proses semulajadi yang
lain.
 Mempunyai orientasi yang lebih umum
 Menambah pengetahuan kepada yang
sedia ada dalam disiplin tersebut
Contoh penyelidikan asas
 Menjalankan eksperimen berkaitan
pembelajaran dalam setting makmal
 Tujuan eksperimen itu ialah untuk
menyumbang kepada pengetahuan mengenai
cara pembelajaran berlaku
 Eksperimen tersebut boleh fokus kpd satu
atau bebrapa faktor yang terhad berkaitan
pembelajaran seperti perbezaan yang
berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran
dipersembahkan melalui gambar rajah atau
lisan.
Penyelidikan Gunaan
(applied research)
 Difokuskan untuk menjawab persoalan
sebenar dunia, soalan praktikal untuk
memberi penyelesaian segera yang
relatif.
 Topik bagi penyelidikan gunaan
biasanya dipandu oleh masalah semasa
dalam pendidikan dan perkara yang
menjadi perhatian pembuat polisi.
Contoh penyelidikan gunaan
 Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru
sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk
mengenal pasti kegemaran(preferences) dan
pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang
ada.
 Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa
kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang
prihatin dengan masalah memilih program bacaan
atau bahan yang hendak dibeli.
 Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat
penting untuk membuat keputusan pembelian bahan
tersebut.
Penyelidikan Penilaian
 Penilaian secara spesifiknya
melibatkan penentuan the worth, merit,
or quality objek penilaian seperti
program pendidikan (PPSMI)
Penilaian
 Dibahagikan kepada dua jenis bergantung
kepada tujuan penilaian.
 Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk
mengarah kepada judgments mengenai
bagaimana program itu boleh dibaiki, ia dipanggil
penilaian formatif.
 Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah
kepada judgments mengenai sama ada program
itu efektif dan adakah ia patut diteruskan ia
dipanggil penilaian sumatif.
Penyelidikan Tindakan*
 Penyelidikan Tindakan difokuskan
kepada penyelesaian masalah yang
spesifik dihadapi oleh pengamal lokal
(local practitioners) dalam sekolah atau
komuniti mereka.
 Ini adalah jenis penyelidikan gunaan
Contoh penyelidikan tindakan
 Guru sains sekolah menengah ingin
mempertimbangkan sama ada hendak menggunakan
kerja kumpulan tambahan semasa menjalankan
eksperimen atau menggunakan buku kerja yang
diprogramkan secara individu yang merangsang
eksperimen.
 Mereka menjalankan kajian tindakan dengan pelajar
yang mengambil sains disekolah mereka sendiri
untuk menentukan kecekapan dan keberkesanan
kedua-dua kaedah itu
 Guru-guru hanya prihatin mengenai situasi sekolah
sendiri dan tidak pentingkan untuk membuat
generalisasi kepada sekolah-sekolah lain
Perbezaan utama penyelidikan
tindakan dan penyelidikan asas dan
gunaan
 Penyelidikan tindakan lebih bersifat
partisipatori dan dijalankan oleh guru,
pentadbir, kaunselor, pendidik
professional yang lain untuk menjawab
persoalan yang dihadapi oleh pengamal
mengenai masalah mereka dan
memandu mereka mengambil tindakan
untuk membantu meyelesaikan masalah
tersebut
 Penyelidikan tindakan adalah proses
yang berterusan kerana kebanyakan
masalah tidak dapat diselesaikan
sepenuhnya melalui satu penyelidikan
Sumber Pengetahuan
 Kajian berkenaan cara pengetahuan dijana
secara teknikal dikenali sebagai
epistemologi.
 Sumber pengetahuan ini boleh dikumpulkan
dalam tiga bidang:
 Pengalaman
 Pendapat pakar
 Penakulan (Reasoning)
Pengalaman
 Empirisma ialah idea bahawa
pengetahuan datang daripada
pengalaman. Kita belajar daripada
pemerhatian dan apabila kita
memerhati kita bergantung kepada
persepsi deria.
 Empirikal ialah perkataan
yang”fancy”bermakna “berasaskan
pemerhatian, eksperimen atau
pengalaman”
 Perkataan empirikal membawa makna
bahawa satu kenyataan boleh disahkan
atau ditolak oleh pemerhatian,
eksperimen atau pengalaman
Penaakulan
 Rasionalisma ialah idea philosophical
yang taakulan ialah sumber primer
pengetahuan.
 Taakulan melibatkan berfikir mengenai
sesuatu dan membina pemahaman
mengenainya melalui taakulan.
Objektif Penyelidikan Pendidikan
1. Exploration- cuba menjana idea mengena
fenomena.
2. Description- cuba menjelaskan ciri-ciri
fenomena.
3. Explanation – cuba menunjukkan cara dan
bagaimana fenomena beroperasi seperti itu.
4. Prediction – cuba meramal
5. Influence – cuba mengaplikasi
penyelidikan untuk mempastikan hasil
tertentu berlaku,.
Websites to research
terminologies
 http://www.resmind.swap.ac.uk/conten
t/00_other/glossary.htm
 http://www.rtc.pdx.edu/pgGlossaryOfRe
search.shtml
 http://www.cabinetoffice.gov.uk/media/
cabinetoffice/social_exclusion_task_forc
e/assets/think_research/1_glossary.pdf
 http://writing.colostate.edu/guides/research/
glossary/
 http://www.coloradocollege.edu/dean/oir/irb/
glossary.htm
 http://www.umm.edu/nursing/docs/glossary_
research_terms.pdf
 http://www.cori.ca/OurApproach/Glossary/Glo
ssaryResearchTerms/tabid/219/Default.aspx

Anda mungkin juga menyukai