Anda di halaman 1dari 2

TAWARAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


TAHUN 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada bumiputera warganegara Malaysia yang dinamis


dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, serta mempunyai
kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda
Universiti Teknologi MARA 2011 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Sarjana
dalam bidang-bidang sepertimana yang diiklankan

KELAYAKAN MEMOHON

1. Calon-calon mestilah mempunyai:

a. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan
pengajian peringkat Ph.D);

b. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf (untuk
permohonan pengajian peringkat Sarjana).

Bagi pengajian bidang Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah


Pergigian dari Universiti yang diiktiraf.

2. Calon-calon (bagi kedua-dua peringkat pengajian) mestilah memperolehi sekurang-


kurangnya HPNG/CGPA 3.00 peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).

3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia


(SPM).

4. Bebas daripada ikatan kontrak sama ada dengan pihak Kerajaan, Badan-badan
Berkanun, Firma atau badan-badan lain.

5. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

6. Had umur calon adalah seperti berikut:

a. berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Ph.D;

b. berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat
Sarjana;

c. bagi kursus bidang-bidang Pergigian, calon-calon hendaklah berumur tidak lebih


daripada 35 tahun semasa memohon.

1
CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar


Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM
http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM mulai 24 Februari 2011.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Mac 2011.

Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK
AKAN DIPROSES.

PEMAKLUMAN

Berikut adalah pemakluman kepada calon-calon yang memohon Skim Tenaga Pengajar Muda,
UiTM:

1. Calon-calon berjaya mesti menduduki peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang


mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:-

Pengajian DALAM Negara:-


a. IELTS 5.0 / TOEFL 500 (paper- based) / TOEFL 173 (computer-based)/
TOEFL 59-60 (internet-based)

Pengajian LUAR Negara:-


b. IELTS 6.5 / TOEFL 575 (paper- based) / TOEFL 232 (computer-based)/
TOEFL 90-91 (internet-based)

2. Membuat persediaan awal dengan berusaha untuk mendapatkan tempat pengajian


sendiri di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

3. Hanya calon-calon yang telah disenarai tapis sahaja akan dipanggil temuduga oleh pihak
Fakulti.

4. Sila berhubung dengan Fakulti berkenaan berhubung maklumat lanjut bidang yang
diiklankan.

5. Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Biasiswa, Jabatan Pembangunan


Sumber Manusia melalui talian 03-5544 3237/ 3236.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai