Anda di halaman 1dari 9

SOLAT JAMAK DAN QASAR

DISEDIAKAN OLEH : J 1.8


SOLAT KETIKA MUSAFIR

Firman ALLAH dalam surah An-Nissa : 101 bermaksud

“ Dan apabila kamu berpergian dimuka bumi,maka tidaklah mengapa


kamu mengqasarkan (memendekkan) solat,jika kamu takut diserang
oleh orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu. “

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Solat qasar itu adalah satu daripada rohsah (kelonggaran) yang


dikurniakan oleh Allah Ta’ala keatas kamu,maka hendaklah kamu
terima anugerahNya. “

(Muslim)
SOLAT JAMAK DAN QASAR
• Solat Jamak ertinya menghimpunkan antara solat Zuhur
dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak
• Solat qasar ertinya mengerjakan dua rakaat sahaja bagi
solat Zuhur,Asar dan Isyak.Tidak boleh bagi solat Maghrib
dan subuh

SOLAT JAMAK
• Terbahagi kepada dua iaitu
– Jamak takdim
Ialah mengerjakan Solat Asar diwaktu zuhur,bersama-
sama dengan solat zuhur,dan mengerjakn solat isyak di
waktu maghrib,bersama-sama dengan solat maghrib
• Jamak ta’khir
ialah mengerjakan solat zuhur di waktu asar,bersama-
sama dengan solat asar,dan mengerjakan solat maghrib
di waktu isyak,bersama-sama solat isyak
SYARAT SOLAT QASAR
• Pelayaran atau perjalanan yang di haruskan syarak
• Jauh pelayaran atau perjalanan tidak kurang dari dua
marhalah (91 km)
• Berniat qasar dalam takbiratul ihram
• Tidak berimam dengan yang solat tamam (sempurna)
• Solat yang di qasarkan terdiri dari solat empat rakaat
SYARAT SOLAT JAMAK TAKDIM

• Mulakan dengan solat yang punya waktu (zuhur kemudian asar dan
maghrib dan kemudian isyak)
• Niat jamak takdim dalam solat pertama (afdal dalam takbiratul
ihram)
• Berturut-turut diantara solat yang dijamakkan
• Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga takbiratul ihram solat
yang kedua
• Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama,sehingga didirikan
solat yang kedua
LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK TAKDIM

• Zuhur dan asar di waktu zuhur (solat zuhur )


• Usal – li fardhaz zuhri rak’ataini qasran majmuu’an ilaihil ‘asru
adaa – an lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qasar dihimpunkan
asar tunai kerana Allah Ta’ala”
• Zuhur dan asar di waktu zuhur ( solat asar )
• Usal – li fardhal ‘asri rak’ataini qasran lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar kerana Alah
ta’ala”
• Maghrib dan isyak di waktu maghrib (solat maghrib )
• Usal – li farhhal maghribi tsalasa rak’aataini qasran
majmuu’an ilaihil ‘isyaka – u adaa-an lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat maghrib tiga rakaat di himpunkan kepada
isyak tunai kerana Allah Ta’ala”
• Maghrib dan isyak di waktu maghrib (solat isyak )
• Usal – li fardhan ‘isyaa – I rak’ataini qasran lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar kerana Allah
Ta’ala
LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK TA’KHIR
• Zuhur dan asar di waktu asar (solat zuhur )
• Usal – li fardhaz zuhri rak’ataini qasran majmuu’an ilal’asri
lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qasar dihimpunkan
kepada asar kerana Allah Ta’ala
• Zuhur dan asar di waktu asar
• Usal – li fardhal ‘asri rak’ataini qasran adaa-an lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar tunai kerana
allah Ta’ala
• Maghrib dan isyak di waktu isyak (solat maghrib)
• Usal – li fardhal maghribi tsalatsa rak’aatain qasran
majmuu’an ilaihil ‘isyaa-u lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat maghrib tiga rakaat di himpunkan kepada
isyak kerana Allah ta’ala”
• Maghrib dan isyak di waktu isyak (solat isyak )
• Usal – li fardhal maghribi tsalatsa rak’aatin qasran adaa-an
lillahi ta’ala
• “sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar tunai kerana
Allah Ta’ala”
PERINGATAN
• Solat jamak ta’khir dikerjakan dengan menunaikan solat asar
di ikuti dengan solat zuhur,atau isyak di ikuti dengan solat
maghrib.Tetapi sunat di dahulukan solat zuhur kemudian di
ikuti dengan solat asar.Demikian juga solat maghrib
kemudian di ikuti dengan solat isyak.tetapi jika waktu
sempit,(tidak membolehkan dua fardhu solat) maka wajib di
dahulukan yang punya waktu (sahibul waktu)
• Solat jamak ta’khir dikerjakan dengan satu azan dua iqamah
• Jika solat itu dikerjakan dengan berjemaah hendaklah di
tambah dengan perkataan makmuuman atau imaaman
sebelum perkataan lillahi ta’ala
• Menjatuhkan niat di dalam sesuatu ibadat adalah
wajib,tetapi melafazkannya adalah sunat
SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai