Anda di halaman 1dari 39

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
Kandungan
 KONSEP ASAS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.

 PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN.

 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN.
KONSEP ASAS
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARA
N
• Memberikan arahan atau berkongsi
pengetahuan dengan orang lain.

• Proses untuk menyampaikan dan


menyumbangkan idea-idea serta memudahkan
cara pembinaan ilmu, menggalakkan kreativiti
dan membantu seseorang pelajar untuk belajar
dan mencabar pelajar ke arah pencapaian
potensi yang optimum.

• Berlaku jika guru DAPAT MELAKSANAKAN


semua tindakan yang di sebut tadi.
• Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk berfungsi dengan baik.

• Faktor penting dalam pengajaran:


Guru perlu menilai keperluan-keperluan
pembelajaran yang spesifik dan
mengaplikasikan strategi-strategi serta
aktiviti yang sesuai untuk pelajar.
• Perkara penting dalam pengajaran:

- melibatkan diri dalam pembelajaran dan


pertumbuhan sepanjang hayat.
- menghormati kanak-kanak dan remaja.
- berkongsi pengetahuan.
- menentukan matlamat untuk diri dan
pelajar.
• Slavin(2005), pembelajaran merupakan
perubahan dalam seseorang individu akibat
daripada pengalaman.

• Hill(02), Pembelajaran berlaku akibat


pengalaman menyebabkan suatu perubahan
yang agak kekal dalam
pengetahuan atau tingkah laku
seseorang.

• Perubahan itu mungkin


berlaku secara sengaja atau
tidak sengaja.
• Perubahan tingkah laku manusia yang
agak kekal akibat interaksi dengan
persekitaran.

• Tafsiran yang berbeza mengikut beberapa


ahli psikologi:
Behaviorisme Kognitif
-Pembelajaran merujuk kepada -Menekankan proses-proses
PERUBAHAN yang BOLEH mental yang digunakan oleh

DIPERHATIKAN. seseorang individu untuk


belajar dan mengingatkan
-Mementingkan peranan maklumat baru,
pengalaman dalam TETAPI TIDAK DAPAT
DIPERHATIKAN.
mempengaruhi tingkah laku.
-Pembelajaran berlaku kerana
pelajar cuba memahami
persekitaran secara aktif.
-Perubahan berlaku dalam
struktur mental kerana
mengalami penaakulan
mental.
PRINSIP-PRINSIP
PEMBELAJARAN
PRINSIP PEMBELAJARAN
EWELL
• Prinsip pembelajaran = hukum pembelajaran

• Peter Ewell (1997).

• Model yang menggambarkan prinsip-prinsip


pembelajaran dan mempengaruhi penguasaan
pengetahuan, perkembangan kemahiran dan
kompetensi apabila diaplikasikan dalam bilik
darjah.
• Hasil pembelajaran berdasarkan pemerolehan
maklumat daripada kefahaman tentang neurosains,
psikologi kognitif dan kajian pembangunan.

• Mengemukakan teori bagaimana manusia


memperoleh maklumat dalam sesuatu
proses pembelajaran
• Menurut beliau, rangsangan daripada persekitaran
diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia

• Maklumat ditafsir dalam stor ingatan kemudian dihantar


ke stor ingatan jangka masa panjang,
akhirnya ke penggerak tindak

balas melalui sistem saraf.


1.PENGLIBATAN AKTIF
8. REFLEKSI

2. Perkaitan dan
corak/
7. SUASANA YANG Konstruktivisme
MENYERONOKKAN

Prinsip Pembelajaran
3. PEMBELAJARAN
Ewell INFORMAL
6. MAKLUM BALAS
BERTERUSAN

5. SITUASI 4. PENGALAMAN
MENDESAK LANGSUNG
PENGLIBATAN SECARA
AKTIF
• Murid mesti melibatkan diri secara aktif ketika aktiviti
pengajaran.

• Maklumat bukan disampaikan tetapi murid itu sendiri


yang mencarinya.

• Kanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri.


Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan,
menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang
menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak
peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar,
merasa, menghidu dan menyentuh.
• Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang
dilakukannya.

• Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan


mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanak-
kanak yang tidak aktif atau pasif.

• Kanak-kanak yang aktif juga dapat menambah


pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain,
menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran
fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta batasan yang
perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan.
PERKAITAN DAN CORAK
- Pelajar berpeluang untuk membentuk, menguji dan memurnikan
semula jenis dan hubungan kerja mereka.

- Dapat mengaitkan hasil pembelajaran mereka dengan keadaan di


luar bilik darjah.

- Mereka akan mewujudkan suasana yg bermakna terhadap


aktiviti pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yg
tertentu.
- Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar
daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi
secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa
yang sama mengubahsuai realiti tersebut.

- Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya


mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran
boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan
pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar.
PEMBELAJARAN INFORMAL
• Pembelajaran yg bukan berlaku di bilik darjah secara formal.

• Berlaku di luar kelas- di mana-mana sahaja dan pada bila-bila


masa.

• Secara tidak langsung (tidak sedar).

• Contohnya: didikan ibu bapa, rakan sebaya, seminar, multimedia


dan lain-lain.
Ciri-ciri pembelajaran informal

- Secara tidak langsung,tiada sukatan pelajaran.


- Dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan
pengalaman.
- Proses berterusan dan sepanjang hayat.
- Berlaku setiap masa, di mana sahaja.
- Tidak menetapkan isi atau bahan pelajaran
- Tidak perlu guru terlatih
- Tidak melibatkan penilaian dan pensijilan.
PENGALAMAN LANGSUNG
• Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya
diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian
yang salah tentang sesuatu.
• Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti
deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga
adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu sendiri.
• Kanak-kanak biasanya akan melakukan sesuatu perkara dan
selepas itu, kanak-kanak itu sendiri akan merasai kesan
disebalik perbuatan yang dilakukannya.
SITUASI MENDESAK

• Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang


mendesak, dengan pengalaman secara langsung -
dengan sesuatu yg benar-benar berlaku – maka
pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan
menarik bagi pelajar tersebut.
MAKLUM BALAS BERTERUSAN

• Menekankan kepentingan insentif bagi membentuk


tindakan berterusan.
• Murid sepatutnya memperolehya daripada guru dan
rakan-rakan.
• Kemampuan belajar dengan sebaik-baiknya akan
diperoleh.
SUASANA YANG
MENYERONOKKAN

• Tindak balas berterusan yang sangat efektif


jika sesuatu isi pengajaran itu disampaikan
dengan suasana yang menyeronokkan.
REFLEKSI
• Fry et al. (2003) mengatakan bahawa refleksi memainkan
peranan penting in transforming and integrating new
experiences and understanding with previous/existing
knowledge. Ini bermakna refleksi menjadi kunci kepada
pembelajaran melalui pengalaman.

• Merupakan elemen utama.

• Murid dapat mengawal pembelajaran mereka.

• Dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri untuk


melihat semula apa yang telah dibuat dan apakah yang perlu
dibaiki.
• Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui
pelbagai latihan:

• menyediakan diari/catatan selepas setiap


pengajaran
• menyediakan soalan tentang aspek yang ingin
diperhati/dikaji dan menjawab persoalan
tersebut selepas pengajaran
• menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan
berkongsi maklumat selepas pengajaran.
• Menggunakan pandangan, cadangan dan komen
pelajar sama ada yang melibatkan aspek kognitif,
afektif atau hubungan interpersonal khususnya
selepas satu tajuk.

• Membuat rakaman video dan menilai aspek yang


ingin diperbaiki sama ada selepas satu tajuk atau
sesuatu program tamat.
JENIS – JENIS
PEMBELAJARA
N.
JENIS PEMBELAJARAN
GAGNE
• Robert Gagne.

• Menggunakan teori pembelajaran Behavioris dan kognitif


untuk mengkategorikan hasil pembelajaran.

• Gagne menganjurkan tugas pembelajaran bagi kemahiran


intelektual disusun dalam bentuk hierarki. Hierarki
pembelajaran yang dimaksudkan ialah pembelajarn isyarat,
pembelajaran gerakbalas, pembelajaran.
1.KEMAHIRAN
INTELEKTUAL
5. SIKAP

JENIS PEMBELAJARAN 2. MAKLUMAT


GAGNE VERBAL

4. KEMAHIRAN
PSIKOMOTOR

3. STRATEGI
KOGNITIF
KEMAHIRAN INTELEKTUAL
• Pengetahuan procedural atau tahu bagaimana.

• Kanak-kanak gunakan bahasa lisan untuk


menghadapi pembelajaran secara simbolik.

• Guna simbol, label dan fakta untuk


menyampaikan erti sesuatu pengetahuan.
• Antara kategori kemahiran intelek:
a) Pembelajaran Isyarat
b) Pembelajaran Ransangan
c) Rantaian
d) Asosiasi verbal
e) Pembelajaran Diskriminasi
f) Pembelajaran Konsep
g) Pembelajaran Hukum
h) Penyelesaian Masalah
MAKLUMAT VERBAL

• Kebolehan individu menyatakan sesuatu


fakta atau mengetahui sesuatu ( declarative
knowledge).
• Kemahiran menggunakan simbol untuk
berkomunikasi, menjalankan manipulasi
dan menyelesaikan masalah.
STRATEGI KOGNITIF
• Kemahiran di mana pelajar dapat mengawal
dengan sendiri proses-proses dalaman.
• Mencari pendekatan untuk memperbaiki
proses pemikiran dan pembelajaran.
• Pelajar perlu menguasai strategi untuk
mengaktifkan serta menguruskan
pembelajaran, ingatan dan menggunakan
kemahiran sendiri.
KEMAHIRAN PSIKOMOTOR
• Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan dengan
menggunakan otot manusia.

• Corak mempamerkan tingkah laku atau tindakan.

• Apabila kanak-kanak mula belajar, mereka perlu


melibatkan diri dengan kemahiran psikomotor
seperti menulis huruf dengan pensel dan kertas.
SIKAP
• Sikap merujuk kepada keadaan dalaman
yang mempengaruhi pilihan tindakan
peribadi terhadap objek, orang
perseorangan atau peristiwa.
• Tindakan yang melibatkan manipulasi dan
koordinasi fizikal.
• Untuk mempelajari sikap, pelajar perlu
diberikan pendedahan kepada role model
atau hujahan yang meyakinkan.
TAMAT
IKHLAS DARIPADA KAMI

PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 2

Anda mungkin juga menyukai