Anda di halaman 1dari 25

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA,

DAN LAPORAN

disediakan oleh

DR. HAJI RAZAK BIN DALI, P.K.T.


(Perunding Ilmu Membaca dan Menulis)

1. Apakah Itu Penulisan?


Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai
profesional di jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap
berasa tidak jelas, kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat
membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang berkaitan
dengan tugas harian mereka. Akibatnya, timbul pelbagai
masalah yang boleh menghalang dan membantut tugas, kajian,
dan projek penting yang hendak dijalankan.
Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran.
Rata-rata didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari
IPT dengan diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat
peluang dan pendedahan dalam hal penulisan untuk
menghasilkan kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas
kerja (akademik dan bukan akademik) ataupun kertas laporan
(saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun mereka telah
menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk
ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.

1
Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan
dan tidak berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa
menulis dalam satu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia
untuk melakukannya. Sungguhpun begitu sebagai seorang
pegawai kerajaan ia menjadi satu tanggungjawab yang mesti
anda laksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka untuk
membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan amanah itu,
terpaksalah anda melenggkapkan diri anda dengan
pengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidang
penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga
perlu diberikan perhatian.
Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan
anda menjadi seorang penulis ialah:
a) pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik,
sintaktis, dan tatabahasa)
b) pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterima secara
formal dan tidak formal)
c) pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teks
bertulis
d) proses penulisan
e) penyuntingan.
Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat
berikut:
a) ada keinginan untuk menyampaikan maklumat
b) percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangan

2
c) tahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untuk
mengubah sesuatu
d) tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolak dan
memberi pendapat mereka.
Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda
harus boleh menghadapinya dengan pandangan positif.
Hasilnya, proses dan hasil penulisan itu boleh dipandang sebagai
satu kerja yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.

2. Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak


Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang
pelbagai aspek penulisan, keperluan, pengetahuan, dan
kemahiran yang membolehkannya membuat perbezaan antara
menulis bahan kreatif dengan menulis bahan berfakta (penulisan
ekspositori dan berorganisasi).
Sebagai penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya
merangkumi bahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel)
dan puisi (sajak). Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan
bebas dan tidak terikat dengan peraturan dan syarat seperti dari
segi struktur organisasi teks itu. Begitu juga dengan isi
kandungannya, penulis tidak perlu mengemukakan bukti untuk
menyokong idea-idea yang diutarakan kerana apa yang ditulis
itu datangnya atau wujudnya daripada ilham, pemikiran atau
ciptaannya sendiri. Penulis teks kreatif pada umumnya menulis
sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan,
sains, dan teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri

3
dan bukannya daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi
kandungan karyanya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai
hubungan dengan kehidupan yang pernah dialami oleh penulis
atau anggota masyarakat.
Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya
rekaan. Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih
dan segala yang dikatakan itu telah pun dibuktikan.
Penulisannya rapi, tersusun dan tidak subjektif. Bahasanya
mengandungi ayat yang ringkas, mudah, padat, dan tepat.
Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat rujukan
fakta yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar
dalam bidang kajian atau penyelidikan. Oleh itu sebelum anda
memulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan
menimbang soalan-soalan ini:
a) Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang
menjadi isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau
jawapannya?
b) Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangat
memerlukan jawapan?
c) Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapati itu
memberi sumbangan kepada bidang ilmu; dan pembanguanan
manusia dan negara?
d) Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru dalam
bidang ilmu itu. Atau kamu melihat satu perkara dalam bidang
ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yang berlainan?

4
Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga
perlu mempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri:
a) Apakah peranan anda sebagai penulis?
b) Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?
c) Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?
d) Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan bahasa
yang digunakan?
e) Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan
anda itu?
f) Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh anda
gunakan untuk memperelokkan penulisan anda?
g) Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satu penyelidikan
yang akan menghasilkan satu penemuan atau penyelesaian
kepada persoalan yang diutarakan; atau ia hanya untuk
memenuhi syarat pengijazahan?

3. Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan


Dalam Situasi Yang Berlainan
Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada
disebabkan oleh faktor-faktor luaran ataupun dalaman. Walau
bagaimanapun anda perlu menulis kerana ia merupakan tugas
dan tanggungjawab. Oleh itu penulisan yang anda lakukan itu
haruslah memberi pengertian dan sumbangan kepada anda.
Kerja yang dihasilkan itu pula harus mendatangkan kejayaan
dan kepuasan kepada diri anda dalam melaksanakan tugas.

5
Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan
mengetahui konsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan
aspek penulisan itu dengan sejelas-jelasnya dan untuk
menentukan kejelasannnya penulis harus dapat menjawab
soalan-soalan berikut:
a) Apakah yang difahami tentang kertas cadangan/kertas
kerja/laporan (konsep/prinsip/rasional/definisinya)?
b) Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkan
antara kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan?
c) Mengapakah kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan
ditulis?
d) Apakah persediaan untuk melaksanakan tugas ini?
e) Apakah pengetahuan dan kemahiran yang anda perlu ada?
f) Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu?
Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam
keadaan terpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi
tertentu:
a) Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan?
b) Adakah had masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas?
c) Adakah tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman?
d) Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang
hendak ditulis?
e) Berapa banyakkah yang hendak dihasilkan?
f) Apakah matlamat dan tujuan anda?
g) Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang menyusun
dan membentuk idea gaya penyampaian yang terbaik?

6
Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan
berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan
yang kompleks seperti:
a) sebab menulis (arahan tugas, pembinaan diri, atau minat)
b) isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan atau
pilihan sendiri)
c) untuk satu kumpulan pembaca tertentu (pembaca dalaman
atau luar)
d) jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap)
e) perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa)
f) pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan
formal)
g) faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat, dan
perkara-perkara lain.
Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan
peribadi dan profesional anda. Menulis tidak datang dengan
mudah. Anda perlu sanggup menggunakan masa dan tenaga
untuk membolehkan anda menulis dengan baik. Menulis itu satu
aktiviti yang penting dalam perkembangan dan pembangunan
kerjaya anda.

4. Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis


(Anatomi Teks)

7
Teks bertulis seperti yang diketahui boleh dibina dan direka
dalam pelbagai bentuk seperti buku, buku teks, jurnal, majalah,
dan bentuk-bentuk lain. Setiap satu bentuk ini rata-rata
mempunyai bahagian-bahagian yang serupa atau hampir serupa
sama ada dari segi reka bentuknya ataupun fungsinya.
Bahagian-bahagian ini ialah:

Kulit Hadapan Buku - tajuk, nama penulis, nama penerbit


Muka Surat Tajuk - ditulis dalam muka surat berasingan
Kata Pengantar - hanya perlu jika ada kenyataan yang
hendak dikatakan
oleh orang lain selain daripada penulis
Isi Kandungan - perlu jika hasil penulisan melebihi dua puluh
(20) muka
surat (nombor Arab sahaja digunakan)
- sistem nombor mestilah tepat dengan tajuk-
tajuk yang
disenaraikan
Prakata - kenyataan yang ditulis oleh penulis (merujuk
kepada
pelbagai aspek penulisannya)
Pengenalan - memberi pandangan umum dan meluas tentang
tajuk penulisan bergantung kepada
pengalaman dan
pengetahuan penulis
Bab - tesis dan idea-idea penulis

8
Apendiks - maklumat tambahan
Indeks - senarai perkataan penting (idea)
Bibliografi/Rujukan - menyatakan bahan bacaan yang dirujuk
- tandakan dengan jelas jika ada bahan yang
dipetik dan
dimuatkan dalam penulisan anda
Glosari - kamus mini
Kulit Belakang Buku - ada iklan atau sinopsis tajuk oleh orang
tertentu

5. Ciri-Ciri Organisasi Mikro Di Dalam Sebuah


Penulisan
Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang
jelas dan tepat tentang ciri yang terdapat di dalam organisasi
mikro (di dalam bab dan di dalam perenggan):
a) Tajuk (tesis, idea, fakta dsb.)
b) Perenggan
perenggan pengenalan
perenggan fizikal
perenggan isi
perenggan konseptual
perenggan ideasional
perenggan subideasional
perenggan penutup

c) Ayat

9
ayat tesis
ayat tajuk
ayat keterangan
ayat contoh
ayat penutup
d) Isi/Idea
idea utama
idea kawalan
idea sokongan
contoh
e) Retorik
retorik perenggan
retorik bab (biasanya bersifat eklektik [eclectic] -
gabungan beberapa retorik)
f) Koherensi dan kohesif (pertalian dan pertautan)
koherensi ayat
koherensi perenggan
koherensi bab

6. Pelbagai Bentuk Teks Bertulis


Apabila anda sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas
proses menulis sudah bermula. Proses penulisan tidak boleh
dilakukan tanpa perancangan yang teliti. Penulis akan
memulakan penulisan dengan membentuk satu kerangka yang
diisi dengan butir-butir yang didapati dari hasil pembacaan dan

10
penyelidikan sama ada di perpustakaan atau melalui soal selidik
dan sebagainya.
Penulis dari awal menetapkan jenis penulisan yang hendak
ditulis - adakah kertas cadangan, kertas kerja, atau satu laporan.
Setiap satu mempunyai format yang tersendiri yang harus
diketahui oleh penulis. Bentuk tulisan begini biasanya disebut
"organisational writing" ataupun "expository writing" iaitu tulisan
berasaskan fakta.

6.a) Kertas Cadangan


Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu
definisi atau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang
perkataan ataupun konsep 'cadangan'. 'Cadangan' boleh
bersifat pelbagai bentuk. Antaranya ialah:
•Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian (research
proposal) yang berbentuk akademik. (kertas cadangan kajian)
•Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang sesuatu
falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujah akademik tentang
sesuatu pemikiran ataupun pandangan. (kertas konsep)
•Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalam
mengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina, mendirikan,
mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsep dan teorinya
boleh dilaksanakan (bukan bersifat akademik/ilmiah).
Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis
(pandangan, pendapat, pemikiran yang menjadi satu isu dan
permasalahan kepada penulis yang memerlukan jawapan dan

11
boleh dicari melalui kajian). Penulis berharap untuk mencari
penyelesaian dan jawapan terhadap tesis yang wujud dalam
pemikirannya itu. Ia satu tugas yang memakan masa yang lama
dan susah.
Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu
perlu dijalankan secara saintifik. Semua tindakan yang
dilakukan mesti dipertanggungjawabkan, ada alasannya, ada
dalilnya, boleh dihitung dan diukur.

Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya


mempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut:

Contoh tajuk: PELEPASAN SISA KUMBAHAN INDUSTRI,


KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR: KAJIAN KES KILANG
DI KAWASAN BUKIT MINYAK

a) Pengenalan, ada:
i.latar belakang
ii.isu dan masalah
iii.matlamat/tujuan/objektif
iv.skop kajian
v.soalan kajian dan hipotesis
Soalan kajian:
Mengapakah ia berlaku?
Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidak
berkesan?
Hipotesis:
Perbelanjaan untuk mengawal keadaan di tempat itu
akan berkurangan jika penguatkuasaan berkesan

12
Hidup orang di kawasan itu akan menjadi lebih sihat
vi.limitation of terms/definition of terms
b) Tinjauan Bacaan (literature review) – adakan
pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalah bahan-
bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentang
tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita itu,
jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru hendak
membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh
dengan pandangan orang lain
c) Metodologi sama ada secara kuantitatif ataupun
kualitatif (cadangan sahaja) - kaedah untuk mendapatkan data
daripada golongan sampelan kita, pilih satu kaedah saja supaya
tidak membebankan kita apabila kita menganalisis data nanti,
mesti ada:
i.subject of the research (proses persampelan - memberi kriteria
pemilihan)
ii.materials of the research (bahan-bahan yang digunakan dalam
kajian)
iii.instrumen of the research –melibatkan kajian behavioural (e.g.
soalan temu duga, kertas ujian, dll.)
iv.procedure of the research (diberi/dinyatakan secara terperinci
dengan memberi langkah-langkah satu persatu dan juga secara
kronologi)
v.pilot study (kajian rintis dilaksanakan dengan satu kumpulan
lain, iaitu bukan subject kita yang sebenar) – untuk menguji
sama ada instrumen kita sesuai/tidak

13
(Etika penyelidikan – janji penyelidik kepada subject of
the research iaitu segala yang didapati terutamanya yang
berkaitan dengan hal-hal peribadi subject itu akan dijamin
kerahsiaannya)
Analisis Data (cadangan sahaja) – sama ada kuantitatif
ataupun kualitatif
• primary data – yang dipungut sendiri melalui kaedah
yang dipilih sama ada melalui soal selidik, temu
ramah dll. – lebih baik data ini kerana penyelidik
akan dapat rasakan susah payah memungut data
• secondary data – mengambil data daripada hasil
kajian orang lain

d) Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan


diketemui) – penyelidik hanya membuat satu andaian hasil yang
akan diperolehi sekiranya dia mengikut apa yang telah ditulis
dalam a, b, c, dan d; dan dapat menjangka apakah sumbangan
kajiannya itu kepada jabatannya, organisasinya, dan negara
e) Penutup – mengulang penyataan tujuan/objektif
f) Bibliografi/Rujukan
Lampiran (Appendix)
(kertas cadangan ini mestilah dikemukakan kepada ketua
jabatan/lembaga untuk diteliti dan diberi persetujuan supaya
ia boleh diteruskan dan diberi pembiayaan. Apabila ketua
jabatan telah bersetuju pada dasarnya untuk projek/kajian itu
dilaksanakan, penyelidik akan diminta menyediakan dan
menghantar kertas kerja untuk diteliti tentang pembiayaannya
dan untuk mendapat kelulusannya.)

14
(DI DALAM KERTAS CADANGAN ADA KERTAS KERJA [untuk
memohon wang pembiayaan, memohon kebenaran dan
kelulusan membuat sesuatu ataupun mendapatkan sesuatu
kemudahan] TETAPI DI DALAM KERTAS KERJA TIADA
KERTAS CADANGAN)
6.b) Kertas Kerja
Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan', kertas
kerja' juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat.
Pada umumnya 'kertas kerja' ditulis dengan tujuan untuk
mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang
boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan
untuk satu 'peruntukan kewangan' (funding) atau kelulusan
menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Dalam bidang akademia/ilmiah penulisan 'kertas kerja'
pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada
sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu
penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau
pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu
dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau
bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang
lain.
Organisasi kerta kerja dengan kertas cadangan hampir
serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang
ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk
mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

15
a) Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata
yang pernah diluahkan oleh seseorang tentang perkara yang
hendak dilaksanakan itu) dan Latar Belakang (berbentuk
sejarah - gunakan soalan 5w [what, where, when, who, why] dan
1h [how])
b) Tinjauan Bacaan
c)Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja
(huraikan) seperti memulakan perniagaan, projek, atau program
latihan
d)Implikasi Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi
secara satu persatu dalam lampiran
e)Proses Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara
kronologi itu sepatutnya diberi dalam lampiran juga
f) Implikasi Pelaksanaan (jangkaan kepada kumpulan yang
disasarkan)
g)Keputusan dan Perbincangan (jangkaan sumbangan
kepada jabatan, negeri, dan negara)
h)Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini
iaitu kebaikannya)
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran (Appendix)

6.c) Kertas Laporan (satu penghujahan tentang


aktiviti/perkara yang telah berlaku)
Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada
prinsip-prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi

16
yang digunakan dalam menghasilkan satu dokumen yang
kompleks. Anda mungkin bertanya mengapa laporan perlu
ditulis? Ini ialah sebahagian daripada jawapan yang dapat
diutarakan:
a) membolehkan anda menyimpan rekod
b) memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek kepada
pegawai di jabatan anda
c) menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan kegagalan
d) untuk berurusan dengan mereka yang ada kaitan dengan
tugas anda
e) untuk membolehkan mereka yang berkenaan terus mahu
berurusan dengan anda
f) untuk memaklumkan perkembangan projek-projek yang
sedang dan telah dilaksanakan kepada mereka yang berkenaan
g) untuk menggalakkan perkembangan projek hasil kejayaan
anda
h) supaya orang lain boleh belajar daripada kejayaan anda
i) untuk membolehkan penyelidik meneruskan kajian mereka
j) untuk hal-hal penilaian
k) untuk kegunaan kerajaan dalam membina dan melaksanakan
dasar
Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa
kertas laporan membentangkan apa yang telah dilakukan.
Oleh itu tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan
impak tujuan asal kertas cadangan kajian atau kertas kerja
diadakan. Laporan digunakan dengan meluas untuk menyimpan

17
rekod dan menyampaikan hasil sesuatu kerja. Laporan juga
memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan
tindakan.

Tajuk yang dimuatkan ialah:


a) Abstrak (hanya dalam laporan penyelidikan, penyelidikan
boleh jadi pendek seperti one shot case study sehinggalah
sesuatu yang paling panjang) – maksimum 120 pp, 1 perenggan
sahaja, abstrak menjawab tiga soalan:
•mengapa kajian dijalankan
•bagaimana kajian dijalankan
•apakah hasil kajian
(bagi laporan jenis lain [bukan hasil penyelidikan tetapi yang
bersifat ilmiah] tidak dimasukkan abstrak tetapi tulislah
summary/
ringkasan, bagi penulisan kreatif pula ditulis sinopsis)
b) Jadual Isi Kandungan (jika lebih daripada 20 m.s. kertas A4)
c) Pengenalan
i.latar belakang (sama ada berbentuk historical report/pandangan
orang/laporan akhbar/satu kenyataan yang dibuat oleh
seseorang yang terkenal dll. – berikan sumber rujukan/petikan
yang diambil)
ii.isu dan masalah
iii.matlamat/tujuan/objektif
iv.skop kajian – seluas mana/sebanyak mana yang hendak
dilakukan

18
v.proses persampelan (memberi kriteria pemilihan)
vi.soalan kajian dan hipotesis
vii.limitation of terms/definition of terms

d) Tinjauan Bacaan (ringkas) adakan pegangan/pandangan


kita dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa
yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk
menguatkan pegangan/pandangan kita itu, jangan baca apa
pandangan orang lain kemudian baru hendak membentuk
pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan
orang lain (kata-kata yang terkandung dalam tajuk kita seperti
amalan, nilai murni, orang kampung, … - berdasarkan tajuk
kajian kita yang kita jangka agak perlu dilihat pandangan orang
lain sama ada sama/tidak dengan pandangan/pegangan kita)
e) Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara
ringkas)
i.proses persampelan (subject of the research)
ii.materials of the research (borang soal selidik, rakaman pita
video, teks mengajar/ceramah dll., jika tiada materials of the
research yang digunakan dalam kajian tidak perlu masukkan
tajuk ini)
iii.instrumen of the research (perkaedahan menjalankan
penyelidikan sama ada gunakan kaedah soal selidik – paling
panjang 40 soalan termasuklah setiap pecahan soalan, paling
senang soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak, soalan yang
berbentuk kenyataan sama ada kenyataan positif ataupun

19
negatif, hipotesis dapat menentukan kategori soalan dan
penyelidik eloklah menyenaraikan soalan kajiannya mengikut
kategorinya yang dijadikan subtajuk soalan; kaedah memasang
pita rakaman dll. - gunakan satu instrumen sahaja dengan setiap
kumpulan sebab jika guna lebih daripada satu instrumen sukar
hendak menjalankan kajian dan sukar hendak menganalisis data
yang dikutip)
iv.procedure of the research (langkah-langkah kajian atau
penyelidikan dilaksanakan)
v.pilot study (kajian rintis) – bagaimana/di mana/dengan siapa
kajian rintis penggunaan instrumen itu telah lakukan dan
dapatannya (jangan buat kajian rintis dengan target group
kita/kumpulan yang menjadi pilihan sampelan kita)
f) Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara
ringkas)
Bagaimana data dianalisis amat penting, apakah yang dibuat
dengan data itu?
Dalam menganalisis data yang dipungut itu bolehlah dibuat
akuran, dikira peratusannya, apakah
keputusan/tafsiran/rumusan yang didapati berdasarkan
peratusan jika dilihat semula pada hipotesis kita tadi sama
ada positif ataupun negatif untuk setiap satu soalan yang
dikemukakan; selepas itu lakukan analisis mengikut setiap
satu kategori
g) Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek
kajian dan juga sumbangan kepada bidang ilmu, secara

20
terperinci) ulas mengikut setiap satu soalan kajian/hipotesis
secara terperinci
h) Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan) –
selain daripada memberi penegasan semula objektif kita
pengkaji boleh berbentuk memberi cadangan/garis
panduan/nasihat, memberi satu model/contoh untuk diikuti oleh
orang/kampung lain, memberi keputusan/membuat pilihan
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran (Appendix)
(bagi laporan yang menyatakan sudah siap sesuatu aktiviti
berikan secara kronologi:
pengenalan - latar belakang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
mengikut kronologi, dinyatakan segala aspek pelaksanaan
aktiviti itu termasuklah bahan-bahan dan alat serta jentera yang
telah digunakan semasa melaksanakan aktiviti itu) - penulisan
ini dilakukan dalam perenggan pengenalan, perenggan isi yang
terdiri daripada perenggan konsep, perenggan ideasional, dan
mungkin juga ada perenggan subideasional; dan perenggan
penutup

7. Proses Penulisan Langkah Demi Langkah


Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan memikirkan
proses penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah.
Semasa proses ini berjalan anda akan melakukan sedikit
pembetulan dan penyesuaian langkah-langkah penulisan.

21
Gunakan senarai di bawah ini sebagai titik permulaan penulisan
anda. Prinsip-prinsip utama ialah:
a) kenal pasti masalah (tesis)
b) tanya soalan yang jelas dan tepat, sebanyak yang boleh
(persoalan atau hipotesis)
c) hadkan skop tajuk penulisan, yang benar-benar menarik
perhatian anda dan dalam bidang pengetahuan anda (hubung
kait antara subjek dan isu kajian)
d) buat satu kerangka yang jelas untuk memperlihatkan skema
tajuk (kerangka teori); jika boleh buat satu jadual penulisan juga
sebagai satu garis panduan kerja kita
e) tulis apa yang diketahui, bukan apa yang tidak diketahui
tentang masalah (data harus berasaskan fakta yang boleh
disokong dengan dokumen yang diterbitkan)
f) kenal pasti kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk
menjawab soalan
g) pilih pendekatan dan kaedah untuk mengumpul maklumat
(sumber maklumat - boleh buat penyelidikan
perpustakaan/library research, tanya kepada pakar, buat soal
selidik, adakan temu bual, dll.)
h) terangkan dapatan atau hasil yang dicari dari penulisan itu
i) nyatakan dengan tepat bahan keperluan dan implikasi
kewangan

8. Latar Belakang Dan Kajian Semula Bahan Bacaan


Yang Berkaitan

22
Sebelum seseorang penulis itu memulakan penulisannya, satu
aspek persediaan penulisan yang perlu diutamakan ialah dia
melakukan kerja-kerja mencari maklumat tentang kesesuaian
kerja yang hendak dilakukannya itu. Penulis akan berhadapan
dengan penyataan berkaitan dengan "viability, feasibility dan
reliability" kerja kajian yang hendak dilakukan itu.
Ini memerlukan penulis banyak membaca bahan asas dan
bertanya kepada rakan-rakan, pakar atau mereka yang
berpengalaman tentang tajuk yang hendak ditulis itu. Antara
soalan penting yang memerlukan jawapan:
a) Sudahkah anda membuat tinjauan dan menerangkan
kesesuaian kajian ini dengan masalah yang diutarakan?
b) Sudahkah anda membuat tinjauan pendapat-pendapat pakar
yang ada tentang masalah ini?
c) Sudahkah anda merumuskan pendapat-pendapat pakar
tentang kajian ini?

9. Penggunaan dan Pemantapan Bahasa (Bahasa Melayu


dan Inggeris)
Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa Melayu dan
Inggeris dengan sebaiknya iaitu tahu tentang selok belok
bahasa. Penulis perlu membuat semakan manuskripnya
sebelum boleh mencetak dan mengedar hasil kerjanya itu. Hasil
yang baik atau lemah memberi refleksi terhadap imej diri anda,
pertamanya anda sebagai seorang pegawai dan kedua sebagai
seorang penulis.

23
Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam
usaha menghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak
banyak menampakkan ganjarannya. Hasil kajian yang dilakukan
itu juga belum pasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada
secara mendadak tetapi ia tetap dapat memberi satu
sumbangan, walaupun kecil, kepada bidang ilmu dan juga
bidang tugas anda. Namun yang pasti, penghasilan satu bahan
penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas dan
bangga kepada setiap penulis.

10. Rumusan Langkah-Langkah Penulisan


Panduan yang disenaraikan ini dapat memandu anda menyemak
kerja-kerja yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.
a) pilih dan hadkan tajuk anda
b) sempitkan dan fokuskan tajuk anda
c) cadangkan tesis yang berfungsi
d) tulis kenyataan tesis yang tentatif
e) cari dan kaji unsur-unsur maklumat yang sesuai
f) ambil dan kumpul maklumat
g) bentuk rangka yang berfungsi
h) susun draf kasar
i) tulis dan semak draf
j) tulis draf akhir
k) semak draf akhir
l) sediakan senarai rujukan dan bibliografi yang berfungsi

24
SELAMAT MENCUBA

RDSSA/ssa/2004

25