Anda di halaman 1dari 4

WEDNESDAY, AUGUST 8, 2007

Puisi kuatrain Nostradamus

Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus
terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok
seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang
apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi,
contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.

Bagaimana Nostradamus mengetahui masa depan?Atau darimana beliau mendapat semua maklumat tentang masa depan?Hakikat
sebenarnya ialah beliau mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah
diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi
Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang
semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.

Antara sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat
perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-
TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih
bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab
mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak;melampaui beribu-ribu
hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan
direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang
dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi,
riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebagiannya adalah percakapan spontan nabi;
bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.

Masalah terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau
lemah, berbanding dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama hadis memilih hadis-hadis yang terbaik
sahaja dari segi riwayat, nasab dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu hadis. Tetapi mujurlah
terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf keilmuannya,
mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir
zaman adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah
berkata, "Saya adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Baginda tidak
merahsiakan sedikitpun tentang hal itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi Rasullullah s.a.w
telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi;
diantaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan manusia itu semuanya pergi kecuali aku."

Beliau berkata lagi,"Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan
NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan Rasullullah s.a.w kepadaku.
Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk,
kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU"

Manakala Ali bin Abu Talib karamallahuwajhah berkata pula,"Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku
tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa
PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PEBGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat"

Sememangnya terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat
atau lenggok Arab ketika itu. Saya sendiri pernah membaca hadis-hadis ini cuma pada masa yang lain saya akan cuba menurunkan
satu dua hadis seperti ini.

Berbalik kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka,
beliau telah mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya
datangnya dari negara-negara Arab. Semua kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak
diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi
pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya
kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut
juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang
lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis (perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal
dari Jerusalem (BaitulMaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana) dan semua rahsia sulit ini
diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak
dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat
Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.

Tidak timbul soal ramalan-ramalannya menjadi benar kerana ia bersumber dari kata-kata nabi yang sememangnya benar!Jika
anda ingin tahu lebih lanjut, pergilah ke kedai-kedai buku dan cuba hayati ramalan Nostradamus ini, anda akan temui beberapa
ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita dengar sebelum ini; dari ustaz mahupun ustazah, dari kitab hadis
mahupun ceramah-ceramah agama. Terdapat beberapa kuatrain yang menceritakan penaklukan Islam ke atas negara-negara
Barat yang diketuai oleh seorang penakluk yang agung!Yang saya hairankan buku puisi Nostradamus ini semuanya diterbitkan atau
diimport dari Barat (ketika itu saya membacanya di kedai buku Popular) dan ditulis dalam bahasa Inggeris yang fasih; di dalam
terjemahan dari kuatrain Nostradamus yang ditulis dalam bahasa Perancis, terang-terang terjemahan Inggeris itu menyatakan
bahawa tentera Islam akan menakluk dunia, walaupun di dalam kuatrain itu tidak dituliskan perkataan Islam atau Arab!Mereka
sudah tahu akan hal ini namun masih angkuh dan ego dan tetap mahu mengubah sejarah.

Dan kita selaku umat Islam. Saya masih sedih dengan segilintir umat Islam yang tidak mengambil peduli langsung tentang hadis-
hadis nabi malah al-Quran yang agung. Bukan sahaja tidak mempedulikan langsung, malah ada juga yang tergamak berangan-
rangan mahu keluar dari Islam (di antaranya di atas nama CINTA suci..huhu..) Orang-orang Barat berlumba-lumba mengkaji hadis
dan manuskrip-manuskrip berharga dari dunia Islam. Malah mereka juga semestinya wajib mengkaji al-Quran yang penuh rahsia
dan hikmah, di mana sejak kebelakangan ini al-Quran menjadi medium paling saintifik kerana membicarakan tentang Big Bang,
Nebula, awan-awan hidrogen mahupun daya-daya nuklear. Di mana?Terdapat banyak sumber jika anda ingin cari dan insya Allah
saya akan ungkapkan juga dalam artikel-artikel saya yang akan datang. Cukuplah surah al-Anbiya' yang menceritakan tentang Big
Bang. Dan Surah Yasin yang kita baca setiap malam Khamis, majlis kematian ataupun majlis-majlis lain tu sebenarnya ada
mengungkap perihal bananapi petroleum!

Ada kisah tentang seorang menteri berbangsa India (opps maaf, harapnya ini bukan kenyataan berbau sentimen perkauman, cuma
kesedaran untuk umat Islam) yang saya tidak boleh sebutkan namanya dan kawasan parlimennya, beliau telah membuat satu
lawatan ke satu kawasan di mana beliau telah memberikan ucapannya. Di dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang al-
Quran yang tidak ada ada dalamnya perihal jalan raya, lampu jalan mahupun jambatan!!Saya tidak pasti bagaimana mulanya
ucapan beliau itu, mungkin mahu menangkis kenyataan-kenyataan dari satu parti orang-orang Melayu yang berorientasikan
Islamik. Namun yang sedihnya, orang-orang Melayu disitu yang semestinya beragama Islam terangguk-angguk tersenyum atau
ketawa dengan 'jenaka' yang ditimbulkan oleh menteri tersebut. Jika menteri itu tahu (atau sengaja buat tak tahu) atau orang-
orang Melayu Islam di situ tahu akan betapa agung, hebat, tepat dan besarnya al-Quran sebagaimana sebahagian sarjana Timur
mahupun Barat mengagumi dan membenarkannya, sudah tentu ucapan, senyum mahupun ketawa bodoh yang tersangat cetek
tahap pemikiran sebegitu tidak berlaku.

Tetapi biasalah, dunia ini penuh dengan politik....

Posted by Mistis Organizationat 6:44 AM

8 comments:

Anonymous said...

sukalah artikel sebegini... disamping membicarakan hal2 paranormal.. ada juga diselitkan ciri2 islamik.. mcm
bukti2 dlm alquran.. hadith dan sebagainya.. 

inilah yang menarik minat saya untuk terus 'melekat' dlm blog ni

syukran yaa Al-M.O

October 11, 2009 5:02 PM

aus said...

Salam bro MO,


1)memule nk tanye..
MO singkatan ntuk ape?..
Mistis Organization ke?..
huhu,maknenye,MO bkannye label atas seseorang..nape ade gak yg pnggil MF?..
who`s behind all this great article?..nape hanye bbrape org yg bg comment yg always positive,at the end,akan
puji semula M.O,dan org yg itu adalah yg memberi comment yg same pattern dgn teknik penulisan,idea
penerangan yg lebih kompleks dan selalunya mmg selari dengan mesej article?..sape M.O?..an organization or
merujuk kpd seseorang,ataupun "@#$#^&^@^ @#^&^ 2*&*#&&#"?...
mintak maaf kalu menimbulkan suasana agak kacau..
sy bdak bru blajo,minx beri tunjuk ajo...hehe
2) yg keduak,nk minx permission, bleh x sy ambk several article dlm blog ni ntuk mini induvidu project sy?..

October 27, 2009 9:33 AM

aus said...

This post has been removed by the author.

October 27, 2009 9:33 AM

M.O said...

Siapa kami tidak perlu anda tahu.

Ambil lah artikel ini,tiada hakcipta dalam berpesan-berpesan dalam kesabaran.

October 27, 2009 11:16 AM


pieces said...

ih wow, maaf aja ya, tapi artikel ini menurut saya agak ngaco, karena kuatrain2nya ditulis dalam bahsa latin-
perancis, kemudian saya ga tau dia bisa arab...

artikel ini asli atau ngarang supaya kebenarannya ngaco nih? :/

November 12, 2009 11:41 PM

M.O said...

Piece,anda perlu banyak membaca,


banyak rahsia di luar sana yg kita tidak ketahui.

Dan artikel ini memang asli dan tidak dibikin untuk ngaco :D

-area 13

November 13, 2009 12:50 AM

Anonymous said...

Well done bro... TQ... errr Tanya cket.. Nostradamos bangsa yahudi kan?.. ada tak kena mengena dengan
Hidden Hand tuh.... dan lagi napa tak ada ulamak yang cerita hal ini dan kaitkan kejadian semasa dengan hadis
yang saudara kata tu... nampak ketinggalan pulak dan ramai kita tabik kat nostradamos nih... saya rasa malu
hehe by the way... thanx a lot.

November 17, 2009 1:28 AM

papanselaju said...

hmmm, masa aku kat raiwind (markaz tabligh terbesar dunia n pusat markaz tabligh pakistan) kabarnye ulamak2
situ memang ade simpan rahsia manuskrip2 lama/ kitab2 hadis bkenaan dgn alfitan. sbrnnya senarai nama2
dajal2 kecil sejumlah 300org tu memang tersimpan dgn rahsia oleh ulama2 disitu. org sane cakap kat aku dulu,
daripada senarai 300org dajal2 kecil tu, yg dah didedahkan n wujud ade dlm 290 lebeh org, 10org yg terakhir
termasuk imam khoimenei, ghulam ahmad mirza, gw bush, sai baba...yg aku dgr dulu, tinggal lebih kurang 3
atau 2 org lagi nama yg tak nampak lagi...yg terbaru nih diorg cakap obama...wallahuallam..

January 4, 2010 7:03 AM

Anda mungkin juga menyukai