Anda di halaman 1dari 41

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

KHAS UNTUK GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


PISMP SEMESTER 2

SILA KLIK FOLLOW SEBELUM COPY BAHAN INI

Monday, 5 July 2010


TOPIK 1 ALAM BELAJAR - BERMAIN

Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan


ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan
imaginasi (Pellegrini, 1995)

Kepentingan bermain:

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :

• Meluahkan idea, perasaan dan emosi

• Tenang dan beriadah

• Menggunakan tenaga yang berlebihan

• Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam


dewasa

• Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial)


yang menyumbang kepada perkembangan intelek

• Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan


sosial
• Membudayakan proses pembelajaran

• Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni

Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:

• Menggerakkan psikomotor

• Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat

• Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh

• Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal

• Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan

Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:

• Belajar berinteraksi secara positif

• Belajar menghormati hak orang lain

• Menghargai alam sekitar

• Menghormati nilai budaya

Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:

• Mendengar

• Berbahasa

• Membaca
• Berbincang

• Berlakon

Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :

• Belajar konsep

• Meningkatkan keupayaan kognitif

• Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif

• Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan

• Membantu dalam menyelesaikan masalah

• Membina kemahiran sosial

• Memahami dunia sekeliling

• Mempelajari bahasa

• Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan

• Membina kemahiran kendiri yang positif

• Memupuk sikap tanggungjawab

• Mempelajari peranan orang dewasa

Kategori Main:

Permainan Sosial:

• Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan


• Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah
mencapai kematangan bermasyarakat

Permainan Sosial
Jenis-jenis :

• Main Unoccupied – tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya


berada dalam kawasan permainan

• Main Solitary – bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain

• Main Onlooker – memerhati rakan-rakan bermain

• Main Parallel – bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama


dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri

• Main Associative – bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan


meminjam alatan dengan rakan

• Main Cooperative – bermain dan bekerjasama dalam kumpulan

Jenis permainan kognitif :

Main simbolik

- menggunakan imaginasi dan main peranan


- gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar
tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan
budaya

Main berfungsi
- melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk
- menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola
- mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

Main konstruktif

- melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia


- guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti
- alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang
lain

Main berperaturan

- permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan


- peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama
- peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah
- memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi
peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi
dsb.

Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :

• Penglibatan aktif

• Motivasi intrinsik

• Bebas untuk memilih

• Menyeronokkan

• Melibatkan proses penyesuaian

• Penerokaan
• Simulasi

Anda mungkin juga meminati:

PENDIDIKAN ISLAM DIMANTAPKAN

MESYUARAT M3P DAN PERANCANGAN 2010

LinkWithin
Posted by AZIZI JAAFAR at 09:03 0 comments
Reactions:

Sunday, 4 July 2010


TUTORIAL MINGGU 2 (4 HINGGA 8 JULAI 2010)

TOPIK
· Ciri-ciri dan jenis-jenis main
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi cara
permainan dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan
intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.
...
ISL
Pelajar membuat rumusan kandungan kuliah dan bahan-bahan rujukan
dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial: Melayari internet untuk mendapatkan maklumat


tambahan tentang prinsip-prinsip pembelajaran Ewell. Banding bezakan
prinsip-prinsip pembelajaran yang dibincangkan dalam artikel tersebut
dengan prinsip pembelajaran Gagne. Sediakan grafik banding-beza dan
bentangkan dalam kelas.
Rujuk Mildred Parton bagi Kategori dan Jenis Main
(http://www.nprrc.ie/documents/play/downloads/playfulworld.pdf. ;
www.whatteachersknow.com/blog/tag
Anda mungkin juga meminati:
SELAMAT IDUL ADHA DARI KJ JIP

SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN ...

KEPIMPINAN BARU DI KPM

LinkWithin
Posted by AZIZI JAAFAR at 06:34 0 comments
Reactions:

Tuesday, 29 June 2010


SOALAN TUTORIAL DAN ISL MINGGU 1 (29 JUN 2010)

TOPIK 1. Alam Belajar


· Konsep Alam Belajar
· Pengalaman Belajar Kanak-kanak
· Peranan & Kepentingan Bermain dalam Proses Pembelajaran

TUTORIAL
Penjelasan sesi tutorial & ISL.Pembahagian kumpulan dan topik tutorial
untuk dibentangkan dalam sesi tutorial (mula minggu 2)
..
ISL
Cari dan senaraikan buku-buku rujukan yang sesuai di perpustakaan/
laman web. Simpan senarai ini dalam portfolio untuk membuat rujukan
tambahan.

Persediaan untuk tutorial minggu ke-2: Carian maklumat dari internet atau
perpustakaan tentang demonstrasi dan penerangan permainan tradisional
untuk kanak-kanak.
..
RUJUKAN
Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford
Fajar Sdn Bhd
Anda mungkin juga meminati:

SOALAN TUTORIAL DAN ISL

PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN KECEMERLANGAN SKB


PENDIDIKAN ISLAM DIMANTAPKAN

LinkWithin
Posted by AZIZI JAAFAR at 06:05 0 comments
Reactions:

Tuesday, 15 June 2010

SELAMAT BERTEMU KEMBALI PADA


SESI JUN 2010
Anda mungkin juga meminati:

PENDIDIKAN ISLAM DIMANTAPKAN

HARI KELUARGA JIP DAN KEM KAUNSELING 2010

MESYUARAT M3P DAN PERANCANGAN 2010

LinkWithin
Posted by AZIZI JAAFAR at 06:26 0 comments
Reactions:

Tuesday, 27 October 2009


PEDAGOGI BESTARI

1.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI


BESTARI

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang


konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat
dengan bimbingan guru. Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh
guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-
murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian,
keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh
guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual, pemerolehan
konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan
kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan
kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti
sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran
lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti
perbuatan guru atau memodelkan perlakua sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah
tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual
yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang
sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu
pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga
dan rakyat.

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti


kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran
kontekstual ialah pembelajaran ’eksperential’, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran
aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan
penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid
untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.
Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan
murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar,
pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan
mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman
praktikal.

Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses


pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-
contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi
metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh
mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat
mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau
membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh
dipraktikkan oleh murid-murid

Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh
guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai
seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi
oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti
berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan
aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau
mengikut kumpulan.

Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian
dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah
amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk
melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah
masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan
untuk bertindak atau melakuka sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi
beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu
dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang
boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu
lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan
berlaku pada masa depan? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh
menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada
haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagi
tumbuhan hijau di dunia?

Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan


dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan
saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran
koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk
kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan
kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan
kepada kumpulan yang beprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk
membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-
murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan
bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk
dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan
pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah
pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah
dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha
bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua
pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha
bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-
kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai
sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan
ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang
hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli
kumpulan.

2.0 PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Kemahiran generik amat penting dalam membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan
pembelajaran guru terhadap murid.Pengintegrasian dapat ditakrifkan sebagai
pengabungan manakala kemahiran generik pula telah dikupas dan dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu kemahiran berfikir,Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
serta Kemahiran Pemudahcaraan.
Untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif guru perlu
menggabungkan kemahiran generik supaya ia lebih berkesan.Kemahiran berfikir dapat
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Strategi berfikir,kemahiran berfikir dengan kritis
dan kreatif serta yang terakhir kemahiran berfikir menaakul.Kemahiran berfikir kritis
dapat dihuraikan sebagai kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan ia
bersifat evaluatif.Strategi berfikir pula dapat ditakrifkan sebagai proses berfikir yang
lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah melibatkan beberapa
kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir menaakul dapat didefinisikan
sebagai kemahiran berfikir membantu kita sebagai pelincir dalam membuat
perkembangan secara rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Kemahiran berfikir secara kritis banyak menggunakan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran seperti membandingkan dan membezakan ,mengumpul dan mengelaskan,
mencirikan, membuat urutan, menganalisis, mengesan kecondongan ,menilai serta
membuat kesimpulan.Seterusnya kemahiran berfikir kreatif pula banyak mementingkan
aspek seperti menjanakan idea ,membuat inferens, membuat hubungkaitan, meramal,
membuat hipotesis, mesinfesis, membuat analogi, membuat gambaran mental,
merekacipta Strategi berfikir terdiri kemahiran mengkonsepsi, menyelesaikan masalah ,
membuat keputusan, kemahiran menaakul.

Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dapat melatih murid-murid supaya


mahir menggunakan teknologi komputer masa kini untuk menguasai mengikut
perkembangan konsep “world class education”.Tujuan kemahiran ini diajar ialah unutk
menghasilkan tenaga kerja yang mahir bidang sains dan teknologi serta dipandang tinggi
oleh masyrakat serta seluruh dunia. Untuk merealisasikan impian ini pihak sekolah perlu
menyediakan kemudahan agar semua murid tidak ketinggalan mempelajari kemahiran
ini.Ketika mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru mesti guna
penilaian “on-going” dan “on-line” kerana ia lebih mudah dan sistematik serta
menunjukkan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.

KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN ini amat penting dalam aktiviti perbincangan dan


ia merupakan satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan.Dari segi bidang
pendidikan ia merupakan satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran murid-
murid.Di dalam kaedah ini terdapat seorang pemudahcara yang dipanggil
fasilitator.Perkataan “facilite” juga membawa maksud memudahkan, menyenangkan
pelancaran sesuatu proses.Melalui kaedah ini peranan guru dapat dikurang tetapi peranan
murid dititikberatkan.Guru menjadi sebagai “guide” dalam pengajaran dan pembelajaran
serta dapat melicinkan segala proses dan aktiviti pengajarn dan pembelajran yang
berlaku. Komponen yang terdapat dalam pemudahcaraan ialah menententukan struktur
perbincangan seterusnya perlu mengetahui teknik memulakan perbincangan yang baik
serta guru perlu bimbing murid buat rumusan dan cadangan pada hujung sesi
pemudahcaraan.Kelebihan kemahiran ini dapat dilihat dari segi penglibatan diri murid
dengan aktif serta murid lebih bersedia awal untuk mempelajari sesuatu topik.dalam
kaedah ini juga terdapat kelemahan yang tidak dapat dielakkan iaitu murid kurang
komunikasi dan berinteraksi dengan guru.
Anda mungkin juga meminati:
• TEORI PEMBELAJARAN
• PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN
• TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA
LinkWithin
Posted by AZIZI JAAFAR at 06:53 0 comments
Reactions:

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

1.0 PENGENALAN

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran
dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh
teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses
melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi
behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang
pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang
pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan
kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang
pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial.
Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun
tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang
pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh-
pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters
telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau
meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran
pemerhatian dan peneguhan.

2. TEORI PEMODELAN BANDURA

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun
untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak
keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau
merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan,
peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang
ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran
melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori
ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :


n Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
n Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan
n Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model
dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan.
n Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan
tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford
pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain,
individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.
Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran
melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek
interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa
sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan
entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui
peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk
tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya
kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka
pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang
lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama.
Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa
orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model
walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati
sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya
oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara
yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila
pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.
3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui
pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau
motivasi.
PEMERHATIAN

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita
memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk
kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-
guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular
dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model
termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam
pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting
pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu
tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin
memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak
bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada
ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran
pemerhatian yang betul.
MENGINGAT

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita
memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk
kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-
guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular
dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model
termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam
pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting
pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu
tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin
memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak
bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada
ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran
pemerhatian yang betul.
REPRODUKSI

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila
seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau
langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu
memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang
perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat
penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.
PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui
pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada
sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan
beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan
untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin
menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan
semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran.
Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya
tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai
pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan
peniruannya.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru.
Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima
peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan
badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti ’syabas’.
Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung
dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang
melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku
keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi.
Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia
sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul
keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman
membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan
dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain.
Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan
jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu
peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan
peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu
kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan
rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI PEMBELAJARAN

Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap signifikansi fungsi kognitif
dan fungsi pancaindera sebagai alat- alat penting untuk belajar adalah sangat penting.
Kata- kata kunci seperti ya’qilun, yatafakkarun, yasma’un dan sebagainya yang terdapat
dalam al-quran merupakan bukti tetap pentingnya dalam meraih ilmu pengetahuan.
Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) adalah akidah yang berdasarkan ilmu
pengetahuan bukan berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini tersirat
dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah (surah
Muhammad :19).

Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam.
Al-Quran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan
sangatlah penting bagi semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus
terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Dalam
kehidupan kita ada banyak benda yang kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang
berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya adalah
berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Mempelajari dan
mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan.
Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik
dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang
tinggi dan mulia dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu
yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru kurniaan Allah s.w.t kepada
semua makhluk.
Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan
kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat
jasmaniah dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta
teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri.
APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA
DI DALAM BILIK DARJAH

Guru sebagai role model dan model simbolik.


Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif
supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah
yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.
Modifikasi tingkah laku.
Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak
meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku
murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah
menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan tidak langsung.


Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada
model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih
dan yang harus ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.


Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang
menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar
boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat
dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.


Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main
peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan
dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan sebaya sebagai model.


Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk
menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH

Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti


pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan
selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan


keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan
penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan,
menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,
menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya
menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut
perkembangan potensinya yang tertinggi.

Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran


koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif.
Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin
ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.

Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih saying.

Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN


MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
MASALAH PENGLIHATAN

Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa
kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang
dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda.

Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga
supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh,
dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya.
Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah
mengawasinya.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga tidak sedar orang-orang yang
berhampiran dengannya kerana tidak boleh melihat. Apabila guru bersama kanak-kanak
ini, bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini kepada kanak-kanak lain supaya mereka
juga turut melakukannya.
MASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru
perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan
keperluan, dan melepaskan perasaan.

Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami


perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar mendengar dan bercakap
dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat.

Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu
perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik
muka, gerak badan, menulis dan bercakap.

Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu kemudian barulah guru
menyambung semula percakapannya.

Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan
bibir.
MASALAH PEMBELAJARAN

bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan
diubahsuai mengikut keprluan individu.

Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan
keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)

Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh
meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti


berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil
untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.
Posted by AZIZI JAAFAR at 06:41 0 comments
Reactions:

TEORI BEHAVIORIS (WATSON)

Teori pelaziman klasik Watson

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang
menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam
proses pembelajaran.

- beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak –
kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

- Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak –kanak tersebut seekor tikus
putih. Pada mulanya kanak –kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus
tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan
tikus tersebut, kanak –kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Eadaan ini diulang
beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak –kanak tersebut pada tikus
putih.

- Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi


pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan
kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.

- Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan


dengan pelbagai situasi.
Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan
yang menyeronokkan
Posted by AZIZI JAAFAR at 06:33 0 comments
Reactions:

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN

1.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

1.1 Konsep pendekatam :

Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati


sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata
pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu
mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa


pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori
pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada
abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada
bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada
umum(induktif) daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.

Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan


sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip
atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori
pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori
pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

1.2 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,


kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.

Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan


beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan
kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing
memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam
contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang
berkenaan.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru boleh


mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk
membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta
penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau
menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab
,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh –contoh khusus yang dikemukakan.
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan
Bahasa.kaedah inkuiri-penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai
aktiviti pelajarannya,adalah berlandaskan kepada pendekatan induktif.
1.3 Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :

Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk


mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya :

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga


yang sama dari pelbagai jenis segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity
daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat


hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.

Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil


tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku
manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.

1.4 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah memahami


dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan
berikut iaitu
Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai
iaitu yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus
disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan
Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang
khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid
mengenalpastinya.

Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.Guru
tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu
supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada
contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu
murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan
pendengaran.

1.5 TUNJUK CARA KAEDAH INDUKTIF :

Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat
sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran :

Mata pelajaran : bahasa melayu

Tajuk : imbuhan ‘ ter ‘

Objektif pelajaran :

Menyatakan fungsi imbuhan ‘ ter ‘ yang membawa maksud tidak sengaja.


memberikan beberapa contoh menggunakan imbuhan ‘ ter ‘.

Sumber pelajaran : kad-kad ayat yang memakai imbuhan ‘ter’.

2.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

2.1 Konsep Deduktif :

Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu
rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh
yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan
kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan
yang telah diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang
kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan
pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau
peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh
yang khusus.
Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif pelajaran
pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau
peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapatkan kesimpulan yang baru.

2.2 Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :

Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan


masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ‘ ber ‘ mereka disuruh
membuat ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ ber ‘.

Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat
generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat
mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut
tegak.

Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan


Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya
selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus,
mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut
dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah

2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih


dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti
yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.
2.4 Tunjuk Cara Kaedah Deduktif

Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang
menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat :

Mata pelajaran : sains

Tajuk : ciri-ciri haiwan

Objektif : selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru berdasarkan
generalisasi yang telah diketahui.
Generalisasi lama : haiwan yang mempun yai syap boleh terbang

Generalisasi baru : haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh terbang.
Sumber pelajaran : kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang mempunyai
sayap.

3.0 KAEDAH PENGAJARAN INTEGRASI

3.1 Konsep :
Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran
dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini
menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-
kanak.

Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan dalam
persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah
penyelesaian masalah.

3.2 Tujuan Kaedah.

Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai
masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai
bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri.

Menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran


spesifik.Mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan
bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

3.3 Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajarn Integrasi.

Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid-murid dapat melibatkan


diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personality dan motivasi.
Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan


mereka berinisiatif.

Menyediakan bahan-bahan permainan yang sesuai untuk membina, mengguna,


memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.Belajar bersama murid-murid.

Posted by AZIZI JAAFAR at 06:20 0 comments


Reactions:

Saturday, 5 September 2009


SOALAN TUTORIAL DAN ISL

MINGGU 1 (24-25 JUN 2009)


TOPIK 1. Alam Belajar
· Konsep Alam Belajar
· Pengalaman Belajar Kanak-kanak
· Peranan & Kepentingan Bermain dalam Proses Pembelajaran

TUTORIAL
Penjelasan sesi tutorial & ISL.Pembahagian kumpulan dan topik tutorial untuk
dibentangkan dalam sesi tutorial (mula minggu 2)
..
ISL
Cari dan senaraikan buku-buku rujukan yang sesuai di perpustakaan/ laman web. Simpan
senarai ini dalam portfolio untuk membuat rujukan tambahan.

Persediaan untuk tutorial minggu ke-2: Carian maklumat dari internet atau perpustakaan
tentang demonstrasi dan penerangan permainan tradisional untuk kanak-kanak.
..
RUJUKAN
Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn
Bhd
...
MINGGU 2 (01-02 JULAI 2009)
TOPIK
· Ciri-ciri dan jenis-jenis main
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi cara permainan dan
bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-
kanak.
...
ISL
Pelajar membuat rumusan kandungan kuliah dan bahan-bahan rujukan dalam peta konsep
dan simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial: Melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang


prinsip-prinsip pembelajaran Ewell. Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran yang
dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne. Sediakan grafik
banding-beza dan bentangkan dalam kelas.
Rujuk Mildred Parton bagi Kategori dan Jenis Main
(http://www.nprrc.ie/documents/play/downloads/playfulworld.pdf. ;
www.whatteachersknow.com/blog/tag

..
MINGGU 3 (08-09 JULAI 2009)
TOPIK 2. Konsep Pengajaran & Pembelajaran
· Pengertian pengajaran dan pembelajaran
· Prinsip-prinsip pembelajaran
· Jenis-jenis pembelajaran
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran Ewell yang
dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne.
..
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial:
Pelajar bincang dan banding beza pandangan ahli teori behavioris Watson, Pavlov dan
Thorndike berkaitan cara organisma/ manusia belajar. Sediakan satu aktiviti menguji
pemahaman tajuk berkenaan. (contoh: kuiz, senarai semak dan ujian)
..
..
MINGGU 4 (15-16 JULAI 2009)
TOPIK 3. Teori-teori Pembelajaran
Teori Behavioris
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Banding beza ketiga-tiga pandangan ahli teori behavioris
tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik.
Selepas pembentangan, buat satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan(contoh:
kuiz, senarai semak dan ujian)
..
ISL
Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan implikasi teori pembelajaran
behavioris terhadap pengajaran-pembelajaran kepada kanak-kanak berkeperluan khas.
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep /
pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial: Pelajar mengkaji teori behavioris dan menganalisis secara PMI
implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
..
RUJUKAN
http://www.funderstanding.com/
http://tip.psychology.org/

Cadangan tutorial tambahan: Muat turun video klip berkaitan dengan ujikaji atau kajian
teori behavioris. Bincangkan bersama rakan dalam kelas
..
MINGGU 5 (19-20 JULAI 2009)

TOPIK : Teori Behavioris


..
TUTORIAL
Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori
Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Galakkan respons dari kumpulan lain.
..
ISL
Membuat pembentangan secara PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi teori
Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Galakkan respons dari kumpulan lain.
..
RUJUKAN
Sila lihat Lampiran 1(PMI)

Woolfolk,A. (2004)
Educational Psychology(9th ed) New Jersey: Prentice Hall.
.
..
MINGGU 6 (29-30 Julai 2009)
TOPIK 3. Teori-teori PembelajaranTeori Kognitif & Konstruktivis
..
TUTORIAL
Pelajar diberi aktiviti menilai tahap daya ingatan kendiri.
Contohnya, Analisis Kognitif Kendiri (Ingatan): Pelajar dikehendaki menulis maklumat
yang dibaca secara menyeluruh. Pelajar-pelajar menyenaraikan seberapa banyak
perkataan yang terdapat dalam petikan. Bincangkan.

Pembentangan Tutorial: Pelajar mengenal pasti sebab-sebab lupaan berlaku dan


mencadangkan strategi meningkatkan daya ingatan.
..
ISL
Persediaan tutorial:
Carian maklumat dengan melayari internet dan bahan rujukan(buku, jurnal) serta muat
turun maklumat berkaitan Constructivist 5E Model Lesson.
Mengaplikasikan prinsip 5E dalam pengajaran pembelajaran
.
..
MINGGU 7 (5-6 Ogos 2009)
TOPIK 3. Teori-teori Pembelajaran Teori Pembelajaran Sosial & Pendekatan Humanis
..
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial:
Kumpulan pembentang memberi penerangan tentang 5E.
Kumpulan lain mencadangkan aplikasi prinsip 5E dalam pengajaran pembelajaran
Pengintegrasian ICT digalakkan.

Pensyarah memberi taklimat/ penerangan pelaksanaan KKP


..
ISL
Muat turun maklumat internet mengenai pembelajaran sosial, modeling, dan
pembelajaran pemerhatian serta pendekatan humanistik.

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik dengan memberi tumpuan kepada rumusan semua teori dan simpan
dalam portfolio.

Persediaan tutorial:Pelajar menganalisis model pengajaran pemprosesan maklumat dan


model behavioral dengan menggunakan teknik analisis SWOT.
.
..
MINGGU 8 (12-13 Ogos 2009)
TOPIK : 4. Model, Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Pengajaran
Model-model Pengajaran
..
TUTORIAL
Pembentangan tutorial:Analisis model pengajaran pemprosesan maklumat dan model
behavioral dengan menggunakan teknik analisis SWOT. (Strengths, Weaknesses,
Opportunities, Threats). Bentangkan.
..
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Buat persediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk KKP.


..
RUJUKAN
Weil, J. (2000) Models Of Teaching (6th edition), Boston:Allyn & Bacon

Noriati,Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn
Bhd.
.
..
MINGGU 9 (19-20 Ogos 2009)
TOPIK 4. Model, Pendekatan, Strategi Dan Kaedah Pengajaran
Model-model Pengajaran
..
TUTORIAL
Persediaan tugasan KKP – kolaborasi pelajar dan pensyarah
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Buat persediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk KKP

Persediaan tutorial:
Buat rujukan tambahan tentang pendekatan induktif, deduktif, eklektik,tematik dan
integratif dalam subjek major anda.
.
MINGGU 10 (26-27 Ogos 2009) CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
.
MINGGU 11 (02-03 Sept 2009) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
.
.
MINGGU 12 (09-10 Sept 2009)
TOPIK ;Strategi , kaedah & Teknik
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Pelajar dikehendaki memberi contoh-contoh pelajaran major
yang menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan integratif.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Persediaan Tutorial:
Membuat rujukan secara kumpulan tentang “teknik awan” dalam Theory of Constraints
untuk diaplikasikan dalam sesuatu masalah/isu yang dikenal pasti.
.
.
MINGGU 13 (16-17 Sept 2009)
TOPIK ;Strategi, kaedah & Teknik
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial: Pelajar menunjuk cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan
mengaplikasikan Theory of Constraints (teknik awan).
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.
Persediaan Tutorial:
Cari maklumat tentang pedagogi bestari dari Unit Bestari IPG dan lakar peta konsep.
Perhatian:
Pensyarah major akan fokus dengan lebih mendalam kaedah & teknik mengajar,
perancangan pelajaran dan pengajaran mikro/makro
Tindakan semua kumpulan.
.
.
MINGGU 14 (23-24 Sept 2009) CUTI HARI RAYA PUASA
.
.
MINGGU 15 (30 SEPT- 01 OKT 2009)
TOPIK: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial:
Pelajar dikehendaki mengenal pasti elemen-elemen pedagogi bestari berdasarkan contoh
RPH bestari.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial:
(i) Dengan merujuk kepada kajian kes dalam muka surat 174-175 buku “ Noriati, Boon &
Sharifah (2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.” Buat
refleksi dengan menjawab soalan-soalan dalam kajian kes tersebut.
(ii) Pelajar membuat pemetaan pengintegrasian Pelbagai Kecerdasan (Lampiran 6)
berdasarkan subjek major mereka.
.
RUJUKAN
Contoh RPH Bestari.
Rujuk modul/CD Kursus Latihan Guru Bestari.
.
.
MINGGU 16 (07-08 OKTOBER 2009)
TOPIK : 5. Perbezaan Individu & Pembelajaran
.
TUTORIAL
Pembentangan Tutorial:
Membentang cadangan mengaplikasikan teori Pelbagai Kecerdasan dalam Pengajaran &
Pembelajaran berdasarkan subjek major dengan menggunakan Lampiran 6 yang
dibekalkan.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.
Membuat carian web instrumen-instrumen mengukur bidang EQ (kecerdasan emosi) dan
MI (Kecerdasan Pelbagai).
.
.
MINGGU 17 (14-15 OKT. 2009)
TOPIK :6. Motivasi dan Pembelajaran
.
TUTOTIAL
Aktiviti berdasarkan pemahaman tentang motivasi.
Buat analisis nota-nota kuliah dan bahan rujukan dengan menggunakan format analisis
KWL yang disediakan.
.
ISL
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep /
pengurusan grafik simpan dalam portfolio.Buat bacaan tambahan tentang motivasi dan
sediakan borang KWL untuk sesi tutorial yang akan datang.
.
RUJUKAN
Woolfolk, A.E. (2004), Education Psychology (9th Ed.), Boston. Pearson Allyn & Bacon

Eggen,P, & Kauchak,D. (2004) Educational Psychology: Windows to the classroom.


NJ:Prentice Hall.
.
.
MINGGU 18 (21-22 OKT 2009)
TOPIK : 7. Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
.
TUTORIAL
Reka bentuk satu pelan persekitaran pembelajaran kondusif dalam bilik darjah dengan
menerapkan maklumat dan ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini. Bentangkan.
.
ISL
Menyediakan pelan persekitaran pembelajaran kondusif.
.
RUJUKAN
Rujuk kepada pelan bilik darjah kondusif dalam buku:
Noriati, Boon & Sharifah.(2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn
Bhd.
Pembentangan semua kumpulan.
.
.
JALAN UNTUK MENDAPATKAN MARKAH 90 KE ATAS
****************************************************
SETELAH TAMAT PENYEDIAAN TUTORIAL DAN ISL, ANDA DIKEHENDAKI
MENYEDIAKAN SATU PORTFOLIO YANG MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN
TUTORIAL DAN ISL MENGIKUT MINGGUAN DAN HANTAR KEPADA SAYA PADA
29 OKTOBER 2009. PORTFOLIO YANG LENGKAP DAN MENARIK AKAN
DIBERIKAN MARKAH BONUS.
"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB"
"SIAPA CEPAT DIA DAPAT"
"JANGAN TANGGUHKAN KERJA ANDA"
Posted by AZIZI JAAFAR at 07:18 0 comments
Reactions:

Thursday, 16 July 2009


TEORI BEHAVIORIS

Teori-teori Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum berkaitan


pembelajaran. Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah
laku pembelajaran.

Teori Pembelajaran terbahagi kepada lima bahagian iaitu Teori Behavioris, Teori
Kognitif, Teori Konstruktivis, Teori Sosial dan Teori Humanis. Teori Pembelajaran
Behavioris pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori
Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu
Pavlov dan Watsan. Manakala Teori Pelaziman Operan juga dipelopori oleh dua orang
pengasas iaitu Thorndike dan Skinner.

Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori
tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori
pelaziman operan Thorndike.

Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah implikasi Teori
Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum, pengajaran dan
penilaian. Malah, perkara yang tidak kurang pentingnya ini juga hendaklah diketahui dan
difahami iaitu implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi
kanak-kanak berkeperluan khas.

Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang
boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara
ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain
daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan
pengukuhan ransangan.

Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan
pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka
menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang
berasaskan situasi-situasi tertentu.
2.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
BURRHUS F. SKINNER (1904 - 1990)

Burrhus Frederic Skinner dilahirkan di sebuah kota kecil bernama Susquehanna,


Pennsylvania, pada tahun 1904 dan wafat pada tahun 1990 setelah diserang penyakit
leukemia. Skinner dibesarkan dalam keluarga sederhana, penuh disiplin dan kerja keras.
Ayahnya adalah seorang jaksa dan ibunya seorang suri rumah tangga.

Skinner mendapat gelaran Bachelor di Inggeris dan berharap bahawa dirinya dapat
menjadi penulis. Semasa bersekolah, memang ia sudah menulis untuk sekolahnya, tetapi
ia menempatkan dirinya sebagai outsider (orang luar), menjadi atheist, dan sering
mengkritik sekolahnya dan agama yang menjadi anutan sekolah tersebut. Setelah lulus
dari sekolah tersebut, ia pindah ke Greenwich Village di New York City dan masih
berharap untuk dapat menjadi penulis dan bekerja di sebuah surat khabar.

Pada tahun 1931, Sk inner memhabiskan sekolahnya dan memperolehi gelaran sarjana
psikologi dari Harvard University. Setahun kemudian, ia juga memperoleh gelaran doktor
(Ph.D) untuk bidang yang sama. Pada tahun 1945, ia menjadi ketua fakulti psikologi di
Indiana University dan tiga tahun kemudian ia pindah ke Harvard dan mengajar di sana
sepanjang kariernya. Meskipun Skinner tidak pernah benar-benar menjadi penulis di surat
khabar seperti yang diimpikannya, ia merupakan salah satu ahli psikologi yang paling
banyak menerbitkan buku maupun artikel tentang teori perilaku / tingkahlaku,
reinforcement dan teori-teori belajar.

Skinner adalah salah satu ahli psikologi yang tidak sependapat dengan Freud. Menurut
Skinner meneliti ketidaksadaran dan motif tersembunyi adalah suatu hal yang percuma
kerana sesuatu yang boleh diteliti dan diselidiki hanya perilaku yang tampak / terlihat.
Oleh karena itu, ia juga tidak menerima konsep tentang self-actualization dari Maslow
dengan alasan hal tersebut merupakan suatu idea yang abstrak belaka.

Skinner memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan kariernya untuk


mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia percaya bahawa perkembangan
keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari respond
terhadap adanya kejadian eksternal. Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang kita
inginkan kerana mendapatkan reward dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi Skinner,
hal yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui Reward
& Punishment. Pendapat ini tentu saja amat mengabaikan unsur-unsur seperti emosi,
fikiran dan kebebasan untuk memilih sehingga Skinner menerima banyak kritikan.

3.0 EKSPERIMEN

Penemuan dalam pembelajaran yang diperolehi oleh Thorndike telah digunakan oleh
seorang ahli psikologi Amerika bernama Burrhus Frederic Skinner dalam kajian sama
bidang. Beliau juga bersependapat dengan dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa
perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan
yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner hanya menjalankan kajian
dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau juga telah
menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh
dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatiakan serta direkod. Kajian ini telah diguna
pakai sebagai teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.

Antara eksperimen beliau ialah beliau telah membina sebuah kotak khas dimana di dalam
kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada sebuah bekas
makanan yang terlekat pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah
tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk.
Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundar-mandir di
dalam kotak untuk mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan tidak sengaja tikus
itu menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk. Tikus itu mendapat
makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan akhirnya tikus
itu terus menekan tuas apabila ia hendak mendapatkan makanan. Tikus ini telah
mempelajari satu cara mendapatkan makanan.

Untuk kajian seterusnya, Skinner telah memutuskan sambungan antara bekas makanan
dengan tuas. Selepas itu, tikus itu tidak lagi mendapat makanan walaupun tuas itu
ditekan. Setelah berapa kali mencuba, tikus itu berhenti menekan tuas kerana ia tahu
usahanya itu sia-sia sahaja. Skinner kemudiannya meletakkan sebuah lampu dalam kotak
itu. Apabila lampu itu menyala dan tuas itu pula ditekan makanan akan terkeluar.

Eksperimen ini dijalankan berulang kali hingga tikus itu sedar bahawa ia hanya akan
mendapat makanan jika tuas itu ditekan pada masa lampu menyala. Tindakan tikus
menekan tuas untuk mendapatkan makanan itu disebut pelaziman operan. Cahaya lampu
dalam eksperimen ini tidak menyebabkan tikus itu menekan tuas. Ia hanya bertindak
sebagai salah satu keadaan untuk membolehkan sesuatu tingkah laku itu (menekan tuas)
berlaku.

Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma bertindak


balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini bukan
semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu
rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian
pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu.
Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan
kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk memuaskan kehendak
individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan meransangkan otak. Skinner
membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif.

4.0 JENIS
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu peneguhan positif,
peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan.

4.1 PENEGUHAN POSITIF

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti
memberikan kata–kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.
Jadual 6.3 menunjukkan satu contoh peneguhan positif.

Tingkah Laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku Masa Hadapan
Pelajar kemukakan soalan dengan baik
Guru memuji pelajar
Pelajar kemukan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja
yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya
tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas
ketika memberi peneguhan.

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah
memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha
dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang
spontan.

4.2 PENEGUHAN NEGATIF

Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi
anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu
dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak
(membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (leteran
bapa). Jadual menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif.

Tingkah laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku masa hadapan
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.
Guru menegur pelajar
Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

4.3 DENDAAN

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif
yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Tingkah laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku masa hadapan
Pelajar membuat bising dala kelas.
Guru membuat amaran kepada pelajar.
Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Dendaan boleh dibahagi kepada 2 bentuk iaitu yang pertama ialah dendaan persembahan
dan kedua dendaan penyingkiran.

4.3.1 DENDAAN PERSEMBAHAN

Dendaan persembahan (presentation punishment), berlaku apabila sesuatu ransangan


menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan
bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian
padang, sistem dimerit atau guru memberi kerja tambahan.

4.3.2 DENDAAN PENYINGKIRAN

Dendaan penyingkiran (removel punishment), berkaitan dengan penyingkiran ransangan.


Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar
tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak
membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu sebab mereka tidak
membuat kerja rumah Sains.

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira.
Antaranya ialah dendaan perlu dilakukan dengan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak
diingini dipamerkan. Seterusnya orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia
dihukum. Dendaan juga dilakukan atas dasar untuk mengubah kelakuan bukan sebagai
balasan perlakuan dan yang terakhir hukuman mestilah tekal iaitu si A kena 3 rotan si B
juga kena 3 rotan.
Ada setengah pendapat mengatakan denda boleh menghasilkan gangguan emosi serta
persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap deraan serta menyebabkan
berlakunya tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri, serta
mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.

4.4 PRINSIP PREMACK

Prinsip premack ialah mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti yang lebih
diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang di minati.
Prinsip Premack juga dikenali sebagai ”Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan,
”kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran”. Sebagai guru,
kita boleh menyelangkan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik
dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.

4.5 PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini boleh diatasi dengan adanya peneguhan untuk sesuatu perlakuan
itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan serta guru perlu sabar dalam
menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

5.0 IMPLIKASI SKINNER

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah,
token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Sebagai contoh,
guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya menghasilkan lukisan tercantik
dalam bilik darjah. Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin
berulangnya tingkah laku yang positif. Objektif tingkah laku yang realistik dan
penguasaan kemahiran secara berperingkat. Guru memastikan objektif pengajaran yang
ditetapkan realistik dan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya. Ia mesti sejajar
dengan kebolehan pelajar. Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain
bola sepak secara berperingkat-peringkat ( seperti burung merpati bermain ping-pong )
supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang
berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul.
Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan
pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B. Generalisasi membawa maksud
melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan. Contohnya, sesetengah
pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar
tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir
sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia
sudah biasa membuat ujian bulanan. Bagi diskriminasi rangsangan pula, guru perlu
memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat
membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P. Sebagai
contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam
sesuatu pelajaran. Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat
penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat
membuat diskriminasi antara maklumat penting dan kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini
bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau
tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas ( rangsangan )
pelajar berdiri dan mengucapkan ” Selamat Pagi ” ( gerak balas ). Guru pun memuji
pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali
seorang guru masuk ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan
melalui latihan. Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh
gerak balas terlazim. Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam
bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun
tiada pujian daripada guru. Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran
yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan
pelajar.

Motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan pelajar dengan
ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang
dikehendaki dalam P&P. Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam
bentuk pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah
laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi maksud penghapusan
pula, jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-
lahan. Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar
dalam situasi P&P. Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di
hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat. Pertama
sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa
dia duduk, kemudian semasa dia berdiri. Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang
membaca di hadapan kelas. Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh
pelajar tersebut.

6.0 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN

Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi
pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Tingkah laku murid kadang-kadang berusul
daripada ikatan R-G dan kesan daripada pertalian dan peneguhan.

6.1 PERHUBUNGAN : PEMBELAJARAN MELALUI PERHUBUNGAN


Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila
perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah
pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang
lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang
berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak
balas) dapat diingatkan. Proses perhubungan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :

6.1.1 PENGULANGAN

Memadankan ransangan dengan gerak balas yang betul secara berulang-ulang dapat
menghasilkan pembelajaran. Contohnya :

Ransangan
Gerak balas
Sifir seperti 4 X 6
Ibu kota Malaysia ialah
Daun hijau mengandungi
24
Kuala Lumpur
klorofil

6.1.2 STEREOTAIP

Pembelajaran boleh menghasilkan kesan kukuh pada diri seseorang untuk membuat
sesuatu atau menhinterpretasikan sesuatu perkara. Misalnya, cara menyimpan alat selepas
digunakan; atau cara menyelesaikan masalah matematik yang sama jenis. Contohnya : x
+ 4 = 8, jadi x = 8 – 4 = 4. Seterusnya dapat menyelesaikan 2y – 2 = 6.
6.2 PELAZIMAN KLASIK : MENGHASILKAN GERAK BALAS AUTOMATIK
DENGAN RANSANGAN BARU

Manusia dan haiwan dapat belajar cara untuk bergerak balas secara automatik terhadap
ransangan yang dahulunya tidak memberi kesan kepadanya. Contoh proses pembelajaran
ini termasuklah gerak balas emosi seperti takut dan seronok serta gerak balas fisiologi
seperti ketegangan otot. Gerak balas luar kawal ini boleh dipelajari dan menjadi suatu
kebiasaan supaya ia akan berlaku secara automatik dalam situasi tertentu.

Misalnya seorang kanak-kanak pada mulanya sangat suka menaiki basikal tetapi selepas
mengalami suatu kemalangan teruk dengan basikal itu, dia menjadi sangat takut pada
basikal dan tidak mahu menaiki basikal lagi. Basikal yang merupakan ransangan neutral
pada mulanya sekarang membawa garak balas takut secara automatik. Contoh-contoh
lain dalam pembelajaran negatif termasuklah benci pada sekolah kerana sesuatu
kekecewaan yang dialami di sekolah, jatuh sakit semasa menjalani ujian kerana pernah
mengalami kegagalan sebalum ini dan didenda akibat kegagalan itu.
Misalnya, jika seseorang pelajar itu selalu memperolehi pencapaian cemerlang di
sekolah, dia akan sentiasa mempunyai keyakinan menghadapi tugas pembelajaran yang
baru. Begitu juga murid-murid yang berjaya dalam algebra akan lebih bersedia dan lebih
yakin untuk mencuba trigonometri.

Ini dapat dilaksanakan seperti berikut :

6.2.1 PENCEGAHAN

Untuk mencegah perkembangan tindak balas emosi yang negatif dalam situasi sekolah,
guru haruslah menghubungkaitkan ransangan positif dengan pengalaman di sekolah.
Misalnya, mewujudkan suasana yang selesa dan menarik dalam bilik darjah dan sekolah.
Guru juga harus menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan
tugasan pembelajaran.

6.2.2 PEMULIHAN

Apabila seseorang mengalami perasaan takut atau bimbang terhadap sesuatu aspek
sekolah, prinsip pemusnahan boleh digunakan untuk menghapuskan perasaan negatif itu.
Cara ini boleh menggalakkan pelajar menghadapi situasi masalah tersebut tetapi guru
haruslah memastikan perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Misalnya, jika
seorang pelajar takut untuk memegang cacing tanah, pelajar itu hendaklah menyentuh
cacing itu sekiranya guru pasti tindakan itu tidak akan menimbulkan kesan yang negatif.
Selepas beberapa kali menyentuh cacing, pelajar itu akan berani memegang cacing
apabila perasaan takut itu dapat dihapuskan.

6.2.3 PENGHAPUSAN BERANSUR

Kadangkala perasaan takut yang dialami oleh pelajar tidak dapat dihapuskan dengan
serta-merta kerana pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Kebimbangan ini akan terus mengganggu pembelajaran pelajar itu menyebabkan masalah
yang dihadapi bertambah berat. Satu cara menyelesaikan masalah itu ialah dengan
menghapuskan perasaan takut secara beransur-ansur. Misalnya, sekiranya seorang murid
itu takut menhadapi ujian, guru bolehlah memberikan pelajar ini tugas ringkas, kuiz
kumpulan, soalan pendek dan aktiviti penilaian dalam kumpulan kecil. Apabila pelajar itu
telah bersedia dan merasa yakin barulah dia disuruh menjalani uijian.

Pelaziman klasik memberi garis panduan bagi proses pengajaran dan pembelajaran
seperti berikut :
v Menghubungkaitkan perkara-perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan
pembelajaran.
v Menggalakkan pelajar berdamping dengan situasi yang menakutkan sekiranya tindakan
itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.
v Sekiranya perasaan takut yang dialami murid mencapai tahap yang serius, rangkakan
langkah-langkah kecil untuk menyelesaikan secara beransur-ansur.
v Membantu murid membezakan keadaan yang dapat menyebabkan sesuatu tingkah laku
sesuai atau tidak sesuai.

6.3 PELAZIMAN OPERAN : MENCUBA GERAK BALAS BARU

Kadangkala dalam proses pembelajaran, pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses
itu. Tindakan sengaja ini berlaku kerana pelajar itu “beroperasi” dalam persekitaran.
Tingkah laku (apa jua pergerakan) tindakan sengaja yang semakin bertambah
kekerapannya disebut “operan”. Pelaziman operan pula merupakan satu proses
pembelajaran yang melibatkan tingkah laku tindakan sengaja itu diulang pada masa
hadapan. Misalnya, seorang pelajar akan lebih rajin membuat sesuatu tugasan sekiranya
kegiatan ini dapat menghasilkan ganjaran atau pujian.

Kesan atau akibat daripada tingkah laku pelaziman operan disebut peneguhan. Peneguhan
dapat menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki. Terdapat dua
jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif
merujuk kepada kehadiran sesuatu ransangan yang digunakan untuk menghasilkan
tingkah laku yang diingini, misalnya ganjaran wang, hadiah dan pujian. Peneguhan
negatif melibatkan penghapusan ransangan yang tidak diingini untuk menggalakkan hasil
tingkah laku yang dikehendaki. Penghapusan ransangan negatif juga menambahkan
kekerapan tingkah laku itu. Misalnya, seorang murid akan menyiapkan tugasannya dalam
masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada dimarahi oleh guru. Ransangan
“dimarahi” merupakan peneguhan negatif. Peneguhan positif melibatkan penambahan
sesuatu ransangan tetapi peneguhan negatif pengurangan ransangan itu. Malah kedua-dua
peneguhan ini menggalakkan sesuatu tingkah laku berlaku dengan lebih kerap lagi.

Perlu diingatkan bahawa peneguhan negatif berbeza daripada denda. Denda digunakan
untuk mengurangkan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Sesuatu tingkah laku itu
diandaikan tidak akan berulang lagi selepas denda dikenakan. Denda boleh dilaksanakan
dalam dua cara untuk menggalakkan pembelajaran. Pertama menggunakan satu
ransangan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Misalnya memberikan
tugasan tambahan kepada murid, mendenda murid berlari keliling padang, atau merotan.
Kedua ialah denda yang berkaitan dengan melucutkan sesuatu ransangan. Guru atau ibu
bapa tidak memberikan sesuatu keistimewaan kepada anak-anak yang tidak berkelakuan
baik. Misalnya, anak itu tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu.

Contoh : Dikecualikan daripada membuat latihan


Perlucutan denda
Contoh : Tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu

Tingkah laku juga boleh dipengaruhi oleh kata petua sebelum ia berlaku. Petua ialah
tindakan memberi ransangan sebelum sesuatu tingkah laku berlaku dengan tujuan untuk
memperolehi corak tingkah laku itu. Dalam pembelajaran bilik darjah, guru boleh
mengingatkan murid dengan kata petua seperti “untuk menyelesaikan masalah ini, sila
rujuk kepada .....”. Apabila murid melakukan tingkah laku yang sesuai dengan
berpandukan petua itu, guru hendaklah memberi peneguhan ke atas pencapaian murid
untuk menggalakkan pembelajaran lanjutan.

Sebagai rumusan, pelaziman operan dapat dilaksanakan dalam bilik darjah dengan cara-
cara berikut :
v Pastikan peneguhan diberikan bagi tingkah laku positif dalam bilik darjah.
v Berikan peneguhan yang banyak semasa mewujudkan tingkah laku yang baru.
v Selepas tingkah laku baru diwujudkan teruskan memberi peneguhan untuk memelihara
kesinambungan tingkah laku itu.
v Gunakan petua untuk membina tingkah laku baru.

7.0 AKTIVITI

Aktiviti yang kumpulan kami jalankan selepas pembentangan adalah memberikan latihan
bagi menguji kefahaman rakan-rakan terhadap isi pembentangan. Tajuk bagi latihan
tersebut ialah Teori Pelaziman Operan Skinner di bawah Teori Behavioris. Teori
Behavioris ini pula terletak di bawah tajuk Teori Pembelajaran.

Isi yang kami ingin rakan-rakan penuhi di dalam lembaran kertas yang diberikan adalah
mengenai eksperimen yang terdapat di dalam teori tersebut, jenis-jenis beserta contoh
bagi setiap jenis, implikasi Skinner dalam bilik darjah dan implikasi Behavioris di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Antara jawapan yang diberikan ialah eksperimen Skinner dengan tikus dan burung
merpati. Jenis-jenis pula ialah peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip
premack dan pelupusan. Contoh-contoh adalah pelajar berjaya menjawab soalan, guru
memberi pujian; pelajar tidak menyiapkan tugasan, guru menegur sikap pelajar tersebut;
pelajar membuat bising di dalam kelas, guru menyuruh pelajar yang bising keluar kelas;
seorang kanak-kanak hanya dibenarkan oleh ibunya untuk bermain selepas makan sayur;
serta palajar yang takut ketika membuat pembentangan akan berterusan jika guru tidak
membantunya.

Implikasi Skinner dalam bilik darjah ialah pemberian peneguhan yang positif seperti
pujian, wang, motivasi dan lain-lain; menggunakan prinsip penghapusan dalam bilik
darjah; serta motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Bagi implikasi Behavioris
pula adalah menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan
pembelajaran; berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang
baru; serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan sekiranya
tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.