Anda di halaman 1dari 11

4.

0 JENIS

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu
peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan
pelupusan.

4.1 PENEGUHAN POSITIF

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan


itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan
lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu
bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah


adalah seperti memberikan kata–kata pujian selepas pelajar melakukan
sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk
bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menunjukkan
satu contoh peneguhan positif.

Tingkah Laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku Masa Hadapan
Pelajar kemukakan soalan dengan baik
Guru memuji pelajar
Pelajar kemukan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar


menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga
mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja
yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi
peneguhan.

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi


kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa
memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang
spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan.

4.2 PENEGUHAN NEGATIF

Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja
rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran
bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak
(membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak
diingini (leteran bapa). Jadual menunjukkan satu lagi contoh peneguhan
negatif.

Tingkah laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku masa hadapan
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.
Guru menegur pelajar
Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

4.3 DENDAAN

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau


mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya,
dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan
dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Tingkah laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku masa hadapan
Pelajar membuat bising dala kelas.
Guru membuat amaran kepada pelajar.
Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Dendaan boleh dibahagi kepada 2 bentuk iaitu yang pertama ialah


dendaan persembahan dan kedua dendaan penyingkiran.
4.3.1 DENDAAN PERSEMBAHAN

Dendaan persembahan (presentation punishment), berlaku apabila


sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah
laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi
dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem dimerit atau
guru memberi kerja tambahan.

4.3.2 DENDAAN PENYINGKIRAN

Dendaan penyingkiran (removel punishment), berkaitan dengan


penyingkiran ransangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak
memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul.
Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak
membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu
sebab mereka tidak membuat kerja rumah Sains.

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu


diambil kira. Antaranya ialah dendaan perlu dilakukan dengan segera,
sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Seterusnya orang yang
menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan juga
dilakukan atas dasar untuk mengubah kelakuan bukan sebagai balasan
perlakuan dan yang terakhir hukuman mestilah tekal iaitu si A kena 3 rotan
si B juga kena 3 rotan.

Ada setengah pendapat mengatakan denda boleh menghasilkan gangguan


emosi serta persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap
deraan serta menyebabkan berlakunya tingkah laku yang negatif, seperti
pengasingan diri, rasa rendah diri, serta mengganggu perkembangan
emosi dalam jangka masa yang panjang.

4.4 PRINSIP PREMACK

Prinsip premack ialah mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti


yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang
kurang di minati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai ”Grandma’s Rule”
yang berasaskan kenyataan, ”kamu boleh keluar bermain selepas kamu
habis memakan sayur-sayuran”. Sebagai guru, kita boleh menyelangkan
aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah
untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.

4.5 PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus


dengan sendirinya. Keadaan ini boleh diatasi dengan adanya peneguhan
untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi
digunakan serta guru perlu sabar dalam menghadapi proses pelupusan,
kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

5.0 IMPLIKASI SKINNER

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata


perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku
yang dikehendaki. Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima
bintang kerana berjaya menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah.
Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin
berulangnya tingkah laku yang positif. Objektif tingkah laku yang realistik
dan penguasaan kemahiran secara berperingkat. Guru memastikan objektif
pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak terlalu tinggi atau terlalu
rendah arasnya. Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar. Guru juga
perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak secara
berperingkat-peringkat ( seperti burung merpati bermain ping-pong )
supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua


situasi yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan
diskriminasi dengan betul. Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi
dalam bilik darjah. Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada
situasi B. Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang
sama dalam situasi yang berlainan. Contohnya, sesetengah pelajar takut
untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar
tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan
yang hampir sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan
berasa begitu takut kerana dia sudah biasa membuat ujian bulanan. Bagi
diskriminasi rangsangan pula, guru perlu memastikan bahawa pelajar
memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan
rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P. Sebagai
contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu
dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka pelajar akan memberi perhatian
yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif
pelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi
antara maklumat penting dan kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan


gerak balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk
gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh,
apabila guru masuk ke kelas ( rangsangan ) pelajar berdiri dan
mengucapkan ” Selamat Pagi ” ( gerak balas ). Guru pun memuji pelajar.
Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap
kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak
balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan dikaitkan
dengan gerak balas semakin kukuh gerak balas terlazim. Sebagai contoh,
seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk
kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada
pujian daripada guru. Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku
pembelajaran yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan
aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.

Motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan


pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal
tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki dalam P&P. Sebagai contoh,
guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian, hadiah, kata-kata
perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku yang diingini.
Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi
maksud penghapusan pula, jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan
ia boleh dikikiskan secara perlahan-lahan. Sebagai contoh, guru boleh
mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi P&P.
Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan
kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.
Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan
yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri. Akhir
sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas. Ini dapat
menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.
6.0 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PROSES
PEMBELAJARAN

Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam


situasi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Tingkah laku murid
kadang-kadang berusul daripada ikatan R-G dan kesan daripada pertalian
dan peneguhan.

6.1 PERHUBUNGAN : PEMBELAJARAN MELALUI PERHUBUNGAN

Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh


berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama
lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat
menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman
dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang
berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara
yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Proses perhubungan ini
dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :

6.1.1 PENGULANGAN

Memadankan ransangan dengan gerak balas yang betul secara berulang-


ulang dapat menghasilkan pembelajaran. Contohnya :

Ransangan
Gerak balas
Sifir seperti 4 X 6
Ibu kota Malaysia ialah
Daun hijau mengandungi
24
Kuala Lumpur
klorofil

6.1.2 STEREOTAIP

Pembelajaran boleh menghasilkan kesan kukuh pada diri seseorang untuk


membuat sesuatu atau menhinterpretasikan sesuatu perkara. Misalnya,
cara menyimpan alat selepas digunakan; atau cara menyelesaikan
masalah matematik yang sama jenis. Contohnya : x + 4 = 8, jadi x = 8 – 4 =
4. Seterusnya dapat menyelesaikan 2y – 2 = 6.
6.2 PELAZIMAN KLASIK : MENGHASILKAN GERAK BALAS AUTOMATIK
DENGAN RANSANGAN BARU

Manusia dan haiwan dapat belajar cara untuk bergerak balas secara
automatik terhadap ransangan yang dahulunya tidak memberi kesan
kepadanya. Contoh proses pembelajaran ini termasuklah gerak balas
emosi seperti takut dan seronok serta gerak balas fisiologi seperti
ketegangan otot. Gerak balas luar kawal ini boleh dipelajari dan menjadi
suatu kebiasaan supaya ia akan berlaku secara automatik dalam situasi
tertentu.

Misalnya seorang kanak-kanak pada mulanya sangat suka menaiki basikal


tetapi selepas mengalami suatu kemalangan teruk dengan basikal itu, dia
menjadi sangat takut pada basikal dan tidak mahu menaiki basikal lagi.
Basikal yang merupakan ransangan neutral pada mulanya sekarang
membawa garak balas takut secara automatik. Contoh-contoh lain dalam
pembelajaran negatif termasuklah benci pada sekolah kerana sesuatu
kekecewaan yang dialami di sekolah, jatuh sakit semasa menjalani ujian
kerana pernah mengalami kegagalan sebalum ini dan didenda akibat
kegagalan itu.

Misalnya, jika seseorang pelajar itu selalu memperolehi pencapaian


cemerlang di sekolah, dia akan sentiasa mempunyai keyakinan
menghadapi tugas pembelajaran yang baru. Begitu juga murid-murid yang
berjaya dalam algebra akan lebih bersedia dan lebih yakin untuk mencuba
trigonometri.

Ini dapat dilaksanakan seperti berikut :

6.2.1 PENCEGAHAN

Untuk mencegah perkembangan tindak balas emosi yang negatif dalam


situasi sekolah, guru haruslah menghubungkaitkan ransangan positif
dengan pengalaman di sekolah. Misalnya, mewujudkan suasana yang
selesa dan menarik dalam bilik darjah dan sekolah. Guru juga harus
menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan
tugasan pembelajaran.

6.2.2 PEMULIHAN

Apabila seseorang mengalami perasaan takut atau bimbang terhadap


sesuatu aspek sekolah, prinsip pemusnahan boleh digunakan untuk
menghapuskan perasaan negatif itu. Cara ini boleh menggalakkan pelajar
menghadapi situasi masalah tersebut tetapi guru haruslah memastikan
perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Misalnya, jika seorang
pelajar takut untuk memegang cacing tanah, pelajar itu hendaklah
menyentuh cacing itu sekiranya guru pasti tindakan itu tidak akan
menimbulkan kesan yang negatif. Selepas beberapa kali menyentuh
cacing, pelajar itu akan berani memegang cacing apabila perasaan takut
itu dapat dihapuskan.

6.2.3 PENGHAPUSAN BERANSUR

Kadangkala perasaan takut yang dialami oleh pelajar tidak dapat


dihapuskan dengan serta-merta kerana pelajar tersebut tidak dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kebimbangan ini akan terus
mengganggu pembelajaran pelajar itu menyebabkan masalah yang
dihadapi bertambah berat. Satu cara menyelesaikan masalah itu ialah
dengan menghapuskan perasaan takut secara beransur-ansur. Misalnya,
sekiranya seorang murid itu takut menhadapi ujian, guru bolehlah
memberikan pelajar ini tugas ringkas, kuiz kumpulan, soalan pendek dan
aktiviti penilaian dalam kumpulan kecil. Apabila pelajar itu telah bersedia
dan merasa yakin barulah dia disuruh menjalani uijian.

Pelaziman klasik memberi garis panduan bagi proses pengajaran dan


pembelajaran seperti berikut :
v Menghubungkaitkan perkara-perkara yang positif dan menyenangkan
dengan tugasan pembelajaran.
v Menggalakkan pelajar berdamping dengan situasi yang menakutkan
sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.
v Sekiranya perasaan takut yang dialami murid mencapai tahap yang
serius, rangkakan langkah-langkah kecil untuk menyelesaikan secara
beransur-ansur.
v Membantu murid membezakan keadaan yang dapat menyebabkan
sesuatu tingkah laku sesuai atau tidak sesuai.
6.3 PELAZIMAN OPERAN : MENCUBA GERAK BALAS BARU

Kadangkala dalam proses pembelajaran, pelajar melibatkan diri secara


aktif dalam proses itu. Tindakan sengaja ini berlaku kerana pelajar itu
“beroperasi” dalam persekitaran. Tingkah laku (apa jua pergerakan)
tindakan sengaja yang semakin bertambah kekerapannya disebut
“operan”. Pelaziman operan pula merupakan satu proses pembelajaran
yang melibatkan tingkah laku tindakan sengaja itu diulang pada masa
hadapan. Misalnya, seorang pelajar akan lebih rajin membuat sesuatu
tugasan sekiranya kegiatan ini dapat menghasilkan ganjaran atau pujian.

Kesan atau akibat daripada tingkah laku pelaziman operan disebut


peneguhan. Peneguhan dapat menambahkan kekerapan sesuatu tingkah
laku yang dikehendaki. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan
positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif merujuk kepada
kehadiran sesuatu ransangan yang digunakan untuk menghasilkan tingkah
laku yang diingini, misalnya ganjaran wang, hadiah dan pujian. Peneguhan
negatif melibatkan penghapusan ransangan yang tidak diingini untuk
menggalakkan hasil tingkah laku yang dikehendaki. Penghapusan
ransangan negatif juga menambahkan kekerapan tingkah laku itu.
Misalnya, seorang murid akan menyiapkan tugasannya dalam masa yang
ditetapkan untuk mengelakkan daripada dimarahi oleh guru. Ransangan
“dimarahi” merupakan peneguhan negatif. Peneguhan positif melibatkan
penambahan sesuatu ransangan tetapi peneguhan negatif pengurangan
ransangan itu. Malah kedua-dua peneguhan ini menggalakkan sesuatu
tingkah laku berlaku dengan lebih kerap lagi.

Perlu diingatkan bahawa peneguhan negatif berbeza daripada denda.


Denda digunakan untuk mengurangkan atau menghalang sesuatu tingkah
laku. Sesuatu tingkah laku itu diandaikan tidak akan berulang lagi selepas
denda dikenakan. Denda boleh dilaksanakan dalam dua cara untuk
menggalakkan pembelajaran. Pertama menggunakan satu ransangan
untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Misalnya
memberikan tugasan tambahan kepada murid, mendenda murid berlari
keliling padang, atau merotan. Kedua ialah denda yang berkaitan dengan
melucutkan sesuatu ransangan. Guru atau ibu bapa tidak memberikan
sesuatu keistimewaan kepada anak-anak yang tidak berkelakuan baik.
Misalnya, anak itu tidak dibenarkan menonton televisyen selama
seminggu.
Contoh : Dikecualikan daripada membuat latihan
Perlucutan denda
Contoh : Tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu

Tingkah laku juga boleh dipengaruhi oleh kata petua sebelum ia berlaku.
Petua ialah tindakan memberi ransangan sebelum sesuatu tingkah laku
berlaku dengan tujuan untuk memperolehi corak tingkah laku itu. Dalam
pembelajaran bilik darjah, guru boleh mengingatkan murid dengan kata
petua seperti “untuk menyelesaikan masalah ini, sila rujuk kepada .....”.
Apabila murid melakukan tingkah laku yang sesuai dengan berpandukan
petua itu, guru hendaklah memberi peneguhan ke atas pencapaian murid
untuk menggalakkan pembelajaran lanjutan.

Sebagai rumusan, pelaziman operan dapat dilaksanakan dalam bilik darjah


dengan cara-cara berikut :
v Pastikan peneguhan diberikan bagi tingkah laku positif dalam bilik darjah.
v Berikan peneguhan yang banyak semasa mewujudkan tingkah laku yang
baru.
v Selepas tingkah laku baru diwujudkan teruskan memberi peneguhan
untuk memelihara kesinambungan tingkah laku itu.
v Gunakan petua untuk membina tingkah laku baru.

7.0 AKTIVITI

Aktiviti yang kumpulan kami jalankan selepas pembentangan adalah


memberikan latihan bagi menguji kefahaman rakan-rakan terhadap isi
pembentangan. Tajuk bagi latihan tersebut ialah Teori Pelaziman Operan
Skinner di bawah Teori Behavioris. Teori Behavioris ini pula terletak di
bawah tajuk Teori Pembelajaran.

Isi yang kami ingin rakan-rakan penuhi di dalam lembaran kertas yang
diberikan adalah mengenai eksperimen yang terdapat di dalam teori
tersebut, jenis-jenis beserta contoh bagi setiap jenis, implikasi Skinner
dalam bilik darjah dan implikasi Behavioris di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Antara jawapan yang diberikan ialah eksperimen Skinner dengan tikus dan
burung merpati. Jenis-jenis pula ialah peneguhan positif, peneguhan
negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan. Contoh-contoh adalah
pelajar berjaya menjawab soalan, guru memberi pujian; pelajar tidak
menyiapkan tugasan, guru menegur sikap pelajar tersebut; pelajar
membuat bising di dalam kelas, guru menyuruh pelajar yang bising keluar
kelas; seorang kanak-kanak hanya dibenarkan oleh ibunya untuk bermain
selepas makan sayur; serta palajar yang takut ketika membuat
pembentangan akan berterusan jika guru tidak membantunya.

Implikasi Skinner dalam bilik darjah ialah pemberian peneguhan yang


positif seperti pujian, wang, motivasi dan lain-lain; menggunakan prinsip
penghapusan dalam bilik darjah; serta motivasi membangkitkan tingkah
laku positif. Bagi implikasi Behavioris pula adalah menghubungkaitkan
perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran;
berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang
baru; serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan
sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.

Anda mungkin juga menyukai