Anda di halaman 1dari 5

Budi Bahasa dan Nilai Murni

Khazan
Malaysia hari ini, situasi negara semakin maju dan membangun dengan kepesatan dalam pelbagai
bidang termasuklah pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, masyarakat yang berilmu
dan juga masyarakat yang berdaya maju.

Tambahan pula, prinsip pembangunan tersebut digilap dengan asas keIslaman yang dipandang
sebagai suatu teori sejajar dengan kemajuan masyarakat. Islam Hadhari menjadi satu garis
panduan berasaskan prinsip sebenar Islam di dalam menggalakkan peningkatan terhadap
kemajuan dan pembangunan yang seterusnya akan menjamin kualiti hidup.

Masyarakat pula semakin sedar untuk hidup berlumba-lumba mempertingkatkan status


kedudukan sebagai suatu kelompok yang berdaya maju dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal
dan permasalahan serta keperluan negara. Dengan sikap majoriti secara dominan sebagai suatu
masyarakat produktif dan berwibawa, maka negara kita semakin menuju ke arah kecemerlangan,
kegemilangan dan terbilang.

Di sebalik pembangunan fizikal dan kebendaan tersebut, kita sebagai masyarakat yang terbilang
perlu mempunyai agenda tersendiri agar tidak semata-mata hanya mempunyai infrastruktur kelas
pertama tetapi memiliki mentaliti kelas ketiga. Masyarakat perlu memperkukuh lagi aspek budi
bahasa dan nilai-nilai murni yang semakin diabaikan sejak akhir-akhir ini.

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada kesedaran mengenai asal usul dan acuan kita sendiri yang
boleh dilabelkan sebagai "Orang Timur". Orang Timur bukan hanya dikenali dengan penilaian
rupa bentuk fizikal sahaja. Akan tetapi kita mewarisi satu khazanah paling berharga yang yang
menjadikan kita sebagai masyarakat Timur yang berwibawa.

Dari aspek kenegaraan pula, Perdana Menteri kita pada 11 Januari 2005 lalu menggambarkan
bahawa "Budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda
sebuah negara maju." Demikian diucapkan pada majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa dan
Nilai-nilai Murni.

Demikianlah betapa pentingnya peranan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam aspek kemajuan
kita "sendiri" sebagai masyarakat timur atau masyarakat ‘melayu'. Kepentingannya adalah
meliputi matlamat Malaysia yang mempunyai matlamat mencapai Wawasan 2020 dan menjadi
bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Matlamat yang lebih penting di sebaliknya
adalah menjadi sebuah masyarakat yang maju mengikut cara kita sendiri dengan erti kata
menambahkan peningkatan hidup dan kemajuan tanpa mengurangi nilai-nilai penting khazanah
bangsa kita sendiri.

Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan sekadar perlu dipertahankan
bahkan perlu diperkayakan lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta sentiasa
berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi ke generasi seterusnya. Usaha kita
mempertahankan budaya dan adat resam perlu juga disertai dengan aspek tingkah laku berbudi
bahasa.
Malaysia memerlukan pembangunan nilai dan budaya yang betul. Nilai-nilai yang terlibat adalah
seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, amanah dan akauntabiliti. Dengan ini, kita bukan
sahaja mampu membentuk aspek pembangunan luaran semata-mata, akan tetapi perlu juga
memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan
masyarakat kita sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

Walaupun berbudi bahasa dan nilai-nilai murni itu secara istilahnya bukan disebut sebagai
Akhlak mulia, namun ia tetap membawa maksud yang sama. Sesuai dengan galakan agama yang
menyatakan kepentingan menjaga suara hati dan pertuturan sebagai garis permulaan
mempertingkatkan budi pekerti diri. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Allah tidak suka
kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan
kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa
mendengar,lagi maha mengetahui." (Surah an-Nisa'ayat 148)

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap
berlemah lembut dalam semua perkara."

Budi bahasa dan nilai-nilai murni harus dipraktikkan di setiap aspek kehidupan agar keindahan
Islam itu akan memberi kesan baik yang menyeluruh terhadap kemaslahatan sesebuah
masyarakat.

Masyarakat kini digesa untuk menghidupkan dan menghangatkan kembali nilai murni dalam
kehidupan seharian. Walau apa pun status dan kerjaya kita sebagai seorang generasi millenium
atau kita terlibat dengan penglibatan antarabangsa, maka berpasak teguhlah pada peribadi budi
seorang yang berbudi bahasa.

Kemajuan dunia merangsang kita untuk bekerja, berdaya maju dan berusaha. Tetapi jangan
sampai kemajuan itu mengajarkan kita pada perkara yang sebaliknya. Iaitu mengurangi nilai-nilai
murni yang sedia ada dan pernah menjadi suatu kebanggaan atau aset bangsa.

Setiap golongan dan peringkat memainkan peranan untuk bekerjasama mempertahan dan
memperkukuhkan budaya menjadikan budi bahasa dan pengamalan nilai-nilai murni sebagai satu
cara dan gaya hidup berkesinambungan. 

Permulaan yang baik adalah bermula daripada institusi keluarga yang menekankan
tanggungjawab memberi pendidikan berdasarkan autoriti ibu bapa kepada anak-anak. Permulaan
daripada kelompok keluarga adalah lebih berkesan dan lebih sesuai dijadikan sebagai tempat
berkesinambungannya khazanah budaya berbudi bahasa dan nilai-nilai murni.

Dalam memanfaatkan kepentingan budi bahasa dan pengamalan nilai-nilai murni sebagai satu
agenda pembangunan material dan mentaliti, adalah suatu yang perlu untuk membudaya dan
memperteguhkan etika kerja berdasarkan pendekatan tersebut. Anggota perkhidmatan awam dan
jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan penguatkuasaan seperti polis,
imigresen dan semua yang terlibat dengan khidmat pelanggan khususnya haruslah memberi
perkhidmatan dengan penuh beradab. Tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa membantu
adalah tunggak kecemerlangan bagi sesebuah perkhidmatan.
Suatu masa dahulu, senario di sekitar pengangkutan awam pernah menggambarkan suasana
kesopanan dan budi bahasa yang boleh dibanggakan. Namun sekarang, masyarakat boleh merasa
malu untuk mempraktikkan nilai-nilai murni di khalayak ramai kerana keprihatinan telah
berkurang sehingga boleh muncul mentaliti mempersenda nilai-nilai yang baik.

Secara tidak sedar, pelbagai gejala negatif akan boleh timbul akibat daripada kepupusan budi
bahasa dan nilai murni. Orang timur pada kebiasaannya memang lemah lembut dan sensitif
jiwanya terhadap budi bicara. Hubungan dan keharmonian boleh porak peranda hanya kerana
kekurangan budi bahasa. Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
binasa".

Kalau tiada nilai-nilai murni, maka rosaklah tingkah laku masyarakat kita. Kerosakannya bukan
hanya menyentuh aspek kesihatan atau kecacatan jiwa, bahkan menular ke pembangunan fizikal.
Mentaliti kita adalah membina. Bukan merosak apa yang telah terbina. Tanpa nilai murni, remaja
kita berperangai sewenang-wenangnya. Membudayakan vandalisme, gangsterisme, samseng
jalanraya, gangguan seksual dan pelbagai jenis perlakuan delinkuen akan menjadi sorakan di
persekitaran negara kita.

Justeru, setiap pihak perlu positif dan turut serta membudayakan budi bahasa dan nilai murni
sebagai gaya hidup yang sempurna. Perjuangan sebuah bangsa itu bukan sekadar
mempertahankan kuasa dan labelnya sebagai suatu ‘bangsa'. Tetapi harus diingat juga bahawa
praktik di samping mempertahan dan memperkukuhkan khazanah bangsa adalah sangat
bermakna.

Kerajaan negeri Johor mengenai agenda ini mempunyai pendekatan tersendiri yang bersifat
holistik atau menyeluruh. Di bawah program Pembangunan Beridentiti, telah banyak program-
program yang bermanfaat telah dirangka bagi mempastikan pembangunan masyarakat itu sejajar
dengan mutu identiti tersendiri.

Di dalam memartabatkan khazanah budaya, sikap berbudi bahasa dan nilai-nilai murni, program
pembentukan dan didikan kekeluargaan dikenal pasti sebagai satu pendekatan paling efektif dan
mesra masyarakat. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim di negeri Johor telah
menjalankan peranannya mendidik institusi keluarga melalui Modul Keluarga Sakinah yang
menyentuh setiap peringkat kekeluargaan dari permulaan hidup hinggalah ke akhir hayat. Modul
tersebut dikesan dapat menyerapkan sentimen mengamalkan nilai-nilai murni di peringkat
keluarga.

Pemupukan nilai-nilai murni ini juga diserapkan melalui pendekatan tidak langsung menerusi
program-program sihat di dalam memastikan kebudayaan dan kesenian adalah seiring dengan
pembangunan ekonomi dan fizikal. Kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap
pembangunan seni dan budaya yang meliputi bidang teater, permainan tradisional, seni tari,seni
muzik, seni silat, pemuliharaan budaya, Kembara Puisi Darul Ta'zim dan sebagainya.
Penglibatan-penglibatan ini diharap dapat memberikan kesan halus kepada masyarakat Johor
untuk menghayati nilai-nilai murni di sebalik kebudayaan-kebudayaan tertentu.
Program-program Gaya Hidup Sihat juga banyak menitik beratkan sumber nilai-nilai murni
apabila kerajaan menggalakkan penglibatan sukarela daripada hampir setiap golongan menyertai
Program Rakan Muda, J-Robik, Belia dan PROSTAR.

Negeri Johor akan terus menerus mempertahankan budaya agar nilai-nilai murni dan budi bahasa
yang dianggap paling penting di dalam pengamalan budaya itu dapat diperah dan menjadi identiti
masyarakat secara umumnya.

Tegak rumah kerana sendi,


Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.

Oleh MOHD FADZLI ABU BAKAR


http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=117&Itemid=34

pejabat menteri besar johor,2006

ahasa Jiwa Bangsa


 

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh
masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap
budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita
lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang
diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan,
Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka
masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa
budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur
bahasa melayu tanpa mengambil  kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini
menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita tuturkan
berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam
kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara kita sebagai
masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Kita
kagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat
yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina,
India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa
Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia
sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan tetamu dengan sopan. Pantun
Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya


nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan.
Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya
mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainya berbunyi:

Kalau cakap tidak cermat,


Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.

Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham
Tan Sri P.Ramlee iaitu:

Tiada kata secantik bahasa,


Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang
bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. 

sumber maklumat : Berita Harian

 
Sejak 14 November, 2008

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7137:bahasa-jiwa-
bangsa&catid=36:mengenai-pendidikan

Anda mungkin juga menyukai