Anda di halaman 1dari 5

'Program Teaching School' di SK Seri Relau

Oleh: Khoo Bee Lee, PhD.

Program 'Teaching School' yang dikendalikan oleh JIP di SK Seri Relau untuk semester 2,
2010 telah dijalankan antara bulan Julai sehingga Oktober bagi program "SandPlay" untuk pelajar
tahun 5 Arif (kelas terakhir dalam darjah 5). Seramai 21 orang pelajar dalam kelas itu mengikuti
program tersebut.

Tenaga pengajar dari JIP merupakan Dr. Khoo Bee Lee dan En. Kamil Nasuruddin. Teknik
"Sand Play" asalnya merupakan salah satu teknik kaunseling untuk membantu pelajar yang
memerlukan bimbingan. Dalam keadaan sekolah ini, kaedah "SandPlay" menjadi ABM untuk
menarik perhatian pelajar agar berminat dalam P&P pembelajaran kelak.

Dalam kajian kes ini, selama 2 jam (45 min bermain & 45 min mengarang) bermain sambil
belajar untuk tajuk "keluarga saya" telah dicuba oleh kebanyakan pelajar dalam kelas tersebut.
Selepas bimbingan, keterangan dan Q&A maka pelajar tersebut disuruh mengarang sebuah
karangan berdasarkan tajuk tersebut dengan kaedah yang penuh dengan gaya imaginasi, kreatif,
idea asal dan spontan telah berjaya dihasilkan. Malah, mereka berjaya menyiapkan karangan dalam
jangka masa yang singkat.

Sand Play
Pelajar 5 Arif SK Seri Relau (21 orang)

Alat-alat permainan "Sand Play".


Pembentukan gambaran "SandPlay" oleh seorang murid perempuan
yang amat mementingkan unsur kesenian, kekeluargaan & secara
sistematik susunan alatannya.

Bentuk gambaran rumah adik lelaki yang sukakan unsur


"peperangan & keganasan".
Gambaran rumah oleh pelajar yang 'last' pencapaian akademik dalam
kelas tetapi amat sukakan permainan psikomotor dan unsur kesenian.

Gambaran oleh seorang adik lelaki yang baru 'transfer' ke sekolah ini
yang mereka "SandPlay" secara 'free style'..., tidak mengikut arahan
guru (berunsur kreativiti & idea rekaciptanya tidak suka dikongkong).
Selepas berjaya menyiapkan karangan dalam jangkamasa yang ditetapkan,
para pelajar (18 daripada 21) berpeluang bergambar bersama serta dihargai
dengan hadiah berkait pencapaian mereka dalam karangan yang kreatif!

Anda mungkin juga menyukai