Anda di halaman 1dari 14

KREATIVITI :PERANAN

DAN PENGARUH
LUKISAN KEPADA
KANAK-KANAK
VIKTOR LOWENFELD
• Kepentingan kreativiti bukan hanya untuk
individu malah masyarakat dan negara
• menggalakkan kreativiti perlu di peringkat
awal kanak-kanak
• Perlu bersepadu dengan persekitaran
(sekeliling)
• Lukisan adalah alat untuk meningkatkan
kreativiti
INTERAKSI MANUSIA DAN LUKISAN
hubungan manusia dan lukisan telah berlangsung
sejak awal ketamadunan manusia, pengaruh yang
berkaitan dengan makna lukisan,
sebab melukis,
nilai dalam lukisan
dan pengertian lukisan yang dihasilkan menerusi
proses menghasilkan lukisan dipindahkan menerusi
peranan seni sebagai luahan perasaan manusia
terhadap dunianya, memahami budaya dan multi
budaya, menjadi pencatat sejarah dunia dan sejarah
perkembangan manusia direkod menerusi bentuk
visual dan imej-imej lukisan
Lukisan dengan kanak-kanak
• Lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal
kepada kanak-kanak yang memudahkan kefahaman dan
pengukuhan sesuatu konsep terutamanya konsep asas
dalam kehidupannya . Howard Gardner(1980)
mencadangkan agar orang dewasa menyediakan
peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti
seni tanpa disekat kerana kanak-kanak meluahkan apa
yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri
menerusi calitan-calitan garisan di atas kertas.
Perkembangan kanak-kanak juga dapat dikesan
menerusi perkembangan kerja-kerja seni mereka.
Abdul Shukor Hashim dalam artikelnya Mengisi Kekosongan
Jiwa Murid, Dewan Budaya Julai 1985 menyatakan,

• “Sifat kreatif telah wujud dalam jiwa kanak-kanak sejak


mereka dilahirkan.
• Perbezaannya cuma sekadar lebih atau kurangnya sifat
tersebut sifat tersebut dari satu individu dengan individu
yang lain.

• Proses-proses pemikiran kreatif ini perlu dijalankan secara


sistematik. Aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif
digabungjalin di dalam proses pembelajaran.
• Kreatif bukan hanya dipancar menerusi hasil karya malah
bagaimana kanak-kanak berhubung dengan karyanya dan
dengan karya orang lain”.
Mengapa LUKISAN ?
• Manusia : otak kanan(oKa) dan otak kiri(oKi)
• kedua-duanya perlu digunakan
• Otak kanan - pemikiran kreatif dan
• otak kiri - pemikiran kritis dan analitikal

Lukisan sebagai satu cabang seni : Bantu membentuk


pemikiran kanak-kanak
lebih awal untuk pengukuhan ingatan
Kekerapan kanak-kanak melukis menggambarkan
banyaknya idea mereka, pengalaman, hubungan
kanak-kanak dengan persekitaran mereka dan
lukisan sebagai bahan non verbal memberi ruang
kepada kanak-kanak untuk menyatakan
perasaannya.

Tidak akan ada dua orang kanak-kanak


menghasilkan lukisan yang sama walaupun tajuknya
sama. Setiap kanak-kanak akan menghasilkan
sesuatu yang berbeza dari rakan yang lain.

Linda Carol(2002)
* menerusi lukisan - memberi ruang kepada
kanak-kanak menyampaikan perasaannya.
Torrance(1970) menjelaskan 4 ciri individu kreatif :
i. Keaslian –keupayaan untuk menghasilkan
sesuatu yang lain, unik
ii. Kelancaran –keupayaan untuk menghasilkan
pelbagai idea, membuat andaian, untuk
menyelesaikan sesuatu
masalah/situasi/tugasan
iii. fleksibel –mengadaptasi perubahan, pelbagai
pendekatan
iv. Penjelasan(elaboration) –keupayaan untuk
membentuk idea yang disertai oleh keterangan
Kaitan Kanak-kanak dengan Pelbagai
Kecerdasan yang membentuk sifat
kreatif

Semua manusia berbeza


Howard Gardner menyatakan setiap
manusia mempunyai kecerdasan pelbagai
tujuh kecerdasan telah dikenalpasti:
berkaitan dengan seni : kecerdasan ruang
, kecerdasan kinestetik.
Seni mampu membina kecerdasan
interpersonal dan kecerdasan intrapersonal
kanak-kanak
Ciri-ciri kreatif yang dapat dilihat semasa
kanak-kanak melukis

kanak-kanak membuat keputusan,


berdikari dan
memupuk rasa kendiri yang tinggi
Mengapa lukisan dikaitkan dengan perkembangan
kanak-kanak ?
Tentunya untuk Perkembangan domain kognitif, psikomotor afektif
• Kanak-kanak gembira apabila dapat menghasilkan
pelbagai imej yang memberi makna dalam masa yang
singkat – emosi mereka
• Kanak-kanak akan terus mencuba sehingga mereka
merasa puas hati terhadap hasil yang akan ditonton oleh
rakan-rakan lain-membina keyakinan diri
• Kanak-kanak tidak pandai menggunakan kata-kata,
justeru lukisan menjadi bahan perantaraan yang paling
berkesan untuk menyatakan perasaan mereka.-
pernyataan emosi
• Lukisan telah dijadikan bahan terapi yang diterima guna
terutama untuk mengatasi masalah kanak-kanak yang
menghadapi tekanan kerana menerusi lukisan koordinasi
tangan, mata, pemikiran dan perasaan membantu
menyembuhkan pesakit.-peningkatan emosi
Lukisan menjadi alat menjana
kreativiti kanak-kanak ?
Proses kreatif -seni
• Mengutamakan proses - bukan produk
• Bereksperimen
• Menyiasat
• Membuat imaginasi(kanak-kanak
mempunyai tahap imiginasi yang tinggi)
• Mengurangkan rasa takut
• Membina keyakinan diri
• Membina interaksi sosial
Contoh karya
Contoh karya

Anda mungkin juga menyukai