Anda di halaman 1dari 6

KAQ1043

BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL KANAK-


KANAK

TUGASAN (INDIVIDU) :
ULASAN JURNAL : KEMAHIRAN ASAS SOSIAL KANAK-KANAK AUTISME DI
PERSEKITARAN SEKOLAH

NAMA : NOOR ELIANA BINTI MOHAMAD

KUMPULAN :C

NO.MATRIK : E20091000285

SEM : 2 SESI 2010/2011

PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NAMA PENSYARAH : CIK ANIS NORMA BINTI JAAFAR


Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan
orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut
melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial (Rohani Abdullah,
2008). Oleh itu, kemahiran sosial amat penting dalam kehidupan manusia. Antara kemahiran
asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain,
berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi
penghargaan (Vijayen a/l Gopal).

Autisme merupakan gangguan perkembangan pervasif (pervasif development disorder).


Menurut American Psychiatric Association (1994), gangguan ini berkisar pada tiga perkara
utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang streotaip
dan terhad. Selain itu, tahap gangguan yang dihadapi tidak sama antara satu individu autisme
dengan individu yang lain (Wing, 1976).

Kanak-kanak autisme juga dikenali sebagai kumpulan bermasalah pembelajaran


(Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran Peringkat Rendah, 1999). Hal ini kerana
mereka tidak dapat mempelajari untuk berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya mereka
dan turut menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran asas sosial (Simpson et al. 1991;
Sewell 1998).

Menurut jurnal yang dibaca, didapati kajian kes yang dilakukan bertujuan untuk
mengenal pasti kemahiran asas sosial yang telah dikuasai oleh kanak-kanak autisme,
mengenal pasti kemahiran asas sosial yang belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme dan
mengenal pasti faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme menguasai dan tidak
menguasai kemahiran asas sosial mengikut pandangan guru dengan menggunakan tiga subjek
dan tiga orang guru yang mengajar subjek. Kajian ini berfokus kepada lima kemahiran asas
sosial sahaja iaitu kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, bertanya
dan meminta, memberi idea dan memberi serta menerima pujian dan penghargaan.

Kajian ini menggunakan method; senarai semak dan temubual. Selain itu, sample kajian
terdiri daripada tiga pelajar lelaki: Ah Meng (10 tahun), Tan (10 tahun) dan Mark (9 tahun).
Pemerhatian dijalankan untuk menilai kemahiran asas sosial yang digunakan oleh ketiga-tiga
subjek ini semasa mereka berinteraksi dengan rakan dan guru di persekitaran sekolah.
Pemerhatian dijalankan sebanyak 16 bagi setiap persekitaran (lapan kali di bilik darjah dan
lapan kali pada waktu rehat). Temubual pula dijalankan ke atas guru yang mengajar subjek
untuk mendapatkan pandangan kemahiran-kemahiran asas sosial kanak-kanak ini. Temubual
ini dirakam dan mengikut jadual temubual yang telah ditetapkan.

Berdasarkan jurnal ini, ketiga-tiga subjek sudah menguasai kemahiran menarik


perhatian orang lain. Namun, Tan (subjek B) lebih menguasai dan menggunakan kemahiran ini
berbanding Ah Meng (subjek A) dan Mark (subjek C). Selain itu, A lebih menguasai sub
kemahiran yang melibatkan lisan berbanding B dan C.

Seterusnya, kemahiran berkongsi dan memberi. B lebih menguasai kemahiran ini


kerana mempamerkan kesemua sub kemahiran berbanding A dan C. Namun, A dan C
menggunakan tindakan menghulurkan tangan dengan benda ataupun dengan tindakan
mengangguk kepala tanda memberi sebagai ganti kepada kemahiran lisan.

Bagi kemahiran bertanya dan meminta, B dan C lebih mempamerkan penguasaan


berbanding A. Hal ini berkemungkinan A memerlukan persekitaran yang berstruktur. Berlainan
pula dengan C, guru menyatakan bahawa C belum menguasai kemahiran bertanya atau
menghulur tangan tetapi dapatan ini bertentangan dengan dapatan pemerhatian. Selain itu, A
menghulurkan tangan untuk meminta sebanyak 10 kali di dalam bilik darjah. Manakala B pula
menggunakan bahasa lembut sebanyak 31 kali di dalam bilik darjah dan 33 kali pada waktu
rehat.

Seterusnya ialah kemahiran memberi idea. Dalam kemahiran ini, B dan C menunjukkan
penguasaan menyeluruh berbanding dengan A. A juga tidak mempamerkan dua daripada
empat sub kemahiran yang melibatkan lisan. Namun, A telah mampu beritahu apa yang boleh
dibuat sebanyak 37 kali di dalam bilik darjah dan 24 kali pada waktu rehat dan menguasai sub
kemahiran memberitahu apa yang boleh buat dan dilakukan dipamerkan sebanyak 22 kali di
dalam bilik darjah dan 2 kali pada waktu rehat. Selain itu, A juga tidak langsung mempamerkan
sub kemahiran suruh ikut yang dibuat atau dilakukan di dalam bilik darjah begitu juga pada
waktu rehat. Hal ini mungkin kerana tidak wujud keperluan untuk tindakan menyuruh ikut.

Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran memberi dan menerima pujian dan
penghargaan. Kemahiran ini mempunyai lapan sub kemahiran. A mempamerkan penguasaan
yang menyeluruh berbanding dua lagi subjek. A menggunakan semua sub kemahiran kecuali
mengucapkan terima kasih. Selain itu, A juga selalu mempamerkan senyuman sebanyak 11 kali
di dalam bilik darjah dan 7 kali pada waktu rehat. Berlainan pula dengan B, B tidak
menunjukkan sebarang sub kemahiran pada waktu rehat dan tidak menunjukkan sub
kemahiran peluk rakan dan “high five”.

Ketiga-tiga guru berpendapat bahawa subjek sudah menguasai kemahiran pengurusan


diri dan kemahiran menegur rakan dan guru. Hal ini mungkin kerana kemahiran pengurusan diri
merupakan syarat kemasukkan ke pendidikan khas, oleh itu kanak-kanak autism sudah
menguasai kemahiran tersebut.

Menurut pandangan guru, faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme menguasai


kemahiran asas sosial adalah kerana guru. Hal ini kerana guru memahami tingkah laku murid
dan tahu cara untuk menanganinya. Selain itu, guru juga menggunakan pengajaran secara
“incidental”. Kaedah ini mampu memupuk kemahiran bertanya secara tidak langsung. Malah,
guru juga berperanan mengeksploitasi minat dan kesukaan pelajar dalam pengajaran.

Faktor seterusnya ialah pengajaran berbentuk visual atau bergambar mengikut minat
pelajar. Melalui kaedah pengajaran ini, kanak-kanak mampu menghasilkan idea dan mereka
tahu ada hubung antara benda yang mereka minat dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh
mereka kaitkan api dengan bomba. Hal ini jelas menunjukkan mereka berupaya menguasai
kemahiran asas sosial jika selalu diberi latihan dan latih tubi.

Faktor ketiga ialah rakan sebaya yang berada disekeliling mereka. Hal ini dikatakan
berkesan kerana melalui pergaulan dengan rakan sebaya, mereka belajar cara berinteraksi.
Rakan sebaya juga mampu membimbing dan mengajar cara yang betul kepada kanak-kanak.
Secara tidak langsung, mampu meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak autisme ini.

Seterusnya ialah faktor persekitaran dan kerjasama daripada ibu bapa. Di sekolah,
pelbagai kemudahan belajar sudah tersedia dan galakan guru serta rakan mampu memberi
peluang untuk kanak-kanak belajar. Oleh itu, faktor ini dikatakan mampu menggalakan kanak-
kanak menguasai kemahiran asas sosial kerana ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam menjalankan tindakan susulan.

Antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak autisme tidak menguasai kemahiran


asas sosial mengikut pandangan guru ialah kurang tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran dan aktiviti di dalam bilik darjah dan di luar darjah. Selain itu, ketidakberkesanan
cara mengajar kanak-kanak autisme dengan mengajar mereka secara berkumpulan.
Selain itu, faktor lain ialah kekurangan pendedahan mengenai autisme bagi guru-guru
kelas. Hal ini kerana sering kali berlaku pertukaran guru dan menyebabkan perubahan dalam
kaedah dan pendekatan mengajar. Malah, kebanyakan guru hanya mengajar ikut pengalaman,
cuba jaya dan mengikut logik tanpa mengetahui sama ada cara itu betul atau tidak.

Faktor yang terakhir ialah persekitaran di rumah yang tidak kondusif dan ibu bapa tidak
mempunyai pengetahuan mengenai autisme serta tidak mahu membantu kanak-kanak. Selain
itu, ibu bapa di rumah tidak dapat menjalankan tindakan susulan kepada aktiviti di sekolah.
Malahan, apabila kanak-kanak di rumah, mereka dibiarkan tanpa bimbingan dan galakan
interaksi.

Kelemahan yang terdapat daripada jurnal ini ialah kajian ini hanya dijalankan di sebuah
sekolah di negeri Sabah. Kedua, kajian ini hanya menggunakan tiga subjek sahaja. Ketiga ialah
ketiga-tiga subjek yang dipilih terdiri daripada kanak-kanak lelaki sahaja kerana ketiadaan
kanak-kanak perempuan. Keempat pula ialah kajian ini hanya berfokus pada lima kemahiran
asas sosial kerana kekurangan method walaupun terdapat banyak kemahiran sosial yang lain.

Selain kelemahan, terdapat juga kekuatan yang terdapat di dalam jurnal ini. Antaranya
ialah ketepatan pendapat atau pandangan. Hal ini kerana selain menjalankan pemerhatian
secara langsung, pandangan daripada guru juga diambil kira. Kedua, pemerhatian dijalankan
pada dua tempat yang berlainan iaitu di dalam bilik darjah dan pada waktu rehat. Oleh itu,
kemahiran sosial kanak-kanak boleh dikenal pasti pada tempat yang berbeza. Ketiga, kajian ini
dijalankan ke atas tiga subjek, oleh itu perbezaan setiap kanak-kanak itu dapat dilihat dan
dianalis. Keempat pula, terdapat subjek dalam kajian ini tidak sama dari segi umur mereka.
Oleh itu, perbezaan umur memberi kesan ke atas kemahiran asas sosial mereka.

Pandangan yang boleh diketengahkan menurut pembacaan daripada jurnal ini ialah
kajian kes ini mampu membuka mata masyarakat luar sana. Hal ini kerana kebanyakan
masyarakat sering memandang rendah pada kanak-kanak autisme. Mereka beranggapan
kanak-kanak autisme sukar bersosial dan takut untuk mendekati mereka. Namun, sebenarnya
kanak-kanak autisme boleh menguasai dan mempertingkatkan kemahiran sosial jika betul
caranya. Oleh itu, melalui jurnal ini, jelas menunjukkan bahawa pentingnya mengetahui ilmu
tentang kanak-kanak autisme kerana orang sekeliling juga berperanan membantu kanak-kanak
autisme untuk memperkembangan potensi diri mereka.
Selain itu juga, melalui jurnal ini, dapat disimpulkan bahawa teknik pengajaran secara
“incidental” amat berkesan. Oleh itu, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang autisme
atau masyarakat sekeliling boleh mengaplikasikan teknik ini. Hal ini kerana, kaedah ini mampu
meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk berfikir dan menghasilkan idea baru.
Selain itu, kaedah ini membantu mereka untuk berimaginasi dan sedikit sebanyak membantu
kanak-kanak mencapai kemahiran asas sosial mereka.

Pendapat yang boleh dinyatakan ialah kajian ini boleh ditingkatkan lagi dengan mengkaji
kanak-kanak autisme yang bersekolah rendah dan menengah. Hal ini kerana, perbezaan umur
mungkin memain peranan kepada kemahiran asas sosial. Mungkin semakin meningkat umur
seseorang kanak-kanak autisme itu, maka perkembangan sosial mereka lebih tinggi berbanding
kanak-kanak yang lebih muda daripadanya.

Selain itu, cadangan lain ialah kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak autisme yang
berbeza latar belakang. Dalam erti kata yang lain, kanak-kanak autisme yang berasal daripada
suku kaum dan budaya yang berbeza. Kemungkinan perbezaan budaya dan sosiologi ini
memberi impak perbezaan dari segi pemerolehan kemahiran asas sosial kanak-kanak ini dan
pengkaji dapat menilai kebelbagaian latar belakang mempengaruhi kemahiran kanak-kanak
autisme tersebut.

Seterusnya, memilih lebih daripada tiga subjek dalam menjalankan sesuatu kajian. Hal
ini membolehkan pengumpulan maklumat yang berbeza dan ketepatan tentang sesuatu
pendapat. Selain itu, menjalankan kajian kes ke atas subjek perempuan. Dalam kajian kes kali
ini, semua subjek terdiri daripada lelaki. Oleh itu, pemilihan kanak-kanak perempuan autisme
akan membolehkan pengkaji membandingkan tahap penguasaan kemahiran asas sosial di
antara jantina.

Cadangan seterusnya ialah memfokuskan lebih banyak lagi kemahiran asas sosial. Hal
ini kerana dalam jurnal ini hanya memfokuskan lima kemahiran asas sosial. Oleh itu, kajian
seterusnya, pengkaji boleh mempelbagaikan kemahiran untuk mengkaji lebih mendalam
kemahiran asas sosial yang sudah dikuasai atau belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme.

Kesimpulannya, melalui pembacaan daripada jurnal ini dapat disimpulkan bahawa


ketiga-tiga subjek sudah menguasai kelima-lima kemahiran asas sosial walaupun terdapat sub
kemahiran yang belum dikuasai sepenuhnya. Oleh itu, setiap pihak harus memainkan peranan
bagi membantu kanak-kanak autisme ini untuk meningkatkan kemahiran asas sosial mereka.