Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah
dan malas. Abg. Joe cuba search doa tersebut dalam Google tapi setakat ini belum terjumpa lagi.
Kalau adik-adik ada terjumpa, kongsi-kongsikanlah di sini.
Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita
memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan
menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.
Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa
selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi
secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.