Anda di halaman 1dari 28

Orang

sumber

Pada 5 Jun 2010, saya telah menemu bual ayah saya, En. Hashim bagi mendapatkan serba
sedikit maklumat. Berikut adalah antara hasil temu bual dengan beliau.

Saya : Assalamualaikum, ayah. Bolehkah adik (saya) menemu bual ayah bagi
mendapatkan maklumat untuk kerja kursus adik?
En. Hashim : Waalaikumussalam. Boleh, tanyalah apa sahaja.
Saya : Perkara pertama, adik ingin mengetahui tentang keluarga ayah.
En. Hashim : Bapa ayah bernama Ab. Rahman bin Mohd Amin. Ibu ayah pula bernama
Hajjah Petom bt Maarof. Ayah adalah anak kelima daripada 11 orang adik-
beradik.
Saya : Bilakah dan di manakah ayah dilahirkan?
En. Hashim : Ayah dilahirkan pada 16 Oktober 1958 di Pontian, Johor.
Saya : Di manakah ayah mendapat pendidikan dari mula sampai akhir?
En. Hashim : Ayah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Rimba Terjun. Selepas
itu, ayah belajar selama tiga tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan
Telok Kerang. Ayah mendapat keputusan pangkat A dalam peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada Oktober 1973. Kemudian, ayah
belajar di Sekolah Menengah Sains Kelantan dan merupakan di antara
tiga orang pelajar terbaik. Ayah meneruskan pengajian di peringkat
matrikulasi di Sekolah Menengah Alam Syah di bawah kelolaan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976-1977. Setelah
itu, ayah meneruskan pengajian di peringkat ijazah di UKM dalam
bidang Sains Komputer dari tahun 1977 hingga 1982. Ayah bercuti
bergaji penuh bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Sains
Pengurusan di INTAN 1996 hingga 1997. Kemudian, ayah melanjutkan
pelajaran Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada 2002
hingga 2004.
Saya : Dimanakah ayah telah bekerja dan menyumbangkan bakti?
En. Hashim : Ayah bekerja mulai 15 Januari 1983 sebagai Juruanalisa Sistem di Jabatan
Pendaftaran Negara, Petaling Jaya. Beliau Ayah pernah berkhidmat di
SMKPE di Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancangan di Jabatan
Pertahanan Awam dan Unit Sismi, bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan
Perdana Menteri iaitu di antara tahun 1985-1996. Kemudian, ayah
bekerja dalam Bahagian Teknologi Maklumat di Kementerian Tanah dan
Pembangunan Koperasi. Pada 16 Jun 2000, ayah dinaikkan pangkat ke
Gred 2 (F48) dan ditempatkan di Unit e Perolehan, Kementerian
Kewangan di Cyberjaya, Ayah bertukar ke Hospital Selayang sebagai
Ketua Pengarah Teknologi Maklumat hingga 2007. Ayah dinaikkan
pangkat ke Gred 3 (F52) lalu bertukar ke Bahagian Teknologi Maklumat
(IT) sebagai timbalan pengarah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada 2008, ayah menjawat jawatan Pengarah Bahagian Teknologi
Maklumat (IT) di JPS. Ayah bekerja INTAN sebagai Penyelaras
Program Kanan mulai Oktober 2009 sehingga kini..
Saya : Adakah ayah mempunyai perkara-perkara yang ingin dikongsi?
En. Hashim : Ada. Antaranya ayah pernah mengikuti kusus di pelbagai negara seperti di
Okinawa, Jepun pada 1995 selama empat bulan dan New Zealand. Ayah
juga mendapat anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang Di-
Pertuan Agong Kesembilan pada tahun 1993.
Saya : Apakah hobi ayah?
En. Hashim : Ayah suka melayari laman sesawang.
Saya : Soalan terakhir adik, apakah harapan ayah terhadap keluarga?
En. Hashim : Harapan ayah adalah mahu keluarga terutama anak-anak ayah berjaya di
dunia dan di akhirat.
Saya : Adik rasa sudah cukup maklumat yang adik perlukan. Terima kasih, ayah.
En. Hashim : Sama-sama. Tetapi, jika adik ingin mengetahui lebih lanjut, lihatlah pada
sijil-sijil ayah.
Saya : Baik, ayah.

Saya telah menemu bual Puan Masnah, ibu saya pada petang 6 Jun 2010. Berikut adalah hasil
temu bual saya dengan ibu.
Saya : Assalamualaikum, ibu.
Pn. Masnah : Waalaikumussalam. Ada apa-apa ke ni?
Saya : Adik dikehendaki menyiapkan kerja kursus Sejarah. Oleh itu, adik ingin
menemu bual ibu.
Pn.

Masnah : Ohh... Ibu tiada halangan, silakan.


Saya : Boleh ibu ceritakan tentang asal-usul ibu?
Pn. Masnah : Ayah ibu ialah Haji Warji bin Sakip manakala ibu kepada ibu (nenek saya)
ialah Hajjah Salmi bt Haji Sulaiman. Ibu dilahirkan pada 14 Oktober 1965
di Ayer Molek, Melaka dan merupakan anak keempat daripada sembilan
orang adik-beradik.
Saya : Di manakah ibu mendapat pendidikan awal?
Pn. Masnah : Ibu bersekolah di Sekolah kebangsaan Tambak Paya. Kemudian, bersekolah
di Sekolah Menengah Tun Perak. Ibu tidak melanjutkan pelajaran atas
faktor-faktor tertentu. Walaubagaimanapun, ikutlah jejak langkah ayah yang
berjaya sehingga sekarang.
Saya : Kongsilah dengan adik peristiwa yang bersejarah bagi ibu dan keluarga.
Pn. Masnah : Baiklah. Biar ibu ceritakan tentang perkahwinan ibu. Perkawinan ibu
berlangsung pada 12 April 1987. Ibu dan ayah diringi paluan kompang dan
bunga manggar. Terdapat juga upacara paluan kompang dan letupan
mercun. Perkahwinan kami berkekalan sehingga kini. Alhamdulillah, kami
dikurniakan seorang puteri yang comel serta empat orang putera yang
kacak. Ibu juga pernah menjadi salah seorang peserta perbarisan Hari
Kebangsaan 1985.
Saya : Bagaimanakah perangai Kak Nur (kakak saya), Abang Afiq dan Abang Athir
(abang-abang saya) serta adik ketika kecil?
Pn. Masnah : Semasa Kak Nur kecil, dia amat agresif serta suka mengganggu orang lain.
Abang Afiq lebih pendiam daripada adik. Abang Athirlah paling nakal.
Saya : Akhir sekali, apakah hobi ibu?
Pn. Masnah : Ibu akan cuba memperbaharui resipi ibu dengan membaca majalah masakan.
Tetapi, ibu lebih gemar membaca majalah atau surat khabar.
Saya : Itu sahaja, terima kasih ibu.
Pn. Masnah : Sama-sama.
SENARAI KANDUNGAN
Bil Perkara m/s
.
1 Tajuk Kajian

2 Senarai Kandungan

3 Penghargaan

4 Objektif Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Hasil Kajian

6.1: Pengenalan

6.2 : Salasilah Keluarga

6.3 : Biodata

6.4 : Tokoh dalam Keluarga

6.5 : Peristiwa yang Berlaku dalam Keluarga

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan
PENGHARGA
AN
Bismillahirrahmanirrahim, syukur ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnianya, saya telah
dapat menyiapkan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat
Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff yang memberi kebenaran kepada
saya untuk melaksanakan kerja kursus ini. Seterusnya, terima kasih kepada Puan Rozita
Muhammad iaitu guru Sejarah saya yang memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya. Tidak ketinggalan ibu bapa saya, Encik Hashim bin Ab. Rahman dan Puan Masnah
binti Haji Warji yang banyak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit. Terima kasih
juga saya rakamkan kepada rakan-rakan yang memberikan komen dan komitmen yang
tinggi untuk saya perbaiki segala kekurangan yang terdapat dalam folio ini, terutamanya
Zulhilmi, Asyraf dan Khairul Asyraf. Akhir sekali, kepada pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung. Tanpa orang yang saya sebutkan di atas, tidak berhasillah
kerja kursus ini.
Antara objektif kajian sejarah saya ini ialah pertama, saya akan dapat

mengenali dengan lebih mendalam tentang sejarah keluarga saya. Selain itu,

saya akan dapat memupuk perasaan lebih menghargai dan menyayangi

keluarga. Di samping itu, saya akan dapat pengajaran dan iktibar serta dapat

memilih role model untuk saya contohi. Keempat, saya akan dapat melatih diri

membuat kerja kursus mengikut kaedah dan tatacara yang betul.


Bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan
kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah. Antaranya seperti lawatan
dan pemerhatian, menemu bual serta menganalisis dokumen.

Melalui kaedah lawatan dan pemerhatian iaitu dengan melawat tempat kajian,
saya telah pergi ke tempat kajian. Tempat kajian yang dimaksudkan adalah rumah
saya sendiri beralamat No. 40, Jalan 2/9G, Bandar Baru Selayang, 6810 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Di sini jugalah saya mengumpul bukti dan menemu bual ahli keluarga saya.
Dalam masa yang sama, saya telah melakukan dua kaedah kajian, iaitu lawatan dan
pemerhatian serta temu bual. Melalui temu bual tersebut, saya telah memperoleh
maklumat yang saya kehendaki.

Di samping itu, saya juga meraih maklumat hasil daripada penganalisisan


dokumen seperti sijil berhenti sekolah, sijil penyertaan, sijil penghargaan dan lain-
lain.

Setelah berjaya mencari bukti yang diperlukan, saya kumpul lalu spesifikasikan
bukti-bukti tersebut. Akhir sekali, saya telah interpretasikan kesemua hasil kajian
saya di dalam kerja kursus Sejarah ini yang bertajuk ‘Salasilah Keluarga’.
6.1: PENGENALAN

Bagi kerja kursus ini, saya telah mengkaji salasilah keluarga saya. Mengikut Kamus
Dewan Edisi Keempat, pada muka surat 725, keluarga mempunyai pelbagai definisi.
Salah satumya ialah seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau
beserta anak-anak. Definisi tersebut bersesuaian dengan kerja kursus ini yang
membicarakan salasilah keluarga asas. Saya mempunyai seorang bapa, seorang ibu ,
seorang kakak (sulung), dan dua abang. Saya merupakan anak bongsu. Kami sekeluarga
tinggal di No. 40, Jalan 2/9G, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul
Ehsan.
6.2: SALASILAH KELUARGA

HASHIM BIN AB. MASNAH BINTI


RAHMAN HAJI WARJI
(BAPA) (IBU)

NUR MUHAMMAD
AMAIINA ATHIR
(KAKAK) (ABANG)
MUHAMMAD MUHAMMAD
AFIQ AJWAD (SAYA)
(ABANG)

N NAMA PENUH TARIKH LAHIR


O
1 HASHIM BIN AB. RAHMAN 14 / 10 / 1958
2 MASNAH BINTI HAJI WARJI 15 / 10 / 1965
3 NUR AMALINA BINTI HASHIM 18 / 05 /1988
4 MUHAMMAD AFIQ BIN HASHIM 16 / 09 / 1991
5 MUHAMMAD ATHIR BIN HASHIM 03 / 12 / 1993
6 MUHAMMAD AJWAD BIN HASHIM 23 / 04 / 1997

6.3: BIODATA

AYAH
Nama ayah saya ialah Hashim bin Ab. Rahman.Umur ayah saya ialah 51 tahun.
Beliau lahir pada 16 Oktober 1958 di Pontian, Johor. Beliau merupakan anak kelima
daripada 11 orang adik-beradik. Ayah saya berkahwin dengan Masnah binti Haji Warji
(ibu saya) pada 12.4.1987. Kini, beliau bekerja di Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) sebagai Penyelaras Program Kanan. Hobi beliau ialah melayari laman
sesawang. Nama bapa beliau ialah Haji Ab. Rahman bin Mohd Amin manakala ibu
beliau ialah Hajjah Petom bt Maarof. Ayah saya seorang pekerja dan bapa yang rajin,
penyayang dan bertanggungjawab.

IBU
Nama ibu saya ialah Masnah binti Haji Warji. Umur ibu saya ialah 48 tahun.
Beliau lahir pada 14 Oktober 1962 di Ayer Molek, Melaka. Beliau adalah anak keempat
daripada sembilan orang adik-beradik. Nama bapa beliau ialah Haji Warji bin Sakip
manakala ibu beliau ialah Hajjah Salmi bt Haji Sulaiman. Beliau pernah menjadi salah
seorang peserta perbarisan Hari Kebangsaan 1985. Beliau menginginkan anak-anaknya
berjaya hingga ke menara gading walaupun beliau hanya bersekolah sehingga tingkatan
lima atas faktor-faktor tertentu. Beliau seorang yang penyayang. Beliau tegas dalam
mendidik anak-anaknya. Ibu saya pandai memasak kerana beliau sering mencari resipi
baru untuk mencubanya. Pada waktu lapang, beliau suka membaca majalah atau surat
khabar.
KAKAK
Pada tanggal 18 Mei 1988, ibu saya telah selamat melahirkan cahaya matanya yang
pertama di Hospital Besar Melaka. Dia diberi nama Nur Amalina. Semasa kecil, dia
amat agresif serta suka mengganggu orang lain. Apabila meningkat besar, dia menjadi
pelajar yang pintar dan kakak yang penyayang. Dia hanya bersekolah di sekolah
Menengah Kebangssan Darul Ehsan selama dua setelah mendapat tawaran ke sekolah
berasrama iaitu SMK Sungai Pusu. Dia sering mewakili sekolahnya, Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER) bagi pertandingan pidato, syarahan dan
bahas mulai tingkatan empat. Oleh itu, tidak hairanlah jika dia ingin menjadi pensyarah.
Masa lapangnya diisi dengan membaca. Kini, dia berumur 21 tahun dan menuntut di
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak dalam jurusan Psikologi selepas
menununtut di Matrikulasi UIA selama satu setengah tahun. Dia suka makan nasi ayam
dengan air bandung.

ABANG
Abang pertama saya bernama Muhammad Afiq bin Hashim. Umurnya sekarang
adalah 19 tahun. Dia lahir pada 16.9.1991 di Hospital Besar, Melaka. Walaupun seorang
yang pendiam ketika kecil, kini dia seorang yang aktif dalam kurikulum dan ko-
kurikulum. Sekarang, dia menuntut di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh
selepas bersekolah di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) daripada
tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Hobinya ialah makan ‘Pringles’ dan bercita-cita
menjadi seorang Penolong Pegawai Kesihatan Abang saya suka makan ‘Pringles’ dan
minum tembikai laici. Harapannya adalah menjadi harapan.
ABANG

Nama abang kedua saya ialah Muhammad Ahir bin Hashim. Dia berumur 17 tahun
dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Dia lahir pada 3.12.1993 di
Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan sangat nakal ketika kecil. Pada dua tahun
lepas, dia telah mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) Malaysia di Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR). Dia berjaya mendapat 8A 1C.
Hobinya ialah menjawab soalan Matematik Tambahan. Dia bercita-cita menjadi seorang
juruangkasa. Makanan kegemaran dia ialah makanan Barat dan minuman pula ialah
cappucino. Sukan kegemarannya ialah ragbi. Malah, dia pernah mewakili sekolahnya
bagi pertandingan ragbi. Harapannya adlah memiliki motosikal.

SAYA

Nama saya Muhammad Ajwad bin Hashim. Umur saya 13 tahun. Saya lahir pada
23 April 1997 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dengan kelahiran saya, keluarga saya
semakin bertambah. Kini, ahli keluarga saya terdiri daripada enam orang. Saya
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang. Saya juga belajar di Kafa
Integrasi Al-Furqan. Pada tahun lepas, saya telah mengambil Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA). Berkat doa ibu bapa, tunjuk
ajar guru-guru serta usaha dan tawakal, saya telah lulus dengan cemerlang. Saya adalah
di antara 11 orang murid sekolah saya yang mendapat 5A di dalam UPSR. Bagi PSRA,
hanya saya yang mendapat mumtaz, 91% di sekolah saya. Malah, keputusan PSRA saya
lebih cemerlang daripada adik-beradik yang lain. Perjuangan saya berterusan apabila
mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan (SMKDE) bagi Kelas
Aliran Agama (KAA). Walaubagaimanapun, saya menolak tawaran tersebut setelah
mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOMB) iaitu
salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang terkenal di negara Malaysia. Hasrat
bersekolah di SBP bermula sejak semua adik-beradik yang bersekolah di SBP. Hobi saya
ialah membaca. Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam dan minuman pula ialah
tembikai laici. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang penganalisa sistem seperti
ayah saya. Sukan kegemaran saya ialah bola keranjang. Harapan saya adalah menjadi
anak yang soleh serta pelajar yang berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. Saya
sayang semua ahli keluarga saya. Semoga segala yang diimpikan mereka menjadi
kenyataan.
6.4: TOKOH DALAM KELUARGA

Saya memilih ayah saya sebagai Tokoh Keluarga. Nama ayah saya Hashim bin Ab.
Rahman. Umur ayah saya 52 tahun. Ayah saya lahir pada 16 Oktober 1958 di Pontian,
Johor. Hobi beliau ialah melayari laman sesawang. Mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Kampung Rimba Terjun dari darjah satu hingga enam. Selepas itu,
beliau menyambung pelajarannya selama tiga tahun Sekolah Menengah Kebangsaan
Telok Kerang. Berkat usaha gigih serta tawakalnya, beliau mendapat keputusan pangkat
A dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada Oktober 1973. Malah, beliau
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kelantan.
Sekolah tersebut merupakan sekolah berasrama penuh. Setelah dua tahun sekolah di situ,
beliau mendapat pelbagai kejayaan. Antaranya ialah beliau adalah di antara tiga orang
pelajar di sekolah tersebut. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian di peringkat
matrikulasi di Sekolah Menengah Alam Syah di bawah kelolaan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) pada tahun 1976-1977. Setelah itu, beliau meneruskan pengajian di
peringkat ijazah di UKM dalam bidang Sains Komputer dari tahun 1977 hingga 1982.

Bekerja mulai 15 Januari 1983 sebagai Juruanalisa Sistem di Jabatan Pendaftaran


Negara, Petaling Jaya. Beliau telah berkhidmat di beberapa tempat. Antaranya di Unit
SMKPE di Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancangan di Jabatan Pertahanan Awam dan
Unit Sismi, bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri iaitu di antara tahun
1985-1996. Selepas itu, beliau bercuti bergaji penuh untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat Diploma Sains Pengurusan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit
Kiara selama 11 bulan dari tahun 1996-1997. Beliau serta salah seorang rakannya
mendapat pelajar terbaik bagi Penyelidikan Operasi. Kemudian, beliau bekerja dalam
Bahagian Teknologi Maklumat di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Pada
16 Jun 2000, beliau dinaikkan pangkat ke Gred 2 (F48) dan ditempatkan di Unit e
Perolehan, Kementerian Kewangan di Cyberjaya, Selangor selama dua tahun. Beliau
melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
daripada 2002 hingga 2004. Bertukar ke Hospital Selayang sebagai Ketua Pengarah
Teknologi Maklumat hingga 2007. Setelah berkhidmat dengan gigih, beliau dinaikkan
pangkat lalu bertukar ke Bahagian Teknologi Maklumat (IT) sebagai timbalan pengarah
di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapat Gred 3 (F52). Pada 2008, beliau
menjawat jawatan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat (IT) di Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS). Kini, beliau bekerja di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
sebagai Penyelaras Program Kanan mulai Oktober 2009.

Beliau pernah mengikuti kusus selama empat bulan di Okinawa,Jepun pada 1995,
New Zealand serta negara-negara yang lain. Beliau tekun serta bersungguh-sungguh
dalam bekerja sehinggakan beliau mendapat anugerah Ahli Mangku Negara (AMN)
daripada Yang Di-Pertuan Agong Kesembilan pada tahun 1993. Ayah saya seorang yang
penyayang dan bertanggungjawab mengenai hal-hal keluarga. Ayah saya sering
mengambil berat dan memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anaknya. Saya jadikan
kejayaan-kejayaan yang dirangkul beliau sebagai untuk lebih berjaya lagi. Harapan
beliau adalah mahu keluarganya terutama anak-anaknya berjaya di dunia dan di akhirat.
6.5: PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM KELUARGA

Peristiwa bersejarah dalam keluarga saya ialah perkawinan ibu dan bapa
saya. Pada tanggal 12 April 1987, ayah saya iaitu Hashim bin Abd Rahman
telah selamat diijabkabulkan dengan ibu saya iaitu Masnah binti Haji Warji.
Majlis persidangan pada hari itu disambut dengan upacara yang sungguh
meriah. Paluan kompang dan bunga manggar mengiringi pasangan pengantin
tersebut. Begitu juga dengan upacara bersilat dan letupan mercun berwarna
merah jambu. Selepas itu, pasangan itu hidup sebagai suami isteri. Mereka
hidup bahagia sehingga sekarang dan dikurniakan empat orang anak.
5A DI DALAM UPSR
Peristiwa kedua yang bersejarah dalam keluarga saya ialah apabila saya mendapat
5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada tahun lepas, saya adalah di
antara 11 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang yang mendapat 5A
di dalam UPSR. Setelah Guru Besar mengumumkan keputusan itu, ibu dan ayah saya
menangis kegembiraan sambil memeluk dan mengcapkan tahniah kepada saya. Selepas
itu, saya dan rakan-rakan yang mendapat 5A dijemput naik ke pentas bagi sesi
pemberian sumbangan dan fotografi. Saya berasa sangat bersyukur dan bangga kerana
dapat menggembirakan ibu bapa saya. Malahan, saya telah menunaikan harapan ibu bapa
saya yang mengharapkan keputusan tersebut seperti kakak dan abang-abang saya.
Rumusan
Di akhir kerja kursus ini,saya dapat merumuskan atau membuat
kesimpulan terhadap beberapa unsur positif. Pertama, saya perlulah berakhlak
dan berbudi pekerti mulia terhadap keluarga terutama ibu bapa kerana
merekala yang membesarkan saya. Bukan itu sahaja, saya mesti bersikap rajin
dan gigih untuk berjaya bagi membanggakan keluarga. Akhir sekali, saya dan
ahli keluarga perlu bersatu padu dan beraharmoni dan tidak perlu ada jurang
di antara kami.
Pingat Anugerah Mangku Negara (A.M.N.) yang diterima ayah saya.

10 orang pelajar Darjah Enam Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang yang berjya
mendapat 51 di dalam UPSR 2010.
PELAN LOKASI
RUMAH
Rujukan
-Orang sumber

Encik Hashim bin Ab. Rahman, 51 tahun, No. 40 Jalan 2/9G, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
Puan Masnah binti Haji Warji, 48 tahun, No. 40 Jalan 2/9G, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.

-Melawat Tempat kajian

 No. 40 Jalan 2/9G, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai