P. 1
Wira Persona Avatari

Wira Persona Avatari

4.33

|Views: 14,463|Likes:
Dipublikasikan oleh Ajwad Hashim

More info:

Published by: Ajwad Hashim on Mar 16, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

NAMA HASHIM NO.

KAD PENGENALAN TINGKATAN TARIKH PENYERAHAN

: MUHAMMAD AJWAD BIN : 970423-14-6739 : 2 (2011) : 3 JANUARI 2011

TANDATANGAN IBU/BAPA : ........................................................ ............. ( )

ISI KANDUNGAN
No. Perkara M/s

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Sinopsis Tema Persoalan Plot Watak dan perwatakan Gaya Bahasa Latar Nilai murni Pengajaran

1 2 2 3-7 8-12 13-15 16-17 18 19

Sinopsis

Pasukan Zamrud II yang diwakili Anas, Adeen, Anas, Aina Zuriani dan Pauline menuju ke bilik persalinan mereka bagi membuat persediaan untuk pertandingan akhir pertandingan Avatari. Walaubagaimanapun, terdapat dua orang penceroboh di bilik tersebut. Seorang daripada mereka berjaya ditangkap manakala seorang lagi meloloskan diri setelah menembak Aina. Zuriani memberitahu Aina mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaan

Kesepuluh yang diumumkan. Semasa abangnya, Anas kembali ke rumah, mereka berbincang mengenai pertandingan tersebut. Mereka berjaya

mendapatkan bantuan Pak Cik Ho, rakan bapa Aina dan Anas. Aina dan Anas membentuk kumpulan Zamrud II bersama Pauline dan Kumar bagi menyertai pertandingan tersebut. Mereka melantik Adeen sebagai pengatur cara komputer . Namun, Kumar menarik diri kerana ego. Mujurlah, Anas berjaya memujuk Anjali menyertai mereka. Aina mengajak Zuriani menyertai mereka setelah Zuriani merajuk kerana tidak rapat dengannya lagi. Pada hari pertandingan, mereka menempuh pelbagai halangan seb elum dinobatkan sebagai juara. Salah satu halangan yang penting ialah sabotaj yang dilakukan pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan Game Star daripada pak Cik Ho. Antaranya halangan mereka dalah sal ah satu cip mesin Avatari Zamrud II hilang ketika peringkat kedua bermula. Di samping itu, salah seorang ahli Zamrud II kena tembak sebelum peringkat akhir Avatari. Namun, dengan kebijaksanaan, ketabahan dan kerjasama Zamrud II, mereka menepis segala halangan dan cabaran yang tiba. Akhirnya, mereka muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan Kesepuluh dan menjadi jutawan muda.

Tema

Menerapkan semangat bekerjasama dan patriotisme melalui penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan remaja. Aina, baru sahaja mencecah 12 tahun, tetapi dengan kebolehannya dalam bidang teknologi maklumat dan kerjasama daripada daripada rakan -rakannya, mereka berjaya menaikkan imej negara di persada dunia setelah menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan Kesepuluh.

Persoalan

1. Teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu keperluan di zaman moden. Contohnya, Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada internet. Encik Ho Shao Long me njalankan perniagaan dengan membuka kafe siber.

2. Persekitaran membentuk sahsiah seseorang. Contohnya, Anjali bersifat kelakian kerana dibesarkan oleh abangnya yang merupakan seorang ketua samseng. Kumar pula bersikap sombong dan angkuh kerana dibesarkan dalam suasana yang mewah.

3. Unsur perpaduan merupakan salah satu faktor penting untuk membangunkan negara yang berbilang kaum. Contohnya, ahli pasukan Zamrud yang berbilang kaum tetap berkawan sejak sekian lama. Atas dasar ini jugalah Aina, Anas, Adeen Anjali, Pauline dan Zuriani dapat memenangi pertandingan Avatari.

Plot

Binaan plot

Pada bahagian permulaan, pengarang menceritakan tentang keadaan di pantai pada hujung minggu serta memberitahu tentang keadaan di pusat membeli -belah Anggun. Pembaca diperkenalkan dengan enam orang remaja, iaitu Aina, Anas, Anjali, Adeen, dan Zuriani yang menuju ke bilik persalinan mereka setelah berjaya memasuki pertandingan akhir pertandingan Avatari. Mereka terkejut kerana yang terdapat dua orang penceroboh menggeledah bilik mereka. seorang ditangkap diri

Walaubagaimanapun, daripada manakala setelah mereka seorang berjaya lagi

meloloskan

menembak Aina.

Penceritaan dikembangkan . Secara imbas kembali, Aina yang sedang membuat kerja sekolahnya manakala pelajar yang lain keluar kelas untuk berehat. Zuriani datang dan memberitahu Aina bahawa pertandingan Avatari Kesepuluh telah diumumkan. Aina berbincang di rumah dengan abangnya,

Anas bagi mendapatkan maklumat lanjut melalui internet. Mereka mendapati keperluan untuk menyertai sangat mahal. Alhamdul illah, mereka diberi

keizinan untuk menggunakan mesin Avatari serta wang kemenangan pasukan Zamrud.

Konflik mula berlaku apabila Kumar, salah seorang ahli pasukan Zamrud II menarik diri kerana ego. Mujurlah, Anas berjaya memujuk Anjali menyertai pasukan tersebut. Namun, kehadiran Anjali dicemburui Pauline kerana Anjali

sangat rapat dengan Anas. Zuriani yang merajuk kerana Aina tidak lagi rapat dengannya diajak Aina untuk menyertai Zamrud II. Jalan cerita menjadi semakin menarik apabila pertandingan bermul a. Pasukan Zamrud II berjaya mendapat pasu emas seperti yang dikehendaki penganjur, namun mereka diserang dan pasu tersebut dirampas oleh pasukan Aura Suci. Pasukan Zamrud II layak ke pusingan kedua kerana perbuatan Aura Suci dianggap tidak bermoral dan disingkirkan. Semasa pusingan kedua hendak bermula, salah satu cip mikroelektrik mesin Avatari hilang Nasib menyebelahi mereka, Adeen membawa cip mikroelektrik gantian dan mereka akhirnya berjaya meneruskan cabaran ke pusingan ketiga. Setelah pusingan ketig a tamat, Malaysia yang

diwakili Zamrud II telah seri dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Namun, Malaysia bernasib baik kerana memenangi persaingan pemecah seri dan layak ke pusingan akhir.

Pada bahagian klimaks, plot kembali ke peristiwa semasa , Aina dibawa ke hospital kerana ditembak. Ho Sao Long menghalang niat mereka menarik diri dan meminta mereka meneruskan cabaran. Zuriani menggantikan tempat Aina. Dalam pusingan terakhir, mereka dikehendaki mengubah sejarah dengan menggunakan mesin masa. Pasukan Rusia merupakan pasukan terakhir memasuki mesin masa. Mereka memilih untuk membunuh Nabi Muhammad. Tiba-tiba Anas berfikir, mereka akan mendapat kemenangan moral pihak bukan Islam. Untuk menghalang niat mereka, mesin masa perlu ditamatkan. Sement ara mereka berusaha mematikan mesin masa tersebut, avatar yang lain menyerang. Akhirnya mereka berjaya dan lampu terpadam menandakan pertandingan Avatari tamat. Zamrud II dipilih sebagai pemenang.

Pada pengakhiran cerita, pendeta tua menerangkan sebab -sebab kemenangan Zamrud II dari Malaysia diberi kemenangan. Kumar yang menarik diri daripada menyertai pertandingan Avatari menyesal setelah dimarahi bapanya. Dia

bert

bah menyesal apabila melihat kemenangan pasukan Zamrud II. Anjali

termasuk ke dalam perangkap Pak Cik Tan. Rupa-rupanya, dialah yang mencuri cip Avatari pasukan Zamrud II.

Teknik Pl t

Teknik pemerian

Pengarang memerihalkan persona Badang yang digunakan oleh pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari. Contohnya:
Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka dalam saringan pertama. Badang, watak wira dalam Sejarah Melayu, difikirkan watak paling sesuai untuk melambangkan aspirasi pasukan mereka. Empat buah avatar yang sama rupa itu sah berjaya memasuki ruang siber. Hanya nombor satu hingga empat di baju mereka yang membezakan mereka.

(hal. 111)

Teknik dialog

Terdapat banyak dialog antara watak-wataknya. Contohnya:
³Hah, bagaimana, nak datang petang ni?´ gesa Aina apabila melihat kawannya masih diam. ³Baiklah, Zu datang. Di mana kita nak jumpa?´ ³Zu datanglah ke rumah Aina. Kita pergi bersama-sama dengan Abang Anas.´

³Setuju?´ ³Tentu sekali setuju!´ Teknik imbas kembali
 

(hal.86)

Ada beberapa peristiwa yang disorot kembali oleh pengarang.Antaranya termasuklah Aina membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia menyertai Avatari.Contohnya:
¢ ¡

Aina yang masi di pangku i unya tidak dapat berkata apa -apa. Matanya berpinar-pinar dan keadaan sekeliling semakin gelap dirasakan. Antara separuh sedar itu, fikirannya melayang-layang memikirkan kenapa dia sanggup menentang ibunya dan memasuki pertandingan itu? Mindanya yang semakin lemah itu cuna juga mencari jawapan. (hal.19)

Teknik imbas muka

a) Ketika peringkat akhir Avatari, pasukan Rusia memilih untuk mengubah sejarah menggunakan mesin masa dengan membunuh Rasulullah. Anas berfikir sekiranya pasukan Rusia menang Avatari, mereka dapat memenangi kemenangan moral terhadap panganut Islam. b) Aina mengajak Zuriani mengajak menyertai Zamrud II sebagai ahli simpanan. Dia mengatakan kepada Zuriani bahawa ahli yang bertanding akan dipilih kemudian. Zuriani akhirnya menggantikan tempat Aina yang ditembak pada peringkat terakhir Avatari.

Teknik suspens/saspens

a) Pembaca ingin tahu mengapa Zamrud II yang memenangi Avatari walaupun

mereka tidak memenuhi kehendak arahan. b) Pembaca ternanti-nanti akan keadaan Aina setelah terjatuh ke dalam sebuah lubang ketika peringkat kedua Avatari.

Teknik kejutan

a) Ketika peringkat kedua Avatari hendak bermula, Adeen tidak menyangka bahawa salah satu cip mesin Avatari kumpulannya hilang. Mujurlah, Pak Cik Tan membawa papan litar gentian dan cip yang sama ada pada papan litar tersebut. b) Semasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen, dia telah mengatakan bahawa Anas sudah mencupnya. Anas dan Pauline terkejut tidak menyangka Aina akan berkata sedemikian.

Teknik monolog

a) Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina.Contohnya: ³Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,´ kata Anas sendirian. (hal. 37)

Teknik monolog dalaman

a) Semasa Aina membuat kerja seko lahnya, dia dipanggil oleh Zuriani. Contohnya: ³Aina!´ Itu suara Zuriani, detik hati Aina. (hal.9) b) Pauline memikirkan akan kata -kata Anas untuk mengajak Anjali menjadi ahli pasukan kelima Zamrud II. Contohnya: Ahli kelima? bisik hati kecilnya. (hal. 81)

Watak dan Perwatakan

a) Watak-watak utama

Aina
y Aina berusia 12 tahun dan sedang belajar dalam tahun enam. y Aina anak kepada Profesor Fitri dan Puan Maizan, adik kepada Anas serta

kawan baik Zuriani.
y Aina berbadan kecil dan pintar. Dia digelar cili padi oleh rakan -rakannya. y Aina merupakan salah seorang ahli pasukan Zamrud II. y Aina

mempunyai seperti sajak Dia dan

pelbagai bersilat, bermain

kemahiran menulis congkak.

menggunakan

kemahirannya bermain congkak ketika peringkat ketiga Avatari.
y Aina

mengambil

berat

dan

mengamalkan aspek keagamaan. Dia sunat.

memakai tudung dan berpuasa

Anas
y Anas remaja berusia 17 tahun dan sedang belajar dalam tingkatan lima di

sebuah sekolah dengan Pauline tetapi berlainan kelas.
y Anas anak kepada Profesor Fitri dan Puan Maizan serta abang Aina. y Anas mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. Semasa Pertandingan Avatari,

Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatari . Atas kepintaran dan kecekapannya bertindak, Zamrud II berjaya menjadi juara.
y Anas merupakan salah seorang pemain hoki pasukan sekolahnya.

y Anas mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. Semasa Pertandingan Avatari,

Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatar i. Atas kepintaran dan kecekapannya bertindak, Zamrud II berjaya menjadi juara.
y Anas bijak bermain catur

dan dam haji. membantunya

Kemahirannya semasa Avatari. mengambil

bahagian dalam

b) Watak-watak sampingan

Adeen
y Adeen remaja berusia 18 tahun. Orangnya tinggi dan berambut pendek. y Adeen anak kepada Profesor Zakri ,seorang pakar komputer di UTM. y Adeen pernah tinggal berjiran dengan Aina dan Anas. y Adeen mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang komputer. Hal ini

kerana dia digalakkan menggunakan komputer sejak kecil oleh bapanya. Oleh yang demikian, dia dilantik menjadi pengatur cara komputer Zamrud II.
y Adeen bersikap tenang, sabar, dan tidak mudah marah. Adeen masih

bersikap tenang walaupun Kumar telah berlaku biadap terhadapnya.

Anjali
y Anjali gadis remaja India yang lincah. Nama sebenarnya Laksimini. y Anjali membesar tanpa didikan ibu dan bapanya. Ibunya telah meninggal

dunia. Bapanya pula telah menghilangkan diri tanpa berita. Abang keduanya, Muthu merupakan ketua samseng dan membesarkannya. Semasa membesar, Anjali membesar sebagai remaja yang bermasalah.

y Anjali rapat dengan Anas. Akibatnya, dia dicemburui Pauline. y Anjali pakar permainan video. Dia berjaya mengalahkan remaja lelaki

yang lain dalam permainan video Robot War.
y Anjali pada dasarnya adalah seorang yang baik, tetapi keadaan telah

memaksa dia melakukan perkara negatif. Dia dipaksa mencuri cip Avatari kerana diarah abangnya walaupun tidak bersetuju.

Pauline
y Pauline anak tunggal Encik Ho Shao Long dan Puan Angie. Dia berusia

17 tahun.
y Pauline seorang yang kritis dan sedia berhujah kerana dia ingin menjadi

peguam. Dia mencabar Kumar menarik diri apabila Kumar memperkecil kecilkan ahli-ahli Zamrud II yang lain untuk menyertai Avatari.
y Pauline berkawan rapat dengan Anas sejak kecil ker ana berjiran. Oleh

sebab itulah, Pauline menyimpan perasaan kasih terhadap Anas.
y Pauline mahir dalam seni mempertahankan

diri. Dia mempelajari wushu dengan Pak Cik Tan.
y

Pauline

seorang

pendendam.

Dia

ingin

mencederakan Anjali ketika latihan tempur kerana mencemburui Anjali yang rapat

dengan Anas.

Kumar
y Kumar remaja lelaki berusia 15 tahun. Anak bongsu kepada Encik

Kuppusamy, seorang jutawan rangkaian emas ternama di Malaysia.

y Kumar panas baran dan tidak sabar. Semasa menunggu Adeen di Game

Star yang lambat tiba, dia sengaja meninggikan suara bagi menunjukkan amarahnya.
y Kumar bersikap sinis dan memperkecilkan orang lain. Kumar menyindir

ahli-ahli Zamrud II yang lain.
y Kumar menyesali perbuatannya yang lepas apabila dimarahi bapanya dan

melihat kemenangan Zamrud II.

Pak Cik Ho (Ho Shao Long)
y Beliau adalah bapa Pauline dan suami Mak Cik Angi e. y Beliau bekas pengatur cara Pasukan Zamrud, bersama dengan Profesor

Fitri, dan tiga orang lain pernah memenangi pertandingan Avatari sepuluh tahun lalu.
y Beliau baik hati. Beliau membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan

mesin Avatari miliknya.
y Walaupun berumur, dia masih berminat dalan mengatur cara komputer.

Dia membantu Adeen untuk memperbaiki mesin Avatari.

Pak Cik Tan (Tan Beng Kiat)
y Pak Cik Tan lelaki Cina yang berusia lewat enam puluhan. y Dia menjadi pengurus Game Star milik Pak Cik Ho. y

Dia kelihatan sihat dan tegap kerana mengamalkan tai chi dan minum teh ginseng

y

Berpegang kepada janji kerana berjanji akan melepaskan Anjali sekiranya dia memberitahu perkara sebenar dan dia mengotakan janjinya.

Watak-watak sampingan yang lain ialah Zuriani, Cikgu Nisah, Maizan, Ah Kong dan Samy.

c) Watak pipih yakni watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan dalam karya terdiri daripada Profesor Muhammad Fitri Izzati, Profesor Zakri, Encik Kuppusamy, Muthu, Chan Kok Meng, Mak Cik Nora, Vicky, Mak Cik Angie.

Gaya Bahasa

Diksi

Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeran serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh kata -kata tersebut seperti modul litar, cip mikroelektrik, ruang siber, realiti maya, dan sebagainya.

Ayat

a) Ayat pendek. Contohnya:
y ³Masuk?´ y Anas terdiam.

(hal. 11) (hal.40)

b) Ayat panjang. Contohnya:
y Kelas silat yang dihadirinya di sekolah setiap petang Selasa dan Khamis

banyak memberi gadis itu keyakinan diri dan kemahiran hidup berdikari. (hal.13)

y Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di

kawasan hiburan Tokyo, seorang gadis berna ma Aya Morita mendengar jawapan Hang Tuah dengan teliti melalui skrin komputer (hal. 33) multimedianya.

Simile

Banyak unsur simile digunakan pengarang. Antaranya: a) Mereka nampak pergerakannya seperti satu tarian yang lancar dan penuh seni, tetapi masih pasti amat berbisa. (hal. 64)

b) Kalau ikatan untk bersama dalam satu pasukan itu kuat, maka ribut yang berlaku tak ubah seperti ribut dalam cawan. (hal.74)

Personafikasi

Unsur personafikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu dimasukkan oleh pengarang. Contohnya: a) Adeen, Anas, Aina, dan Pauline diam kerana minda mereka masih menghadam apa yang baru disampaikan oleh Cikgu Nisah. b) Petang semakin tua. Sinkope (hal. 65) (hal. 17)

Pengarang menggunakan sinkope atau singakatan kata. Contohnya: a) ³Papa ni... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat ganda daripada pelaburan papa tu,´ usik Pauline pula. b) ³Ala, Abang Anas ni. Aina bergurau sikit pun tak boleh.´ Metafora (hal. 59) (hal.55)

Unsur gaya metafora juga digunakan. Contohnya: a) Memang ayah pelita hidup ibu. (hal.23)

b) Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah bisa kata-kata Kumar. (hal.59)

Peribahasa

Terdapat peribahasa yang digunakan pengarang. Antaranya: a) Hendak seribu daya, tidak hendak seribu seribu dalih . (hal.28)

b) Kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga.

(hal.28)

Falsafah/Kata-kata hikmat

Falafah hidup atau kata-kata hikmat digunakan oleh pengarang. Antaranya: a) Tiada guna api melawan api. Dia lebih suka menjadi air yang sejuk dan tenang. (hal. 55) b) Jodoh, pertemuan, ajaldan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum ajal. Selagi ada nyawa selagi itu ada saya. (hal. 23)

Penggunaan Bahasa Inggeris

a) Penyemak lewa atau browser Internet yang sudah dilancarkan.

(hal. 25)

b) ³Macam rapper saja. Habislah kita. Tahukah dia guna komputer? (hal. 53)

Latar

Latar tempat

y Bilik persalinan Zamrud II

- Pak Cik Tan berjaya menjumpai salah satu cip Avatari yang hilang. - Seorang penceroboh menembak Aina lalu melarikan diri. Seorang lagi berjaya ditangkap oleh Adeen dan rakan -rakannya.
y Rumah Aina

- Tempat tinggal Puan Maizan, Aina dan Anas - Aina dan Anas berbincang bagi mendapatkan peruntukan untuk membiayai mereka memasuki pertandingan Avatari
y Rumah Pak Cik Ho

- Tempat tinggal Pak Cik Ho, Pauline, dan Mak Cik Angie - Aina dan Anas meminta bantuan Pak Cik Ho memberikan peruntukan untuk membiayai mereka memasuki pertandingan Avatari

Latar masa

y Pagi

- Aina membuat kerja sekolahnya manakala pelajar yang lain ke kantin untuk rehat - Zamrud II menjalani latihan kembara di Batu Layar setiap pagi Sabtu
y Petang

- Aina menghadiri kelas silat pada setiap petang Selasa dan Khamis - Zamrud II berlatih pada setiap

petang Rabu dan Sabtu selepas Asar
y Malam

- Aina dan Anas melawat tapak web Avatari - Aina dan Anas berbincang bagi mendapatkan peruntukan untuk membiayai mereka memasuki pertandingan Avatari

Latar masyarakat

y Masyarakat pelajar atau mahasiswa

- Aina dan Zuriani belajar di sekolah rendah manakala Anas dan Pauline belajar di sekolah menengah. - Adeen menuntut di universiti.
y Masyarakat yang menjalankan perniagaan

- Ho Shao Long menjalankan perniagaan kedai permainan video iaitu Game Star. - Encik Kuppusamy pula merupakan jutawan yang memiliki rangkaian kedai barang kemas ternama di Malaysia.
y Masyarakat yang celik komputer dan teknologi maklumat

- Aina dan Anas mencari maklumat mengenai pertandingan Avatri Kesepuluh melalui laman sesawang. - Adeen sangat mahir mengendalikan program dan perkakasan komputer.

Nilai murni

1. Baik hati Pasukan Zamrud sanggup memberikan mesin Avatari mereka serta wang kemengan kepada pasukan Zamrud II bagi membiayai perbelanjaan mereka. Pak Cik Ho membenarkan ahli Zamrud II menjalani latihan di pusat permainan video miliknya.

2. Keberanian Anas, Adeen , Aina , dan ahli Zamrud II yang lain dengan berani menyerang penceroboh yang menceroboh bilik persalinan mereka. Anas sanggup memasukkan bicu ke dalam soket mesin masa dan menekan butang merah di atas mesin masa walaupun berbahaya.

3. Patriotisme Pasukan Zamrud II hampir-hampir menarik diri apabila Aina cedera setelah ditembak. Oleh kerana, mereka memikirkan harapan negara terletak di bahu mereka, mereka meneruskan perjuangan. Selain itu, Pauline sanggup membantu Anas mematikan mesin masa di peringkat akhir kerana menghargai kebebasan beragama di Malaysia.

Unsur-unsur pengajaran

1. Kita mestilah belajar daripada kesilapan. Contohnya, Aina menerima teguran Zuriani dengan positif lalu mengajaknya menyertai pasukan Zamrud II. Kumar yang menarik diri daripada memasuki pertandingan Avatari menyesal setelah dimarahi ayahnya dan me lihat kemenangan pasukan Zamrud II.

2. Kita harus mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Contohnya, Profesor Fitri, Ho Shao Long dan ahli Zamrud lain tetap berkawan walaupun setelah memenangi pertandingan avatari sepuluh tahun lalu. Atas dasar

setiakawan jugalah Zamrud II dapat bersatu dan memenangi Pertandingan Avatari Kebangsaan Kesepuluh .

3. Kemudahan teknologi membawa kebaikan dan keburukan. Contohnya, Anas leka menggunakan kemudahan kamar bicara di tapak web Avatari sehingga sedar sudah pukul 1.00 pagi. Walaubagaimanapun, Zamrud II memenangi Avatari oleh kerana pengendalian teknologi yang cekap oleh Adeen.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->