Anda di halaman 1dari 3

antara yang ditanya dalam temuduga

 isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa?


 PIPP - apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,
bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas
dan fahami setiap elemen dalam PIPP
 1Malaysia-apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan
dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilan
sosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan,
kesetiaan,....apa beza 1Malaysia dgn Malaysian Malaysia.
 hafal menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri
pelajaran, ketua pengarah pelajaran. taktau sape? msg me k =)
 apakah cabaran guru
 simple question-kenapa minat jadi cikgu?
 apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari
 siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
 Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah
luar Bandar yang serba kurang.
 Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan
dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.
Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan
sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah, bagaimanakah kamu menghadapinya?
2. Budaya buli di sekolah semakin serius, apakah puncanya? Cadangkan
penyelesaian masalah tersebut.
3. Murid lebih cenderung untuk belajar di tuisyen. Adakah kamu sudi menjadi guru
tuisyen di pusat tuisyen? Mengapa?
4. Apakah punca stress menjadikan guru sekolah semakin membimbangkan?
Huraikan cara atasi stress.
5. Mengapakahkamu memohon mengikuti kursus KPLSPM??
6. Apakah kegunaan mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris?
7. Berikan pro dan kontra dalam penggunaan ICT di sekolah.
8. Mengapakah kerajaan berazam memperkasa sekolah kebangsaan?
9. Apakah tanggungjawab seseorang guru?
10. Huraikan konsep sekolah wawasan.
11. Sejauh manakah kamu mengetahui “ Rangcangan Integrasi Murid-Murid untuk
Perpaduan?”
12. Adakah kamu dipilih sertai “Program Latihan Khidmat Negara?” Apakah tujuan
program itu?
13. Apakah objektif KBSR/KBSM ?
14. Huraikan apa yang kamu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
15. Nyatakan 5 prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
16. Huraikan matlamat Wawasan 2020.
17. Jika kamu diminta mengajar di luar Bandar, bagaimana kamu menghadapi
masalah kehidupan di situ?
18. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi
seorang guru yang cemerlang?
19. Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, kamu harus meneruskan
pembelajaran sepanjang hayat. Mengapa?
20. Bagaimana kamu menjadi seorang guru yang dihormati dan disanjungi?
21. Apakah objektif utama perayaan “Hari Guru”?
22. Mengikut pandangan kamu, apakah teras perkhidmatan cemerlang?
23. Apakah fungsi utama Persatuan ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG)?
24. Berikan nama Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia masa kini.
25. Apakah masa depannya seseorang guru?
26. Apakah kepentingan “kecerdasan emosi” untuk seorang guru?
27. Berikan pandangan kamu jika kamu ditempatkan untuk mengajar di kawasan
terpencil, jauh dari Bandar dan pecan?
28. “Guru mempunyai banyak masa lapang, tidak banyak tugas dan mempunyai
tanggungjawab yang ringan.” Adakah kamu setuju? Mengapa?
29. Berikan 5 sebab kenapa kamu mesti dipilih untuk memasuki KPLSPM?
30. Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya pelajar tidak mendengar cakap kamu
di dalam kelas?
31. Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya pelajar menentang kamu semasa
mengajar?
32. Yang mana lebih penting? Tugas atau keluarga? Mengapa?
33. Apakah tindakan paling wajar yang patut kamu lakukan jika pelajar terlibat
dengan penyalahgunaan dadah di sekolah?
34. Apakah cabaran terhebat yang sedang dihadapi oleh guru pada masa sekarang?
35. Berikan komen tentang merotan murid-murid nakal di sekolah.
36. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar di sekolah.
37. Berikan pandangan tentang guru yang mempunyai kerja-kerja sampingan di luar
sekolah.
38. Pelajar yang bermasalah sepatutnya dibuang sekolah. Setuju? Mengapa?
39. Berikan 3 sumbangan kamu sebagai seorang guru kepada masyarakat.
40. Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Adakah kamu setuju?
Mengapa?
41. Adakah pihak polis perlu campur tangan dalam kes disiplin di sekolah?
Mengapa?
42. Remaja-remaja kini semakin liar dan susah dikawal. Setuju? Mengapa?
43. Apakah cirri-ciri positif yang perlu ada pada seorang guru untuk mengajar?
44. Apakah kebaikan seorang guru yang boleh berfikiran kritis dan kreatif?
45. Bagaimanakah caranya bagi guru untuk membendung masalah disiplin di
sekolah?
46. Berikan pandangan kamu tentang isu guru disaman oleh ibu bapa murid?
47. Semasa mengikuti kursus perguruan, kamu akan dikehendaki mengikuti kuliah
psikologi dan pedagogi pendidikan untuk seseorang guru?
48. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan mendalam tentang isu-isu
pendidikan semasa. Mengapa?
49. Seorang guru yang berkesan mesti mempunyai kemahiran interpersonal yang
tinggi. Mengapa?
50. Apakah faedah memilih kerjaya kamu dalam profesion keguruan?

Anda mungkin juga menyukai