Anda di halaman 1dari 5

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-


kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan
bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Zon perkembangan proksimal ini bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang


dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Tardapat dua tahap iaitu:

 Tahap perkembangan sebenar:


Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa sebarang
bantuan.
 Tahap perkembangan potensi:
Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa.

Perkembangan kanak-kanak:

Had atas: peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang
lebih mahir. Contohnya boleh menbuat angka 1 hingga 1000 sendiri.

Had bawah: kemahiran yang boleh atau yang telah dicapai oleh kanak-kanak ataupun
pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1
hingga 100.

PENILAIAN PERLU DIFOKUSKAN UNTUK MENENTUKAN ZON PROKSIMAL


SETIAP KANAK-KANAK

Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang
sepatutnya diberi.contoh aktiviti ialah:

Menggunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras senang, sederhana dan susah untuk melihat
keupayaan murid dan seterusnya dapat menentukan tahap bimbingan yang akan diberikan.
MENGGUNAKAN ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL DI DALAM PENGAJARAN

Guru memberikan bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-
kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai. Beri galakan dan
semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif.
Contoh aktiviti ialah:

Guru mengajarkan murid menulis pantun dua kerat dengaaan bimbingan. Kemudian, biarkan
kanak-kanak tersebut menulis pantun dua kerat dengan sendiri berdasarkan kefahaman yang
telah diberikan.

MEMBERI GALAKAN

Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru menggunakan
strategi pengajaran yang koperatif dan kaloboratif serta pengajaran secara berkumpulan.
Bentukkan kumpulan heterogenus dimana kanak-kanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai
diletakkan dalam satu kumpulan. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan atau sokongan
daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Contoh aktiviti ialah:

Guru menbahagikan murid di dalam kumpulan yang terdiri daripada murid yang mempunyai
pelbagai tahap kefahaman dan seterusnya memberikan satu tugasan kepada murid untuk
dilakukan di dalam kumpulan. Dalam menjalankan tugasan, murid yang mahir akan membantu
murid yang kurang mahir di dalam kumpulan masing-masing.

GALAKAN BERCAKAP SENDIRI

Kawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa memyelesaikan sesuatu


masalah. Bombing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam
situasi yang memerlukan penyelesaian. Contoh aktivitinya ialah:

Guru menyuruh murid menulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebatang Pen”. Murid akan
bercakap sendiri untuk mendapatkan idea dengan membayangkan dirinya sebatang pen bagi
menyiapkan karangan tersebut.
ARAHAN YANG BERMAKNA

Guru memberikan arahan yang bermakna seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan


kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing kanak-kanak untuk mengaplikasi
pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar. Contoh aktiviti:

Guru menunjukkan cara untuk menunaikan solat dengan cara yang betul kepada kanak-kanak,
mereka pula akan mengaplikasikan cara tersebut ketika solat.

KAJIAN LEV VYGOTSKY

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh


dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu
membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah
hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas
bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky (dalam Souviney, 1989) pula mengatakan operasi
mental adalah dirangsangkan melalui interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang
dewasa yang lebih berterampilan. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang
dan menukar menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga membahaskan bahawa
pengajaran berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti dalam
suasana yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru.
Guru berperanan mengorganisasikan interaksi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan
tugasan pembelajaran.

Lev Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor


persekitaran, sosial dan budaya. Melalui interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan,
orang dewasa, sekolah dan sebagainya. Mengikut Vygotsky, bayi lahir dengan berharap “fungsi
asas mental” (elementary mental function) iaitu perhatian, sensori, persepsi dan memori.
perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu, peringkat sosial dan
peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau pengetahuan individu diperolehi
melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik
beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan
individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada
kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

SOSIOBUDAYA

Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan
teori sosiobudaya. Teorinya juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung
kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang ada di sekitarnya yang menjadi alat
penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang
sekelilingnya. Terdapat tiga cara sosiobudaya disampaikan iaitu:

1. Peniruan
2. Mengingati dan membuat pemahaman sendiri
3. Belajar melalui kolaborasi dalam kumpulan

Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dengan
persekitaran sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila
berinteraksi dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Vygotsky percaya bahawa
interaksi sosial yang menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan tingkah laku kanak-
kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah yang membezakan sesuatu budaya. Selepas itu,
berubah melalui interaksi dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit iaitu “fungsi
mental peringkat tinggi” (higher mental function). Sebagai contoh:

Strategi mengingat:

 Orang barat – buat nota


 Orang asli – cantas dahan pokok untuk ingat jalan

Vygotsky setuju dengan teori Piaget bahawa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan
dicirikan dengan gaya fifiran yang berbeza-beza, akan tetapi Vygotsky tidak setuju dengan
pandangan Piaget bahawa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran
realitinya sendirian, kerana menurut Vygotsky sesuatu pengetahuan tidak hanya didapati oleh
anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari lingkungannya juga.

Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea utama iaitu:

 Intelektual berkembang ketika individu menghadapi idea-idea baru dan sulit mengaitkan
idea-idea tersebut dengan apa yang mereka ketahui.
 Interaksi dengan orang lain meningkatkan perkembangan intelektual.
 Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan moderator
pembelajaran murid.

STRATEGI BELAJAR

Sumbangan psikologi kognitif berpunca dari teori-teori yang menjelaskan bagaimana


otak bekerja dan bagaimana individu memperoleh dan memproses informasi. Menurut Vygotsky,
adalah penting menggunakan strategi belajar kerana pengetahuan awal (prior knowledge) penting
dalam proses pembelajaran, membantu kanak-kanak memahami pengetahuan dan perbezaan
antara berbagai-bagai jenis pengetahuan yang lain, dan membantu kanak-kanak menjelaskan
bagaimana pengetahuan diperoleh manusia dan diproses dalam memori otak.

Informasi dan pengalaman yang disimpan dalam memori jangka panjang adalah sebagai
pengetahuan awal. Pengetahuan awal adalah kumpulan dari pengetahuan dan pengalaman
ivdividu yang diperoleh sepanjang perjalanan hidupnya dan akan di bawa kepada suatu
pengalaman yang baru.

Penggunaan pengorganisasian awal (advance organizer) merupakan satu alat pengajaran


yang mengaitkan bahan-bahan pembelajaran dengan pengetahuan awal. Pembelajaran
melibatkan pemerolehan isyarat melalui pengajaran dan informasi daripada orang lain.
Perkembangan termasuklah kanak-kanak dapat berfikir sendiri dan menyelesaikan masalah tanpa
bantuan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai