Anda di halaman 1dari 5

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK

Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi


berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan
dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang
berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti
yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung
labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja
terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang
bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan
berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan.
Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri
adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti
tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak
memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian
lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah


mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi
berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling
terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya
pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar
terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan
memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu
perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan
sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling
khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru
mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah,
rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang
diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping
dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon


songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu
yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep
bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu
sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas
berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar
sukar menerima.
Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan
darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang
suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan
bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui
proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya
sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk
menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan


penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang
dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja
terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya
yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga
memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang
wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih
luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi
kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap
pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi
peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada
kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam
bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji
tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek
yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim
tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A-


wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah,
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah
melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan,
mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model
muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan
yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan
dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas
tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap


ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang
lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu
kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan
ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang
konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat
atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang
pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah
baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung"
wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih
suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk
badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah
sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik
oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi
seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin),
menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran
(kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim
tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap
ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya
tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis


wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap


cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang


sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang


menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat
sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau
berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam,


bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan
mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan


risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas
juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah
beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang
studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika
menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak.
Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis
ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha
sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut,
keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang


menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak
sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang
terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas
kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J
yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut
syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam,
individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham
tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik
dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada
mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah
berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah
untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil
jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif
ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang
dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam,
menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke
serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations,
Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan
mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar
UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita
kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas
memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam
yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

Anda mungkin juga menyukai