Anda di halaman 1dari 7

c 

Melihat dari segi pengisian di dalam menghasilkan karya, kebudayaan masyarakat sebenarnya
jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna karya tersebut. Biarpun melihat dari sudut
gerakan seni barat, kebudayaan mereka sebenarnya menjadi isi utama terhadap penghasilan karya.
Dengan mengambil karya ± karya Pop sebagai contoh, kita dapat melihat Andy Warhol menjadikan imej
± imej produk popular di negara barat ketika itu seperti µCampbell¶s soup¶ serta µBrillo¶ didalam
menghasilkan karyanya. Jelas terlihat bahawa beliau menjadikan kebudayaan masyarakat ketika itu
sebagai isi didalam karyanya biarpun penceritaan sebenarnya adalah lebih kepada pemberontakkan
serta pembaharuan terhadap senario seni ketika itu dengan mengangkat subjek-subjek konsumer
sehingga mencapai nilai estetik.

Begitu juga dengan apa yang berlaku didalam kesenian di Malaysia. Bermula dengan kewujudan
kesenian kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik, serta permainan tradisional, kesenian Malaysia
dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. Seni moden di Malaysia telah mula
bertapak seawal tahun 30-an dengan mendapat pengaruh dari pendekatan barat. Walaubagaimanapun,
kesenian yang diterapkan masih lagi berpandukan serta berintikan kebudayaan masyarakat di negara ini
biarpun pendekatan barat telah mula menjejakkan kaki ke negara ini. Hal ini demikian kerana, banyak
pengkarya di negara ini telah mula mendapat pendidikan di luar negara dan beberapa individu seperti
Cheong Soo Peng, Chen Wen His dan Georgette Chen dari kumpulan Pengkarya Nanyang yang
merupakan imigran dari negara China, telah membawa pengaruh seni barat serta china dan seterusnya
membuka Akademi Seni Nanyang di Singapura pada Tahun 1938 (Mahamod, 2007). Ini dapat dilihat
dengan lebih jelas apabila seni moden di Malaysia mula berkembang melalui kewujudan persatuan,
gerakan serta kumpulan seni, sama seperti apa yang berlaku di eropah. Bermula pada tahun 1930 ±an,
kumpulan catan air Penang (Penang Watercolourist) memainkan peranan dengan menghasilkan karya
yang merakam keindahan pemandangan di tanah air. Menurut Piyadasa, Malaysia terlibat didalam
peghasilan catan easel (easel painting) bermula pada tahun 1930-an yang melibatkan sekumpulan
pelukis catan air dari Penang (Penang Watercolourist), (Mahamod, 2007). Karya ± karya dari kumpulan
ini banyak merakamkan pemandangan indah di Malaysia ketika itu. Walaupun karya-karya tersebut
hanyalah sekadar catan air yang memperlihatkan pemandangan sebagai subjek, namun ia sebenarnya
mempunyai isi yang lebih besar dari itu. Karya- karya tersebut menjadi satu dokumentasi sejarah serta
merakam perkara-perkara penting di Tanah Melayu contohnya kedatangan imigran cina melalui catan
³Bumi Bahagia-Lombong Bijih Timah Malaya´ oleh Abdullah Arif yang amat bermakna kepada generasi
masa kini serta akan datang.

Selain dari persatuan Penang Watercolorist dan Persatuan Pengkarya Nanyang terdapat sebuah
lagi kumpulan seni yang diberi nama Wednesday Art Group yang turut memainkan peranan penting di
dalam perkembangan seni tampak moden di Malaysia. Dengan menampilkan Peter Harris, seorang
pengkarya barat dan pendidik seni sebagai individu yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan seni
ini sekitar tahun 1950-an, Wednesday Art Group telah mengumpulkan ahli-ahli kumpulan lain seperti
Ismail Mustam, Dzulkifli Buyong dan Patrick Ng Kah Onn. Dengan kewujudan kumpulan seni ini,
pengaruh seni barat menjadi semakin kuat didalam arena seni Malaysia. Namun pengkarya di dalam
kumpulan ini seringkali menjadikan pemandangan, tema tempatan isu sosial, serta lukisan figura sebagai
subjek di dalam karya mereka. Identiti yang diwujudkan masih lagi menjadikan kebudayaan Melayu
sebagai intipati yang utama. Salah seorang pengkarya dari Wednesday Art Group, Dzulkifli Buyung,
seringkali menggunakan imej- imej figura didalam di dalam karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur
kebudayaan melayu didalam karya beliau. Terdapat beberapa karya beliau yang telah menjadi catatan
sejarah seni moden Malaysia seperti ³Murid sekolah´, 1962, ³Kelambu´, 1964, ³Kapal Kertas´, 1966,
³Membakar Semut´, 1967.

c
³Kelambu´

Dzulkifli Buyung

1964

Pastel

Œ
Π 

Πc   

Di dalam salah satu karya beliau iaitu ³Kelambu´, 1964 dapat dilihat dengan jelas
bahawa beliau gemar menggunakan watak ± watak figura yang naïf didalam karyanya. Apa yang
ternyata di dalam karya adalah imej lima figura wanita dan juga imej kelambu yang menjadi
subjek utama di dalam karya beliau. Setiap figura yang ditampilkan di dalam karyanya membawa
watak yang tersendiri. Empat figura didalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis
manakala seorang lagi figura memainkan peranan sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua
figura didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga.. Figura ± figura didalam catan tersebut
memperlihatkan pergerakan yang mendorong kepada visual yang menjelaskan bahawa mereka
sedang melakukan tugas masing-masing. Catan tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam
bilik dimana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama.
Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan
dari gigitan nyamuk dan kemungkinan dia tidur di luar.

Figura-figura yang berperanan sebagai anak gadis pula menunjukkan tugas masing-
masing, seorang daripada mereka sedang menutup jendela, seorang lagi sedang memasang tali
kelambu, terdapat seorang yang sudah berada di dalam kelambu sambil membaca buku dan
seorang lagi mendamparkan badan keatas kelambu dengan memaparkan eksperesi muka yang
begitu menikmati suasana ketika itu. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna
coklat serta mempunyai ton yang gelap. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan
beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura
iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu
perwatakan serta karakter figura tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang
dilihat pada rambut figura ibu yang bersanggul.

ΠΠ 

Melalui karya Dzulkifli Buyung ini, aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat
dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni
dalam karyanya. Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana
figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada
ditengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Selain itu,
penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat
imej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada kelambu dan
juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui
pencahayaan yang diterapkan. Warna yang digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang
mendapat pengaruh warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang
menimbulkan suasana kampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi
menimbulkan suasana malam . Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang
bersifat bosan (dull), masih terdapat penggunaan warna yang cerah terutamanya pada figura
dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna
amat berkait rapat dengan media yang digunakan oleh beliau didalam karya tersebut. Media
yang digunakan didalam karya tersebut dan hampir kesemua karya beliau adalah pastel. Melalui
penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karektor yang ingin disampaikan oleh beliau iaitu
tema zaman kanak-kanak.

Dengan pengaplikasian elemen dan prinsip seni, semakin jelas bahawa perkembang
pendekatan barat semakin kuat bertapak dalam seni moden Malaysia. Seni moden Malaysia
semakin berkembang dan mewujudkan gayanya yang tersendiri. Apa yang menarik mengenai
visual yang ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej
figura yang lebih menjurus kearah imej lukisan kanak-kanak dan berbentuk seni naif (naive art).
Beliau telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden

½
di Malaysia walaupun Dzulkifli Buyung sebenarnya banyak menunjukkan pengaruh dari guru
beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn. Sebagai salah seorang ahli kumpulan Wednesday Art Group
(WAG), beliau amat menepati kehendak atau tujuan kumpulan tersebut untuk keluar dari apa
yang telah dilakukan sebelum ini dalam dunia seni tampak Malaysia. WAG beranggapan bahawa
nilai estetik melalui pendekatan Kumpulan Nanyang adalah terlalu tradisional dan mereka ingin
membentuk gaya baru yang jelas memaparkan keindahan Melayu didalam karekter yang dibawa
(Ahmad, 2008).

Π 

Apabila melihat kepada karya Dzulkifli Buyung ini, amat jelas tergambar bahawa makna
yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan
hanya mengambil situasi yang mudah sebagai contoh situasi sebuah keluarga ketika hendak
tidur, namun penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat
dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah keluarga.
Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai pengorbanan seorang
ibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si ibu berkemungkinan tidur
diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu tersebut. Si ibu sanggup
membiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari demi memastikan
keselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan dan keluarga di
dalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan hidup mereka.

Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu elemen
yang amat ditekankan didalam masyarakat. Kasih sayang merupakan suatu perkara yang amat
indah dan ianya seringkali diterapkan di dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara seperti
didalam pepatah dan peribahasa Melayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak mempunyai
kekayaan dari segi harta benda dan material, namun mereka kaya dengan kasih sayang yang
cukup membuatkan hidup mereka gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung didalam
menghasilkan karya jelas dimana beliau mampu untuk menggunakan metafora atau
perumpamaan yang amat mudah didalam menyampaikan ideanya yang membawa makna yang
mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman
kanak-kanak. Karya beliau menunjukkan kegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan
zaman kanak-kanak melalui aktiviti harian mereka. Kanak-kanak digambarkan bermain dengan
riang dan berjenaka didalam pesekitaran tempatan yang menggambarkan motif serantau di
dalam identiti tempatan (Mahamod, 2007). Dzulkifli Buyung mungkin mendapat pengaruh yang
amat besar daripada guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn, namun melalui pengolahan serta
stailisasi yang dilakukan oleh beliau terhadap figura mempunyai karektor kartun dan karikatur
telah membentuk identitinya yang tersendiri dan lebih menampakkan kebudayaan tempatan.
Didalam karya tersebut juga, apa yang dapat dilihat secara tersurat adalah identiti budaya
tempatan melalui penggunaan imej seperti kelambu, kain batik, bantal serta suasana bilik.
Kelambu merupakan pelindung yang digunakan oleh masyarakat Melayu terutamaya masyarakat
kampung untuk melindungi dari gangguan nyamuk ketika waktu tidur.

 
Π  


Perkara yang tidak dapat disangkal apabila melihat karya bertajuk ³Kelambu´ oleh
Dzulkifli Buyung adalah kebijaksanaan beliau didalam menyampaikan mesej mengenai
keindahan kebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun berlainan dari sudut konteks
penyampaiaan, iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun beliau masih tidak lupa
mengenai keindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin pengalaman hidup beliau
telah menyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya yang merakamkan
kenangan zaman kanak-kanak didalam karyanya. Apa yang penting adalah bagaimana beliau
melihat situasi yang amat mudah, mempunyai elemen-elemen estetik untuk dizahirkan didalam
karya. Dengan menyelitkan keindahan kebudayaan Melayu, karya yang dihasilkan oleh beliau
menjadi sesuatu yang cukup kuat dari segi penceritaan serta keindahan warisan kebudayaan.
Secara peribadi, saya menyatakan bahawa karya Dzulkifli Buyung banyak menyentuh emosi,
jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkin kerana saya juga pernah mengalami serta merasai
situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketika berada di kampung. Setiap imej yang dipaparkan
didalam karya beliau seperti bantal, kelambu, pakaian, suasana bilik, serta situasi melambangkan
keindahan masyarakat Melayu. Mengambil contoh bantal dan juga kelambu didalam karya
tersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatu ketika dahulu memang menggunakan peralatan
tersebut didalam kehidupan seharian mereka, bantal yang mempunyai sulaman bunga dan
kelambu yang diikat pada penyangkut. Perkara tersebut merupakan identiti yang dimiliki oleh
orang Melayu walaupun ianya hanya peralatan harian namun ianya mengandungi nilai
sentimental yang amat tinggi dan juga berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu suatu
ketika dahulu.

Dzulkifli Buyung melihat perkara-perkara tersebut sebagai suatu saat (moment) yang
penting untuk dizahirkan didalam karya beliau. Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1964 dan
ianya masih kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat kini mungkin tidak mengenali dan
menggunakan kelambu sebagai salah satu peralatan di dalam kehidupan mereka walhal, ianya
pernah menjadi sesuatu yang sinonim terhadap kehidupan masyarakat Melayu. Lantas, ianya
menjadikan karya tersebut sebagai catatan serta dokumentasi mengenai keindahan budaya
Melayu, sesuatu yang amat penting kepada sejarah seni moden Malaysia dan juga masyarakat
secara umumnya. Karya tersebut menjadi jaminan didalam memelihara salah satu kebudayaan
serta keindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh generasi akan datang. Memang
sudah ternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni adalah sebagai sebuah
dokumentasi didalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud didalam tempoh masa
tertentu. Dan apabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat dibuktikan bahawa ianya
merupakan catatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-lebih lagi apabila pengkarya
begitu peka serta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam karyanya. Seperkara lagi yang
menjadikan karya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan berjaya adalah elemen kasih
sayang antara keluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam karya ini. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasih sayang didalam
kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti µair dicincang tak akan putus¶ dan
pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan dan perbuatan. Jika
orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa bersama keluarga,
masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayang mereka dengan hanya
berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah dan asas iaitu tidur .
Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. Beliau berjaya
membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun dari
pengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai keindahannya
yang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut berjaya
mencapai darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi kecemerlangan dari
segi aspek formal serta makna yang terkandung.

D
   
Sebagai penutup, dapat dijelaskan bahawa pengkarya di negara ini telah mengalami perubahan
didalam pengaplikasian seni dari konteks seni moden di Malaysia. Pendekatan barat telah diterima di
dalam menjalankan penghasilan karya, namun apa yang menjadikan pengkarya di negara ini memiliki
identiti tersendiri adalah bagaimana elemen serta pegisian berkaitan keindahan kebudayaan serta
masyarakat Melayu diterapkan didalam makna serta kandungan bagi karya mereka. Banyak perkara
telah mempengaruhi diri mereka dan salah satu di antaranya adalah cara hidup dan masyarakat itu
sendiri. Dzulkifli Buyung merupakan salah seorang pengkarya yang banyak memainkan peranan di
dalam menjadikan keindahan budaya Melayu sebagai sebuah intipati pengisian makna didalam karya
beliau. Beliau melihat bahawa keindahan terdapat di dalam kehidupan harian masyarakat Melayu biarpun
dari ruang lingkup aktiviti yang sangat mudah serta kenangan dari zaman kanak-kanak. Kejayaan beliau
serta beberapa pengkarya lain menerap masuk elemen keindahan budaya Melayu didalam karya telah
mewujudkan satu titik tolak yang penting didalam mengangkat apresiasi seni moden di negara ini sebagai
suatu perkara yang penting kepada masyarakat.

Dengan menganggap kebudayaan masyarakat sebagai suatu warisan yang amat berharga,
beliau tidak menjadikan cabang seni moden di Malaysia sebagai suatu lapangan yang kompleks untuk
dijadikan medium bagi membawa keindahan kebudayaan masyarakat itu sendiri. Tidak bermakna karya
yang dihasilkan oleh beliau adalah terlalu naratif atau terlalu bercerita, namun beliau sebenarnya telah
membuat pernyataan yang sangat tepat melalui karyanya iaitu didalam cara hidup serta masyarakat itu
sendiri, telah terpapar keindahan dan ketinggian martabat budaya masyarakat Melayu. Memang perkara
tersebut menjadi suatu kenyataan dimana di dalam kehidupan masyarakat Melayu, terkandung pelabagai
keindahan budaya seperti berbudi bahasa, sopan santun dan kasih sayang. Proses menggambarkan
kehidupan sosial masyarakat di dalam karyanya telah menjadikan karya beliau mempunyai identiti
tersendiri lebih-lebih lagi apabila beliau lebih kearah mengstailisasikan karekter didalam karyanya
menjadi bentuk figura naïf dan kelihatan seperti watak kartun. Gerakan yang diwakili oleh beliau iaitu
Wednesday Art Group sebenarnya telah membawa perubahan terhadap dunia seni moden yang sebelum
ini lebih gemar merakam pemandangan kepada pencarian media baru, teknik dan tema (Mahamod,
2007). Beliau masih lagi menggambarkan didalam karyanya namun apa yang berbeza adalah subjek
atau tema telah berubah kepada situasi, cara hidup serta kenangan zaman kanak-kanak. Karya yang
dihasilkan oleh beliau merupakan suatu dokumentasi yang amat penting kepada masyarakat serta
generasi kini serta dan datang kerana ianya terkandung keindahan bentuk serta makna seni Melayu dan
Malaysia.

‰
{  

 
Π
0  
    
 
        
 

  
 
Œ  
                !  

 !  
Œ £

 
  " ! # $     !   % &     
'

 !  ! (


Œ  

 
 
   
   
 !) !*       !   +  ,-)  .