Anda di halaman 1dari 4

Tema

Ketabahan seorang pemuda yang mengalami ketidaktentuan atau kecelaruan fikiran sebagai
akibat kisah silamnya yang akhirnya kembali pulih menjadi insan yang mampu berdikari.

Persoalan

a)              Pandangan serong masyarakat terhadap golongan yang serba kekurangan . contohnya, penduduk
kampong memandang hina akan Bujei yang dianggap tiga suku.
b)              Perasaan simpati terhadap sesama insane. Contohnya, keluarga Sidang Saman bersimpati terhadap
Bujei yang yatim piatu.
c)              Keazaman untuk menolong orang yang kurang bernasib baik. Contohnya, Adila yang berazam untuk
memulihkan Bujei menjadi manusia yang normal kembali.
d)              Sikap tidak mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain. Contohnya, Wak Senen sanggup
menyerahkan semula tanah yang dibeli daripada Harun kepada Bujei.
e)              Cinta yang tidak mengira darjat .contohnya, Adila yang berasal daripada bandar dan berpelajaran
tinggi jatuh cinta kepada Bujei yang tidak berpelajaran dan dianggap dungu.

Watak dan Perwatakan

Bujei

a)              Nama sebenarnya Mohamad Hafiz.


b)              Berumur 27 tahun
c)              Ibunya bernama Fatimah dan bapa tirinya bernama Harun.
d)              Dianggap lurus bendul, kurang siuman, dan dungu oleh masyarakat kampong.
e)              Pintar semasa di bangku sekolah rendah tetapi tercicir dalam pelajaran selepas peristiwa kebakaran
yang meragut nyawa ibu kandungnya.
f)                Amanah, bertanggungjawab dan suka menolong orang.
g)              Jujur dan ikhlas dalam pertuturan dan tingkah laku.
h)              Mudah terpedaya oleh kata-kata fitnah

Adila

a)              Berumur dalam lingkungan 20-an.


b)              Berasal dari kuala lumpur.
c)              Anak kepada Dahlan dan merupakan anak saudara Sidang Sman dan Mak Lamah.
d)              Merupakan lepasan universiti dari England dan memiliki ijazah dalam bidang ilmu psikologi.
e)              Seorang yang baik hati, prihatin, jujur,tegas dan mudah mesra.

Alias
a)              Berumur dalamlingkungan 20-an.
b)              Pemudakampung yang tiada pekerjaan.
c)              Mempunyai dua orang sahabat karib iaitu Sani dan Sahak.
d)              Seorang yang panas baran, suka bercakap besar, kaki buli, pedendam dan busuk hati.
e)              Meminati Adila sehingga sanggup menghantar wakil bagi meminang gadis itu.
Latar

Latar Tempat

a)              Di rumah Bujei. Di sinilah ibu Bujei meninggal dunia dalam kebakaran.
b)              Di rumah nenek Bujei. Di sinilah Alias merosakkan radio baru Bujei.
c)              Di rumah Sidang Saman. Di sinilah Faizal dating menemui Alias.
d)              Di rumah Alias. Di sinilah Alias membuli Bujei dengan menyuruhya membasuh motosikalnya tanpa
memberikan sebarang upah.
e)              Di tebing sungai. Di sinilah Harun telah memukul Bujei kerana Bujei merosakkansurat jual beli tanah.

Latar Masa

a)              Pada waktu subuh, iaitu Bujei terjaga apabila terdengar bunyi azan subuh dan segera mandi dan
bersiap .
b)              Pada waktu awal pagi, iaitu Bujei menunggu penoreh getah dengan harapan dapat dia dipelawa
mereka membantu menorah getah.
c)              Pada waktu senja, iaituSidang Saman yang lalu di kawasan jambatan terkejut apabila melihat Bujei
terjun ke sungai lalu menyuruh Bujei segera pulang.
d)              Pada waktu malam, iaitu Bujei tersedar daripada pensan setelah dipukul oleh bapa tirinya lalu pulang
ke rumah.
e)              Tempoh masa selama dua bulan , iaitu Adila telah tinggal di kampung selama dua bulan setelah dia
membawa diri kerana tunangnya telah berkahwin dengan gadis lain.

Latar Masyarakat

a)              Masyarakat yang bersimpati terhadap sesama manusia, contohnya, siding Saman dan Mak Lamah
sentiasa mengambil berat tentang Bujei dan memberikan makanan kepadanya.
b)              Masyarakat yang mendapat pendidikan di luar Negara. Contohnya, Adila dan Faizal yang menuntut di
luar Negara selama lima tahun.
c)              Masyarakat yang suka menindas golongan yang lemah. Contohnya, Alias sering membuli Bujei yang
dianggap dungu.
d)              Masyarakat yang tamak akan harta dan wang ringgit. Contohnya Harun yang merupakan baa tiri
Bujei yang ingin merampas tanah sawah tapak rumah milik arwah ibu Bujei.
e)              Masyarakat yang sabar dalam menghadapi dugaan. Contohnya, Adila tetap sabar dan berusaha
memulihkan Bujei walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan.
f)                Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin dan berita palsu. Contohnya, penduduk
kampung termasuklah Bujei percaya akan kata-kata Alias kononnya Adila menghidap penyakit AIDS.

Plot

Binaan Plot
a)              Pengenalan: Pengarang memperkenalkan watak Bujei yang yang berehat di tebing sungai. Bujei
teringat kembali akan kisah pada zaman kanak-kanaknya sehingga peristiwa kebakaran yang meragut
nyawa ibunya.
b)              Perkembangan: Alias sering membuli Bujei. Dia inginmembantu memulihkan Bujei.
c)              Perumitan: Alias menjemput Bujei ke rumah Sidang Saman untuk kajian manusia abnormalnya. Alias
cemburu akan kemesraan antara mereka berdua . Bujei turut dibelasah oleh bapa tirinya, Harun yang
memintanya menurunkan cap jari pada surat jual beli tanah pusaka milik arwah ibunya. Alias
menaburkan kata-kata fitnah kepada  bujei kononya Adila yang berpenyakit AIDS. Adila pulang ke
Kuala Lumpur kerana terlalu sedih atas fitnah terhadap dirinya yang tersebar ke seluruh kampung.
Adila kembali ke kampung itu setelah bercuti rehat di Kuala Lumpur.
d)              Puncak/klimaks: Bujei memperoleh kemengan mutlaknya. Alias tidak mengganggu Bujei lagi setelah
dia mencabar Alias pergi menghalau Adila yang dikatakan berpenyakit AIDS dari kampung itu.
e)              Peleraian: Alias menjadi tidak siuman apabila fitnah yag dia dilemparkan kepada Adila dan Bujei tidak
mampu menghalang hubungan mereka, manakala peminangannya ditolak oleh Adila . Adila
menyatakan isi hatinya untuk memilih Bujei sebagai sebagai pasangan hidupnya. Sebaliknya Sidang
Saman menyatakan bahawa Bujei masih belum bersedia untuk berkahwin.
Walaubagaimanapun,  adila gembira kerana Bujei semakin pulih dan mampu berdikari. Adila
memberitahu Bujei tentang tawaran kerja yang diterimanya sebagai pensyarah di sebuah institute
swasta di Kuala Lumpur. Bujei menerima ketentuan takdir dengan hati yabg reda.

Teknik Plot

a)              Teknik pemerian. Contohnya ,pengarang memerhatikan keadaan anaksungai yang merupakan


tempat rehat yang paling digemari oleh Bujei pada waktu senggangnya.
b)              Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Bujei dengan Wak Senen.
c)              Teknik imbas kembali. Contohnya Bujei megimbas kembali kisah kematian ibunya dalam kebakaran.
d)              Teknik kejutan. Contohnya kedatangan Faizal ke rumah Sidang Saman secara tiba-tiba menimbulkan
kejutan kepada pembaca.
e)              Teknik saspens. Contohnya, tindakan Harun memukul Bujei kerana merosakkan surat jual beli tanah
pusaka milik arwah ibunya menimbulkan tanda tanya kepada pembaca nasib Bujei.

Gaya Bahasa

a)              Peribahasa. Contohnya : ada hati; angkat muka.


b)              Personifikasi. Contohnya : rumahnya semakin dimakan api.
c)              Simile. Contoh: orang ramai seperti menyaksikan satu pertunjukan bunga api yang meriah.
d)              Hiperbola. Contoh: “ Demi cinta , ke lautan api kuturuti!” ujar Same’ah sambil menggayakan
langaknya.
e)              Sinkope. Contoh: “heh… nah . sikit aja tau,” ujar Kassim menggesa.
f)                Repitasi/pengulangan . contoh . kebanyakan orang mengatakan dia bodoh,dungu tidak berakal lalu
seperti tertunai hasrat mereka begitu; dia merasakan dirinya bodoh, dungudan tidak berakal.
g)              Inverse. Contoh: sekali lagi Mak Lamah merengus. (sepatutnya :Mak Lamah merengus sekali lagi.)
h)              Penggunaan kata bahasa inggeris. Contoh:good morning; excuse me.
i)                Penggunaan kata bahasa arab. Contoh: Insya-Allah, Alhamdulillah; bertawakallah.
j)                Penggunaan kata bahasa Indonesia. Contoh: mikirkan;dong

Nilai

a)              Ketabahan. Contohnya Bujei tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya.


b)              Simpati. Contohnya, Adila simpati akan nasib Bujei dan berusaha untuk memulihkannya.
c)              Baik hati. Contohnya, Mak Lamah sering mempelawa Bujei makan di rumahnya dan melayan Bujei
dengan baik.
d)              Berdikari.contohnya, Bujei hidup berdikari selepas kematian neneknya dengan menolong orang
kampung mengumpulkan getah sekerap di kebun getah.
e)              Hemah tinggi. Contohnya, Adila mesra dan bersopan santun ketika bercakap dengan Pak Longnya.

Pengajaran

a)              Kita hendaklah adil dalam menjatuhkan hukuman. Contohnya, Pak Saman meminta Alias membayar
ganti rugi kepada Bujei atas kesalahannya merosakkan radio Bujei.
b)              Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa musibah. Contohnya, Adila mendermakan darahnya
kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan dan memerlukan darah jenis AB yang sukar didapati.
c)              Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang aktiviti. Contohnya, Samsul dan Bujei
bekerjasama menurunkan khemah setelah majlis perkahwinan Same’ah selesai.
d)              Janganlah mudah terpengaruh dengan kata fitnah dan khabar angina . contohnya, Bujei percaya
akan fitnah yang disebarkan oleh Alias iaitu,  kononnya Adila menghidap peyakit AIDS.

Anda mungkin juga menyukai