Anda di halaman 1dari 7

Wau

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih
popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai
popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di
kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat
antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang
diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara.

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di
kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia
seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri
Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama
pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain
itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-
layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi
layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara
China. Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari
utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja
sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka
sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya
bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur
dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan
ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah
menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan
cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut
arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan
tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis
mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang
menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada
kepala wau,
busur atau dengung,
sayap wau,
torek atau bahagian pinggang dan
ekor wau.
Di Malaysia terdapat tiga jenis Wau Tradisional iaitu Wau Bulan,Wau Kucing dan Wau
JalaBudi. Pecahan dari tiga kategori tersebut terdapat beberapa lagi jenis wau
tradisional mengikut negeri seperti; Wau Merak, Wau Puyuh, Wau Kikik, Wau
Cenderawasih, Wau Seri Bulan, Wau Helang, Wau Kotak, Wau Kapal, Wau Dodo
Helang, Wau Seri Negeri dan Wau Kangkang. Adiguru wau di Malaysia ialah Shafie b.
Jusoh.
dicatat oleh senidisanasini pada 08:10

Anda mungkin juga menyukai