Anda di halaman 1dari 1

Kelab Usahawan Muda

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Serada,20050 Kuala Terengganu

Terengganu.

Ustazah Mardziah bt Abdullah, 10 MAC 2011

Pengetua,

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Serada, 20050 Kuala Terengganu

Terengganu.

Tuan/puan,

TUNTUTAN WANG JUALAN BURGER SEMPENA PROGRAM PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pada 15 Februari 2011 yng lalu, pihak sekolah telah menghantar seramai 50 peserta untuk
menyertai pertandingan Perarakan Maulidur Rasul.

3. Untuk meraikan peserta, pihak sekolah telah membeli 50 biji burger dari pihak kami tetapi pihak
tuan masih belum menjelaskan bayaran tersebut. Sehubungan dengan itu, kami ingin menuntut bayaran
tersebut sebanyak RM 60(RM1.80x50). Kerjasama tuan amatlah kami harapkan.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

____________________

(NUR ADIBAH BT JALALUDDIN)

Setiausaha,

SM Imtiaz YT Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai