Anda di halaman 1dari 11

Assalamualaikum.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai


Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah
dalam majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak
punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai
lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh
itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak
cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap
pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh
lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah
apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu
kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan
agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian
pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan
mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam.
Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika
semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun
melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para
pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka.
Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum
meneruskan perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.


Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan
apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga
menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan
kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-
kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan
pengguna jalan raya yang lain.

Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu


kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu.
Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik.
Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan
kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila
tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini
lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan
raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi
mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih
kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama
sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa
kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak
berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan
perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen
yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit
sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan
raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau
berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu
kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan
kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit
pengetahuan kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah
memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju
oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam,
justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya.
Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan
yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah
dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka
akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau
secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka
boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan
oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala
Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap


pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi
berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan
terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini
menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap
perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya
di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.
Kata orang ‘malang tidak berbau’. Oleh itu, kita perlu berhati-hati ketika memandu.  Menurut sumber Polis DiRaja
Malaysia (PDRM), statistik tahun 2008 menunjukkan 373,047 kes kemalangan telah berlaku berbanding 363,319
kes pada tahun 2007 dan 341,252 kes pada tahun 2006. Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca
daripada kecuaian manusia itu sendiri.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku ini berpunca daripada kelalaian
manusia. Antara bentuk kecuaian yang dilakukan mereka ialah memandu laju atau berlumba di jalan raya.
Pelbagai kemungkinan k boleh terjadi apabila kenderaan dipecut sesuka hati tanpa menghiraukan had laju
ditetapkan. Slogan ‘Kelajuan Boleh Membunuh’ dan ‘Jalan Raya ialah Sungai Maut’ menjelaskan kepada kita
bahawa kemalangan atau kematian boleh berlaku pada bila-bila masa saja seandainya kita cuai atau lalai di
jalan raya.
Bentuk kecuaian kedua yang dilakukan oleh pemandu ialah tidak memeriksa dahulu kenderaan sebelum
digunakan. Pemandu yang bersikap ‘lepas tangan’ begini sudah akan menghadapi masalah apabila bahagian-
bahagian tertentu kenderaan mereka sperti brek, lampu brek, lampu isyarat, hon dan lain-lain tidak berfungsi.
Banyak kends yang jatuh ke gaung atau terbabas kerana kerosakan brek. Ada juga kenderaan dilanggar dari
belakang kerana lampu brek yang tidak menyala. Kenderaan dicipta dan digunakan untuk kemudahan manusia.
Oleh itu, malang sekali apabila kita ditimpa kesusahan oleh kelalaian sendiri.
Di samping itu, manusia juga dianggap cuai apabila memandu dalam keadaan mabuk, khayal dan mengantuk.
Banyak kemalangan ngeri berlaku pada waktu larut malam awal pagi. Ini menunjukkan pemandu berada dalam
situasi berkenaan ketika mem,, Ujian-ujian polis terhadap pemandu dan mangsa kemalangan membuktikan
mereka memandu di bawah pengaruh alkohol. Penggunaan pil khayal dan ubat batuk juga mempengaruhi cara
pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan. Fenomena pemanduan yang tidak berhemah ini akan
menyusahkan semua pihak.
Selain kecuaian pemandu, kemalangan juga berlaku disebabkan oleh keadaan raya yang sempit, bengkang-
bengkok, berlubang dan sunyi. Hal ini cukup ketara jalan raya di kawasan pedalaman, seperti jalan raya dari
Bentong ke Gua Musang. Keadaan jalan sebegini akan memberi tekanan kepada pemandu. Bagi pemandu yang
kurang sabar, mereka akan memandu secara berbahaya. Misalnya, memotong di garisan berkembar atau ketika
di selekoh. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa apatah lagi apabila binatang melintas di hadapan. Jelasnya
keadaan jalan raya juga boleh menyumbang ke arah kemalangan.
Tidak seperti lebuh raya, kebanyakan jalan raya di negara kita tidak menyediakan. tempat rehat dan lampu jalan.
Ketiadaan tempat rehat menjadikan pemandu terus memandu meskipun mereka keletihan dan mengantuk.
Manakala jalan raya yang gelap pula boleh membawa risiko kemalangan yang tinggi. Rasa letih, mengantuk dan
suasana menjadikan pemandu hilang tumpuan di jalan raya. Kealpaan yang sedikit menyebabkan jiwa
melayang. Oleh itu, tempat rehat dan jalan yang disinari cahaya lampu adalah amat perlu untuk mengurangkan
kadar kemalangan di jalan raya.
Pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan di jalan raya. Namun, faktor penting yang sukar
dinafikan ialah manusia itu sendiri. Pelaksanaan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan kempen-kempen
keselamatan jalan raya di media massa boleh menyedarkan pemandu yang malang itu tidak berbau.
Punca-punca Kemalangan Jalan Raya Punca-punca Kemalangan Jalan Raya •sikap pengguna
jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya

•memandu dalam keadaan mengantuk atau mabuk

•sikap suka berlumba dan terlibat dalam lumba haram

•keadaan jalan raya yang sibuk terutamanya pada musim perayaan

•kenderaan yang tidak diperiksa dan dijaga dengan baik

•keadaan / sistem jalan raya kurang baik

•kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya Pengguna Pihak Berkuasa • Memeriksa


kenderaan sebelum memulakan perjalanan. •Undang-undang dan peraturanjalan raya

perlu diperketat (Polis, JPJ, dan pihak

berkuasa tempatan).

• Mendapatkan rehat secukupnya selepas

memandu dalam keadaan

yang lama.

•Sistem jalan raya perlu dikemaskinikan.

Jalan raya perlu dilebarkan. Lampu isyarat,

simpang jalan, bulatan dan jejambat dibina

untuk kemudahan melin


Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua
kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh
membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang
mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang
harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika
menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan
mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka
lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak
menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap
mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya
jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan
jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati.
Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan
pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka,
keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus
menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan
terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik.
Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan
laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap
pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah
setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan
penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu
kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko
untuk kemalangan berlaku amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua.
Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah
ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu
cermat jika selamat.

Langkah-langkah

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan
fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,
terutamanya pada musim perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut
diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-
bilaukan minda masyarakat ini?

Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,

Mesti dibanteras ke akar umbi,

Kudrat semua pihak mesti digembleng,

Azam janganlah berbelah bagi.

Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.
Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan
terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa,
"setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya
mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau
dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani
memperlekeh amaran kerajaan lagi.

Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji
pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para
pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk
mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan
objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan
jalan raya. Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang
terus berlaku.
Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti
menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-
undang di jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si
pelanggar peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu,
polis trafik yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya
mesti bersikap adil dan saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh
anggota polis trafik. Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak
penting.

Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-
masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti
mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan
kepada pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan
masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan.

Kata orang tua-tua, “malang tidak berbau”. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami
maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda
di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan
para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika
arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan
perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain
seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang.
Bak kata pepatah, “pandu cermat jiwa selamat”. Pengguna-pengguna jalan raya mestilah
mengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap
pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah
dilaksanakan dengan segera. Ingat, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!”
kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa
kerugian besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan
seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.

Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca
daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah
salah laku boleh berbunyi “3 P” iaitu

* Pendidikan

* Perundangan

* Penyelidikan

Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.

PENDIDIKAN

Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan
memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan
sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan
masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai
kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai
seorang pengguna jalan raya.

Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke
semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan
pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan
melalui tiga saluran iaitu:

* melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral,

* melalui sekolah memandu


* melalui komunikasi awam seperti televisyen.

Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk
mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya
ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan
prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya
dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia
boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang
lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu.
Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan
raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.

PERUNDANGAN

Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah
laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar”
akan terus mengancam keselamatan jalan raya.

Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:

* Pembentukan undang-undang

* Penguatkuasaan undang-undang

Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang


dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan
praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang
membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan
takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala
dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk
terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.
Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan
undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan
kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak
berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

PENYELIDIKAN

Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung.
Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka
masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan
masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.

* Ilmu kaji kejenayahan (criminology)

* Pengurusan jalan raya

Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti
keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka,
adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.

Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu
mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka
tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga
akan kurang.

[sunting]

Kesimpulan

Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya.
Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang buruk,
penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi yang
memecahkan benteng moral pemandu. Bagi menyelesaikan masalah salah laku jalan raya,
pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti
berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh
seperti mengambil pendekatan “ 3 P”, iaitu pendidikan, pengundangan dan penyelidikan.
Akhir sekali, pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa
mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai