Anda di halaman 1dari 1

Warga tua adalah penduduk yang telah berumur 60 tahun ke atas, mereka juga dipanggil warga

emas. Warga tua telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti membebaskan negara kita
daripada dibelenggu kuasa penjajah barat. Malah ramai juga dalam kalangan mereka yang telah
tekorban semata-mata mempertahankan kedaulatan negara. Generasi muda pada hari ini mestilah
menghormati dan melayan dengan baik warga tua kerana tanpa mereka sudah tentu negara kita
tidak membangun seperti yang dinikmati sekarang. Persoalannya apakah cara-cara untuk
melayan warga tua dengan baik?

Antara cara-cara melayan warga tua dengan baik ialah mengunjungi rumah warga tua untuk
menziarahi mereka. Amalan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan warga tua dengan
masyarakat sekitar. Di samping itu, kita juga dapat meringankan kesusahan yang ditanggung
mereka. Oleh itu, Warga tua akan merasakan bahawa mereka masih diperlukan oleh komunitinya
dan dapat mengikis persepsi negatif generasi muda kepada warga tua.

Selain itu, kita juga hendaklah menghormati warga tua di mana sahaja mereka berada. Kita
mestilah memberi peluang kepada warga tua untuk duduk di kerusi semasa semua tempat duduk
dipenuhi oleh penumpang yang lain. Sehubungan itu, kita disarankan menghulurkan tangan
untuk bersalam-salaman dengan mereka sebagai tanda hormat kepada mereka. Oleh itu, budaya
ini perlu dihidupkan dan disuburkan kembali kerana masyarakat kita pada hari ini sudah mula
meminggirkan warga tua dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, pihak kerajaan telah banyak menyediakan kemudahan kepada warga tua
untuk menjaga kebajikan mereka setelah tidak mampu lagi bekerja. Kerajaan telah
menghulurkan pelbagai bantuan kepada mereka untuk meringan beban hidup seperti memberi
elaun bulanan, pengecualian tambang pengangkutan awam dan rumah kebajikan orang-orang
tua. Sehubungan itu juga ahli masyarakat digalakan untuk menghulurkan bantuan kepada warga
tua ini kerana mereka sudah tidak berupaya lagi untuk berkerja bagi menyara kehidupannya itu.

Kesimpulannya warga tua mestilah dilayan dengan baik oleh setiap anggota masyarakat kerana
mereka sudah tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Tenaga yang ada pada mereka tidak
sekuat dahulu lagi untuk mencari rezeki. Malah ada dalam kalangan mereka terlantar di hospital
kerana mengidap pelabagi penyakit kronik. Sehubungan itu, dapat mengikis sikap negatif
generasi muda terhadap warga tua kerana mereka juga akan mengalami nasib yang sama pada
suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai