Anda di halaman 1dari 1

Al-Farabi

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al
Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah
Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin. Beliau telah
mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.
Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan
perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-
Daulah. Sepanjang hidupnya belau hidup dalam seba kekurangan sehingga beliau
meninggal pada 950M(339H).

Al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal. Selain mempunyai kemampuan


untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali
sebagai gambus. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa
akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk
memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang
serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai
dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur. Al-Farabi
banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam
usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Beliau juga
merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur
dalam bahasa Arab. Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang
mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan
sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia
merupakan gejala sifat semula jadi tersebut. Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah
buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-
Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.
Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian
dalam bidang perubatan. Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai
betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini
disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya
menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Anda mungkin juga menyukai