Anda di halaman 1dari 1

HASIL KAJIAN

Perayaan Tradisi:
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru
Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Juga dinamakan Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia
Timur Jenis China, kebudayaan, agama Buddha Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari) Tarikh
2009 26 Januari Tarikh 2010 14 Februari Tarikh 2011 3 Februari Perayaan sambutan Tahun Baru,
perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga. Berkaitan dengan Perayaan Tanglung yang mengakhiri
perayaan ini

Anda mungkin juga menyukai