Anda di halaman 1dari 1

Arbitrari

Dalam kehidupan sehari-hari, pertalian sesuatu bahasa dengan maknanya didapati hanya arbitrari.
Arbitrari itu bermaksud satu bentuk yang mempunyai pengertian lebih dari satu. Sebagai contoh
yang mudah ialah 'rumah'. Ia boleh diberi lambang bertulis seperti 'itu rumah'. Selain itu ia juga
dapat digambarkan melalui lukisan seperti melukis gambar rumah dan sebagainya. Sungguhpun
begitu, maknanya tetap sama, iaitu rumah. Panggilan rusa jantan pada musim bunga memang
bermaksud untuk mencari rusa betina. Cara mereka membuat panggilan itu tetap menjadi ikutan
kepada keturunan mereka. Mereka tidak akan mengubahnya kerana ia memang sudah
ditakdirkan, iaitu sejak binatang itu lahir.

Bahasa adalah arbitari.

Lambang-lambang pertuturan adalah bunyi yang terhasil oleh ayat-ayat artikulasi. Bahasa yang
merupakan lambang-lambang pertuturan yang arbitari membawa erti bahawa bunyi bahasa yang
diucapkan itu tidak semestinya ada hubungan hayati di antara bunyi yang dilafazkan dengan
benda atau objek atau peristiwa yang dimaksudkan. 6

KESIMPULAN

Bahasa merupakan alat yang amat penting di dalam kehidupan manusia untuk berkomunikasi.
Walaupun bahasa tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu alat yang dipakai untuk
berkomunikasi. Malahada banyak cara lain misalnya seperti gerak geri, simbol, kod telegraf,
muzik gambaran dan sebagainya. Tetapi bahasalah yang semulajadi dan paling sempurna.
Dengan ebrbahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
ide, pandangan, pendapat, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya. Dalam berbahasa juga
seseorang penutur itu mestilah tahu menggunakan laras bahasa mengikut situasi social yang
tertentu supaya orang yang dengannya bercakap akan faham apa yang dicakapkan. Adapun
bahasa itu bersifat dinamik, berkesinambungan dan boleh mengalami perubahan. Ini kerana,
sebagai contoh Bahasa Melayu khasnya berkembang mengikut perkembagnan budaya melayu

Setelah meneliti dan mengkaji tentang pengertian bahasa yang diberikan di atas tadi, adalah tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa bahasa itu adalah merupakan suatu alat yang sangat penting
dalam kehidupan manusia sehari-hari. Ia digunakan sebagai alat untuk berhubung dan
berkomunikasi antara satu pihak dengan pihak yang lain. Selain itu, ia juga merupakan suatu
sistem lambang yang terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh alat pertuturan atau alat
artikulasi seperti lidah, lelangit, bibir, gigi dan seumpamanya. Bahasa tidak hanya tertumpu pada
pertuturan sahaja bahkan masih terdapat banyak cara untuk kita berkomunikasi iaitu dengan
menggunakan bahasa isyarat, lambang, gambaran dan sebagainya.

Jika bahasa itu hanya terikat pada pertuturan sahaja, sudah tentu ia amat sukar bagi manusia
untuk berkomunikasi. Memang sudah menjadi lumrah dunia tidak semua manusia yang
diciptakan oleh Allah Ta'ala itu berkeadaan sempurna. Masing-masing mempunyai kelebihan dan
kelemahannya yang tersendiri. Sebagai contoh, katakanlah seseorang itu memiliki rupa paras
yang cantik akan tetapi di masa yang sama ia bisu. Ini adalah salah satu kelemahan yang
dimilikinya. Adalah mustahil bagi seseorang yang normal menggunakan bahasa pertuturan itu
dapat berkomunikasi dengan baik dengan orang bisu. Dalam hal ini, sudah setentunya bahasa
isyarat adalah merupakan bahasa yang sangat sesuai untuk digunakan dalam berkomunikasi

Anda mungkin juga menyukai