Anda di halaman 1dari 28

LOMPAT TINGGI

Disediakan Oleh :
Hafidzatul Amni binti Hassan
Nur Fahlihin binti Mohd Hafiza
PENGENALAN
 Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit
yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik.
 Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang
penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat
kijang.
 Namun begitu, terdapat juga atlit yang bertubuh rendah
tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan
yang istimewa.
 Atlit-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan
yang baik biasanya akan lebih berjaya dalam acara
lompat jauh atau lompat kijang berbanding dengan acara
lompat tinggi.
Sejarah…
 Acara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila
olahraga telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad-19 dan abad ke-20.
 Dalam abad ke-19, atlit lompat tinggi mula melompat dan mendarat di atas tanah
berumput.
 Untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi gaya gunting
digunakan.
 Seterusnya, untuk meningkatkan lagi kualiti keselamatan, pasir dilonggokkan di tempat
mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan.
 Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi cara ini banyak
mencederakan para atlit.
 Selepas ini iaitu sebelum tahun 1940-an, Gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini
lebih sukar dilakukan.
 Dalam tahun-tahun 1940-an gaya guling mula diminati.
 Pada tahun 50-an, Gaya Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia
digunakan ramai atlit sehingga pertengahan taun 1950-an.
 Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968
di Mexico.
 Pada sukan Olimpik 1968 itu Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury
Flop untuk membuat lompatan.
GAYA LOMPAT TINGGI
Gaya gunting
Pelaku menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan
kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang,
pelaku berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Gaya Timur
Pelaku menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah.
Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan
badannya dan pelaku melepasi palang secara mengiring.
Gaya guling barat
Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya
gunting. Pelaku melonjak dengan kaki yang lebih dekat
dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok
semasa pelaku ‘berguling’ selari dengan palang untuk
membuat pelepasan.

Gaya pelana
Gaya ini hampir sama dengan gaya fuling barat. Pelaku
menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang,
muka pelaku memandang ke bawah dan keadaan badannya
seolah-olah meniarap di atas palang.
Gaya Fosbury Flop
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah
gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelaku menuju ke
palang dengan membelakangkan palang.

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968.


Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada
sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk
mempelajarinya.
Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang
mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.
Alatan :
Tiang Lompat Tinggi
Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak
minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari
bahagian dalam.

Palang Lompat Tinggi


Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan
jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum
palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah
berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6
cm panjang.
Kawasan Mendarat
Tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk
segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar
dan 1 meter tebal.

Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian
lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran
ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.
Ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian
tengah palang ke aras tanah.
PERATURAN ASAS
Peserta hendaklah melonjak sebelah kaki.
Boleh mula melompat pada mana-mana ketinggian.
Batal apabila:
i. Menyentuh palang
ii. Tidak melompat
iii. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan
iv. Menyentuh kawasan mendarat apabila tidak
berjaya melompat
Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak
tiga kali bertutrut-turut (tanpa mengambil kira pada aras
mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada
pertandingan.

Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan


(walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak
dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.

 Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras


tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.
FASA-FASA LOMPAT TINGGI
Lari
landas
Mendar
at

Lonjak
an

Layang
an
Fasa lari landas :
Dua faktor yang mempengaruhi lari landas :

1. Kelajuan : Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin


tetapi dengan halaju yang terkawal. Ia akan mengambil
masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana
tinggi palang.
2. Arah : Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada
sudut 20° hingga 30° dari satah tegak palang. Dalam
gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu
mengubah arahnya pada satu lengkungan. Ini dilakukan
untuk mendapatkan daya sentrifugal yang sangat penting
bagi gaya flop.
Fasa lonjakan :
Sebaik kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelaku
hendaklah menolak dengan kuat bermula dengan tumit,
kemudian hujung kaki secara serentak. Kaki bebas
dihayun dengan kencang ke atas aras palang. Fasa ini
dibantu dengan menghayun kedua belah tangan.
Fasa layangan :
Badan dan kaki bebas berada di dalam keadaan yang
hampir selari dengan palang di bawahnya. Badan dan kaki
bebas berpusing seolah-olah hendak membalut palang.
Fasa ini membantu membuat persediaan mendarat.
Fasa pendaratan :
Badan pelaku setelah melepasi Fasa ini menyediakan
pelaku dengan keadaan kedua lutut jauh dan dagunya
rapat pada dada. Mulut mesti ditutup supaya tidak tergigit
lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka pelaku mesti
cuba mendarat pada bahunya.
LATIHAN ANSUR MAJU
1. Aktiviti mendorong :

a. Berjalan dengan lutut tinggi.


b. Berlari dengan lutut tinggi.
c. Berlari dalam bulatan.
d. Berlari mengikut laluan angka lapan.
e. Melonjak.
f. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.
2. Latihan Lompatan :

a. Memulakan lompatan dengan gaya gunting.


b. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’, kaki selari dengan palang.
c. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’ serta kaki bersudut 45
darjah.
d. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki
menghala ke arah palang.
e. Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan
mendarat.
f. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu
tingkat.
g. Ulang (f) dengan papan anjal.
h. Menentukan titik semak.
i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.
BUTIRAN MENGAJAR (umum)

a) Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.


b) Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah
larian menjadi sama atau seragam.
c) Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua
belah tangan ke atas.
d) Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik
sahaja pelompat melonjak.
e) Lentikkan badan semasa melepasi palang.
f) Buka kaki sedikit semasa meluruskannya ke atas.
BUTIRAN MENGAJAR (setiap fasa)

GAYA FOSBURY FLOP

 Fasa Penujuan :

1. Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.


2. Guna larian 7-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung.
3. Larian melengkung bertujuan menyediakn pelompat melepasi palang
dengan bahagian belakangnya dahulu.
4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri,

memulakan larian dengan kaki kanan.


5. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan,
memulakan larian dengan kaki kiri.
 Fasa Lonjakan :

1. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya


melonjak dengan cepat dan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang
hampir selari dengan palang.
2. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.
3. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki
bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan.
4. Lutut digerakkan melintang badan untuk membantu pusingan badan di
udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.
 Fasa Layangan :

1. Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang memandang palang


sambil melentikkan badan.
2. Kedua-dua belah tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-
dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut.
3. Lentikan badan bertujuan membantu bahagian punggung pelompat
melepasi palang.
4. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya
diluruskan dan diangkat tegak ke atas.
5. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga
sebagai persediaan untuk pendaratan.
6. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan
ke atas sambil mengangkat kepala ke atas.
 Fasa Pendaratan :

1. Serentak dengan mengangkat kaki keatas, pelompat menarik kepala dan


dadanya ke arah kaki.
2. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas
bahagian belakang badannya (tulang belikat)
RUMUSAN
 Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah
empat elemen utama untuk semua acara lompatan.
 Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada
arah layangan.
 Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana
tarikan graviti ke atas atlit ketika dia di udara.
 Dalam PJ, latihan lompat tinggi bertujuan membantu
murid-murid mempelajari kemahiran melompat dan
juga menyedarkan mereka tentang prinsip-prinsip
asas lompatan.
Sekian Terima Kasih…

Anda mungkin juga menyukai